Wednesday, February 29, 2012

Apam Polkadot dah selamat sampai Mersing...

Assalamualaikum....entri di malam hari...he..he..
Alhamdulillah, apam polkadot ku dah sampai Mersing petang tadi. ni first time aku pos apam polkadot. Pada mulanya risau juga nak pos-pos makanan ni, yela risau sampai-sampai nanti apamnya rosak atau tak boleh dimakan ke...tak ke haru biru dibuatnya...
Petang tadi dapat sms dari customer a.k.a kawan aku kata apam dah selamat sampai dan masih wujud lagi bentuk apamnya..syukur Alhamdulillah....lega rasa hati...
Untuk tempahan kali ni, kawanku order 50 biji, corak campur-campur (polkadot + bee + ladybird) dan filling pula coklat, strawberry dan juga kiwi. 

Apam Polkadot + Bee + Ladybird

apam dah sedia untuk dibungkus...

Ok siap!!
Percubaan untuk pos apam telah berjaya..syukur..lepas ni bolehla ambil order yang jauh-jauh..tu pun kalau ada yanag nak order la..he..he...
Good Night!!! 

Bertapa di bawah meja...

Assalamualaikum...
Cepatnya masa berlalu, dah hari Rabu...ermm..tak da apa yang menyeronokkan untuk dikongsikan sekadar ingin bercerita keletah anak bujangku yang makin membesar ni...
Entah mimpi apa si Haiqal ni,tetiba pula dia suka main bawah meja...tekejut juga aku, dia duk sibuk nak masukkan gol dan bola dia kat bawah meja...Dilarang bukan nak dengar..geram sungguh dibuatnya..aku bukan apa risau dia terhantuk je kat meja tu...

dah complete set la tu..ada gol dan bola dia...tang tuala kecil tu tak taulah pula apa fungsinya..=)

sibuk betulkan tuala, asyik nak jatuh jer tuala ni...
Budak nak membesar ni macam-macam ragamnya...ada yang buat kita tertawa dan tak kurangnya juga buat kita geram dan marah. Namun itu semua sebahagian dari cara untuk mematangkan diri kita dan menjadi insan yang penyabar..Aminn...

 

Tuesday, February 28, 2012

Happy Birthday Sayang ...

Assalamualaikum dan selamat malam...
First of all, Alahmdulillah hari ni genap 29 tahun usia suamiku a.k.a ayah Haiqal..To my beloved husband "Happy Birthday Sayang"..Moga sayang dipanjangkan usia, di murahkan rezeki, ditetapkan iman dan sentiasa di bawah lindungan Nya..Aminn... 
Tadi lepas maghrib kami buat acara potong kek...ala kek kecil je..maklumlah keluarga pun kecik je...he..he.. tapi yang terlebih excitednya siapa lagi kalau bukan si Haiqal. Dia yang tak menyabar nak potong kek..he..he...siap menangis-nangis lagi..konon-kononnya nak potong kek lepas ayahnya mandi tapi dah tak sempat...kebetulan suamiku balik lewat tadi...nak tak nak potongla juga....

Kek Kecik Blackforest..he..he..sedap sangat..

tengokla tu siap berlinangan air mata lagi...

Alahai sukanya dia dapat potong kek...si ayah pula senyum sampai ke telinga..he..he..
Petang tadi juga aku sempat-sempatkan masak spagethi kegemaran suamiku...buat simple je, just letak daging cincang dan guna sos spagheti yang dah siap...cepat dimasak dan cepat juga licin..he..he..kami memang "hantu" spagheti..tak tolak punya...bagi licin terus...

Hanya ada kek,air ribena dan spagheti je..Alhamdulillah syukur...
Seronok sangat bila tengok suamiku berselera makan spagheti yang aku masak...berbaloi-baloi... =) tanya dia sedap tak yang??nak tau dia kata apa "marbeles"..he..he..mugkin juga dia lapar, tu yang berselera makan...hu..hu...tak pelah yang penting habis...
Oklah dah lewat malam ni,setakat ni dulu ye..untuk suamiku yang tersayang "Happy 29th Birthday Sayangku"..LOVE YOU SO MUCH... 

