Tuesday, April 30, 2013

Kek Coklat Mudah Ibu Haiqal

Assalamualaikum semua.. 
Yeay!!! esok cuti!..Wah..wah..aku ni mengalahkan orang yang bekerja pula seronoknya..hu..hu...Tak pelahkan, seronok bagi pihak suami...sekurang-kurangnya boleh rehat, ada orang nak uruskan Haiqal. Kira cuti jugalah aku walaupun tak sepenuhnya.
So, esok nak buat ape ye??...tengah terfikir-fikir lagi ni. Tanya en. suami, biasalah jawapan dia "suka hati"...tapi nampak gayanya macam duduk kat rumah je, rehat-rehat dan bersenang lenang. Sekarang ni bila nak keluar je, kena tengok dulu tempatnya..kalau yang memerlukan berjalan kaki yang lama...jawapannya tak do maknanyalah aku nak pergi. Dah tak larat dah si Ibu Haiqal ni nak berjalan lama-lama...sakit kaki dibuatnya nanti...
Oh ya, semalam petang aku telah berjaya merajinkan diri mem "baking". Itu pun sebab mengidam nak makan kek. Kena layankan juga tekak ibu mengandung ni, kan nanti "ngences" adik Haiqal..he..he..
Orang mengidam ni bukan boleh tunggu-tunggu. Kalau boleh masa tu teringin, masa tu juga nak makan. Sebenarnya teringin nak makannya malam kemarin tapi nak buat dah malam..so nak tak nak tunggu keesokkan harinya lah. Mujur, malam tak termimpi-mimpi...
Rasanya ramai yang dah tau buat kek coklat ni, siap ada bermacam-macam versi lagi. Tapi kali ni aku nak buat kek coklat yang paling mudah, just guna blender je. Malas nak guna mixer bagai...hu..hu..alahai malas sunguh ibu Haiqal ni..ish..ish...
Alhamdulillah, walaupun guna blender kek still naik dan dapat pujian dari en.suami lagi. Bukan senang suami aku ni nak makan kek coklat banyak tau. Dia ni bukan pengemar coklat. Rasa kembang semangkukla aku...Kalau si Haiqal, ape-ape kek coklat pun dia suka..asalkan bercoklat....

Kek Coklat with simple ganache
Aku buat sikit je adunan keknya ,agak-agak cukup untuk kami sekeluarga. Kepada yang nak mencuba Kek Coklat Ibu Haiqal ni bolehlah tengok resepinya kat bawah ni ya...Kalau berkeluarga besar, better double kan bahan-bahannya...

Kek Coklat Ibu Haiqal

BAHAN-BAHAN KEK:

  • 1 cwn tepung gandum *
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  •  1 sudu teh baking powder *
  • 2 biji telor
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu teh ovellate
  • sedikit garam
BAHAN-BAHAN GANACHE :

  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu teh butter 
CARA-CARA :

  1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) dan ayak, ketepikan.
  2. Masukkn telor, gula pasir, susu, ovellate, garam dan minyak masak ke dalam blender. Blend bahan-bahan sehingga hancur dan sebati.
  3. Keluarkan bahan-bahan yang di blend tadi ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi berselang-seli dengan air suam. Gaul sebati dan tidak berketul-ketul.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dengan butter.
  5. Bakar pada suhu 160'C selama 30 minit @ sehingga masak.
CARA-CARA MEMBUAT GANACHE:

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan masak secara double boil.
  2. Setelah sejuk bolehlah dituang atas kek tadi. 




SELAMAT MENCUBA!!! 

