Friday, August 12, 2011

Chocolate Melting Moments Cookies

Alhamdulillah, dah masuk 12 hari kita berpuasa. Mudah-mudahan kita akan terus diberikan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa. Sekejap je masa berlalukan, pejam celik dah nak raya...sebut pasal raya ni teringat masa zaman anak dara dulu. Semangat betul kami adik beradik buat kuih raya terutama biskut la..Macam-macam jenis dan kami tak pernah beli walau sejenis pun.

Kebiasaannya kami buat biskut cornflake madu, Almond London, biskut Mazola, Tart nenas, biskut nestum buah campuran, dan kami pun buat kerepek pisang dan keladi. Paling best tugas mak cuma bagi resepi dan kami adik beradik yang akan laksanakan. Bila dah nampak hasilnya, rasa seronok sangat, tak terasa penat walaupun berpuasa.

Bila dah berkahwin dan duduk jauh ni, terasa rindu nak buat biskut sama-sama. Mak pun sekarang lebih banyak beli dari buat, maklumlah kaki tangannya dah kurang..he..he..Aku pula malas nak buat biskut sorang-sorang, nampak gayanya bagi biskut tunjuk jelah kat mak raya ni...

Entah mimpi apa semalam aku ni terajin pula "mengukis". Biasalah aku ni pantang sikit tengok resepi yang pelik sikit namanya, tambah-tambah lagi mudah pula penyediaannya. Kebetulan pula semalam aku "bendera merah", so berdezublah aku ke dapur membuatnya.

Resepi Chocolate Melting Moments Cookies ni aku ambil dari kak fida@myresepi.com. Memandangkan baru mencuba aku buat setengah adunan je. Hasilnya superb!!! sangat sedap dengan kemanisan yang sedang-sedang jer dan paling penting biskutnya rangup. Resepi ni juga tak menggunakan telur. tu yang best tu...

Justeru terima kasih banyak-banyak kepada kak fida kerana kongsikan resepi biskut yang sedap dan mudah ni. Minta izin kongsikannya di sini..Nak tahu resepinya, jom tengok bawah ni....


Chocolate Melting Moments Cookies

Chocolate Melting Moments Cookies (Sumber : Kak Fida )
Bahan-bahan :

  •  250 g mentega (1 buku )
  • 1 cwm gula icing (120 g)
  • 1/3cwn serbuk koko(40 g) - ayak 
  • 1/2 cwn tepung jagung (50 g) - ayak 
  • 2cwn tepung gandum (220 g) - ayak
  • 1 sk essen vanilla 
  • secukup gula icing- untuk tabur (opt.) * ibu haiqal tak letak
* Ibu Haiqal tambah :
  • Chocolate chip 
  • hirisan badam -hiasan

Cara-cara :
1. Putar mentega, gula icing dan essen vanilla hingga berkrim
2.  Masukkan koko, tepung jagung dan putar hingga rata
3. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit (tak perlu dihabiskan )sehingga doh boleh dikepal dan tidak melekat pada tangan dan mangkuk
* masukkan choc chips dan gaul rata 
4. Sukat 1 sudu kecil doh, bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar. Leperkan sedikit bebola doh
* letakkan hirisan badam di atasnya 
5. Bakar pada suhu 160' C selama 20 minit. 
6. Sejukkan cookies dan taburkan gula icing  

Selamat mencuba !!! 


 
 
 
 



 





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...