Monday, February 27, 2012

3rd order for apam Polkadot...Alhamdulillah...

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, order untuk 150 biji apam polkadot telah selamat dihantar kepada customer. Actually customer ni juga bekas student aku dulu. Sekarang ni dia belajar di UIA Gombak. Dia order untuk gathering katanya...
Feedback dari dia, Alhamdulillah... =) Oklah, kita layan gambar kat bawah ni..

Apam Polkadot 

Thursday, February 23, 2012

Anak bujang ibu ni...

Assalamualaikum...
Wah..wah..anak bujang ibu ni ada je yang nak dibuatnya. Ibu dan ayah tak pernah pun ajar macam tu..ni belajar dari mana ni??? Nak tahu apa si Haiqal buat, meh tengok kat bawah ni...

dari kecik minat bebenor dengan tayar...pusing Haiqal...pusing lagi...=)

Apalah lagi nak dibuat dengan basikalnya tu...

Posing dengan tayar...he..he..
Haiqal ni kalau berjaya terbalikkan basikalnya, sukanya macam apa..siap tepuk tangan lagi...Bila dah terbalik, mulalah dia duk pusing tayarnya...tak tahulah apa yang istimewanya kat tayar tu...Mungkin dia pelik kot macam mana lah tayar tu boleh berpusing....
Tak pelah Haiqal, pusingla tayar tu selagi terlarat jangan anak ibu cabut tayarnya sudah..=) tak boleh percaya juga si Haiqal ni, kan nanti senyap je tup tup tayar dah tercabut...
Seronok melihat telatah Haiqal setiap masa, walaupun kadang-kadang menggugat kesabaran ibunya...tapi itu semua cabaran dalam mendidik dan menjaga anugerah Allah yang tak ternilai ni...MUHAMMAD AFIF HAIQAL BIN RAFIZAM!!! 

Wednesday, February 22, 2012

Order Apam Polkadot ke 2 siap!!!

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah aku masih diberikan rezeki dalam biz apam polkadot. Semalam, tempahan apam Polkadot 50 biji dah di hantar pada customer, Cik Hanis Husni di Petaling Jaya. Syukur, semuanya berjalan lancar cuma tang mencari tempat tersesat sikit..he..he...
Untuk tempahan kali ni, Cik Hanis minta 10 biji filling kiwi, 20 biji filling Strawberry dan 20 biji untuk filling Blueberry. So, aku pun guna warna berbeza untuk membezakan setiap filling. Colour Biru untuk Blueberry, Pink untuk Strawberry dan hijau pula untuk kiwi..
Sebenarnya customer aku tu bekas pelajar masa aku mengajar kat Mersing dulu. Sekarang ni dia sambung belajar kat UIA. Alhamdulillah, feedback yg diberikan memberangsangkan....Mudah-mudahan ni permulaan yang baik untuk perniagaan aku dan suami...Aminn..
Hasilnya di bawah ni, Apam Polkadot with 3 filling... 
 
Apam Polkadot with 3 filling
Biru - Blueberry
Pink - Strawberry
Hijau - Kiwi

 

Monday, February 20, 2012

Tempahan pertama siap!!!

Assalamualaikum...Alhamdulillah tempahan pertama untuk apam polkadot dah selamat dihantar. Syukur aku dapat siapkannya dalam tempoh yg ditetapkan. Terima kasih tak terhingga kepada my hubby kerana sanggup hantar sampai ke Nilai. Luv u honey!!!
Feedback dari customer Alhamdulillah memuaskan cuma tang kaler jer terlebih pekat. So, lepas ni aku perlu kurangkan sikit kuatiti kaler, jangan sesedap rasa je bubuh dalam adunan..he..he..bagus juga costomer komen, boleh perbaiki apa yang patut...
Alhamdulillah, rabu ni ada tempahan lagi untuk 150 biji pula...rezeki Haiqal..syukur...Hopefully, tempahan kali ni aku dapat buat yang lebih baik...InsyaAllah... =) doa-doakanlah ye...


