Sesiapa nak join sila-silalah KLIK pada banner di bawah ini yer....
Due Date : 12 Disember 2011
Ucapan :
Buat MamaMikael dan suami "Happy 2nd Anniversary"
Moga kalian kekal bahagia ke akhir hayat dan sentiasa di bawah rahmat Nya
Amin.....
"Bercerita tentang kasih sayang antara Ibu dan Anak, antara Isteri dan Suami dan antara sesama Insan"
Alhamdulillah, dah masuk 12 hari kita berpuasa. Mudah-mudahan kita akan terus diberikan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa. Sekejap je masa berlalukan, pejam celik dah nak raya...sebut pasal raya ni teringat masa zaman anak dara dulu. Semangat betul kami adik beradik buat kuih raya terutama biskut la..Macam-macam jenis dan kami tak pernah beli walau sejenis pun.
Kebiasaannya kami buat biskut cornflake madu, Almond London, biskut Mazola, Tart nenas, biskut nestum buah campuran, dan kami pun buat kerepek pisang dan keladi. Paling best tugas mak cuma bagi resepi dan kami adik beradik yang akan laksanakan. Bila dah nampak hasilnya, rasa seronok sangat, tak terasa penat walaupun berpuasa.
Bila dah berkahwin dan duduk jauh ni, terasa rindu nak buat biskut sama-sama. Mak pun sekarang lebih banyak beli dari buat, maklumlah kaki tangannya dah kurang..he..he..Aku pula malas nak buat biskut sorang-sorang, nampak gayanya bagi biskut tunjuk jelah kat mak raya ni...
Entah mimpi apa semalam aku ni terajin pula "mengukis". Biasalah aku ni pantang sikit tengok resepi yang pelik sikit namanya, tambah-tambah lagi mudah pula penyediaannya. Kebetulan pula semalam aku "bendera merah", so berdezublah aku ke dapur membuatnya.
Resepi Chocolate Melting Moments Cookies ni aku ambil dari kak fida@myresepi.com. Memandangkan baru mencuba aku buat setengah adunan je. Hasilnya superb!!! sangat sedap dengan kemanisan yang sedang-sedang jer dan paling penting biskutnya rangup. Resepi ni juga tak menggunakan telur. tu yang best tu...
Justeru terima kasih banyak-banyak kepada kak fida kerana kongsikan resepi biskut yang sedap dan mudah ni. Minta izin kongsikannya di sini..Nak tahu resepinya, jom tengok bawah ni....
![]() |
Chocolate Melting Moments Cookies |
Chocolate Melting Moments Cookies (Sumber : Kak Fida )
Bahan-bahan :
* Ibu Haiqal tambah :
Cara-cara :
1. Putar mentega, gula icing dan essen vanilla hingga berkrim
2. Masukkan koko, tepung jagung dan putar hingga rata
3. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit (tak perlu dihabiskan )sehingga doh boleh dikepal dan tidak melekat pada tangan dan mangkuk
* masukkan choc chips dan gaul rata
4. Sukat 1 sudu kecil doh, bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar. Leperkan sedikit bebola doh
* letakkan hirisan badam di atasnya
5. Bakar pada suhu 160' C selama 20 minit.
6. Sejukkan cookies dan taburkan gula icing
Selamat mencuba !!!
![]() |
Hadiah Pertama |
![]() |
Hadiah Kedua |
Syukur Alhamdulillah...gembira tak terkata bila dapat tahu aku pemenang pertama " Yana Birthday Giveaway".. Sebenarnya result Ga ni keluar semalam tapi biasalah aku ni tak de mood pula nak buka blog semalam. Tu yang lambat tahu menang...he..he..
Apa pun terima kasih bebanyak kepada yana dan juga anaknya Adam Danish kerana telah mencabut nama ibu Haiqal...Dengan hadiah tersebut bolehlah aku beli baju Haiqal...tak pun belanja makan suami dan Haiqal berbuka puasa nanti pun best juga...
Dengan kemenagan GA kali ke dua ni, maka bertambah-tambah semangatlah aku nak join GA. Mana tahu ada rezeki lagi....tak cuba tak tahukan???
Buat Yana, terima kasih sekali lagi kerana menganjurkan GA ni dan mudah-mudahan rezeki Yana akan melimpah ruah selepas ni...Aminn...
Alahai bestnya dapat duduk atas bola ni...=) |