Friday, June 17, 2011

"wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest"

Jom beramai-ramai memeriahkan contest "wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest"

Sila KLIK pada banner untuk pergi ke tuan empunya contest

 
.........................................................................

..................................................

.......................

....

.

..senaman mengempiskan peyuttt..he..he...

Nama Baby : Muhammad Afif Haiqal bin Rafizam

Tarikh Lahir : 26 Dec 2009

Tarikh gambar diambil : minggu lepas..=) kalau tak silap 10 /06/2011

Nama Ibu : Bayzura binti Patahollah


Chocolate Brownie Muffins - opsss!!! EGGLESS???

Assalamualaikum semua..Lamanya tak update blog dan blogwalking rumah kawan-kawan...ermm..minggu ni agak sibuk sikit dan internet slow sesangat...Apapun Alhamdulillah hari ni sempat-sempatkan juga update blog dan jalan-jalan ziarah blog sahabat-sahabat ku...

Semalam petang sempat juga aku mengodek adunan brownies untuk diberikan kepada jiran aku. Sebenarnya untuk memulangkan pinggan mangkuk dia yang bertimbun kat rumah ni. Syukur sangat dapat jiran yang baik hati, kerap jugalah kami bertukar juadah. So,fikir punya fikir aku decide nak cuba resepi Chocolate Brownies Muffin kak Ummi

Dipendekkan cerita, duk khusyuk sangat mengadun ni sampai terlupa aku nak letak telur dalam adunan...Asal resepi kena letak 2 biji telur..entah kenapa aku ni boleh terlupa pula...Habis je mengandun aku pelik juga awatlah adunan brownies ni agak pekat dan kental je...macam adunan biskut pula gayanya....masa ni tak perasan lagi ada bahan yang tak dimasukkan....Apapun  jom tengok hasilnya....


Chocolate Brownies Muffin
rich of chocolate chips....yummy!!!

versi "bogel"..he..he...

versi kecittt...untuk Haiqal...=)

Walaupun terlupa letak telur hasilnya tetap memuaskan..rasanya??? mengikut piawaian lidah dan tekak aku memang sedap...terasa coklatnya sangat dan sedikit chewy..memang macam brownies betullah.he..he... cuma padaku ianya agak manis, lain kali kena kurangkan lagi kuantiti gula...Apa pun, suamiku kata sedap dan si kecitt tu pun suka makan...meh tengok keletah dia...

..comotnya anak ibu....sedapnya dia makan....nyummm..nyumm...

tengok tu siap meniarap lagi....ish..ish...
Kepada kak ummi terima kasih banyak-banyak kongsi resepi brownies ni..Teramatlah sedap...Kepada sesiapa yang teringin nak mencubanya bolehlah tengok resepinya di bawah ni atau cari di SINI

CHOCOLATE BROWNIE MUFFINS ( Sumber: kak ummi )

Ingredients:
  • 3/4 cup good quality baking cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder) (*kak ummi used Van Houten) * ibu Haiqal used Van Hounten
  • 1 tsp baking powder
  • 3/4 butter melted * ibu Haiqal guna minyak masak- butter dah habis
  • 1/2 cup boiling water
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 11/4 cups sugar -Ayu used 1 cup (*kak ummi too..hehe) * ibu Haiqal too
  • 2 eggs * ibu Haiqal terlupa..hu..hu..
  • 11/3 cups all purpose flour
  • 1/4 tsp salt
  • 1/2 cup mini chocolate chips(optional)
  • 1/2 cup walnuts(optional) (kak ummi skipped this) * ibu Haiqal replaced with almonds
Method:
1. Set oven to 350F (175C). line muffin tins with paper liners. 
2. In a medium bowl combine cocoa and baking powder, mix to combine. 
3. Add in boiling water, mix well with a wooden spoon to combine. 
4. Add in melted butter and vanilla, mix well. 
5. Add in the sugar, mix well with a wooden spoon. Stir in eggs with a wooden spoon, mix well until combined. 
6. Mix the flour with salt, add in the chocolate chips and walnuts(or 1 cup of both). 
7. Using an ice cream scoop fill each of the muffin tins almost to the top. 
8. Bake for 25-30 minutes or until muffins are done, don't over-bake (might take a little longer, depending on how full the muffin tins are with the batter) Cool drizzle glaze over or frost with buttercream frosting.
 