100 biji Apam Polkadot sedia untuk dihantar

Colourfull ... =) he..he..
 

Sunday, February 19, 2012

Ada budak kemaruk makan mamee...

Assalamualaikum...wah..pecah rekod Ibu Haiqal ni, setiap hari update blog..he..he..biasalah tengah ada mood. cecuba kalau mood ke lauttt...ermm...selamatlah blog ni bersawangla jawabnya... =)
Aku nak tanya, siapa suka makan Mamee???cepat-cepat angkat kaki..he..he..aiiikkkk...Haiqal pun angkat kaki??? hu..hu...ibu dah tau dah anak ibu memang suka makan mamee..tengah kemaruklah katakan....
Pasti ibu-ibu kat luar akan kata tak elok makan mamee. Maklumlah tu kan makanan ringan...aku setuju sangat tapi dek kerana salah aku mengada-ngada minta ayah Haiqal beli. Bila budak kecitt tu nampak, dia mintaklah terpaksalah aku bagi juga kat dia. Ingatkan dia tak suka, mameekan keras...rupa-rupanya krap krup dia makan..tengok-tengok dah habis satu peket...=)
Tak lama lepas tu dia amik satu lagi..ish..budak ni dah over nampaknya..cepat-cepat aku sorokkan mamee yang lain. Budak ni kalau makanan yang tak sepatutnya dia makan, laju je dia makan...tapi bila bagi nasi, langsung dia boo layan..geram aku tengok budak endut ni...
Aku dan suami kalau boleh cuba elakkan Haiqal makan makanan ringan..tapi kadang-kadang terbabas juga...he..he..bila di bawanya ke kedai macam-macam dia nak ambik...ais krimlah, coklat dan tak boleh tinggal gula-gula lolipop...=)
Tu kalau bawa dia pergi sekali tapi kalau ayahnya je pergi sorang, alamatnya roti, tak pun biskut Chip More, kismis dengan air kotak jelah...=)
Patern Haiqal ni pula kalau selalu sangat makan, dia akan jemu. Mula-mula je dia kemaruk lebih..lepas tu selamatlah dibiar cam tu je...Mamee pun cam tu jugalah, tengah kemaruk ni kalau boleh nak habiskan semua...he..he..
Jomlah layan gambar budak endut endut ni....=)

tengoklah tu...

wah...kaki naik atas kerusi nampak....

ish..ada lagi tak ni???

nyumm...nyumm...sedapnya...

 Ibu Sayang Haiqal...

Friday, February 17, 2012

Bukan tak nak tambah tapi...

Assalamualaikum semua...
Ish..ish...rasanya setiap kali balik kampung pasti akan ada yang bertanya bila lagi nak tambah???aku cuma senyum jelah...=) kadang-kadamg tu saje je aku menyeloroh tambah lemak ke???uiit...lemak dah tambah banyak ni....kui..kui...saje je aku ni kan, buat panas hati orang...
Aku tak pernah salahkan orang yang bertanya...yelah kadang-kadang aku pun suka tanya benda yang sama juga kat kawan-kawan aku terutamanya bila anak dia dah besar. hu..hu...
Siapa tak teringin nak ada baby lagikan...aku pun sama juga tapi ada sebab tertentu yang tak membolehkan aku mengandung buat masa terdekat ni. Antaranya masa aku lahirkan haiqal dulu aku operate, so doktor nasihatkan kalau boleh elakkan mengandung dalam tempoh 2 tahun. Lagi pun luka czer ni lebih sakit dari  bersalin normal rasanya. Even dah nak masuk 3 tahun, masih terasa pedih tempat lukanya..ngilu je....Angkat berat sikit pun dah sakit pinggang....Tu yang aku rasa belum lagi bersedia nak mengandung lagi...(he..he...ibu Haiqal ni penakut sebenarnya... )
Selain tu, aku tengok si Haiqal ni masih kecil lagi...kalau ada adik nanti kesian pula kat dia tak terjaga..dah la dia manja sangat dengan ayah dia..Budak ni juga pantang sungguh kalau nampak ayah dia dukung baby..mesti dia kata "na nak" sambil tarik-tarik tangan ayah dia. Punyalah cemburunya dia...alahai kalau ada adik tak merasalah adiknya didukung ayahnya...hu..hu...
Tapi kata orang bila budak tu ada adik automatik dia akan faham dan sayang adik dia. Betul ke???
Mujurlah suamiku memahami...dia tak pernah memaksa dan bagi dia yang paling penting aku benar-benar pulih sepenuhnya barulah mengandung lagi. oh ye satu lagi, bila aku dah benar-benar bersedia...mungkin juga dia rasa kesian masa tengok aku lahirkan Haiqal..SubhanaAllah, amat sukar sekali saat tu...

