Sunday, March 31, 2013

Ragam ibu Haiqal

Assalamualaikum readers...penatnya rasa badan, sebenarnya baru balik dari Shah Alam. Walaupun bukan aku yang drive tapi penatnya mengalahkan driver...tapi apapun hati banyak suka la...dapat apa yang diinginkan...
Sebelum tu nak ucap TQ banyak-banyak kat my hubby sanggup meredah jam semata-mata nak penuhi keinginan aku yang satu ni. LOVE YOU SO MUCH MUCH MUCH....he..he...
Nak kata dari rumah aku ke Shah Alam taklah jauh sangat, kalau tak jam dalam 35minit boleh sampai. Memandangkan jam tadi dekat satu jam juga baru sampai sana. huh..mujur redup dan hujan tadi...jam pun taklah terasa sangat,cuma hati ni je tak sabar-sabar...maklumlah dah lama teringin...
Mesti tertanya-tanyakan apalah yang ada kat Shah Alam tukan??he.he...sebenarnya si ibu Haiqal ni teringin sangat nak makan ABC aka Air Batu Campur Sek 2 Shah Alam. Dasyatkan sanggup mencari dari Hulu Langat sampai ke Shah Alam. Padahal kat Hulu Langat ni berlambak-lambak orang duk jual ABC. 
Nilah penangan ibu mengandung..oppss...lupa nak bagitau, Insya Allah hujung bulan tujuh ni Haiqal akan jadi abang. Tu yang duk sakan teringin makan itu ini. 
Berbalik cerita ABC Sek 2 ni, rasanya rata-rata orang dah tau kot keistimewaan dan kelainannya. Kat Hulu Langat ni tak da yang setanding ABC Sek 2 ni, yang pastinya murah, isinya macam-macam ada, yang paling best siap letak buah anggur, biskut roll stick, ais krim dan yang tak leh tahan lelehan coklat kat atasnya..perghh...memang marbelesla...
Tapi sayang seribu kali sayang tak sempat nak ambil gambar ABC tu...tak dapatlah nak tunjuk kat sini. Maklumlah terus ngap je...dah separuh makan baru teringat nak ambil gambar...hu..hu...
Alhamdulillah,rezeki ibu mengandung...bila teringin terus je dapat. Cuma ada satu lagi yang tak dapat-dapat sampai sekarang...hu..hu...teringin nak makan buah zaitun hitam...tak terjumpa-jumpa lagi..masa mengandungkan Haiqal dulu dapat makan banyak juga. Nak kena cari juga ni...sabar..sabar...
Oklah, takat ni dululah ya. Kepada sesiapa yang nak turun Shah Alam tu cuba-cubalah ABC kat Sek 2 tu ya..confirm tak mengecewakan... bye...Selamat Malam!!! 

