Wednesday, April 27, 2011

Kek Coklat...=) Yummy!!!

Hari ni rasa blur-blur je..Beginilah jadinya bila tidur lewat. Walaupun letih tapi rasa berbaloi-baloi sangat bila sesuatu yang kita usahakan menjadi. Sebenarnya, malam tadi aku berusaha menyiapkan kek coklat untuk sesorang yang istimewa...=)

Ni baru sebiji kek dah macam nak pengsan, tak tahulah kalau berpuluh-puluh kek.. Mau pengsan berkali-kali...=) Tapi sebab minat, tak terasa penatnya masa tu, siangnyalah baru rasa penatnya..Macam manalah orang yang ambil tempahan kek..Tapi kata orang alah bisa tegal biasa. Dah selalu buat mesti dah tak terasa letihnya...

Oklah tak mau celoteh panjang...Jom layan kek coklat moist...

Kek Coklat Moist dari pandangan tepi


Kek Coklat dari pandangan atas

 Aku buat satu adunan dapat dua biji kek tapi yang satu tu kecil sikit sebab adunannya tak banyak. Jadinya dapatlah aku bagi kat jiran sebelah rumah. Sebenarnya nilah pertama kali aku buat kek coklat yang letak filling di tengahnya. Sebelum ni, hanya letak topping je. Aku buat buttercream dan  tambah dengan blueberry jem..Aku rasa krim tu not bad, sedap..masam-masam manis gitu... 

Kek Coklat yang satu lagi..

Sayangnya tak dapat aku tunjukkan bagaimana rupa dalam kek. Yelah, kena tunggu tuan empunya kek ni potong dulu...Kek yang kecil tu pula aku bagi kat jiran semuanya. Kiranya aku sendiri pun tak tahu bagaimana rupa dalam kek ni...=) Tawakal jelah...Jom tengok resepinya:

KEK COKLAT MOIST 
Bahan-bahan A:

  • 2 cawan tepung naik sendiri 
  • 2 cawan gula halus
  • 3/4 serbuk koko 
  • 1/2 camca teh nescafe
Bahan- bahan B:

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak
  • 1 camca teh ovallate
  • 1 cawan air suam 
Cara-cara:
1.  Ayak tepung dan koko, ketepikan.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan susu, minyak masak, ovallate dan nescafe, pukul lagi hingga sebati.
3.  Masukkan tepung dan koko yang telah diayak tadi ke dalam adunan telur berselang-seli dengan air suam.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 160'C selama 45 minit @ sehingga masak. 
Selamat mencuba!!!








MRS FIZA GIVEAWAY!!


Jom join Mrs Fiza Giveaway...Mana tau bertuah... 
Sesiapa nak join  KLIK pada banner di bawah ini ye... =)




Tarikh tutup: 18 Mei 2011 jam 3.00 ptg

Monday, April 25, 2011

Yaya Azura 1st Giveaway

Ini merupakan 2nd GA aku join, harap-harap kali ni bertuahlah...Aminnn..

Kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib disamping menambah kenalan bolehlah join Yaya Azura 1st Giveaway ni..

Caranya amat mudah, hanya KLIK pada banner di bawah ini: 






Sahabat yang di Tag:




Rajinnya anak ibu...

Pagi-pagi ni rasa mengantuk pula. Si kecil dah tidur, tapi kata orang tua tak elok tidur waktu macam ni..Tak taulah pula sebabnya apa...Terpaksalah bantutkan dulu niat nak tidur.

Nak membasuh, semalam dah habis semua baju di basuh...rasanya nak buat list barang-barang dapur yang perlu dibeli malam ni. Sebelum tu aku ingin berkongsi moment yang membuatkan aku berasa bahagia dan beruntung mendapat anak seperti Haiqal..I love you sayang...