 Haiqal's 1st day...miss this moments
Apa pun, planning nak tambah anak tu memang ada cuma masa yang akan menentukan..mungkin tahun ni, tak pun tahun depan kot..he..he...kesian Haiqal main bola sorang-sorang...kalau ada gengkan lebih seronok... =)
Oklah, setakat ni je untuk kali ni...Mudah-mudahan aku dikurniakn anak di saat aku  benar-benar bersedia untuk memikul lebih tanggungjawab..Aminn...

Thursday, February 16, 2012

Alhamdulillah..tak kusangka....

Assalamualaikum...Alhamdulillah, syukur ke hadratmu Illahi.....=)
Ceritanya bermula semalam, seperti biasa kalau aku try resepi-resepi baru aku akan upload gambar kat dalam facebook. Kebetulan semalam aku ada buat apam polkadot untuk minum petang. Habis je upload, tak lama lepas tu ada orang komen tanya aku buat ke? aku pn jawab yelah dan aku saje-saje tanya samaada dia nak order ke??? tak sangka pula dia kata boleh juga...terkejut aku masa tu, yelah dari sesaja buat ada pula orang nak order...mungkin dah rezeki Haiqal...
Alangkah gembiranya hati ni, yelah bukan senang orang nak rasa air tangan kitakan. Syukur sangat, tambahan lagi sedikit sebanyak bolehlah isi masa lapang dan buat income. Aku memang suka bab-bab baking ni...
Dalam gembira-gembira ni, terselit juga rasa risau dan gementar...risau hasil air tangan aku nanti tak memuaskan. hu..hu...maklumlah first time jual apam polka dot ni...Apa pun, kata suamiku kita perlu yakin dengan diri dan paling penting keikhlasan...
Nak tengok hasil apam polkadot aku??? ada di bawah ni....... =)

Apam Polkadot with Strawberry and Kiwi Filling.
Mudah-mudahan selepas ni rezeki Haiqal akan bertambah. Aminn...kepada teman-teman blogger yang ingin merasa air tangan Ibu Haiqal ni bolehlah komen kat entri ni ye atau di facebook Bay zura. 
P/s: Kepada Raihan thanks a lot dear sudi merasa air tangan akak yang tak seberapa ni...hope you like it..
 
 

Tuesday, February 14, 2012

Serabutnya kepala...