Thursday, March 14, 2013

140313 - HARI KAMI -

Assalamualaikum...
Hallo..hallo...lamanya tak menjenguk blog kesayangan beta ni..hu..hu...bukan setakat bersawang, dah macam rumah terbiar jer jadinya...kalau ada "cik ti" dah beranak pinak bercucu cicit agaknya. Alhamdulillah, harini bersemangat nak menjenguk dan berkongsi cerita pe yang patut kat sini. 
Sebenarnya, hari ni genaplah 4 tahun usia perkahwinan aku bersama suami. Sekejap je masa berjalan, rasa macam baru kami dinikahkan. erm...teringat balik segala kenangan di hari bahagia kami..ohh...indahnya.. =)
Sepanjang tempoh  4 tahun ni pelbagai dugaan kami tempuhi, berkongsi segala suka dan duka dalam membesarkan hero kami yang sorang tu. Walaupun kekadang ada rajuk dan terguris hati tapi syukur ianya tak berpanjangan, paling lama pun semalaman jer...kalau tak aku yang beralah, dia yang memujuk minta maaf...macam tulah setiap kali kami bergaduh...he..he..
Kalau di tanya siapa yang selalu kuat merajuk???opkoss lah si ibu Haiqal ni...maklumlah jiwa kaum hawa nikan sensitif...kadang-kadang suami tak bermaksud pun nak sakitkan hati aku tapi aku jer terlebih emo...dah aku jadi patung bernyawa diam seribu bahasa...sampaikan suami aku pun tak tau apa yang aku rajukkan...Itulah kan walau dah 4 tahun hidup bersama tetap tak memahami sepenuhnya diri pasangan...sabar jelah ibu Haiqal ni...
Oh ya, tang sambutan pula...takdalah kami buat besar-besaran, just beli kek, spent time bertiga pergi jalan-jalan, makan-makan...itu pun dah mencukupi dan membahagiakan hati kami. kebetulan en.suami ambil cuti hari ni..tu yang dapat keluar sama-sama...kalau tak, duk diam-diamlah kat rumah ni dengan Haiqal.
Bila bercerita tentang cuti ni, sebenarnya lagi semalam aku duk tanya dia ambil cuti ke tak ari ni???bersungguh-sungguh dia kata tak boleh cuti. masa tu dalam hati rasa sedih sangat..Tup..tup pagi tadi masa aku nak iron baju keje dia,dia kata tak yah ironlah..amik cuti ari ni...sabooo jelah...konon-konon nak supriselah tu...he..he...tapi yang paling best dia boleh letak kad anniversary kat kain iron...terkejutlah aku..memang tak sangka langsung...(maklumlah suami kesayangan aku ni jarang buat benda suprise ni, kalau buat pun biasanya tak berjaya...belum masanya aku dah dapat tau dulu..ha..ha...)
Rasanya, takat ni dululah aku berceloteh...ape yang aku harapkan mudah-mudahan ikatan yang terjalin antara kami akan terus berpanjangan hingga ke syurga..InsyaAllah...dan mengharapkan kami akan terus tabah dalam mengharungi segala dugaan yang mendatang dan kami akan terus berkasih sayang buat selamanya...
Buat suamiku tersayang, saya amat-amat bahagia di sisi sayang dan terima kasih banyak-banyak terima diri saya seadanya dan juga untuk segalanya. Kasih dan sayang saya hanya untuk sayang dunia akhirat...I LOVE YOU SO MUCH!!! 
 P/S: layanlah gambar-gambar kat bawah ni ya, tu jer yang sempat ambil...mostly gambar gelagat si Haiqal la...bye...

Our's Cake Anniversary!!! kecik jer, cukuplah untuk kami bertiga ni..
Si ayah dan anak yang potong kek..hu..hu..si ibunya tukang amik gambar..


thumb up!!sedap..kata haiqal


makan dan terus makan..ha..ha...
muncung mulut bila kata ais krim tu ibu punya..he..he...

yeay!!! ais krim ni Haiqal punya la...

amboi..sedap sgt la tu sampai terjelir-jelir lidah...

tak larat nak makan..stop menulis pula...








Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari lagi kita berpuasa...Cepat sungguh masa berlalu. Rasa baru semalam 1 Ramadhan...Mudah-mudahan ibadah puasa kita sempurna di sisiNya.
Persiapan raya tahun ni aku biasa-biasa je, maklumlah dah jadi mak orang ni excited beraya tu macam kureng sikitla. Lebih pada si anak bujang aku. Si Haiqal pundah pandai tengok iklan raya kat TV je, dia sibuk sebut "raya" "raya"..entah dia faham ke takape tu raya...he..he... 
Insya Allah malam ni aku bertolak ke Johor. Tahun ni turn beraya kat kampung halamanku. Raya ke 3 baru gerak baik Penang. Aku bersyukur sangat dapat suami yang sangat memahami dan paling penting adil...hu..hu...Setiap tahun merasa beraya kat dua-dua kampung cuma membezakan raya pertama jelah...Rasa tak sabar pula, baju dan barang-barang dah siap packing tinggal tunggu suami aku balik keje than zoooommmm balik kampung...
Oh ya, bercerita tentang kuih raya pula...ehem..ehem..tahun ni pecah rekod..Ibu Haiqal buat kuih lebih banyak dari tahun sebelum ni..he..he..Tahun lepas buat 1 jenis je, tahun ni Alhamdulillah dapat 3 jenis.tu pun yang simple...ha..ha...gaya macam buat berjenis-jenis je..Nak tau kuih ape??? Ce tengok kat bawah ni...