Beberapa hari lepas sedang aku menyapu rumah sibuklah si bujang teruna aku pun nak menyapu juga. Tak bagi, merengek je...aku pun bagi penyapu kat dia. Aku tengokkan je, apa dia nak buat dengan penyapu tu..Rupa-rupanya si Haiqal berusaha dirikan penyapu dan sibuk menyapu walaupun penyapu lebih tinggi dari dia.  


Tak padan kecik sibuk nak menyapu...


Tak larat dah, menyapu sambil duduk pula lah...

Sapu bersih-bersih...
Dah mula rasa penat la tu....
Haiqal dah tak laratlah ibu...


Budak bertuah ni, sabar jelah..=) termengah-mengah dia menyapu...nampak dia bersungguh-singguh menyapu. Rajin anak ibu, bila dah besar nanti jangan malas-malas pula tolong ibu kemas rumah ye...


Bila dah puas menyapu, dia tinggal macam tu jelah penyapunya. Lepas tu aku sambung menyapu dia buat tak kisah. Beginilah budak-budak baru nak membesar, apa pun yang ibu dia buat, pasti dia pun nak mencubanya. Aku lebih suka Haiqal berani mencuba asalkan ianya tak mendatangkan bahaya pada dirinya. Lagipun tak salah kalau kita berikan peluang kepada anak-anak untuk mencuba sesuatu yang baru.




"Ibu Sayang Haiqal" 

Friday, April 22, 2011

Jom buat Kuih Pintal...=)

Assalamualaikum semua...Hari ni merajinkan diri untuk meng"update" blog walaupun terasa kemalasan yang teramat sangat. Tak da cerita yang best untuk di coretkan di dalam blog ni, erm..tapi rasa terpanggil untuk berkongsi resepi kudapan yang sangat best dan mudah iaitu Kuih Pintal. 

Resepi ni aku perolehi dari mamawandiha.fotopages.com. Memang banyak resepilah kat situ. Rambang mata nak buat mana satu tapi untuk dibuat minum petang, aku pun pilihlah Kuih Pintal ni. Lagipun bahan-bahannya dah ada dan cara pembuatannya pun taklah rumit. Jom intai Kuih Pintal yang aku buat...=)

Kuih Pintal

Sejujurnya kuih ni memang sedap, luarnya rangup ditambah lagi dengan siraan gula memang terangkat!!!. Aku buat suku adunan je maklumlah ahli keluargaku sikit. Dapatlah dalam 15 biji kecil-kecil, rasa tak puas pula makan. Lepas ni kena buat lebih banyak lagilah nampaknya. 

Kepada kak Madhihaa, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi Kuih Pintal ni. Sekarang kuih ni dah menjadi favorite aku. Sesiapa nak mencubanya boleh tengok resepi di bawah ni... 

KUIH PINTAL (Sumber: http://mamawandiha.fotopages.com/)

Bahan Untuk Doh: 

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 3 sudu besar marjerin 
  • 6 sudu besar minyak masak yg dipanaskan 
  • ¾ cawan air (jangan tuang habis.. tuang sikit-sikit) 
  • 1 sudu kecil (rata) garam halus - larutkan dalam air 
  • Minyak masak untuk menggoreng 


Bahan Untuk Menyira: 

  • 6 - 7 sudu besar gula pasir 
  • 1/2 cawan air


Cara-cara:
1. Masukkan tepung dan marjerin ke dalam mangkuk menguli. Gaul rata dan jadikan serbuk roti. 
2. Panaskan 6 sudu minyak masak dan tuangkan ke dalam tepung tadi lalu digaul rata lagi. 
3. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. JANGAN tuang air sekaligus. Uli sehingga mendapat doh yg dikehendaki. 
4. Bahagikan doh menjadi bebola kecil. 
5. Ambil sebiji bebola doh tadi dan gelek-gelekkan (seperti gelek keropok lekor) menggunakan tangan di atas papan pencanai hingga menjadi bentuk silinder sebesar jari kelingking/sebesar pen. (jangan besar sangat nanti kuih tak garing di dalam) 
6. Temukan hujung silinder tadi dan pintal-pintalkan. Buat hingga habis. 
7. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana. Goreng kuih hingga garing. Angkat dan tos. 