Assalamualaikum semua...mood tak berapa nak ok...=( kepala ni rasa serabut sangat...tak tau nak mula dari mana..hu..hu...
Sebenarnya hati aku berbelah bagi bila fikir tentang keje...Semenjak aku bersalinkan Haiqal, aku dah tak bekerja. Sepenuh masa menjaga budak gendut tu...Rasanya dah tiba masanya aku start keje balik memandangkan Haiqal pun dah masuk 2 tahun. Tapi setiap kali aku nak apply keje, hati aku rasa serba salah, macam-macam yang aku fikirkan tentang Haiqal...
For surelah bila aku kerja si Haiqal akan di hantar ke baby sitter tapi ada ke yang sanggup jaga budak cam Haiqal ni??? boleh tahan ke orang yang jaga nanti dengan karenah Haiqal???Haiqal nak di tinggal ke dengan baby sitter bila aku pergi keje nanti??? macam mana dengan makan dan tidur dia??? 
Persoalan tu sentiasa menerjah kepala otak aku ni setiap kali aku nak apply keje...hu..hu...Aku bukan tak percaya orang lain jaga Haiqal tapi Haiqal ni agak cerewet terutama bila nak makan dan tidur. Budak ni kalau tak di paksa makan, dia takkan makan. Dah tu makan pula kena suap...bila nak tidur pula, kena dalam buai.. Kalau masuk buai terus tidur tak pe juga, ni kadang-kadang sampai 1 jam dibuai baru dia tidur...Rasa-rasa ada orang sanggup ke???
Ikutkan hati seorang ibu ni malas nak keje, nak jaga anak sepenuh masa...dapat tengok perkembangan anak di depan mata..Itukan sesuatu yang indah bagi seseorang yang bergelar ibu. Tu kalau ikutkan hati tapi bila difikirkan hutang belajar yang menggunung jadi gundah pula...
Ada juga bincang dengan suami, dia kata kalau tak nak keje kena cari alternatif lainlah tambah pendapatan. Tu yang pening memikirkannya, nak berniaga online ke???nak berniaga apa??? Kalau berniaga online, memang sepenuh masa kat rumah sambil-sambil tu boleh juga jaga budak kecitt tu...
Kalau nak berniaga memerlukan kesabaran dan ketahanan mental yang kuat. Mampu ke aku???pokok pangkalnya nak berniaga apa???hu..hu...tak taulah aku nak berniaga apa.... =( 
Selain tu, rasa bersalah yang amat sangat kat mak dan abah aku. Yela diorang dah berhabis duit sekolahkan aku, last-last aku tak keje pula. Sebagai ibu bapa mesti diorang kecewa...tapi Alhamdulillah selepas habis belajar sempat jugalah diorang merasa duit gaji aku...Dah menjadi impian seorang anak kalau boleh setiap bulan nak bagi duit kat ibu bapa...betul tak???kalau tak keje cam ne nak bagi, tak kan nak harapkan duit suami pula....waaaa.....
Hujung mingu ni ada walk in interview Am Bank...nak try ke tak ye??? rasanya kalau nak cuba tak salahkan...
Hanya padamu Ya Allah tempat aku bergantung harapan..Berilah aku kekuatan  untuk mengharunginya dan tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk hidupku dan  juga keluargaku ...Aminn....


Jom main air!!!


Assalamualaikum semua...
Wah bestnya main airkan...bukan orang tua jer suka main air bebudak lagilah jangan cerita...termasuklah anak bujang aku tu. Agak-agaklah ada tak budak yang takut dengan air??? kalaulah ada, alahai susahlah....hu..hu..
Alhamdulillah anak aku kalau bab-bab air ni dia tak kisah even pukul 1 pagi bawa dia ke bilik air pun dia tak kisah...siap main air lagi adalah...tak rasa sejuk agaknya...ish..ish...ibunya kena air pun dah terketar-ketar.
Si Haiqal ni pantang aku suruh mandi. Cepat je dia meluru masuk bilik air siap bawa block dia lagi. nak buat apa dengan block tu???ermmm....pe lagi dia masukkan dalam tong airlah, kan nanti terapung...sukalah dia...kadang-kadang tu siap bawa satu balang block...geram sungguh, dah penuh tong air tu dengan block dia...
Aku tak kisah dia nak bawa seberapa banyak block tapi yang aku geram dia duk tadah air dengan block lepas tu di minum...kalau sakit tak ke aku juga yang susah...sekarang ni sebelum mandikan dia aku sorokkan dulu block dia, tinggalkan 2, 3 biji jer..bijak tak ibu Haiqal??? he..he...
Baru-baru ni balik kampung dia dapat idea baru pula...ada ke patut dia letak gayung kat kepala, lepas tu tadah pula kepala dia kat bawah pili air. Sukanya dia bila air-air turun kelililng gayung tu..nak tergelak aku dibuatnya...=) Uminya duk geleng-geleng kepala je...Ingatkan kat kampung je dia buat macam tu, rupanya balik rumah dia pun dia buat juga...ermm...cecuba tengok aksi di bawah ni....


