Friday, April 15, 2011

Fluffy Pancake for breakfast...=)

Hari ni tiba-tiba je anak tekak ni teringin nak makan pancake. Ni gara-gara terliur melihat entry pancake yang dibuat oleh kak izahdaut semalam. Tergoda sungguh melihat kegebuan pancake tersebut...namanya pun dah "Fluffy Pancake", memang gebu segebunya...=)

Alhamdulillah, bahan-bahan untuk membuat pancake semua ada kat dapur. Aku pun apa lagi pagi-pagi beroperasi untuk merealisasikannya...Suami pun tak bekerja hari ni, bolehlah buat dengan tenang tanpa gangguan si Haiqal...

Akhirnya siap juga pancake ni, rasa tak sabar nak mencubitnya...Geram sangat, teramatlh gebu dan lembut. Sebelum ni ada juga aku cuba resepi pancake tapi tak segebu resepi kak izahdaut ni. Suami aku pun puji sedap walaupun baru sesuap masuk ke dalam mulutnya. Aku makan pancake ni dengan jem durian, memang mantop...=)


Fluffy Pancake


Sedapnya....Nyum..nyum..


Tengok tu..gebu dalamnya...lembut sangat


Makan dengan jem durian...=)

Terima kasih kepada kak izahdaut kerana berkongsi resepi "Fluffy Pancake" ni. Minta izin untuk berkongsi resepi ni kepada orang lain... 

FLUFFY PANCAKE (sumber: izahdaut)

Bahan-bahan:
  • 1 1/4 cawan tepung sebaguna  * ibu Haiqal guna tepung gandum
  • 2 sudu makan gula  * ibu Haiqal letak 3sudu makan gula halus
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 3/4 sudu kecil garam 
  • 1 1/3 cawan susu segar * ibu Haiqal guna susu uht full cream
  • 3 sudu makan minyak sayuran  * ibu Haiqal guna minyak masak
  • 1 biji telur

Cara-cara:
1. Campurkan bahan-bahan kering ke dalam mangkuk besar dan ketepikan
2. Campukan susu + minyak + telur kedalam bekas lain dan gaul sebati 
3. Masukkan campuran susu ke dalam bahan-bahan kering dan gaul sebati
4. Biarkan adunan 10-15 minit tertutup
5. Masak pancake menggunakan non stick pan @ sapukan butter pada pan biasa
6. Masak sehingga keperangan
7. Hidang bersama topping kegemaran 
 Selamat mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...