Cara-cara Menyira:
1. Masukkan air dan gula ke dalam kuali. 
2. Masak sehingga air gula berbuih-biuh dan bertali-tali bila diangkat dari sudip. 
3. Masukkan kuih lalu dibalik-balikkan sehingga rata. 
4. Kecilkan api dan gaul lagi sehingga air gula kering dan bersalut pada kuih. 
5. Tutupkan api dan teruskan menggaul sehingga benar-benar rata. 
6. Siap untuk dihidangkan sebagai kudap-kudapan.


Selamat Mencuba!!! 

Wednesday, April 20, 2011

Kek Gula Hangus..pilihan hati...=)

Assalamualaikum...mendungnya cuaca hari ni. Dah beberapa hari, bila petang menjengah pasti hujan turun. Apapun hujan tu rezeki Allah untuk umat makhluknya di muka bumi ni, syukur Alhamdulillah...

Petang semalam dalam kedaan cuaca yang mendung, aku saje masuk web myresipi. Konon-kononnya nak skodeng resepi baru. Tiba-tiba terlintas pula dalam kepala ni kek gula hangus buatan mak aku..sedapnya... Ni merupakan salah satu my favorite cake. Apa lagi dengan pantas jari ni menaip nama kek tersebut dalam kotak "cari resipi".  

Banyak resipi kek gula hangus yang keluar tapi resipi dari widad@myresipi.com menjadi pilihan hati. Lagipun, ramai yang telah mencubanya. Sekarang, turn aku pula untuk mencubanya...

Dalam kekalutan bersama Haiqal di dapur, akhirnya siaplah kek gula hangus widad ni. Tepat-tepat suamiku balik kerja, kek pun masak...

Hirisan Kek Gula Hangus


Syukur Alhamdulillah menjadi walaupun tak banyak lubang-lubang pada kek. Rasanya pun sedap dan lembut je bila di makan. Apa yang penting my hubby suka dan puji sedap tapi kenapa dia makan sikit je???mungkin agak manis kot, tu yang makan sikit je..=) tak kisah lah yang penting lidahku rasa sedap...=)
Sesiapa nak mencubanya bolehlah tengok resepi di bawah ni:

KEK GULA HANGUS (sumber: widad@myresipi.com )
Bahan-bahan:  

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat  * ibu Haiqal guna 3/4 cawan
  • 2 camt soda bicarbonate
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair dan hangus
2. Kemudian, masukkan air panas dan kacau hingga gula larut
3. Masukkan pula mentega, kacau hingga cair. Matikan api dan biarkan air gula sejuk.
4.  Dalam bekas lain, pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam adunan telur tadi dan pukul lagi.
6. Masukkan pula tepung dan soda, pukul hingga sebati.
7. Akhir sekali masukkan air gula yang dah sejuk dan kacau hingga adunan sebati.
8. Perap adunan lebih kurang 3-4jam untuk mendapatkan lubang-lubang pada kek.
9. Bakar pada suhu 160' C - 1 jam 
 
 Selamat Mencuba!!!

 
 

 

Little Dreamland Stylista Contest



Sesiapa yg nak join contest ni, KLIK banner di atas ya...

TARIKH TUTUP: 18/5/2011


Masa ni umur Haiqal dalam 2 bulan...



Nama Follower: Kasih Ibu

Nama Anak: Muhammad Afif Haiqal bin Rafizam

Umur Anak: 1 tahun 3 bulan

email: zamzura07@gmail.com



Ibu Haiqal Tag:




Monday, April 18, 2011

Sukanya dia makan pisang...

Assalamualaikum semua...Bila bercakap tentang pisang, pasti ramai yang menyukainya termasuklah diriku. Apa-apa makanan yang bersangkut paut dengan pisang pasti makanan tersebut menjadi kegemaranku. Lebih-lebih lagi kalau pisang goreng, memang tak tolak...