Selamat mencuba!!!













Thursday, June 9, 2011

Giveaway : Dania Alisha 1st Birthday

Sesiapa nak join GA ni jangan segan-segan KLIK banner di bawah ini :



Tarikh Tutup30 Jun 2011 jam 12 tengahhari




" Happy Birthday Dania"

"Moga Dania jadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat...Aminnn..."




Jawapan : Genting Highland Theme Park


Wednesday, June 8, 2011

1st GA BDAY RIENA & IBU

Jom beramai-ramai join 1st GA BDAY RIENA & IBU 

Hanya KLIK pada banner di bawah ini :



Tarikh tutup : 30 Jun 2011



Saya rasa lah birthday anak akak 21/6 la...sama dengan birthday saya...hu..hu...=)



Nak Tag :



Apam Gula Hangus - Haiqal suka sangat !!!

Assalamualaikum semua...Moga hari ini lebih baik dari semalam dan kita senantiasa dilimpahi rahmat oleh Nya...Aminn...Alhamdulillah, semalam berjaya juga aku berpuasa. Biasalah aku ni dah dekat-dekat nak puasa barulah sibuk nak mengganti...Korang dah ganti belum??? he..he..ganti jangan tak ganti....

Bila dah berpuasa ni, faham-faham jelah macam-macam yang teringin nak di makan oleh Puan Bayzura ni. Semalam sementara Haiqal tidur sesaja surf internet. Duk jenguk-jenguk blog masakan terjumpalah resepi Apam Gula Hangus. Mulalah rasa teringin. Kebetulah aku baru je beli pengukus. Bolehlah "cecuba" mengukus...Petang tu juga aku operasi buat apam gula hangus ni.

Aku buat setengah adunan je, cukuplan untuk kami 3 beranak makan. Alhamdulillah walaupun ada bahan yang aku tak masukkan apam tetap naik gebu dan paling penting rasanya sedap dengan manisnya yang sedang-sedang je. 

Adunan sebelum dan selepas masak...

Apam Gula Hangus

Comel gitu...he..he...

..beginilah rupa di dalamnya...lembut...
Seronok pula bila jadi, bertambah kemaruk la aku nak mengukus ni. Lepas ni apa pula la yang nak aku kukus...he..he... 
 
Bujang aku si Haiqal turun-turun je dari pengukus terus je dia nak. Aku pun tiup-tiup sikit bagi kat dia. Sedapnye tengok dia makan...dah habis sebiji dia datang ke dapur, ambil lagi sebiji...sampai 3 biji dia makan petang tu. Itu menunjukkan apam ni sedap...biasanya dia makan sikit je lepas tu terus tak nak...

sedapnya anak ibu mamam apam...
Justeru aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Zatushshamam kerana berkongsi resepi yang sedap dan mudah ni. Saya kongsikan resepinya di bawah ni:

APAM GULA HANGUS 

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. ) (sumber : Album @Suke-Suke Masak)

  •  2 biji telur 
  •  1 cawan gula pasir 
  •  1 cawan air 
  •  1/2 cawan minyak masak 
  •  2 sudu besar marjerin  * ibu haiqal tak letak
  •  2 sudu besar susu pekat 
  •  1 sudu teh soda bikarbonat.
  •  1 1/2 cawan tepung gandum. 


Cara-cara :
1.    Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2.    Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
3.    Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
4.    Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
5.    Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. * ibu haiqal guna acuan muffin kecil - masak selama 15 minit
6.    Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. 
7.    Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 
p/s : balut penutup pengukus dengan kain agar air tak menitik atas adunan.


Selamat mencuba !!!

Monday, June 6, 2011

:: GA Jemari Emmie ::

Jom ramai-ramai join GA Jemari Emmie..

Nak join jangan malu-malu  KLIK banner di bawah ini :





Rakan di Tag :

Kek Carrot pertamaku...

