Thursday, March 31, 2011

Rumah baru Haiqal... =)

Alhamdulillah, rumah Haiqal dah sampai beberapa hari yang lalu sewaktu Haiqal demam teruk. Kesian tengok dia, nak bermain tapi badan tak larat. Sekarang ni dah sihat, asyik masuk keluar rumah je. Haiqal nak buat apa pun buatlah sayang, itukan rumah persendirian Haiqal.

Seronok pula tengok Haiqal bermain dalam rumahnya, walaupun dalamnya kosong tanpa ada satu perabot pun tapi cukup untuk dirinya duduk melepaskan lelah setelah penat bermain. Sengaja ibu pilih bentuk gajah kerana Haiqal kan suka gajah. Ada juga terdetik dalam hati ingin masuk ke dalam rumah gajah tu tapi sayang sekali tak muat pula badan ni. Maklumlah ............. =)

Sebenarnya rumah gajah ni pemberian dari Huggies. Tahun lepas Huggies ada mengeluarkan borong pengumpulan mata, kebetulan suamiku pergi ke sebuah butik baby dan terlihat borang tersebut. Apa lagi dia pun sambarlah satu. Sekurang-kurangnya bolehlah kumpul point dari biarkan plastik Huggies terbuang macam tu saje. Tambahan lagi hadiah yang ditawarkan memang memikat hati aku.

Sejak hari tu lah aku menggunting kupon pada plastik Huggies dan menampalnya di borang tersebut. Akhirnya penghujung bulan dua tahun ni, cukup jumlah point dan bolehlah dihantar untuk menebus hadiah yang ditawarkan. Rasa berbaloi aku mengumpul kupon setiap bulan, apa taknya ku fikirkan hadiahnya kecil rupanya besar rumah gajah tersebut. Jom tengok....


Inilah rumah gajah Haiqal


Jom masuk rumah baru Haiqal

Harap-harap tahun ni adalah Huggies buat penebusan points lagi. Bolehlah dapat benda lain pula. Selain tu, dapat mengisi masa aku juga. Tak dapat bayangkan mesti Haiqal bertambah seronok kalau ada kawan-kawan bermain bersama dia dalam rumah gajah tu. Buat masa ni Haiqal bermain dengan ibu dan ayah dulu ye...



"Ibu Sayang Haiqal"

Wednesday, March 30, 2011

Berselera Haiqal makan...

Sejak beberapa hari ni mood nak berblogging begitu merundum. Kemalasan telah melanda dalam diri ku. Oh tidak!!! Bayzura jangan malas-malas ya...=)

Seperti hari-hari biasa, aku akan duduk di depan peti sejuk sambil memikirkan apa yang nak ku masak untuk hari ni. Buka freezer ada ayam dan ikan. Susah-susah sangat masak sup ayam jelah, mudah dan menyelerakan.

Tambahan lagi suamiku dan anak bujang kami suka sangat makan sup ayam. Kalau biasa makan sepinggan, ada sup berpinggan-pinggan jadinya...=) Nak kata sedap, aku rasa aku masak sup ni paling sempoi. Apa taknya, aku main rebus je ayam dengan  bawang merah dan putih yang ditumbuk, sedikit halia  dan campak sup bunjut ke dalam periuk. Pastu masukkan kentang yang didadu. Bila dah masak tabur daun sup dan bawang goreng. Simple kan???

Suka tengok Haiqal berselera makan bubur dengan sup ayam tadi. Sejak dia demam susah sangat nak makan. Makan sesudu dua je dah tolak. Tak sia-sia aku masak sup hari ni, anak ibu makan banyak. Alhamdulillah habis satu mangkuk.

Bubur nasi bersama sup ayam

Nyum..nyum..berselera Haiqal makan...
 
Susah hatiku bila Haiqal tak nak makan tapi bila tengok dia makan berselera, gembira rasa hati ni tak terkata. Nampak gayanya ibu kena masak sup hari-hari untuk buah hati ibu ni. Tak pelah sayang, ibu sanggup yang penting anak ibu nak makan. Mengikut info yang ku baca sup ni bagus untuk memulihkan tenaga terutama selepas pulih dari demam. Memang bertepatan lah masakan ni untuk Haiqal. Mudah-mudahan anak ibu akan puluh sepenuhnya...cergas dan aktif...