Teringat masa mengandungkan Haiqal, boleh dikatakan tiap-tiap hari kalau boleh nak makan pisang goreng. Mujurlah jauh dengan suami, nak makan kena keluar beli sendiri. Keluar pula kena jalan kaki, tu yang malas tapi kalau berpeluang pergi memang pisang gorenglah jadi tumpuan utama.


Sekarang ni si kecil Haiqal pula yang mengikut jejak aku, suka sangat makan pisang. Pantang nampak pisang, pasti merengek selagi tak bagi. Sebelum ni memang aku jarang bagi dia makan pisang. Seingat aku masa dia  empat atau lima bulan umi dia ada bagi makan pisang. Selepas tu memang aku tak pernah bagi.


Sehinggalah satu hari tu aku teringin sangat makan pisang goreng. Aku pun mintalah suamiku belikan pisang untuk digoreng. Sampai je dirumah, anakku sibuk nak tengok dalam beg plastik yang di bawa oleh suamiku. Aku pun apa lagi terus je ambil pisang, mengamuk-ngamuk dia nak pisang. Aku pun ambil sebiji untuk dia, tahu pula benda tu boleh di makan, terus je Haiqal gigit dengan kulit-kulitnya sekali...


Alahai kesian pula aku tengok, aku pun buang kulitnya dan suapkan ke dalam mulutnya. Dalam hati ni terdetik, sah, Haiqal ni ikut jejak aku suka sangat makan pisang. Dah habis sebiji dia nak lagi, dia terus ke dapur tunjuk pisang yang ku gantung di dinding. Nampak gayanya kena sorokkan ni, aku pun ambil sebiji lagi dan selebihnya sorokkan.


Aku bukannya kedekut tapi aku nak ajar Haiqal makan biarlah berpada-pada walaupun makanan tersebut kegemarannya. Akhirnya pisang tersebut tak jadi di goreng, buat makan Haiqal setiap hari. 


Tarik kulitnya dulu, baru mamam...

Sekarang dah boleh mamam...

Amboi..penuhnya mulut anak ibu...

Ermmm...sedapnya... 
Sebenarnya pisang ni elok untuk kanak-kanak kerana pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar selain memberi tenaga kepada kanak-kanak. Tambahan lagi, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Maklumat ni aku perolehi dari http://anizyn.blogspot.com/2008/10/khasiat-pisang-1001-khasiat-kaya.html


Bila aku dapat tahu pisang ni elok untuk Haiqal, tak teragak-agak lagi aku memberinya pisang. Namun tidak elok untuk orang dewasa terutama yang mempunyai penyakit kencing manis kerana kandungan gula yang tinggi pada pisang. 


"Ibu Sayang Haiqal"

Friday, April 15, 2011

Fluffy Pancake for breakfast...=)

Hari ni tiba-tiba je anak tekak ni teringin nak makan pancake. Ni gara-gara terliur melihat entry pancake yang dibuat oleh kak izahdaut semalam. Tergoda sungguh melihat kegebuan pancake tersebut...namanya pun dah "Fluffy Pancake", memang gebu segebunya...=)

Alhamdulillah, bahan-bahan untuk membuat pancake semua ada kat dapur. Aku pun apa lagi pagi-pagi beroperasi untuk merealisasikannya...Suami pun tak bekerja hari ni, bolehlah buat dengan tenang tanpa gangguan si Haiqal...

Akhirnya siap juga pancake ni, rasa tak sabar nak mencubitnya...Geram sangat, teramatlh gebu dan lembut. Sebelum ni ada juga aku cuba resepi pancake tapi tak segebu resepi kak izahdaut ni. Suami aku pun puji sedap walaupun baru sesuap masuk ke dalam mulutnya. Aku makan pancake ni dengan jem durian, memang mantop...=)


Fluffy Pancake


Sedapnya....Nyum..nyum..