Assalamualaikum...Moga kita sentasa di bawah lindungan dan hidayah Nya..aminn...Alhamdulillah, semalam dengan jayanya aku telah membuat kek lobak. Hilang terus segala kekecewaan aku membuat whoopie pie yang tak menjadi sebelum ini. Dah lama aku usha kek lobak ni..macam-macam jenis resepi kek lobak aku google dan akhirnya aku telah memilih resepi Kek Carrot dari Myresipi

Pada mulanya macam malas je nak mengodek-ngodek di petang hari tapi dek kerana tekak ni mengada-ngada nak makan kek. Suami pun ada kat rumah bolehlah aku buat kerja dengan tenang...So, anak ibu tak de can lah nak kacau ibu...he..he...

Berdebar-debar juga nak buat kek ni, maklumlah first time ni buat kek lobak....masih dihantui perasaan takut tak jadi. Kali ni aku ambil langkah berhati-hati, hanya buat separuh adunan je..hu..hu...Kalau tak jadi pun taklah rasa galat sangat....Pe kata jom tengok hasilnya....

Kek Carrot

Setelah di "make up" dengan icing sugar...

setelah di potong...ermmm....sedap....

Sepatutnya resepi ni kena letak topping cream cheese tapi apa kan daya stok cream cheese tak ade aku just ayak  icing sugar di atasnya..Bukan tu je, dalam resepi suruh letak cincangan walnut tapi aku tukar pada buah-buahan campuran...ha..ha..derhaka..derhaka...=) Nak buat lagu mana hanya stok tu je yang ada kat dapur...

Walaupun daku derhaka pada tuan empunya resepi tapi Alhamdulillah kek tetap rasa sedap dan lembut. Suami pun puji sedap...hu..hu..kembang kempisla hidung aku....Haiqal pun suka tau....Terima kasih bebanyak kepada tuan empunya resepi ni iaitu  newbie123..Apa lagi, meh la try kek Carrot ni...

KEK CARROT (sumber : Myresipi )
Bahan-bahan :
  • 2 1/2 cawan parutan lobak (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran *ibu haiqal guna minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis *ibu haiqal tak letak
  • 1 1/2 sudu teh sebuk buah pala *ibu haiqal tak letak
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan @walnut cincang *ibu haiqal letak dried mixfruit

Cara-cara :
1.  Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2.  Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3.  Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama- lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4.  Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati
5.  Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.


Selamat mencuba!!! 









Sunday, June 5, 2011

June For Love Give-Away

Sempena bulan Jun ni apa kata kita beramai-ramai join June For Love Give-Away

Sila-silalah KLIK pada banner di bawah ni :




Due Date : 30 JUN 2011


Rakan di Tag :


GA : saya nak fm ni

Mari beramai-ramai memeriahkan GA blogger 

Nak join KLIK pada banner di bawah ni ye...





Friday, June 3, 2011

Aduhai...kenapa???..mengapa...???

Salam Jumaat semua...Moga harini lebih baik dari semalam...Insya Allah...Mood ku hari agak down sikit, masih ada saki baki lagi rasa frust petang semalam. Kesannya aku malas nak buat apa pun dan paling kesian suamiku hanya bersarapan biskut je pagi ni...

Tak tahu lah selalunya bila hasil experiment aku tak menjadi, taklah rasa kecewa sangat..tapi kali ni terasa sangat kekecewaannya sangat. Mungkin aku beria-ia sangat nak buat dan aku buat pula dalam kuantiti yang banyak. Bila tak menjadi pembaziran telah berlaku dan aku paling tak suka membazir. Ye la, bukan murah bahan-bahannya kan...

Nak tahu apakah experiment yang aku jalankan petang semalam??? hu..hu..dengan rasa bangganya aku nak bagitau aku buat Red Velvet Whoopie Pie semalam..tapi nasib tak menyebelahi aku hanya tiga ketul je yang menjadi dan selebihnya masuk "cik tong"...nak tunjuk hasilnya pun malu tapi letak jelah...hu..hu..

Inilah Whoopie Pie yang buat aku frust..hu..hu...

2 biji filling peanut butter dan yang bawah tu filling cream cheese..

Comotnya lah air tangan Pn Bayzura ni...

Berbiji-biji jugalah yang tak menjadi..hangusla...tak berbentukla...Rupanya susah juga nak buat whoopie pie ni ye, banyak kesabran yang diperlukan. Mungkin bagi setengah orang ianya mudah tapi bagi diriku memang agak rumit dan perlukan ketelitian yang tinggi. 