Monday, April 29, 2013

Berhujung minggu dengan pizza "geseng"

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Macam mana dengan hujung minggu korang???mesti bestkan, maklumlah masa nilah boleh together ..gather dengan family. Weekend aku agak sibuk jugalah, cari barang-barang dapur, baju preggy, kelengkapan untuk second baby...senang cerita asyik berjalan jer, sampaikan tak sempat nak masak..hu..hu...(actually bukan tak sempat tapi bila dah penat ni faham-faham jelah..kemalasan menguasai diri...he..he..)
Dalam kemalasan tu, tetiba lah pula teringin nak makan pizza home made. Lagipun dah lama aku tak buat pizza ni, last rasanya awal tahun lepas kot. So, masa shopping barang dapur tu, aku belilah sekali bahan-bahan untuk buat pizza. Just buat pizza yang simple je, pizza untuk tekak orang melayu..he..he..
Orang yang paling excited sudah tentulah si Haiqal. Selalunya dia tengok je kat tv orang buat pizza, ni ibu dia pula yang buat. Sibuk dia tanya itu apa..ini apa...aku minta dia susun bahan-bahan topping macam sosej, tomato dan keju. Happy betul dia dapat tolong ibu dia buat pizza... dah macam main masak-masak pula tapi aku enjoy sangat, lebih-lebih lagi tengok gelagat Haiqal...

pizza dah siap untuk di bakar...hasil air tangan Haiqal tau

Tang menunggu pizza masak tu yang paling lemah...lamanyalah nak masak. Rasa tak sabar nak makan...bukan ibu Haiqal je tau tak sabar Haiqal pun sama..he..he..dalam duk menunggu bunyi oven tu, si Haiqal ni buat hal lah pula boleh dia kencing dalam seluar. Dah sibuk nak uruskan dia pula sampai lupa nak tukar oven dari api bawah kepada  api atas bawah.
Hasilnya faham-faham jelah, pizzaku "geseng" bawahnya...maksud "geseng" ni hangus tau bagi orang jawa. Tapi nasib baik lagi boleh dimakan, cuma keraknya tebal lah. Alahai sayang sangat tapi en. suami kata sedap...Geseng pun geseng la yang penting dapat makan..hu..hu..

nasib baiklah boleh dimakan lagi...hu..hu..sadis sungguh...
Bila dah siap masak tu, gembiranya Haiqal tengok pizza yang dia buat tu. Tak sabar-sabar dia nak memotongnya. Berselera sungguh tengok dia makan, maklumlah dia yang buat pizza tu.

tak sabar-sabar nak potong ...
Walaupun  hasil pizza yang aku dan Haiqal buat geseng tapi itu semua tak penting bagi aku..apa yang paling utama adalah kepuasan bila dapat bersama-sama masak dengan anak bujangku sorang ni. Insya Allah, bila ada kelapangan nanti nak buat lagi..kali ni nak ayah Haiqal pula participate..he.he..
 
 
 

Friday, April 26, 2013

Alkisah sekeping sikat...

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari...
Seronoknya sekejap je dah hari jumaat, esok bolehla request en.suami gi jalan-jalan. Bosanla 5 hari duduk rumah je. Nak juga hirup udara luar dan "cuci-cuci mata". Plan memang hujung minggu ni nak cari barang-barang keperluan baby tapi tak deside lagi which place to go...erm..ikut kaki melangkah jelah kan.
Oh ya berbalik pada tajuk entri kat atas tu, ni aku anak share sikit cerita yang berlaku tengah hari semalam. Memang aku tak expect langsung kejadian tu boleh berlaku. Tulah kata orang "expect the unexpected"...
Aku memang tak menyangka sikat pun boleh menjadi alat yang membahayakan especially buat anak bujang aku tu. Selama ni Alhamdulilah tak de pula dia buat benda-benda yang pelik-pelik. Entah kenapa semalam tengah aku sibuk memasak, tiba-tiba dengar dia menangis kesakitan. Kelam kabut aku keluar jengok dia.
Aku terus peluk dan tanya dia...dia cuma tunjuk telinga sambil menangis meraung" sakit..sakit...". masa tu aku cuma fikir semut masuk dalam telinga kot. Lepas tu aku nampak sikat kat sebelah dia, dalam hati ni terdetik entah-entah dia cucuk hujung sikat tu dalam telinga dia. Aku dah panik, tengok telinga dia tak berdarah, tanda-tanda merah pun tak ada...Cepat-cepat aku call suami...
Bila dia dah reda menangis cuba tanya dia, rupanya betul dia masukkn hujung sikat tu dalam telinga dia. Aduhai, sabar jelah..mujur tak ada yang luka... Bahaya sungguh la Haiqal ni. Macam manalah dia boleh terfikir nak buat macam tu. 
Lepas-lepas tu, aku bagi sikat tu kat dia langsung dia tak berani nak pegang..he..he..fobia agaknya. Tanya dia nak cucuk lagi tak?dia kata "tak nak..tak nak". 

