Monday, April 11, 2011

Kek Oren Sunkist untuk suamiku..=)

Semalam petang tengah duduk-duduk tengok tv sekeluarga tiba-tibalah pula tekak ni teringin makan kek. Biasalah aku ni, asyik teringin jer..=) Aku pun bagitau suami, "macam nak buat kek lah sayang"... 
"kek apa ye sedap?", aku bertanya suamiku.
"apa kata kek oren..", suamiku menjawab.
Dalam hati ni sebenarnya teringin nak makan kek coklat tapi dah suami pula teringin makan kek oren, turutkan jelah..Maklumlah isteri solehah..he..he...(perasanlah aku ni..=) ) Sebenarnya suami aku ni tak berapa gemar kek coklat, nanti aku buat aku sorang je yang makan..lebih baik buat kek yang dia nak makan...

Dek kerana teringin, suamiku sanggup keluar ke kedai semata-mata nak beli oren sunkist. Bersungguh-sungguh nak makan ni...

Kalau nak diikutkan ni merupakan kali ke dua aku buat kek ni. Yang pertama tak berapa nak menjadi, terlampau manis dan adunan sikit sangat kerana aku buat setengah adunan je. Nampaknya kali ni perlu kurangkan gula dan buat satu adunan, mesti naik tinggi...InsyaAllah... 
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 lebih kek oren tersebut pun masak. Suka tengok kek tu, menjadi dan paling penting naiknya cantik tapi.."tersenyum lebar" pula atasnya..Mungkin masa buat kek ni hatiku gembira sangat....=) Jom tengok kek "senyum"...

Inilah "Kek Oren Tersenyum"

Ini pula yang telah dipotong...gebu tak???
Satu untuk ayah Haiqal dan satu lagi untuk Haiqal...=)
Mungkin rupanya tak begitu indah tapi yang pentingkan rasanya...betul tak? Kek ni bukan sahaja sedap dan lembut bahkan mudah pula untuk menyediakannya. Tak percaya???cuba tengok resepinya di bawah ni....

Kek Oren Sunkist 
Bahan-bahan: 
  • 1 biji limau oren sunkist
  • 2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak
  • 3 biji telur 
  • 1/2 sudu teh ovalett 
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara: 
1. Parutkan kulit oren tapi jangan sampai terkena yang putih.  
2. Kemudian limau tersebut dipotong dua, buang bijinya dan perah untuk mengambil jusnya. 
3. Ambil blender, masukkan telur, gula, minyak, ovalett, garam, jus oren dan kulit oren yang diparut tadi. Kisar bahan-bahan tersebut hingga halus. 
4. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati dan tak berketul. 
5. Griskan loyang dengan butter dan tuangkan adunan tersebut. 
6. Bakar pada suhu 160'C - 40 minit @ sehingga masak.
 Selamat Mencuba!

2 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgahla ke blog saya ;)

mama4A's said...

terliur tgk kek nih.. tp tk reti la cmner nk parut kulit oren tu. huhu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...