Tengok tu..gebu dalamnya...lembut sangat


Makan dengan jem durian...=)

Terima kasih kepada kak izahdaut kerana berkongsi resepi "Fluffy Pancake" ni. Minta izin untuk berkongsi resepi ni kepada orang lain... 

FLUFFY PANCAKE (sumber: izahdaut)

Bahan-bahan:
  • 1 1/4 cawan tepung sebaguna  * ibu Haiqal guna tepung gandum
  • 2 sudu makan gula  * ibu Haiqal letak 3sudu makan gula halus
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 3/4 sudu kecil garam 
  • 1 1/3 cawan susu segar * ibu Haiqal guna susu uht full cream
  • 3 sudu makan minyak sayuran  * ibu Haiqal guna minyak masak
  • 1 biji telur

Cara-cara:
1. Campurkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk besar dan ketepikan
2. Campukan susu + minyak + telur kedalam bekas lain dan gaul sebati 
3. Masukkan campuran susu ke dalam bahan-bahan kering dan gaul sebati
4. Biarkan adunan 10-15 minit tertutup
5. Masak pancake menggunakan non stick pan @ sapukan butter pada pan biasa
6. Masak sehingga keperangan
7. Hidang bersama topping kegemaran 
 Selamat mencuba!!!

Wednesday, April 13, 2011

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"...

Alhamdulillah, cuaca hari ni redup dan amat mendamaikan sekali. Hati aku pun rasa tenang dan gembira. Mudah-mudahan ianya terus berpanjangan...


Hari ni aku ingin berkongsi cerita si kecilku Haiqal. Sejak umurnya setahun aku dah mula mengajarnya menabung. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa beranggapan ia terlalu awal tapi bagiku sesuatu yang baik seharusnya diajar seawal kanak-kanak sudah boleh memahami kata-kata atau arahan kita. Pepatah pun ada menyatakan "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...

Hal ini kerana diperingkat umur Haiqal sekarang dia sudah boleh menerima arahan dan mengikut apa yang aku lakukan. Kebetulan pula sewaktu hari jadi Haiqal umi dan atuk Haiqal memberinya tabung. Bermula saat itulah aku dan suami mula mengajarnya menabung. 

Diawalnya memang agak sukar juga untuk mengajar Haiqal memasukkan syiling ke dalam lubang tabung. Biasalah sesuatu yang baru memang agak susah sikit nak biasakan tapi berkat kesabaran aku dan suami, Alhamdulillah sekarang Haiqal dan pandai masukkan sendiri ke dalam lubang tabung bila kita bagi syiling kat dia. 

Yeay!!!ibu bagi syiling....=)

Alamak terjatuh pula duit ni...
Duit duduk diam-diam dalam ni ye...=)

Bila di ingat kembali gelagat Haiqal sewaktu mengajarnya menabung, tersenyum sendiri aku dibuatnya. Ada ketika tu ayahnya bagi syiling dan tabung dihadapannya, ceh...dia dengan "eksyennya" ambil syiling tu dan masukkan ke dalam lubang tabung. Ingatkan dia nak lepaskan tapi rupanya dia tarik balik syiling tu. Setiap kali masukkan syiling yang lain macam tulah gayanya..Mungkin dia tak nak syiling yang ada tu habis kot...Haiqal..Haiqal...=) 

Sekarang ni lagilah bijak, bila dah habis je syiling dimasukkan ke dalam tabung dia terbalikkan tabung tu dan cuba buka penutup lubang bawah tabung. Silap aku juga, depan dia aku buka penutup tu...Budak ni pantang kita buat apa je pasti ditirunya...

Mudah-mudahan amalan menabung yang diterapkan dalam diri Haiqal ni dapat membentuk diri anak ibu menjadi seorang yang berjimat cermat dan bijak menguruskan kewangan bila dewasa kelak.