sikat nilah...
Tapi bila difikir-fikirkan balik, silap aku juga tak simpan balik sikat tu lepas guna. Biasanya aku akan simpan, entah macam mana nak dijadikan cerita aku biarkan je. Lagipun tengok pada jenis sikat ni pun dah bahayakan, runcing je hujungnya. Syukur sangat tak jadi pape yang buruk semalam.Kalau tak menyesal tak sudah aku. Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah selamatkan anakku...

Thursday, April 25, 2013

Berbudi pada tanah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Moga hari ni lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya..Insya Allah..
Amboi ibu Haiqal tajuk entri tak tahan..macam ada berekar-ekar,berelung-relung tanah je..he..he...Sejak mengandung ni aku bersemangat nak bercucuk tanam. Tak taulah, pantang nampak anak benih kat kedai pasti nak beli. Tapi apakan daya, tanah yang aku ada hanyalah sekangkang kera je. hu..hu...
Tu pun tanah kat belakang rumah, bolehla nak melepaskan gian bercucuk tanam. Dapatla 4 jenis pokok. Pokok pertama yang aku tanam, anak pokok pisang lemak manis dan pisang nangka kalau aku tak silap la. Alhamdulillah, pokok tu sekarang dah keluar anak-anak kat sekelilingnya..Hidup juga pokok pisang tu. Nak keluar buahnya tak taulah bila agaknya...
Than, part suami aku pula yang menanam pokok cili padi. Aku just semaikan anak benih je. Pagi tadi aku dah tuai hasilnya, dapatla dalam 6 biji...he..he...bolehla kan buat masak tengah hari nanti. Lagipun pokoknya cuma sepohon je. Hasilnya pn sikitla. Seronok jugakan bila kita tanam membuahkan hasil. Bertambah-tambah membaralah semangat aku nak berkebun...hu..hu...
Sekarang ni tinggal tunggu sayur bendi je. Yang tu pun aku semai tapi yang tanam en suami. Ada la dalam 3 pokok. Tu pun dah berbuah, tunggu nak membesar je. Tak sabar pula nak rasa bendi tanaman sendiri. Baru-baru ni kami ada juga tanam pokok serai. Tengok gayanya macam hidup, hijau je daunnya. Harap-haraplah hidup subur. aku ni banyak guna serai dalam masakan, kalau ada pokok sendirikan mudah, nak masak je ambil kat belakang rumah. Jimat pun jimatkan...
Pada aku tak rugi berbudi pada tanah ni, walaupun tanah yang ada kecil tapi alhamdulillah membuahkan hasil. Kepuasannya tak terkata bila dapat menuai hasilnya. Meh tengok kebun kecil kami ni...serius memang kecil je kawasannya... =)

Kebun Kecil Ibu Haiqal

 

Wednesday, April 24, 2013

Tapai pulut oh tapai pulut...