mula-mula main air dulu...

dah start dah tadah air dengan kepala

lagi tunduk kepala dia...ish..ish...

tengoklah tu buat muka kesian...tak sampai hati nak marah....
Pernah sekali kami bawa dia mandi-mandi di Hot Spring Sungai Klah...sukanya tengok dia main air...siap tak nak naik lagi. sampai kilat kulitnya, dah la memang dia gelap, bertambah gelap gelitalah jadinya..he..he..Apa pun rasa gembira bila tengok dia gembira, tak kisahlah hitam pun hitamlah...

ni satu keluarga terlebih excited..he..he..

sibuk nak berjalan sendiri, tak nak di pegang

wah...eksyen nya budak ni...berjalan dalam air tu..

apa agaknya yang haiqal tengok tu...siap ternganga mulutnya....
ermm... panas-panas ni sedap makan ais krim...
anak beranak dah tak larat...

yang ni kat bahagian kolam air panas...tak nak masuk air, panas...he..he...


dah penat...masa minum susu....

Bila melihat telatah Haiqal, rasa sejuk dan tenang hati ini...=) 

Ibu Sayang Haiqal...

Monday, February 13, 2012

Alahai budak endut endut...

Assalamualaikum semua...mood meng'update' blog tengah berkobar-kobar..he..he...banyak cerita nak kongsikan, apa taknya dah berabad duk biar blog cam tu jer...
Rasanya dah lama aku tak kongsikan cerita budak endut endut kesayangan aku tu...oh yer, budak endut endut tu anak bujang aku si Haiqal. Sekarang ni umurnya dah 2 tahun 1 bulan..tapi rata-rata bila orang tengok dia pasti ingat umurnya dah 3@ 4 tahun...mungkin sebab fizikalnya yang besar dan tinggi...besar ikut aku dan tinggi pula ikut baka ayahnya...he..he...
Itu dari segi perkembangan fizikal tapi dari perkembangan yang lain pula, dia ni agak lambat juga. Contohnya bab bercakap, hanya perkataan tertentu je dia boleh cakap dengan jelas dan penuh macam 'ayah' dan 'air'...yang lain ikut suka hati dia nak panggil apa...
Paling best, dia ni suka rangkumkan banyak benda tapi sebutan yang sama. Contohnya dia panggil "ta..ta" untuk kartun Doreamon dan Mickey Mouse. "e eyen" untuk kartun Upin Ipin dan BoBoBoy...yang aku tak tahan tu dia panggil aku pun "ayah"...Haiqal..Haiqal...
Oh ye ada satu perkataan lagi untuk bagitau dia kencing atau berak..nak tau apa???he..he.. "ke kek"..sambil dia tunjuk kat pampers yang dia pakai..tu kalau dia berak dan kencing tapi kalau nak susu pula dia akan kata "e shi"...jauh bebenorkan bunyinya...aduhai pening memikirkannya....
Jika dibandingkan sepupunya yang muda beberapa bulan darinya dah pandai sebut banyak perkataan. Tapi setiap budak berbeza perkembangannya...so, wahai Pn Bayzura jangan mengada-ngada nak bandingkan ye...Tak dinafikan perkembangan Haiqal agak lambat dari dia baby lagi, so no wonderlah dia lambat bercakap...( sedapkan hati..hu..hu..)
Sekarang ni aku kerap kenalkan dia banyak benda. walaupun dia tak ikut sebut setidak-tidaknya dia biasa dengan perkataan tu...mana tau, satu hari nanti dia terus petah bercakap...Aminn... 
Walaupun dia lambat cakap tapi yang peliknya dari umur setahun lebih benda first yang dia kenal bendera Malaysia dan lambang 1 Malaysia. Dia begitu taksub sangat dan bendera Malaysia dan 1 Malaysia. Berjiwa patrotik anak aku ni..he..he.. Pantang nampak lambang ! Malaysia mesti dia akan sebut "ageng nge sha"...maksudnya tu Malaysia... =) Kalau ada lagu 1 Malaysia kat tv, jangan haraplah nak tukar siaran lain..mengamuklah dia...terpaksalah kami kena tengok sampai habis...hu..hu..
Kalau nak cerita tentang budak endut ni berjelar-jelarlah entri ni..Insya Allah ada masa nanti aku cerita lagi...Jomlah layan gambar-gambar budak endut endut ni...