"Ibu Sayang Haiqal"

Monday, April 11, 2011

Kek Oren Sunkist untuk suamiku..=)

Semalam petang tengah duduk-duduk tengok tv sekeluarga tiba-tibalah pula tekak ni teringin makan kek. Biasalah aku ni, asyik teringin jer..=) Aku pun bagitau suami, "macam nak buat kek lah sayang"... 
"kek apa ye sedap?", aku bertanya suamiku.
"apa kata kek oren..", suamiku menjawab.
Dalam hati ni sebenarnya teringin nak makan kek coklat tapi dah suami pula teringin makan kek oren, turutkan jelah..Maklumlah isteri solehah..he..he...(perasanlah aku ni..=) ) Sebenarnya suami aku ni tak berapa gemar kek coklat, nanti aku buat aku sorang je yang makan..lebih baik buat kek yang dia nak makan...

Dek kerana teringin, suamiku sanggup keluar ke kedai semata-mata nak beli oren sunkist. Bersungguh-sungguh nak makan ni...

Kalau nak diikutkan ni merupakan kali ke dua aku buat kek ni. Yang pertama tak berapa nak menjadi, terlampau manis dan adunan sikit sangat kerana aku buat setengah adunan je. Nampaknya kali ni perlu kurangkan gula dan buat satu adunan, mesti naik tinggi...InsyaAllah... 
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 lebih kek oren tersebut pun masak. Suka tengok kek tu, menjadi dan paling penting naiknya cantik tapi.."tersenyum lebar" pula atasnya..Mungkin masa buat kek ni hatiku gembira sangat....=) Jom tengok kek "senyum"...

Inilah "Kek Oren Tersenyum"

Ini pula yang telah dipotong...gebu tak???
Satu untuk ayah Haiqal dan satu lagi untuk Haiqal...=)
Mungkin rupanya tak begitu indah tapi yang pentingkan rasanya...betul tak? Kek ni bukan sahaja sedap dan lembut bahkan mudah pula untuk menyediakannya. Tak percaya???cuba tengok resepinya di bawah ni....

Kek Oren Sunkist 
Bahan-bahan: 
  • 1 biji limau oren sunkist
  • 2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak
  • 3 biji telur 
  • 1/2 sudu teh ovalett 
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara: 
1. Parutkan kulit oren tapi jangan sampai terkena yang putih.  
2. Kemudian limau tersebut dipotong dua, buang bijinya dan perah untuk mengambil jusnya. 
3. Ambil blender, masukkan telur, gula, minyak, ovalett, garam, jus oren dan kulit oren yang diparut tadi. Kisar bahan-bahan tersebut hingga halus. 
4. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati dan tak berketul. 
5. Griskan loyang dengan butter dan tuangkan adunan tersebut. 
6. Bakar pada suhu 160'C - 40 minit @ sehingga masak.
 Selamat Mencuba!

Saturday, April 9, 2011

Alahai....

Alahai...lamanya tak update blog...agak "bz" sikit...Amboi..pe agaknya yang di "bz" tu ye Puan Bayzura???he..he...bz mencari template baru untuk blog ni la...ok tak wajah terbaru blog "Kasih ibu Haiqal" ni???Ni jelah yang termampu aku lakukan, maklumlah ibu Haiqal ni buta IT. Nak buat yang pelik-pelik sikit memang kirim salam jelah...=)

Dalam aku sibuk mencari template blog ni, si Haiqal pun sibuklah juga menelefon guna handphone aku. Anak bertuah ni memang pantang nampak handphone ibunya terletak kat lantai, memang terus diambilnya. 

Anak ibu bercakap dengan sapa tu???

Tengoklah tu, gaya dia beria-ia sungguh macam betul-betul je bercakap dengan orang. Apa yang aku dengar "ho..ho..." jelah yang dia kata. Mungkin nak kata "hello" kot tapi yang keluarnya "ho..." je...