Assalamualaikum semua...mendung je cuaca kat sini. Tunggu masa nak hujan je..ohh..dah hujan dah pun...syukur rahmat Allah membasahi bumi. 
Alhamdulillah hari ni juga genap 26 minggu usia kandunganku. Kesihatanku juga amat memuaskan cuma kekadang malam-malam nak tidur tu rasa lenguh-lenguh kaki tapi mujurlah ada suami tercinta tolong urutkan. Ada juga minta tolong anak bujangku, aduh semakin sakit dibuatnya..bukannya dia urut tapi di tumbuk-tumbuknya kaki ibu dia ni...he..he..
Semakin membesar perutku ini, semakin macam-macam yang aku idamkan dan confirmlah tekakku semakin berselera makan. Ikutkan hati malam pun nak makan nasi.Mujur lah perut ni dah dilatih sebelum mengandung malam sebolehnya elak  makan nasi. Tu pun kadang-kadang terbabas juga, bila terhidang lauk yang best kat depan mata. hu.hu...
Entahla susah nak kawal makan time mengandung ni. Tak taulah pula orang lain..ke sama macam aku juga. Tapi yang paling aku suka makan sangat masa ni tapai pulut. Kata orang ibu mengandung tak boleh makan coz tajam dan membahayakan kandungan. 
Aku dapat tapai pulut ni pun masa rumah umi Haiqal buat kenduri. Sememangnya setiap kali kenduri umi Haiqal akan tempah tapai pulut buat pencuci mulut. Tu yang tergoda nak makan. Dah la tapai pulut ni sedap dan manis, terasa rugi tak makan. hu..hu...
Mula-mula takut juga nak makan,yelah tapai nikan tajam dan kandungan manisnya yang melampau tapi duk tengok orang lain syok je makan.Aku pun cubalah satu (buat hilangkan ngidam ) ,uiiittt...sedapnya..he..he... mak aku siap pesan lagi, jangan makan banyak, buat-buat rasa je. Ibu Haiqalkan, sedar-sedar 3 biji aku bedal...hu..hu...
Bila dah makan tu mulalah rasa menyesal tapi syukur tak ada pape. Bagus baby ibu, dia pun suka juga tapai pulut ni kot. Aku balik sini siap mak aku bawakan lagi tapi aku taklah makan banayak sekaligus...macam sehari sebiji ke. Aku pun kena berjaga-jaga juga, yelah kang terkena kencing manis, tak ke haru biru jadinya nanti...
Stok tapai pulut kat dalam peti sejuk tinggal beberapa biji je lagi. Sehari makan sebiji..he..he.. Oklah, dah petang ni nak buat ape yang patut dulu... bye..

Tapai pulut yang marbeles..siap dibungkus dgn daun getah lagi..


 

 

Thursday, April 18, 2013

Sok..sek...sok.sek..

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Hari ni seperti hari-hari yang lain duduk berdua bersama Haiqal di rumah. Rutin harian ku kemas rumah, basuh baju, masak dan menjaga anak bujangku yang sorang ni. Macam-macam ragam, keletah dan perangai dia yang kadang-kadang menggugat kesabaran dan keimanan seorang ibu. Sabor jelah...
Alhamdulillah, usia kandunganku dah masuk 25 minggu, tinggal 15 minggu je lagi saat kelahiran adik Haiqal. Harap-harap segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Kebetulan due date nya seminggu lagi sebelum Hari raya, nampak gayanya aku beraya dalam pantanglah. Tengok jelah orang makan rendang, lemang dan sambal kacang, sayur lodeh..hu..hu...
Sekarang ni orang sibuk sana sini bercerita mengundi. Tahun ni rasa-rasanya aku tak balik mengundi kot. Bagi chance en suami mengundi kat Penang. Ikutkan rasa rugi sangatkan tak mengundi tapi nak buat macam mana, aku mengundi di selatan dan suami aku di utara. Suami aku kata aku tak mengundi pun tak apa,confirm **** menang..Boleh pula cam tu....
Tapi yang tak bestnya berkemungkinan dia je sorang balik Penang..Aku dan Haiqal???duk rumah la. Pada mulanya memang dah plan nak balik sama-sama tapi suami aku pula tak dapat cuti. Kalau setakat balik hujung minggu je, buat letih badan je. Jalan jam memang dah pasti. So, kami decide dia je balik naik bas. Tu baru plan la, tak tau pula tiba-tiba last minute plan tukar...
Sebenarnya dah lama kami tak balik Penang. Ingatkan mengundi ni bolehla lama sikit balik Penang tapi tak boleh pula. Huh!!!dah macam-macam makanan yang terbayang kat kepala ni bila balik Penang.. Telan air liur jelah.
Oklah, takat ni dulu celoteh aku pepagi ni. Have a nice day ya!!! 
 