"Ibu Sayang Haiqal"

Friday, March 25, 2011

Kesian anak ibu...

Sekejapnya masa berlalu, dah hari jumaat. Hari ni jugalah dah masuk hari ke 5 anak aku sakit. Alhamdulillah, hari ni Haiqal dah beransur sihat. Badannya pun dah tak berapa panas.Harap-harap anak ibu terus sihat ye. Ibu rindu nak bermain dengan Haiqal.

Keletah Hiaqal membuatkan ibu rasa bahagia


Susahnya hati seorang ibu bila melihat anaknya tak sihat. Kalau boleh biarlah aku yang sakit, tak sanggup rasanya melihat Haiqal menangis menahan kesakitan. Padaku kali ni paling teruk Haiqal demam dan paling lama nak kebah. Sebelum ni ada juga demam tapi sehari dua dah kebah. Kata orang tua biasalah budak nak membesar memang macam tu. Mungkin juga kot...Wallhualam...


Boleh dikatakan aku dan suami tak tidur malam menjaga Haiqal. Bukan apa risau badannya bertambah panas, lain pula jadinya nanti. Kami tak nak apa-apa berlaku ke atas Haiqal, biarlah kami korbankan masa tidur kami asalkan permata hati kami sihat dan selamat.


Pelbagai alternatif juga aku dan suami lakukan untuk menurunkan kepanasan badan Haiqal. Dari yang rawatan moden hinggalah yang tradisional. Rawatan moden biasalah makan ubat demam tapi yang mushkilnya setiap kali Haiqal makan ubat demam pasti sakit perut. Perutnya akan kembung dan baiknya bila dia dah berak nanti. Adakah itu normal bagi menurunkan panas badannya???

Tak sampai hati aku tengok Haiqal menangis menjerit-jerit manahan sakit perut. Ikutkan hati malas nak bagi ubat tapi badannya pula panas. Nak tahu,sampai dua kali aku dan suami bawa Haiqal jumpa doktor. Rasa tak puas hati pula panasnya tak kurang-kurang. Nasib baiklah Haiqal senang makan ubat, tak perlu aku paksa-paksa.

Selain makan ubat yang doktor bagi, aku juga ada mencuba kaedah tradisional yang biasanya umi Haiqal lakukan bila anak-anaknya demam. Antaranya: 
 
1. Tuam kepala Haiqal dengan air asam jawa.
  • Caranya dengan merendam tuala kecil ke dalam air tersebut, kemudian perah dan terus di letakkan ke dahi Haiqal. Kaedah ni aku perolehi dari umi Haiqal, katanya  asam jawa dipercayai boleh menurunkan panas badan. 
2. Minumkan Haiqal air kelapa
  •  Seeloknya biarlah air kelapa asli yang tidak di tambah gula. Kemudian ambil garam kasar sebiji ( umi haiqal kata "garam jantan") masukkan ke dalam air kelapa tersebut. Baca selawat 3 kali dan beri minum pada anak.
  • Di percayai air kelapa dapat mengeluarkan penyakit contohnya kalau anak nak kena demam campak, selepas minum air kelapa merah-merah badan akan keluar semua. Selain itu, air kelapa juga dapat menyejukkan badan.
3. Mandikan Haiqal dengan air beras
  •  Ambil bilasaan air beras yang ke 3, agak-agak penuh satu periuk. Kemudian masak air tersebut bersama "sawanan"(adik- beradik kunyit juga tapi tak tau nama lainnya). Kalau ada serai wangi lagi bagus, masukkan sekali dan rebus sampai mendidih. Jangan lupa baca selawat 3 kali. 
  • Apabila sudah didih, tuang air beras tersebut ke dalam besen mandian. Campur dengan air paip sehinggalah suam. Gunakan air tersebut buat bilasan selepas mandi. 
  • Dikatakan air beras ni dapat menyegarkan badan yang lesu, disamping baunya yang harum. 