"Hello, ni Haiqal..."=)

Kadang-kadang tu bila handphone aku berbunyi dia lah yang sibuk mencarinya dulu. Bijak sungguh anak ibu ni. Tak tahulah kalau dia dah pandai bercakap, confirm berebut nak menjawab telefon dengan ibunya nanti. Aku berniat nak belikan dia handphone mainan, pasti dia suka...

Si Haiqal ni bukan je pandai bergaya seperti bercakap dalam telefon, malah tersangatlah pandai meleraikan handphone aku. Satu persatu ditanggalkannya, bila baterinya dah keluar...baru dia puas hati. Lepas tu di letaknya kat mana-mana je. Buat pengetahuan semua, handphone aku ni dah agak uzur sikit, tu yang mudah Haiqal leraikannya.

Habis lerai handphone ibu sayang...
Pernah sekali tu pening aku mencari bateri handphone ku, nak tanya Haiqal memang confirm dia buat tak tahu je...dalam hati ni rasa geram je....Satu rumah aku cari sampai dah putus asa...last nya suami aku yang jumpa kat dalam almari baju dia. Sabar jelah...

Budak tengah membesar memang banyak kerenah dan akalnya. Kadang-kadang tu memang boleh menggugat kesabaran kita tapi tu semua pasti akan menjadi kenangan paling manis untuk diceritakan apabila anak kita dewasa kelak. Oleh itu, kita 'layannnn' je segala kerenah mereka....




"Ibu Sayang Haiqal" 


  

Tuesday, April 5, 2011

Aksi Haiqal membaca...

Assalamualaikum semua...Rasa tak bersemangat hari ni, rasa letih, geram, sedih dan rasa nak marah je. Apa pun semua rasa tu hilang bila melihat keletah si kecil Haiqal yang mencuit hati. Dialah penawar hati ku...

Nak tahu apa yang Haiqal lakukan sehingga membuatkan mood ibunya berubah? 

Dalam aku tak da mood tu bolehlah pula si Haiqal beraksi seperti membaca surat khabar, siap bunyi lagi mulutnya. Namun setiap butir perrkataan yang keluar dari mulutnya memang sukar difahami. Maklumlah bahasa budak tak pandai bercakap lagi.

Aku perhatikan je dari jauh...nak tergelak pun ada..Yang aku dengar bait-bait kata yang sering keluar dari mulutnya "ba chi yee..." sambil jarinya menunding pada surat khabar tersebut. Apa agaknya maksud perkataan tu ye? Mungkin konon-kononnya dia sedang membacalah tu...Haiqal...haiqal...=)

Lagaknya membuatkan hatiku gumbira...=)

Budak zaman sekarang ni advance sungguh, selama ni dia perhatikan je apa yang kita buat. Lama-lama dia pula mengikutnya...mengikut benda yang baik tak pelah, jangan sebaliknya pula. Justeru, sebagai ibu bapa kita perlu menunjukkan contoh tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak. Mereka umpama kain putih dan terpulang kepada kita bagaimana untuk mencorakkannya...pandai mencoraknya, cantiklah hasilnya dan begitu juga sebaliknya....
 
 

Monday, April 4, 2011

Juadah minum petang

Seperti biasa setiap munculnya hujung minggu pasti otakku ligat memikirkan apa juadah untuk di buat minum petang. Maklumlah suami ada kat rumah, semangat sikit nak masak apa pun. Lagipun mudah sikit ada yang nak menjaga si kecil Haiqal.

Sebenarnya dah lama aku "usha" satu kek ni dalam blog izahdaut. Pertama kali melihatnya terus terjatuh hati. Apa taknya cun melecun keknya. Rasanya tak salah kalau aku mencuba walaupun tak tau bagaimanakah hasilnya nanti...adakah hasilnya akan cun melecun sama seperti yang dihasilkan oleh kak izah???tunggu dan lihat ye....=)

Jeng...jeng...setelah masak dan dipotong beginilah rupanya Kek Alunan Kasih yang aku hasilkan buat pertama kalinya...


