Thursday, March 29, 2012

Jom mengukiss... =)

Assalamualaikum...
Alahai rajin la pula si ibu Haiqal mengukiss ni..he..he...rajin bersebab la tu...memang pun bersebab, sebabnya nak pulangkan pinggan mangkuk jiran. Aku tak tau nak bagi apa sebagai balasan, tu yang terfikir nak buat cookies.
Dua hari lepas, jiran aku ada bagi macam-macam makanan, ada nasi lemak, bihun sup la, mi kari lagi..oh ye mi goreng pun ada..aku rasa dah macam bulan puasa pula, penuh satu meja dengan makanan..Alhamdulillah...rezeki kami...=)
So, banyak la pinggan mangkuknya, aku nak masak macam-macam bagi kat dia tak terlarat la...Apa yang termampu buatla cookies yang simple mimple ni tapi sedap dan rangup tau...Ni second time dah aku buat cookis ni... 
Nama cookies ni "Chocolate Melting Moments Cookies". Dasyatkan namanya begitulah juga dasyatnya kesedapan cookies ni... =) Resepi cookies ni aku amik kat SINI. Aku just tambah choc chip dan badam cincang kat atasnya..Terima kasih pada tuan empunya resepi ni Kak Fida kerana sudi kongsi resepi yang best ni..=)

..still hot..letak kat rak biar sejuk...ikutkan hati nak terus ngappp je...he..he..

dah sejuk...dah boleh ngapp ni...

oppps..belum lagi ...bagi reben dulu...baru cun!!!

Dapat 1 balang...anyone???
Si Haiqal punyalah suka cookies ni...siap je masak terus nak makan...maklumlah ala ala peberet cookies chip more dia. 2keping je dah tak nak dah..kekenyangan...Aku pula buat saiz "anak gajah" kata suami aku, sekali makan terus kenyang da..he..he..
Alhamdulillah, jiran aku pun kata sedap..siap minta resepi lagi..Anak-anak dia suka makan katanya...Buat yang belum mencuba lagi, sila-silalah cuba ye..tak rugi... =)

Thursday, March 22, 2012

Rezeki kami... =)

Assalamualikum...
Syukur Alhamdulillah sambutan untuk Apam Polkadot, Bee dan Ladybird menggalakkan. Setiap minggu ada tempahan dan kadang-kadang aku terpaksa tolak kalau kuota order dah mencukupi untuk satu minggu.
Kalau nak diikutkan memang berat hati, yelah sayangkan tolak order tambahan lagi dah kecewakan orang yang nak order tu. Tapi nak buat macam mana, aku ada anak dan suami yang perlukan perhatianku juga.
Sebenarnya, pada awalnya aku just suka-suka amik tempahan ni, mengisi masa lapang sambil tambah duit poket. Alhamdulillah tak sangka pula sambutan menggalakkan...ni la dikatakan rezeki aku sekeluarga...
Alahmdulilah suami aku banyak bagi galakkan dan dorongan especially masa aku down giler bila apam yang aku buat tak menjadi...rasa macam dah nak give up je tapi atas kata-kata semangat dan sokongan dia aku teruskan juga..Sekarang ni aku dah mula kuat untuk tempuhi pelbagai rintangan yang mendatang. Mudah-mudahan ya Allah...
Jom layan gambar-gambar tepahan apam...

Order by Nurul Ashikin @ Putrajaya

Order by Yati @ Simpang Renggam

Order by Nurul Ashikin @ Melaka

Order by Siti Alizah @ Muar
Repeat order by Solehah @ UIA Gombak
Repeat Order by Farah @ Muar
Order by Rahimah @ Muar
Order by Zaifarina @ Muar
Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang kau kurniakan padaku Ya Allah. Mudah-mudahan rezeki ini tak akan putus dan aku diberikan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran. Selagi kita berusaha dan berikan yang terbaik Insya Allah ada rezeki untuk kita..
 

 
 

 
 

Tuesday, March 20, 2012

rumah ke kapal karam ni???