Biskut peberet Haiqal - Choc Melting Moments

Ni peberet Ibu Haiqal - Cornflake madu

yang ni pula peberet ayah Haiqal - Biskut peanut Butter
Tu jelah biskut yang termampu aku buat. Yang lain kuih tunjuk je..hu..hu...
Oklah, dah petang ni...nak prepare untuk berbuka pula. 
Dikesempatan ni, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Kasih Ibu . Mudah-mudahan Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi memberi 1001 kegembiraan dan kebahagian kepada kalian semua..Selamat Hari Raya!!!

Friday, July 6, 2012

Gelagat Dr. Haiqal

Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak share cerita tentang anak bujangku Haiqal. Alhamdulillah anakku sorang ni membesar dengan jayanya, bertambah petah bercakap, dah pandai menyanyi, bertambah cerdik dan rajin sangat-sangat tolong ibu "mengemas rumah"...he..he.. 
Walaupun hakikatnya Haiqal dah besar tapi hati ibu ni masih menganggap Haiqal macam baby lagi. Tu yang hati ibu ni masih tak percaya dan yakin kalau Haiqal nak keluar bermain dengan budak-budak lain kat luar. Entahla, mungkin sebab Haiqal sorang je anak ibukan...
Rasa seronok pula bila Haiqal dah pandai bercakap ni, apa taknya ibu dah ada teman berborak kat rumah. Walaupun tanya sepatah jawab sepatah tapi sekurang-kurangnya ada respond la juga kan. Yang penting dia faham apa yang kita tanya atau suruh dia buat, tu dah memadai bagi aku.
Baru-baru ni susu Enfagrow da bagi gift set permainan untuk setiap satu tin susu1.7kg. So, si Haiqal ni pun dapatlah 3 set permainan dan salah satunya set permainan hospital. Bukan main seronok lagi si Haiqal bermain dengan stethoscope. Sekejap-sekejap check ayah dan ibu dia...hu..hu...sat lagi check spongebob dia pula...
Dalam hati ni terdetik juga, alangkah bagusnya kalau si Haiqal satu hari nanti jadi doktor...merialisasikan cita-cita ibu dia...hu..hu...Mudah-mudahan termakbul impian dan doa aku..aminn...Jom layan pic yang aku snap buat kenangan bila Haiqal dah besar nanti...

Dr.Haiqal dah sedia nak check pesakit...
jap ye spongebob...

...dup..dup..bunyi jantung spongebob...he..he..

serius je Dr. Haiqal ni...oppss...tengah check pesakit la kena lah serius..

Dr. Haiqal bz ni..

Buat anak ibu yang tersayang, ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk Haiqal. Mudah-mudahan Haiqal menjadi seorang doktor satu hari nanti. Aminn...
 
 

Thursday, July 5, 2012

Hokkaido Cupcake with Custard Filling

Assalamualaikum...
Ibu Haiqal ni kejap ada kejap tak ada, dah macam biskut Chips more la pula...he..he...Apapun hari ni bukan nak bercerita tentang biskut tapi bercerita tentang kek cawan yang yummy!
Memandangkan macam susah bebeno je aku ni nak pergi Jepun, dapat merasa kek yang namanya ala-ala Jepun pun oklah kan... 
Dah lama aku mencari-cari resepi Hokkaido Cupcake ni...banyak juga resepi yang ada tapi kebanyakkannya dalam sukatan gram...aku mana ada penimbang..huk..huk... (memang nak kena beli juga...) Cari punya cari akhirnya jumpa juga resepi yang guna sukatan cawan...Gembira tak terkata...rasa nak melompat pun ada...(excited sungguh ibu Haiqal ni...hu..hu..)
Tak tunggu lama, petang tu juga aku ber experimen..Alahamdulillah setelah berhempas pulas hasilnya tidak mengecewakan...apa yang aku baca tentang kek ni ada pada kek yang aku buat ni...hu..hu...suka! suka!..
Tekstur kek ni macam kek span, ringan dan lembut..di makan dengan krim kastard pula...huh!!!bertambah-tambah la sedap...bukan aku sorang je kata sedap, suami dan jiran aku pun kata macam tu juga...Meh tengok hasik Hokkaido Cupcake Ibu Haiqal

Hokkaido Cupcake with Custard Filling

tanpa "bedak" still look yummy!!!