Tuesday, April 2, 2013

Kemaruk makan "Bipang"

Assalamualaikum. Hari ni bagun tidur je rasa tak sedap badan. rasa macam nak demam pun ada juga. Sejak berbadan dua ni sokmo rasa letih, lesu dan tak selesa je. Lebih-lebih lagi waktu malam time nak tidur, berpeluh-peluh kepanasan. Maklumlah rumahku hanya ada kipas, tu pun siap hidupkan 2 kipas setiap kali tidur tau. Still panas juga..entahla...tidur sambil berendam dalam air kot baru sejuk...ha..ha..  Suami aku duk geleng kepala jelah tengok gelagat aku ni.
Aduhai macam-macamlah aku ni, tu belum cerita bab makan lagi. Mula-mula awal preggy langsung tak ada selera nak makan, lebih-lebih lagi makan nasi. Kalau sehari tak makan pun tak apa. Sekarang ni pantang nampak makanan sure berselera aku makan. Bila check up berat sekali naik 3 kg terus...ternganga aku dibuatnya...confirmlah kena minum air gula.. Mujur result ok, tak da kencing manis...fuh...lega.
Yang aku perasan preggy kali ni aku suka sangat makan yang manis-manis. Tak serik agaknya aku ni minum air gula tapi tulah susah sangat nak elakkan. Kalau tak manis tu macam tak puas je. Baru-baru ni gi pasaraya dekat dengan taman, ternampaklah "bipang". Kalau orang kampung aku pangil "bipang", kat plastik pembungkus namanya kacang gula. Rupanya macam kat bawah ni

Bipang oh bipang...

rasa manis, rangup, liat-liat sikit dan berbijan...sedap sangat

Rasanya 1 plastik tu aku sorang je yang makan. Bagi kat Haiqal langsung dia tak layan. Aku sekali makan bekeping-keping...aduh, parah ibu Haiqal ni...Nak buat macam mana baby dalam perut ni suka kot..he..he...tu jelah alasannya. 
Kan best kalau pandai buat bipang ni. tiap-tiap hari boleh makan...hu..hu.. Oklah, bye..bye..

Monday, April 1, 2013

Kembali mengapam

Assalamualaikum...Alhamdulillah, baru je habis mengapam sambil melayan kerenah si anak bujang sorang tu. Setelah sekian lama tak ambil tempahan apam,  terasa "capek" sekali...hu..hu.. Rasanya dah 4 bulan aku tak ambil tempahan apam. Baru hari ni tergerak hati nak testing ketahan badan..larat ke idak mengapam masa mengandung ni..tu pun ambil setakat 50 biji je. Lagipun rindu sangat nak mengapam...
Ternyata memerlukan ketabahan dan kecekalan hati sungguh nak mengapam ni. Aku memang tabik spring la kepada peniaga-peniaga apam yang still on biz walaupun time mengandung...aku???kena fikir banyak kali juga. Ni pun dah mula sakit-sakit, lenguh-lenguh pinggang dan kaki. 
Sbenarnya yang membatkan aku bertambah-tambah "poonat" ni bukan apa, melayan karenah si Haiqal. Tak taulah sejak aku mengandung ni dia buat perangai sungguh. Selalunya tak kisah pun kalau ibu dia buat apam, dia duk main sendiri. Tadi bukan main sibuk lagi dia mengacau..apa yang aku pegang semua dia nak ambil...bila larang dia menjerit mengamuk...menguji kesabaran sungguh...
Kata orang dia terasa kot nak ada adik, plus nak tarik perhatian aku. Tak taulah, pokok pangkalnya memang sangat-sangat menguji kesabaran akulah. Ishtifar banyak-banyak aku dalam hati...anak oh anak.
La ni dia tidur, bila tenung muka dia rasa kesian dan bersalah pula. Ada la juga aku marah-marah dia tadi. Entah apa yang dia rasa agaknya. Apepun ibu tetap sayangkan Haiqal. Mudah-mudahan Allah bagi aku kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan mendidik anak ibu ni. rasa sedih pula..huk..huk..
Oklah tak mo sedih-sedih...Alhamdulillah rasa puas sangat bila dah siap dan tengok hasilnya...rasa dah terbalas rindu nak mengapam. Malam ni dah boleh antar kat regular customer aku. Harap dia berpuas hatilah...bye.bye...
Apam Bee & Ladybird with Starwberry, Blueberry, Kiwi & Choc. filling

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...