Sunday, February 12, 2012

Oh Bun Coklatku...yabeda bedoooo... =)

Assalamualaikum...tengok tajuk entri je dah dapat bayangkan perasaan aku...for surelah gumbira...he..he...gembira sangat-sangat, 1st time buat bun menjadi tapi taklah selembut macam roti-roti gardenia tu...he..he...Apa pun rupa parasnya macam roti....suke-suke...suke...suke.... =)
Dah lama sebenarnya duk berangan nak buat roti ni tapi bahan-bahannya pula tak de. Ditambah lagi kemalasan yang teramat sangat nak menguli..Maklumlah i ni tak de bread maker...
Alhamdulillah, petang semalam teringin pula nak me'roti'..bahan-bahan pun ada. Cepat-cepat cari resepi kat My resepi. Dah jumpa resepi yang mudah.. Apa lagi, bertungkus-lumuslah aku menguli...berdebar-debar sungguh masa nak masukkan adunan dalam oven, asyik duk fikir jadi ke tak..
Alhamdulillah, keluar oven jer baunya cukup harum dan bila di tekan lembut...Ikutkan hati nak ngap jer panas-panas...he..he...Meh layan gambar bun coklat ku...
 
sebelum di masukkan dalam oven...doh naik dah molek... =)
taraa....setelah masak...nyum..nyum...
tinggal 4 ketul je lagi...sapa nak!!!

Terima kasih bebanyak diucapkan kepada kakfida@myresepi.com kerana sudi berkongsi resepi doh roti yang amat mudah dan sedap ni. Pada asalnya resepi Kak Fida untuk doh roti biasa tapi aku mengada-ngada tambah serbuk koko, choc chip dan kismis dalamnya...he..he...
Kepada sesiapa yang baru nak mencuba buat roti, aku amat sarankan guna resepi ni...InsyaAllah, menjadi dan paling best dengan satu doh boleh variasikan pelbagai jenis roti...Resepinya ada di SINI. Ikut resepi asal adunannya agak banyak, aku just buat sikit jer..dapatlah bun 6 biji cam kat gambar tu...
Untuk resepi bun coklat macam yang aku buat ni, resepinya ada di bawah ni ye...

BUN COKLAT BERKISMIS 
Bahan-bahan : 

  • 1 1/2 cawan tepung roti @  high protien
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering (mauripan)
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil garam
  • 75ml air
  • choc chip dan kismis
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan (kecuali choc chip dan kismis) ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada mangkuk. (Ibu Haiqal mula-mula guna mixer - mata hook, dah sebati baru uli dengan tangan) 
2. Peramkan doh selama 45 minit @ naik sekali ganda.
3. Setelah naik sekali ganda, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bulat-bulatkan doh menjadi 6 biji dan letakkan kismis dan choc chip di dalam setiap doh.
4. Gris loyang dengan butter dan susun doh-doh tadi didalamnya. Tutup loyang dengan kain lembab dan biarkan doh selama 45 minit @ sehingga doh naik sekali ganda.
5. Sebelum di masukkan ke dalam oven, sapu sedikit telur di atasnya. Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit @ sehingga masak. 

Selamat Mencuba!!!
 
 
 

 


 


 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...