Resepi cupcake ni aku ambil dari blog Sasharahmat. Macam-macam resepi ada, jengok-jengoklah ke sana ya. TQ so much Shasha for sharing this lovely recipe....

P/S: Sorry tak dapat share resepi dalam blog ni, kesuntukkan masa nak menaip...he..he..

Friday, June 29, 2012

Chocolate Bottom Banana Square

Assalamualaikum...
Wah..wah...ibu Haiqal lama bebeno lah menyepi ye???hu..hu...mood ber blogging nun ke laut sana..entahla, semakin lama makin malas pula nak update blog...
Apapun hari ni gagahkan juga nak update cerita tentang kek yang aku buat baru-baru ni. Saje melayan anak tekak tetiba nak makan kek pisang pula, mentang-mentangla puasa...ha..ha..=)
Walaupun namanya boleh tahanlah  panjang tapi mudah je nak membuatnya. Resepi CBBS ni aku ambil dari Dapur Kak Madiha. Resepi yang sangat mudah, sedap dan paling penting keknya moist. Padaku gabungan coklat dan pisang memang "mabeles" la...he..he..
Resepi asal dalam bahasa "omputih" tapi aku dah terjemahkan dalam bahasa kita..Harap-harap dapat membantulah ya...Sesiapa nak original resepinya bolehla klik SINI.

Chocolate Bottom Banana Square

2 in 1 rasa coklat dan pisang
CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE (Sumber : Dari Dapur MadihaA )
Bahan-bahan :

  • 1/2 cwn butter
  • 1 cwn gula
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cwn pisang lenyek
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 cwn choc chip * ibu Haiqal tak letak
  • Almond nibs secukupnya - ditabur di atas kek

 Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan. Kemudian masukkan telur, vanilla, pisang dan pukul hingga sebati.
2. Dalam mangkuk lain, masukkn tepung, soda, baking powder dan garam. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian, masukkan serbuk koko dan adun sebati.
5. Griskan loyang terlebih dahulu.Masukkan adunan campuran koko dan ratakan. Kemudian ambil adunan pisang pula dan ratakan di atas permukaan adunan campuran koko tadi.
6. Taburkan choc chip dan badam cincang di atasnya. Bakar pada suhu 170' C - 30 minit @ sehingga masak. 
 
Selamat mencuba!! 
 
 
 

Wednesday, June 20, 2012

Kek Batik + Puff Darurat = Yummy!!!

Assalamualaikum...
Dah lama tak update, agak bz sikit ditambah MALAS...hu..hu..Hari ni nak show off juadahminum petang semalam. Mimpi apa entah Ibu Haiqal siap buat 2 jenis menu lagi..he..he...mood tengah rajin kot..
Sebenarnya plan just nak buat kek batik je. Tiba-tiba teringin nak makan pula semalam tapi stock biskut marie tak ada, yang ada biskut weetameal Jacobs. Pe lagi bantai guna biskut tu jelah. Rasanya lagi berkhasiat kot. Apa-apa jelah ibu Haiqal ni...tapi hasilnya Alhamdulillah sedap...

Kek Batik Weetameal


kek batik versi Ibu Haiqal...

Itu al kisah Kek Batik, sebelah petangnya pula tekak ni teringin pula makan puff. Belek-belek stock kat dapur nak buat inti tak ada pula tapi nak juga makan puff. Tengok kat peti ais ada sosej, letak sosej kat atas puf jelah nampaknya. Lepas tu letak la sos cili dan mayo thousand island.Ni ala-ala puff darurat la tapi hasilnya wallah...sedap....