Assalamualaikum...
Waduh..waduh pusing ini kepala tengok rumahku...molek lagi kapal karam..hu..hu...Ni semua gara-gara anak bujangku sorang la ni. Tu barusoranghero kat rumah ni, kalau 2, 3..ish..ish...boleh pengsan ibunya seharian duk mengulang mengemas je...

macam-macam ada...blender ibunya pun dia buat main...

tengok tu buat muka tak bersalah pula dia..
Kadang-kadang tu, mangkuk-mangkuk yang kat dapur semua dia keluarkan..Mujur kuali dia tak larat nak angkat, kalau tak dengan kali-kuali sekali duk kat ruang tamu...Kalau tetiba oarang datang, tak ke kelam kabut ibu dia nak mengemas...ish..ish...
Nasib baik la, rumah yang aku duduk ni kecil. Kalau bersepah pun tak lah rasa penat sangat nak mengemas. Aku boleh mengemas pun bila si Haiqal ni tidur. Masa tulah aku mengemas... Nanti dia bangun mulalah opersi dia berselerakkan balik rumah..Begitulah rutin harian aku dan Haiqal...si Haiqal bersepahkan rumah dan ibu dia mengemasnya... =) 
Apa pun, ibu sangat sayangkan Haiqal... 
 
 

 

Monday, March 19, 2012

Jom masak peria belut...

Assalamualaikum...
Hari ni nak cerita sikit tentang peria belut ni. Aku pun baru first time dengar dan makan masa balik kampung minggu lepas. Bila dengan perkataan peria je automatik dalam otak aku fikir mesti pahit ni. Yela peria biasanyakan pahit. Aku memang tak makan peria sebenarnya.
Tapi bila aku rasa je peria belut ni, tak ada sikit pun rasa pahit. tak percaya???sungguh memang tak pahit. Rasa sedap lagi ada la...he..he..
Sebelum balik Hulu Langat mak aku ada bekalkan 3 biji peria belut ni. Maklumlah anaknya dah suka, terus dibaginya..kebetulan banyak pula berbuah walaupun baru pertama kali mengeluaran hasil...tulah rezeki berbakti pada tanah...
Peria belut ni pada aku sedap dimasak tumis dengan telur. Marbeles....he..he...kepada yang tak kenal peria belut meh tengok gambar-gambar kat bawah ni...

nilah peria belut yang dah dibelah dan dibuang bijinya...

potong kecil-kecil
taraaa.... =) dah siap dah "Peria belut tumis telur"
Apa lagi dah tengah hari ni, jom kita makan dulu....he..he.. bye.... =)

 
 

Sunday, March 18, 2012

Khusyuknya anak ibu...

Assalamualaikum...
Malam-malam merajinkan diri update blog...hu..hu..layan jelah ye cerita si ibu Haiqal ni... =)
Saje nak bercerita tentang anak bujang sorangku ni..Sejak ayahnya bawa keje balik rumah ni dia pun sibuk juga nak buat keje macam ayahnya. Ayahnya ada kertas, dia pun minta kertas juga...sat lagi minta pen pula...boleh dikatakan apa yang ayah dia guna semua dia nak...ish..ish...
Kalau tak di bagi, faham-faham jelah si Haiqal ni mulalah dia buat perangai..nak tak nak bagi jelah..
Bila tengok dia khusyuk menulis tu sejibik macam ayah dia...hu...hu..sungguh la budak ni anak ayah... 

tengokla tu gaya dia, macam bz sangatlah.. =)
aduh..penatnya..sesekali kena renggangkan otot ye... =)
Rasa seronok sangat tengok keletah Haiqal ni, bersungguh-sungguh dia menulis..tak pandang kanan kiri dah..bila dah penuh satu kertas dia minta yang lain pula..layankan jelah...
Bila dah bosan tulis kat kertas mulalah dia buat corak pula kat tangan dan kaki dia. Lepas tu tau pula dia kata "eee otor geli" dari nak marah jadi tersenyum sendiri aku dibuatnya. 
Sesungguhnya Anugerah Allah ini memberikan kebahagiaan yang tak terhingga kepada aku dan suami. Mudah-mudahan anak ibu jadi anak yang soleh dan insan yang berguna...aminn...

Friday, March 16, 2012

Alhamdulillah dah 3 tahun....

Assalamualaikum....
SubahanAllah, dah menginjak 3 tahun pernikahan aku dan suami. Terasa baru je sambut 2nd anniversary, tup tup dah masuk tahun ke 3. Apapun syukur Alhamdulillah, masuk tahun ke 3 ni hubungan kami semakin bahagia dan saling memahami. Di tambah lagi dengan kehadiran Haiqal dalam hidup kami bertambah-tambah lah bahagia.
Sebenarnya 3rd anniversary aku 14 Mac 2012 tapi hari ni baru sempat buat entri khas ni. minggu ni agak kelam kabut dan berkejar ke sana ke sini. Rasa lega semua urusan dah selesai.
Dalam duk kalut tu, kami sempat-sempatkan juga sambut anniversary kami walaupun sekadar potong kek. Kali ni kami sambut anniversary kat kampung aku... 

