Assalamualikum semua...Hari ni tak ada idea untuk berceloteh.. tambahan lagi masih terasa kepenatan berjalan seharian semalam di Jalan Masjid India...konon-kononnya nak cari kain pasang untuk hari raya nanti..Letih berjalan tapi hanya dapat 2 pasang je..Ni lah akibatnya kalau cerewet sangat memilih, padan dengan muka aku...hu..hu...
Berbalik semula dengan tajuk entri ni, aku ingin berkongsi resepi Donut Ball yang aku buat petang Jumaat yang lepas.. Padaku inilah resepi donut yang paling mudah dan amat sesuai untuk orang seperti aku yang tak reti membuat kuih muih ni. Resepi ni aku perolehi dari Myresipi..
Donutnya dah la lembut, comel bulat-bulat pula tu. Memang geram, rasa nak ngapp je panas-panas. he..he.. tapi time panas-panasla sedap di makan. Terima kasih kepada syuhaiza kerana berkongsi resepi ibu mertuanya ini. Meh tengok resepinya:
Donut Ball |
DONUT BALL (Sumber : syuhaiza@myresipi.com)
Bahan-bahan : untuk 3 orang makan
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 pack mauripan
- 1 sudu makan susu pekat
- 2 sudu makan marjerin
- sedikit air
- gula icing untuk menyadur
- minyak untuk menggoreng
- * ibu Haiqal tambah sedikit garam
Cara-cara:
1. Muripan di bancuh dengan air dan ketepikan * ibu Haiqal campurkan mauripan ke dalam tepung gandum
2. Satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi
3. Uli dengan air. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik
4. Bulat-bulatknkan doh menjadi ball dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik
5. Biarkan doh dalam 10 minit dan goreng
6. Gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula aising. kalau tak ada gula aising, gula kasar pun boleh tapi di blend dulu.
7. Dah siap untuk dimakan. selamat mencuba
Selamat Mencuba !!!