Puff darurat...

bestnya dapat makan panas-panas...


KEK BATIK WEETAMEAL
Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan butter @ marjerin *
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1/2 cawan milo  *
  • 1 sudu besar serbuk koko *
  • 1 sudu besar susu segar *
  • biskut weetameal secukupnya

Cara-cara :
1. Masukkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) ke dalam periuk dan masak dengan api kecil. Kacau sebati dan jangan sampai berkerak.
2. Setelah sebati dan pekat, matikan api.
3. Letakkan plastik dalam loyang @ bekas plastik, susunkan biskut di dalamnya dan tuangkan  adunan milo tadi sehingga melitupi biskut. Kemudian susunkan biskut lagi di atasnya dan tuang adunan milo. Buat sehingga habis.
4. Kemudian, bolehlah disimpan di dalam peti ais. Dah keras, bolehla dipotong dan dihidang.

Selamat Mencuba!!!
 
 
 


 
 

Friday, June 15, 2012

Apam Comel sebagai hadiah

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua...
Alahmdulillah, biz ibu Haiqal melangkah setapak lagi dengan penghasilan apam comel beserta wording. 
Customer boleh request design apam dan paling best HARGA TETAP SAMA (1 biji = RM0.40)
Harga untuk 1 box (25 pcs mix design & filling) = RM15 (exclude postage fee @ delivery cost) 
Filling: Strawberry, Blueberry, Kiwi, Coklat 
Di bawah ni antara koleksi Apam Wording yang di tempah oleh customer :

surprise someone!!!



special request : anchor design

set for "Happy Birthday"




Another set of "Happy Birthday"
box cover
Kepada yang berminat untuk menempah sila-silalah ke fanpages ZamZura's Small Kitchen atau fb Bay Zura
TQ so MUCH =) 

Thursday, June 7, 2012

Syoknya menabung di Bank Rakyat.. =)

Assalamualaikum...
Alahai lamanya tak meng update blog kesayanganku ni. Nak kata bz sesangat si Ibu Haiqal ni tak juga, tapi dek kerana tahap kemalasan yang melampau nak menaip entri..hu..hu..tu yang bersawang sana-sini. Hari ni je tetiba terajin pula...kuang...kuang...
Alhamdulillah, start tahun ni Haiqal dah ada simpanan sendiri. Walaupun tak banyak tapi berkat menabung adalah juga. Tak sia-sia mengajar dia menabung dari kecil, sekarang ni pantang nampak duit syiling ayah dia mesti dia cari tabung dia. Ditambah lagi sedara-mara bagi masa balik kampung, lumayan jugalah. murah rezeki Haiqal... 
Banyak-banyak akaun simpanan kat Malaysia ni, aku paling tertarik dengan Akaun Nuri Bank Rakyat. Nak tau kenapa? he..he..sebabnya setiap kali masukkan duit dalam akaun akan dapat hadiah barang-barang Nuri...kan syok tu... =) Hadiah yang kita dapat tu bergantung pada jumlah duit yang kita masukkan, lagi banyak jumlahnya, lagi besarlah hadiahnya...contohnya kalau masukkan RM750 dapat beg galas...(tu aim aku sekarang ni..he.he..)
Buat masa ni Haiqal dah dapat tabung, pazel Upin Ipin, pencil colour dan pencil case. Banyak lagi koleksi barang Nuri yang Haiqal belum ada. Kena berusaha lebih menabung Ibu Haiqal ni...Bukan main gembira lagi Haiqal bila dapat hadiah setiap kali keluar dari Bank Rakyat...setiap kali lalu depan Bank Rakyat je dia tunjuk..hu..hu...dia ingat suka-suka masuk bank, boleh dapat hadiah agaknya...Haiqal..Haiqal..

Koleksi barang Nuri Haiqal...
Pada pendapat aku, bagus juga marketing strategy Bank Rakyat ni....dengan menawarkan hadiah, dapat memberi semangat kat budak-budak menyimpan untuk mendapatkan hadiah Nuri yang diorang impikan. Actually bukan kanak-kanak je yang teruja, mak budak macam aku ni pun bersemangat nak meyimpan..ha..ha...