sangat suka makan ais krim...comotnya... =)

sangat suka main block..buat 1 Malaysia..he..he...

sibuk nak mengaji...moga anak ibu jadi anak yang soleh ye...


sangat takut main gelongsor...siap menangis-nangis lagi.
budak endut ni sangat suka minum Solivite tapi cirit-birit..kesian sangat anak ibu 

aksi sebagai chef..he..he...

tengoklah tu tidur pun dengan bola...=)

Ibu Sayang Haiqal... 

Sunday, February 12, 2012

Oh Bun Coklatku...yabeda bedoooo... =)

Assalamualaikum...tengok tajuk entri je dah dapat bayangkan perasaan aku...for surelah gumbira...he..he...gembira sangat-sangat, 1st time buat bun menjadi tapi taklah selembut macam roti-roti gardenia tu...he..he...Apa pun rupa parasnya macam roti....suke-suke...suke...suke.... =)
Dah lama sebenarnya duk berangan nak buat roti ni tapi bahan-bahannya pula tak de. Ditambah lagi kemalasan yang teramat sangat nak menguli..Maklumlah i ni tak de bread maker...
Alhamdulillah, petang semalam teringin pula nak me'roti'..bahan-bahan pun ada. Cepat-cepat cari resepi kat My resepi. Dah jumpa resepi yang mudah.. Apa lagi, bertungkus-lumuslah aku menguli...berdebar-debar sungguh masa nak masukkan adunan dalam oven, asyik duk fikir jadi ke tak..
Alhamdulillah, keluar oven jer baunya cukup harum dan bila di tekan lembut...Ikutkan hati nak ngap jer panas-panas...he..he...Meh layan gambar bun coklat ku...
 
sebelum di masukkan dalam oven...doh naik dah molek... =)
taraa....setelah masak...nyum..nyum...
tinggal 4 ketul je lagi...sapa nak!!!

Terima kasih bebanyak diucapkan kepada kakfida@myresepi.com kerana sudi berkongsi resepi doh roti yang amat mudah dan sedap ni. Pada asalnya resepi Kak Fida untuk doh roti biasa tapi aku mengada-ngada tambah serbuk koko, choc chip dan kismis dalamnya...he..he...
Kepada sesiapa yang baru nak mencuba buat roti, aku amat sarankan guna resepi ni...InsyaAllah, menjadi dan paling best dengan satu doh boleh variasikan pelbagai jenis roti...Resepinya ada di SINI. Ikut resepi asal adunannya agak banyak, aku just buat sikit jer..dapatlah bun 6 biji cam kat gambar tu...
Untuk resepi bun coklat macam yang aku buat ni, resepinya ada di bawah ni ye...

BUN COKLAT BERKISMIS 
Bahan-bahan : 

  • 1 1/2 cawan tepung roti @  high protien
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering (mauripan)
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil garam
  • 75ml air
  • choc chip dan kismis
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan (kecuali choc chip dan kismis) ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada mangkuk. (Ibu Haiqal mula-mula guna mixer - mata hook, dah sebati baru uli dengan tangan) 
2. Peramkan doh selama 45 minit @ naik sekali ganda.
3. Setelah naik sekali ganda, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bulat-bulatkan doh menjadi 6 biji dan letakkan kismis dan choc chip di dalam setiap doh.
4. Gris loyang dengan butter dan susun doh-doh tadi didalamnya. Tutup loyang dengan kain lembab dan biarkan doh selama 45 minit @ sehingga doh naik sekali ganda.
5. Sebelum di masukkan ke dalam oven, sapu sedikit telur di atasnya. Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit @ sehingga masak. 