Happy 3rd Anniversary Zam Zura
Biasalah, bila tang potong kek ni yang tak sabarnya si Haiqal la...sibuk dia kata "ermmm...sedapp..."

Alahai anak ibu siap melentuk-lentuk lagi... =)

Apa yang aku impikan dari perkahwinan ini hanya satu, ingin sentiasa disisi suamiku Rafizam Romli membina keluarga yang bahagia disamping anak-anak yang soleh dan solehah. Aminnn...
Doaku padamu Ya Allah, teguhkanlah kasih sayang antara aku dan suamiku dan berikanlah ketabahan kepada kami dalam mengharungi segala dugaanmu di hari-hari yang mendatang..Aminn.... 
 

Tuesday, March 6, 2012

Bee dan Ladybird berterbangan ke Kedah dan Muar....

Assalamualaikum...
Amboi tajuk sakan ibu Haiqal ni..he..he...Alhamdulillah, apam-apamku dah selamat sampai Muar dan Kedah siang tadi. Kondisi apamnya pun Alhamdulillah ok semuanya cuma tang kotak je kemik sikit kata customer aku..So,next time aku kena tulis kat bungkusan "Handle With Care"...dengan harapan posmen-posmen tak sesuka hati campak bungkusan aku...
Meh layan gambar pula...

ni untuk Customer kat Muar, 50 pcs mix apam and filling

Ni pula untuk customer kat Kedah
Dia minta buat 100pcs tapi buat 20pcs setiap satu bekas..
Also mix apam and filling


Mudah-mudahan rezeki dalam biz ni akan berterusan...Aminn...mdah-mudahan... 
 P/s :Tq to my dearest customer, next time order lagi ye..=)

Apam Polkadot +Bee + Lady bird untuk orang Genting

Assalamualaikum...
Terasa lama tak update blog...ermm...badan rasa letih, tu yang jadi malas nak buat apa pun..=(
Alhamdulillah jualan apam polkadot buat masa ni menggalakkan..Syukur ya Allah, kau kurniakan rezeki kepada keluargaku...Baru-baru ni dapat order "emergency"...kalau nak diikutkan seminggu ni jadual memang dah full, aku memang tak amik order lagi tapi tak sampai hati pula nak tolak order sorang customer ni.. beria-ia sungguh nak makan apam polkadot...dia kata mengidam sangat...dengar dia mengidam lagilah aku serba salah....
Malam Sabtu tu juga aku godek-godek kat dapur buat apam coz esok nak hantar kat dia. Dia pun sanggup turun dari Genting ke KL nak amik apam tu. Kami pun jumpalah kat KL Sabtu tu. Alhamdulillah, apam pun dah selamat sampai kat dia...
Feedback dari dia pun Alhamdulillah, amat berpuas hati dengan rasa, colour dan desigannya...Jom tengok apam yang aku buat khas untuk customer aku kali ni 

Apam Polkadot + Bee + Ladybird with Blueberry, Chocalate and kiwi Filling

Dah "cun"..he..he...
 

Thursday, March 1, 2012

gosok jangan tak gosok....

Assalamualaikum semua....
Apalah yang digosok si ibu Haiqal tu ye???he..he...bukannya ibu Haiqal ye tapi si Haiqal yang kena gosok...gosok lagi Haiqal bagi bersih dan bersinar-sinar...jangan malas-malas...
Ibu siapalah ni zalim bebeno dera anaknya...he..he...bukan gosok periuk pun tapi gosok gigi la...hu..hu...susah sangat si Haiqal ni nak gosok gigi tapi alhamdulillah sejak umurnya genap 2 tahun ni dia dah mula sukarela nak gogok gigi...pantang masuk bilik air mesti minta berus giginya..."gigi..gigi" 

..gosok Haiqal...jangan duk sengeh je... =)

ni gosok gigi ke gigit berus gigi ni???
Bila dah nak gosok gigi ni, bagi berus gigi kosong je dia tak nak, mesti nak letak ubat gigi. Aku belikan dia ubat gigi perisa strawberry jenama Mukmin..kalau dia tertelan pun tak pe...
Senang hati aku bila si Haiqal ni nak gosok gigi..tak payah nak paksa-paksa lagi. Harap-harap terus rajinla dia gosok gigi, lagipun gigi dia dah banyak..Kalau tak digosok, selamatlah setahun dua lagi "rongak" lah jawabnya.
errmmm...setakat ni dululah ye...Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...