 Aku bersyukur sangat mempunyai suami yang amat-amat memahamidan bertimbang rasa. Suamiku sanggup berjaga malam sama- sama menjaga Haiqal walaupun dia bekerja disiang hari. Walaupun diawalnya aku rasa kekok dan tertekan menghadapi karenah Haiqal demam tapi dengan adanya suami disisi aku mampu menempuhi dugaan ini dengan hati yang terbuka. Terima kasih sayangku...


Mudah-mudahan dengan dugaan yang diberikan kepadaku ini membuatkan aku lebih tabah dan matang dalam membesarkan Haiqal. Sesungguhnya, begitu besar pengorbanan seorang ibu dalam memastikan anak-anaknya membesar dan sihat sempurna. 


Buat anak ibu Muhammad Afif Haiqal cepat sembuh ye, ibu dan ayah rindu dengan kelincahan Haiqal. Rasa tak sabar nak melihat Haiqal aktif seperti sebelum ni. 








"Ibu Sayang Haiqal" 
 
 



 
 
 

 

Friday, March 11, 2011

Aku sangat rajin !!!

Memandangkan malam ni aku nak balik kampung, aku pun bercita-citalah nak bawa balik sesuatu untuk family aku dikampung. Apa ye???otak aku pun ligat berfikir...sikit lagi...Yes!!! dapat dah, aku nak buat muffin lah. Lagi pun bulan lepas bawa balik muffin tapi abah tak sempat nak makan dah habis. Anak sapa lah ni rajin sungguh!!! =)

Aku pun meminta jasa baik suamiku untuk menghantar aku ke kedai membeli serbuk koko. Dari satu kedai ke satu kedai aku pergi bayang serbuk koko pun tak nampak.Ish..geram sungguh!! ni yang membuatkan aku muncung sebatu ni...bila melihat aku masam mencuka, suamiku pun berusaha mencari kedai yang ada di Hulu langat ni. Aku dah redha, kalau kedai yang kami pergi ni tak ada juga nampaknya terpaksalah aku batalkan niatku ini...

Alhamdulillah, sekali aku masuk ada 3 kotak serbuk koko di atas rak. Apa lagi senyum sampai ke telingalah aku. he..he..Bila masuk ke dalam kereta je, suamiku pun berkata, "muka ada senyum"..sajelah tu nak sindir aku... =)

Kali ni aku nak berkongsi resepi Chips and Nuts Muffin. Resepi ni aku dapat dari internet. Caranya agak mudah, tanpa menggunakan mixer hanya kacau dengan senduk pun boleh. 

Chips and Nuts Muffin
 Bahan-bahan:

  • 11/4 cawan tepung naik sendiri *
  • 1/4 cawan serbuk koko *
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu full cream
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1sudu teh essen vanilla 
  • 1/2 sudu teh nescafe
  • secubit garam
  • sedikit choc chips dan badam cincang

Cara-cara: 

  1.  Bahan-bahan yang bertanda (*) di ayak
  2. Pukul telur dengan garfu sehingga berbuih.
  3. Kemudian masukkan gula + susu +minyak + essen vanilla + nescafe + garam dan kacau hingga sebati
  4. Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati tak berketul-ketul
  5. Setelah itu, isikan adunan ke dalam paper cup. (isi 3/4 cawan)
  6. Taburkan choc chip dan badam cincang di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 160 'C - 12 minit @bergantung pada oven masing-masing

Selamat Mencuba!!!

P/S: Kepada sesiapa yang teringin nak makan tapi malas nak buat @ untuk majlis-majlis kenduri kendara  bolehlah menempah dari saya. Sebarang pertanyaan sila tulis di ruangan comment. Terima Kasih...

Thursday, March 10, 2011

Homesick

Rasanya dah lama aku tak meng"update" blog. Baru hari ni rasa terpanggil untuk menaip sepatah dua kata dalam blog "merah hati" ni.. =) Sepanjang minggu ni tak ada cerita yang best untuk dikongsikan bersama. Ditambah pula dengan kelajuan internet yang menggugat kesabaran membuatkan aku bertambah malas nak meng'update'.