Selamat Mencuba!!!
 
 
 

 


 


 

Saturday, February 11, 2012

Penangan Orkid.... =)

Assalamualaikum...bosannya hari ni, tak tau nak buat apa...si Haiqal tengah dibuai mimpi, ayahnya pula dah terbaring...alamatnya duduk kat rumah jelah gamaknya. Lagipun nak keluar panas-panas ni terasa malas pula....
Tu yang terpanggil nak corat-coret di sini cuma blogwalking je belum ada kerajinan lagi...he..he...maklumlah ibu si Haiqal ni kan "bz" giler...ha..ha...(bz la sangat...=) ) 
Sebenarnya sejak ada hobi baru ni, aku jadi malas nak ber blogging..tu yang bersawang sana sini blog Kasih Ibu ni...Apalah hobi baru ibu Haiqal tu ye, sampai terbiar blognya??? ni semua gara-gara penangan orkid la...=) alahai kesian orkid di persalahkan pula tapi tulah hakikat sebenarnya....
Timbulnya minat ni sebenarnya terdorong dari hobi mak aku...Boleh dikatakan banyak jenis juga yang umi Haiqal ada...yang aku geram tu, gemok-gemok pula pokoknya..bab bunganya jangan ceritalah bertangkai-tangkai....dah macam taman bunga rumah tu....
Memandangkan rumah aku ni satu pokok bunga pun tak ada, aku pun belilah pokok orkid kat pasar Parit Sulong. Sekali beli 3 pokok terus...yang bestnya beli dah da bunganya, tinggal nak jaga jer...sejak dari hari tulah setiap kali balik kampung mesti rembat 2, 3 pasu...
Begitulah rutin aku setiap kali balik kampung, duk mengusung pokok orkid jer. La ni dah tahu ada tempat yang dekat dan harganya  jauh lebih murah...kat mana lagi kalau tak kat Taman Orkid Taman Tasik Perdana. Dia punya taksubnya si Ibu Haiqal ni, ada tu sekali pergi rembat sampai 6 pokok sekaligus...Apa taknya sepokok RM5, dengan pokoknya yang gemok dan berbunga pula tu...suami aku cuma geleng kepala jer tengok gelagat aku...he..he...
Buat masa ni aku dah ada 20 pokok. Niat di hati memang nak tambah tapi masalah tempatnya pula tak ada. Biasalah orkid ni tak boleh letak sembarangan, kena tempat yang teduh....pendamkan dululah niat di hati ni...=(
Walaupun aku ni giler orkid tapi nama-nama orkid langsung aku tak tau...kelakarkan...hu..hu...yang aku tau tengok cantik jer bunganya, aku pun belilah...he..he..pokok orkid ni pula pelbagai bunganya, tu yang bertambah giler nak kumpul macam-macam jenis.
Pokok-pokok tu sekarang ada yang berbunga, dah keluar anak dan ada juga yang terus tak berbunga, tak taulah kenapa...hu..hu...tapi tak boleh kalahkan kegemukkan pokok-pokok mak aku...tak kisahlah yang penting pokok-pokok tu still hidup...hu..hu... 
Oklah, setakat ni je kot celoteh tentang orkid...jom layan koleksi orkid aku yang tak seberapa ni.... =)

ni antara koleksi pokok orkid Ibu Haiqal..
awal-awal tak de tempat lagi, letak kat tepi dinding jer...



ni spesis butterfly...bunganya besar dan cantik

 













si bintik merah...












p/s: entri ni aku buat petang tadi..ni baru dapat post...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...