Kebetulan mood Haiqal tak berapa nak ok semalam jadi bertambah huru haralah aku. Mula-mula boleh lagi aku bertahan..lama-lama jadi malas nak sudu satu-satu kat atas dulang pembakar. Akhirnya aku ambil keputusan masukkan semua adunan ke dalam cake pan dan tabur choc chip dan buah-buahan campuran di atasnya...settle semuanya...

Nilah orang kata dah jatuh ditimpa tangga pula....hu..hu...adunan yang di masukkan dalam cake pan pula hangus...mungkin oven terlalu panas kot...habis buang semuanya...tamatlah riwayat Red Velvet Whoopie Pie aku....

Sebagai pengajaran untuk diriku, kalau pertama kali nak mencuba sesuatu jangan buat adunan dalam kuantiti yang banyak..Kalau menjadi tak pe tapi kalau sebaliknya...membazir sungguh.....Kepada yang nak mencuba Red Velvet Whoopie Pie ni bolehla KLIK link ini joy of baking...


 



 

Wednesday, June 1, 2011

Puding Roti Bersos Kastard

Assalamualaikum...Moga segala urusan kita pada hari ini lancar dan dipermudahkan..Amin...Hari ini aku ingin berkongsi resepi Puding Roti yang amat mudah...Sebenarnya dah lama aku teringin nak buat puding roti ni..nampak sedap je gambar-gambar puding ni bila aku surf internet.

Kebetulan semalam aku puasa, google pula puding roti jadi bertambah gian aku nak membuatnya. Walaupun letih tapi aku tetap gagahkan diri untuk membuatnya. Nasib baik si Haiqal moodnya baik tak delah pula dia mengacau. Bertambah mudahla kerja aku.  

Tak mau berceloteh panjang, jom kita tengok hasil pertama puding roti versi ibu Haiqal...


..baru keluar dari oven..guna acuan tart...=)

Setelah dikeluarkan dari acuan...

Dihidang bersama sos  kastard

Dimakan bersama sos kastard...yumm...yummm...

Alhamdulillah, walaupun rupanya tak seperti kebiasaan puding roti tapi padaku ianya boleh dikategorikan sedap la..(ceh..ceh..masuk bakul angkat sendiri pula..) Seingat aku, aku tak pernah rasa puding roti ni...kesiankan...hu..hu..nilah first time..Mengikut kata suamiku yang pernah makan, rasanya sama seperti yang aku buat ni...So, menjadilah gamaknya ye...=)

Untuk merealisasikan puding roti ni banyak sumber yang aku gunakan, maklumlah orang tak pernah makan...tapi aku gabungkan mana yang patut ikut kesesuaian dan barang-barang yang ada di dapur...Ini lah resepi yang tercipta : 

PUDING ROTI BERSOS KASTARD 

Bahan-bahan Puding Roti :

  • 4 keping roti gardinia - di toast sekejap
  • 200 ml susu uht
  • 2 sudu makan gula halus
  • 1 sudu makan butter - dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh essen vanilla
  • 1/2 sudu makan tepung kastard
  • buah-buahan campuran kering secukupnya
  • 1 sudu makan tepung gandum - dibancuh dengan 1 sudu makan air

Bahan-bahan sos kastard:
  • 1 cawan susu uht
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh essen vanilla


Cara-cara :
1. Potong dadu roti yang di toast tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. 
2. Dalam mangkuk lain masukkan butter cair, gula, susu dan telur. Pukul dengan menggunakan whisk atau garfu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung kastard dan pukul hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
3. Tuangkan adunan tersebut ke dalam mangkuk roti. Setelah itu tuangkan bancuhan tepung gandum dan sedikit buah-buahan campuran. Kacau-kacau biar sebati. Biarkan sebentar lebih kurang 30 minit.
4. Griskan acuan tart dengan butter dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalamnya. Taburkan buah-buahan campuran di atasnya dan buatlah sehingga habis.
5. Bakar aduanan pada suhu 160' C selama 20 minit @ sehingga masak keperangan. 

Untuk Sos Kastard :
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api yang kecil.
2. Kacau bahan jangan sampai berketul.
3. Tutupkan api setelah sos kastard agak pekat. 
 
Selamat mencuba !!! 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...