Tuesday, May 22, 2012

Roti Sosej Bersalut Tepung

Assalamualaikum...
Hari ni 1 Rejab memang digalakkan berpuasa tapi sedih sangat aku tak dapat puasa...hu..hu...bukan sebab "bendera merah" tapi gara-gara tak bangun sahur. Sesetengah orang tak bersahur pun tak apa tapi tak bagi aku...Kalau aku teruskan berpuasa juga, silap-silap duk hospitallah aku... 
Dari sekolah lagi aku ada gastrik yang agak teruk jugalah..dah banyak kali juga masuk hospital. Aku memang tak berani berpuasa kalau tak bersahur...dapat minum susu dan oat pun cukuplah...terasa sayang sangat tak berpuasa hari ni...
Bila tak berpuasa, secara automatiknya perlulah buat sarapan ye tak?? kalau berpuasa pun tetap kena buat sarapan juga, yelah untuk suami dan anak bujangku...
So, pagi tadi aku buat sosej gulung..sedap dan mudah...=) Sebenarnya dah banyak kali aku buat untuk sarapan cuma tak berkesempatan nak snap picture dan kongsi resepi kat blog ni.

Roti sosej bersalut tepung yang rangup...

rupa didalamnya...nyum..nyum...

lagi sedap dimakan bersama sos dan mayo...

 ROTI SOSEJ BERSALUT TEPUNG
Bahan-Bahan :

  • 4 keping roti Gardenia yang biasa tu...
  • 4 biji sosej
Bahan bancuhan tepung :

  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 80 ml air 
  • 1 sudu besar minyak masak 
  • sedikit bahan perasa
Cara-Cara :
1. Ambil sekeping roti dan lenyek-lenyekkan dengan mengunakan belakang sudu sampai jadi nipis. Buat sampai habis.
2.  Letakkan sebiji sosej atas roti yang telah dilenyek tadi, gulung sampai ke hujung. Buat sampai habis.
3. Potong dua setiap sebatang sosej yang telah digulung dengan roti tadi.
4. Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk. Gaul sebati.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau rata. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sebati dan tidak berketul-ketul.
6. Celupkan roti berisi sosej ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga keperangan. 
 7. Sedap dimakan bersama sos dan juga mayonis... =)
 Selamat Mencuba!!!
 


 

Friday, May 18, 2012

...macam-macam Haiqal...

Assalamualaikum...
Mood hari ni agak kureng sikit, gara-gara pos laju buat hal lagi...hold apam aku punyalah lama kat pejabat pos seremban, nak buat pekasam agaknya...geram je rasa...banyakkan sabar ye ibu Haiqal...tarik nafas...lepas...fuh!!!lega sikit...
Bila hati rasa tak tenang, buat apa pun malas...rasa nak marah je....nasib baik ada penghibur hati, rasa terubat dan sejuk hati ini. Terima kasih anak ibu...erm...sejak kebelakangan ni suka sangat si Haiqal bermain dengan bakul mainan dia. Sedangkan bakul tu dah lama duk dalam bilik dia..dah bosan agaknya dia main permainan dia. Lagipun dah lama aku tak belikan apa-apa permainan kat dia.

comel je anak ibu ni..duduk diam-diam kat dalam bakul ye...

seronok sangat agaknya duduk dalam tu...
Kalau dia dah masuk dalam bakul tu, agak-agak isi dalamnya kat mana ye???kat mana lagi kalu tak di sepahkan merata tempat. Habis satu rumah di sepahkannya...Kerja ibunya duk mengutip mainan dia jelah, nanti tak sampai 5 minit di tuangnya lagi...aduhai sabar jelah anak bujang sorang ni...

tersengeh-sengeh dalam tu...ala-ala terowong la kononnya..he..he..

apalah agaknya dibuat dalam tu...

tengok tv dari dalam bakul....macam-macamlah anak ibu ni...

habis barang-barang mainan disepahkannya....dia pula duk dalam bakul tu...
Rasa seronok bila tengok gelagat anak yang nak membesar ni...macam-macam akalnya...nak marah pun tak jadi...nak sepahkan satu rumah pun sepahkanlah Haiqal...tak larat ibu nak membebel..lagipun bukan dia faham...banyakkan sabar jelah... =)
Ibu Sayang Haiqal... 
 