 Walaupun tak secun kek yang kak izah buat tapi aku amat berpuas hati sangat dapat membuatnya dan menikmatinya bersama orang tercinta...siapa lagi kalau bukan dua pengarang jantungku..suami dan anakku tersayang. 
Padaku kek ni rasanya sangatlah sedap, lembut dan agak basah. Memang tak muak bila makanlah. Suami pun puji sedap. Dapatlah juga aku bagi 1/4 kek ni kat jiran sebelah, yang lainnya aku dan suamilah yang perhabiskannya...=)

Justeru aku ingin berbanyak terima kasih kepada kak izah di atas resepinya ini..Sesiapa yang teringin nak membuatnya, bolehlah skodeng resepi di bawah ni:

 Kek Alunan Kasih


Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cwn planta @ 250 gram butter
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1sudu kecil esen vanilla
  • serbuk koko secukupnya
  • pewarna (saya guna pink dan hijau)
  • sediakan tapis teh yang halus untuk ayak koko

Cara-cara:

 1. Pukul butter dan gula hingga kembang.

 2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.

 3. Masukkan esen vanilla + susu cair  dan gaul hingga sebati. Setelah itu, masukkan tepung yang   telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit.

 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di letak pewarna pink dan sebahagian lagi warna hijau.

 5. Griskan loyang, masukkan adunan pink dan ratakan seluruh loyang.

 6. Ayak serbuk koko hingga menutupi lapisan pertama adunan pink. Ayak nipis-nipis..

 7. Kemudian masukkan lapisan ke dua (adunan hijau)...ratakan perlahan-lahan (Jangan sampai serbuk koko di lapisan pertama terangkat)

 8. Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua hingga menutupi adunan dan buatlah seperti itu sehingga habis adunan.

 9. Bakar -160'C lebih kurang 45 minit atau mengikut oven masing-masing.


Selamat Mencuba... 

Friday, April 1, 2011

Dugaan datang lagi...

Salam Jumaat semua...Hari ni tak seceria semalam, segalanya menjadi suram kerana permata hatiku tidak berapa sihat. Haiqal secara tiba-tiba selesema dan sedikit batuk. Kesian anak ibu ni, baru nak lincah semula dah melepek lagi. 

Anak ibu sabar ye, ni lah dugaan untuk Haiqal membesar. Seingat aku jarang sekali Haiqal selesema dan batuk, hanya demam sahaja. Nak kata berjangkit dari sesiapa tak juga kerana aku dan suami sihat sahaja. Lagipun Haiqal tak keluar bercampur dengan budak-budak lain. Mungkin juga rentetan demam hari tu kot, selesema dan batuknya datang kemudian...Apa pun yang terjadi, ibu akan jaga Haiqal sebaiknya dan Haiqal pun sama kena makan ubat yang ibu bagi ya....

Alhamdulillah Haiqal ni jenis yang senang makan ubat, bagi je terus ditelannya. Apa taknya kebanyakkan ubat kanak-kanak kan manis. Kalau pahit gerenti di keluarkan semula.

Kesiannya anak ibu, nak bernafas pun sempit je. Tidur malam tadi pun asyik terjaga. Mujurlah ada vicks, boleh ibu sapu kat belakang badan dan hidung haiqal. Dapat jugalah kurangkan selesema anak ibu ni. Pagi tadi pun aku ada basuh umbun-umbun Haiqal dengan air hangat-hangat, kata mak aku agar hingusnya pekat dan kering. Harap-haraplah berkesan.

Anak ibu cepat sembuh sepenuhnya ye. Ibu nak Haiqal sihat dan aktif seperti selalu. Ibu sayang Haiqal sangat.

Tengok tu bukan duduk diam Haiqal ni, ada sahaja yang nak dibuatnya..

Main cak!cak!dengan ibu Haiqal

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...