Sekarang ni perasaan ku begitu berbunga-bunga sekali.."Dalam hati ada taman"..=) Nak tau kenapa??? esok aku nak balik kampung!!! Yabeda bedooo... (excited nya Puan Bayzura ni...apa taknya dah sebulan lebih aku tak balik kampung. Selama ni paling lama pun sebulan aku tak balik kampung. Aku ni home sick, masa belajar hinggalah bekerja setiap 2 minggu pasti muka aku akan tercongok kat depan pintu rumah mak bapa ku..

Kami sekelurga sewaktu perkahwinanku

Jangan tak percaya even aku dah berkeluarga sendiri ni pun aku tetap home sick...bunyinyer macam kelakar jekan dah jadi mak orang still home sick. Tapi itulah hakikatnya...Walaupun aku baru je sampai rumah, aku dah mula set kan tarikh bila nak balik kampung lagi dan bermulalah episod aku menghitung hari.

Adakah itu normal? atau aku seorang je yang rasa begitu?? Bagaimanalah nak menghilangkan perasaan home sick ni ye? Bukan apa, bila aku rasa macam ni kehidupan harianku jadi tak bersemangat dan asyik fikir nak balik kampung je. Aku pelik juga macam mana lah orang boleh bertahun-tahun tak balik kampung. Macam manalah mereka handle hati dan perasaan mereka.

Aku cuba juga alihkan perasaan tersebut dengan menyibukkan diri. Tak pun buat-buat tak ingat tapi huh...=( Yang aku tak tahannya bila telefon mak aku, pasti soalan pertamanya bila nak balik kampung??tu yang melemahkan semangat aku..Nasib baiklah ada anak, bila sibuk uruskan dia membuatkan aku lupa sebentar dengan perasaan tu.

Masih ku ingat lagi waktu mula-mula duduk bersama suamiku, setiap2 minggu pasti kami balik kampung. Nasib baiklah kampungku tak berapa jauh jugalah, dalam 3 jam dah boleh sampai tapi walaupun dekat kesian pula aku kat suami asyik nak drive setiap hujung minggu. Sepatutnya hujung minggu masa untuk berehat. Tu yang sekarang ni belajar sebulan sekali baru balik kampung.

 Kalau nak diikutkan memang bagus kita kerap menjenguk ibu bapa di kampung tapi kadang-kadang kita perlu juga memikirkan kekangan yang ada. Aku pasti ramai di luar sana yang ingin balik kampung sekerap yang mungkin tapi disebabkan pelbagai  urusan dan sebab-sebab tertentu membuatkan mereka tak mampu berbuat demikian. Apa yang lebih penting doa kita untuk ibu bapa kita.



Wassalam.

Monday, March 7, 2011

Projek hujung minggu... =)

Semalam petang tiba-tiba pula aku terlebih rajin nak buat muffin. Bangun-bangun tidur terus buka buku himpunan resepi ku. Yes!!! dah dapat resepi choc chips muffin...Si ayah dan anak bujangnya sedang nyenyak diulit mimpi, ni lah masa yang sesuai untuk aku "berperang" di dapur...

Sebenarnya aku ambil resepi ni dari myresipi cuma aku olah sikit-sikit ikut citarasa aku. Padaku nilah resepi muffin paling mudah, gaul dan bakar je..tak de nak guna mixer. So, sesiapa yang tak da mixer tapi teringin nak buat muffin bolehlah cuba resepi ni...

Choc Chips Muffin

 CHOC CHIPS MUFFIN (29 biji papercup kecil)
 Bahan-bahan :
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 2/3 cwn gula kastor
  • 2/3 cwn susu segar
  • 1/2 cwn myk masak
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 biji telur
  • sedikit choc chips 
Cara-cara : 
  1. Pukul telur dgn garfu hingga berbuih
  2. Kemudian, masukkan gula +susu+myk+essen vanilla dan gaul sehingga sebati
  3. Kemudian masukkan tepung, gaul hingga sebati
  4. Masukkan choc chip, gaul rata
  5. Isikan ke dlm papercup (isi 3/4 je, jgn penuh nanti mengembang)
  6. Bakar 180 'c- 15-20 minit 
Selamat mencuba!!!