Thursday, May 17, 2012

Alhamdulillah, satu permulaan...

Assalamualaikum semua...
Mood hari ni sangat gumbira dan terkejut...jeng..jeng...sebab apa agaknya ye???he..he...sebab anak bujangku dah boleh tidur kat bawah tanpa buai...
Entri sebelum ni aku da cerita Haiqal susah sangat nak tidur kalau tak ada buai. Alhamdulillah, tengah hari tadi saje ajak dia baring-baring kat katil. Sebelum tu aku ada masukkan dia dalam buai tapi dia tak nak tidur pula..Tu yang keluarkan dia terus ajak baring-baring kat atas katil. 
Aku pun buat-buat tidur, tengok dia susah juga nak tidur...guling sana guling sini..aku biarkan jer, last-last aku pun terlelap juga, pada hal konon-konon jer tidur tu..he..he...bila tersedar, aku tengok si Haiqal dah tidur kat sebelah...dalam hati, boleh juga budak ni tidur tapi syaratnya, kita pun kena baring sebelah dia juga..Kalau tak, sampai ke malamlah dia tak tidur...
Sekarang ni pun, malam aku dah tak masukkan dia dalam buai. Aku terus bawa dia masuk bilik tapi ada syaratnya juga...ibu dan ayah dia kena baring juga. Kalau salah seorang tak ada, tak adanya dia nak tidur. 
Berharap sangat Haiqal boleh tidur tanpa buai, tak payahlah usung buai ke hulu ke hilir lagi. Kesian buai tu, ke Johor di bawa, ke Penang dibawa...berjalan ke utara selatan jadinya...Oklah jom tengok gambar aksi Haiqal tidur..he..he...

amboi anak ibu heaven nya dia tidur... =)

endut..endutnya anak ibu ni...nyenyak sungguh dia tidur...

Ibu sayang Haiqal...

Tuesday, May 15, 2012

Kek Coklat lagi...

Assalamualaikum...
Saje meng "update" blog sementara menunggu suami balik. Actually, aku baru je habis buat kek coklat, konon-konon nya buat minum petang suami aku tapi sampai sekarang tak balik lagi..hu..hu..nampak gayanya buat minum malam lah ye... =)
Kek coklat ni entah dah ke berapa kali aku buat...ni antara"paberet" resepi kek coklat aku. Mudah dan simple je buatnya. Tapi sayang aku lupa dari mana aku ambil resepinya. Tak dapat nak bagi backlink ke tuan empunya resepi ni. Apapun, terima kasih bebanyak sudi share resepi yang sangat sedap ni.
Meh tengok hasil air tangan ibu Haiqal ni yang pastinya "comot" hu..hu...

kek baru keluar dari oven...tunggu sejuk...

dalam proses di "make up" dengan chocolate ganache...

dah siap..hasilnya agak comot..hu..hu...

slices for my son...and also for me...he..he...

Kepada sesiapa yang nak mencubanya bolehlah tengok resepinya di SINI ye.. 
Selamat mencuba...

