"Bercerita tentang kasih sayang antara Ibu dan Anak, antara Isteri dan Suami dan antara sesama Insan"
Search This Blog
Tentang Aku
Kasih Ibu
"Aku seorang suri rumah sepenuh masa, seorang isteri dan ibu..
Berusaha untuk menjadi isteri yang sentiasa diredhai suami dan ibu yang mithali...Mudah-mudahan, Aminnn...
Assalamualaikum semua...Hari ni merajinkan diri untuk meng"update" blog walaupun terasa kemalasan yang teramat sangat. Tak da cerita yang best untuk di coretkan di dalam blog ni, erm..tapi rasa terpanggil untuk berkongsi resepi kudapan yang sangat best dan mudah iaitu Kuih Pintal.
Resepi ni aku perolehi dari mamawandiha.fotopages.com. Memang banyak resepilah kat situ. Rambang mata nak buat mana satu tapi untuk dibuat minum petang, aku pun pilihlah Kuih Pintal ni. Lagipun bahan-bahannya dah ada dan cara pembuatannya pun taklah rumit. Jom intai Kuih Pintal yang aku buat...=)
Kuih Pintal
Sejujurnya kuih ni memang sedap, luarnya rangup ditambah lagi dengan siraan gula memang terangkat!!!. Aku buat suku adunan je maklumlah ahli keluargaku sikit. Dapatlah dalam 15 biji kecil-kecil, rasa tak puas pula makan. Lepas ni kena buat lebih banyak lagilah nampaknya.
Kepada kak Madhihaa, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi Kuih Pintal ni. Sekarang kuih ni dah menjadi favorite aku. Sesiapa nak mencubanya boleh tengok resepi di bawah ni...
¾ cawan air (jangan tuang habis.. tuang sikit-sikit)
1 sudu kecil (rata) garam halus - larutkan dalam air
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Untuk Menyira:
6 - 7 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
Cara-cara:
1. Masukkan tepung dan marjerin ke dalam mangkuk menguli. Gaul rata dan jadikan serbuk roti.
2. Panaskan 6 sudu minyak masak dan tuangkan ke dalam tepung tadi lalu digaul rata lagi.
3. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. JANGAN tuang air sekaligus. Uli sehingga mendapat doh yg dikehendaki.
4. Bahagikan doh menjadi bebola kecil.
5. Ambil sebiji bebola doh tadi dan gelek-gelekkan (seperti gelek keropok lekor) menggunakan tangan di atas papan pencanai hingga menjadi bentuk silinder sebesar jari kelingking/sebesar pen. (jangan besar sangat nanti kuih tak garing di dalam)
6. Temukan hujung silinder tadi dan pintal-pintalkan. Buat hingga habis.
7. Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana. Goreng kuih hingga garing. Angkat dan tos.
Cara-cara Menyira:
1. Masukkan air dan gula ke dalam kuali.
2. Masak sehingga air gula berbuih-biuh dan bertali-tali bila diangkat dari sudip.
3. Masukkan kuih lalu dibalik-balikkan sehingga rata.
4. Kecilkan api dan gaul lagi sehingga air gula kering dan bersalut pada kuih.
5. Tutupkan api dan teruskan menggaul sehingga benar-benar rata.
salam zura... dapat jugak akak jejak blog zura ni.. excited nak tengok hasil kuih pintal yg zura buat ni... terus menggoogle cari zura.. hehe.. alhamdulillah ada jugak yg sudi mencuba & kata sedap kuih lama2 ni.. dah jarang org nak buat kuih2 lama gini kan.. kalau ada pun kat kedai jer.. thanks ye sudi cuba..
9 comments:
salam zura...
dapat jugak akak jejak blog zura ni.. excited nak tengok hasil kuih pintal yg zura buat ni... terus menggoogle cari zura.. hehe.. alhamdulillah ada jugak yg sudi mencuba & kata sedap kuih lama2 ni.. dah jarang org nak buat kuih2 lama gini kan.. kalau ada pun kat kedai jer.. thanks ye sudi cuba..
thanks akak sudi melihat hasil tgn sy ni...nilah 1st time sy makan kuih ni kak...mmg sedap...thanks kat akak jga sudi kongsi resepi ni...
Kuih pintal sedap ngunyah sambil tengok tv...satu2 btg masuk mulut....
betul tu mamasya tapi xsempat nak mkn smbil tgk tv dah habis...buat sikit je...rugi2..
nampak pun dh tau sdap kuih pintal ni.....nnti kena boh dalam list dulu. hantaq mai sebatang...!!
memang sedap kak...cubalah gerenti licin....
nak hantar xsampai tgn ni..hehe...
salam kenal dan ziarah..
sedapnye zura..kakNo suka makan ni..mmm boleh buat untuk anak2 juga dan mesti dorang suka..tima kasih ya zura kongsi resepi ni..
betul tu kak No, kuih ni sedap sgt..klu dah mkn xsedar dah bebatang2 mkn..he..he..
anak sy Haiqalpun suka mkn kuih ni,biasalah manis bebudak suka...
Post a Comment