Monday, May 14, 2012

Kek Lapis Cheese Pesona..mudah disediakan dan sedap di makan... =)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni diberikan kerajinan untuk meng'update' blog kesayanganku ini. Sebelum tu, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada seluruh wanita yang bergelar ibu, emak, mama, umi, mummy dan apa jua panggilan untuk insan yang banyak berkorban dalam hidup kita di dunia ini. Kepada emak ku yang tercinta, moga mak sentiasa di rahmati oleh Nya dan sayang mak sangat-sangat...
Terasa letih lagi badan ni, maklumlah malam tadi baru sampai rumah tapi rasa seronok sangat dapat spend masa dengan family kat kampung. Walaupun baru je balik kampung tapi hati ni tetap rindu kat family...aku memang macam tu dari zaman bujang, paling lama tak balik kampung pun sebulan. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik..hu..hu..  
Kebetulan nak balik kampung, pagi Jumaat tu aku merajinkan diri buat Kek Lapis Cheese Pesona untuk family aku kat kampung. Lagipun mudah je, tak payah nak guna oven, just chill je kat peti sejuk. Bila dah keras, boleh di potong dan di makan.
Resepi ni aku ambil di SINI. Thanks to Ryo, berkongsi resepi yang sangat lazat dan mudah ni. My family love it very much...suami dan Haiqal??? sudah pastinya pun suka dengan rasa lemak-lemak manisnya tu..Aku pula, lagi-lagilah suka, he..he...ditambah pula orang-orang  yang makan kek tu kata sedap....Kepada yang belum mencubanya, sila cubalah ye, tak rugi pun...
Jom tengok hasil air tangan Ibu Haiqal ni, maaflah ye hasilnya agak comot... =) 


Kek Lapis Cheese Pesona...
memang mempesonakan bila memakannya...he..he...

potong kecil-kecil untuk buah hati ibu...
KEK LAPIS CHEESE PERSONA  (Sumber : Ryo )
Bahan2: (Saiz 9x9) *ibu haiqal guna loyang 7x3x3 (buat 1/2 adunan )


A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) * ibu haiqal guna biskut marrie coklat jenama Hup Seng
  • 500 ml susu segar,dipanaskan * guna 250 ml
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) * 270 g Tartura cream cheese
  • 10 ml susu segar * 5 ml susu Dutch Lady Low Fat
  • 1/2 cawan gula halus * 1/4 cawan gula halus
  • * ibu haiqal tambah 1 sudu besar susu pekat manis

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Selamat Mencuba!!!

Thursday, May 10, 2012

Hangin satu badan..Grrrrr!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum... 
Pepagi mood kureng...hu..hu..gara-gara kejadian semalam. sampai la ni masih ada saki baki lagi. Aduhai, menjejaskan kesihatan aku sungguh la..
Perasaan geram, marah, sakit hati, kecewa, sedih..semua bercampur baur...da macam air batu campur pula..ABC pun berbaloi juga sedap dan sejuk dimakan tapi ni panas dan hangin satu badan aku.
Apam..oh..apam..kesian ko dibuang macam tu je. Jadi habuan tong sampah pula. Sedih sangat bila air tangan aku tak dapat dirasa oleh customer aku. Dah la customer tu order banyak untuk family dia. Penat menunggu, bila dah sampai pula langsung tak boleh dimakan. Pastinya la dia sedihkan???aku lagilah bertambah sedih dan kecewa...
Geram sungguh aku dengan P** **j* ni.Gara-gara kelewatan hantar, habis rosak segala apam aku. Siapa yang rugi??? aku la...dengan duit pos lagi yang burn macam tu je. Umpama aku bagi free je duit tu kat perkhidmatan ni..Grrrrr.....Bila customer aku tanya kenapa lambat hantar, boleh dia kata ada masalah kat pejabat...tak ke geram aku jadinya...ish..ish...sabar jelah...
Mujur customer aku tak bayar lagi, so mudah sikit urusannya tak perlu nak pulangkan balik duitnya. Sebenarnya ni dah dua kali aku terkena..First case, alamat terang-terang aku tulis ke Muar, boleh pula dia hantar ke Kuantan...Dah tu nak hantar ke Muar balik ambil masa 2 hari..dah tentulah sampai-sampai je langsung tak boleh dimakan apam tu...

kesian ko apam tak rezeki nak dimakan...hu..hu...

kesian ko ladybird sepatutnya terbang ke muar, tak pasal-pasal sampai ke Kuantan
Alahai mungkin inilah yang dinamakan dugaan berniaga. Memang kena banyak-banyak bersabar dan bersedia apa saje yang bakal berlaku. Apa pun aku redha dengan apa yang berlaku, mungkin dah tak da rezeki. Mudah-mudahan bila aku redha, Allah akan murahkan rezeki aku selepas ni. aminn.... 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...