Wassalam 



Sunday, March 6, 2011

Apa tu "adoma"???

Bila duduk sesaja hujung minggu ni rasa bosan pula tapi tak tau nak buat apa pula. Tiba-tiba je terlintas kat kepala ni "adoma"..ermm..sedapnya kalau dapat nikmatinya panas-panas, lepas tu pekena pula dengan teh O panas...perhhh...mantop...

Aku pun terus mendail nombor telefon sifu ku aka mak aku untuk meminta resepi dan cara penyediaannya. Sebenarnya sebelum ni aku pernah buat tapi ingat-ingat lupa. Tak berani amik risiko, silap-silap lain pula jadinya nanti...Adoma jadi indomie pula..he..he..Jalan terbaik tanya semula kat sifu walaupun dikata pelupa...ha..ha..

Kebetulan pula petang ni hujan, bertambah semangat aku nak buat adoma ni. Apa taknya perut ni berkeroncong minta di isi. Hai.. Puan Bayzura lapar jelah, macam mana nak kurus ni???Opss...tolak ketepi dululah diet.. =) 

Nasib baiklah si kecil tido, bolehlah aku menguli adoma dengan tenang. Kalau tak berebut tepung dengan dia jelah. Aku pun ulilah tepung sampai terbentuknya adoma. Nak tau macam mana bentuknya adoma ni...Lihatlah gambar di bawah...

Buat satu jer "Adoma" yang berpintal tu
Lebihnya  buat donut...nyumm..nyumm
Sebenarnya, salah seorang sepupuku yang bertanggungjawab menggelarkan kuih ni dengan nama "adoma". Pada asalnya ia hanyalah donut biasa sahaja. Kebetulan waktu makku membuat donut ni, makku memintal adunan tersebut seperti tocang, saje buat lain dari yang biasa. Dia pun terus panggil donut ni "Adoma". Aku sendiri pun tak tahu apa maksud adoma..semenjak hari tulah lekat nama kuih ni "Adoma"...

Adunan adoma ni seperti adunan donut biasa cuma bezanya dicampur dengan kentang dan di tocang. Aku lebih suka dibentukkan seperti donut biasa je, bukan apa lebih mudah dan tak perlukan banyak masa. Biasalah orang malas macam aku ni semuanya nak mudah dan cepat. Tak kisah lah apa sekali bentuknya yang penting rasanya...betul tak???

Begitulah al-kisah "Adoma". Terjawab sudah persoalan di atas...Terima kasih kerana sudi membaca hingga habis. =)


Wassalam

Friday, March 4, 2011

Impian atau sekadar angan-angan kosong???

Persoalan tu sering menerjah dikepalaku...dan aku hanya mampu memberikan jawapan  sekadar menyedapkan hati sendiri. Banyaknya impian aku yang tak tercapai lagi...entah bila tahun akan tercapai, aku sendiri pun kurang pasti. Dalam banyak-banyak impian aku tu, yang betul-betul aku impikan adalah mempunyai bakery sendiri. 

Namun, aku masih ragu-ragu dengan impian ku yang satu ni. Aku selalu tertanya-tanya aku ada bakat ke nak jadi pembuat kek ni? yalah kebanyakkan insan yang terlibat dalam baking ni semuanya berjiwa seni dan kreatif tapi aku ni langsung tak kreatif, tangan keras...Buat kek pun banyak yang tak menjadi..Semua tu boleh belajar ke???atau semulajadi memang ada dalam diri???

Sebenarnya aku suka sangat tengok gambar-gambar berkaitan dengan kek, roti dan cupcake. Aku rasa kagum dengan setiap seni hiasan yang ada pada setiap kek dan mulalah aku memasang angan-angan satu hari nanti aku dapat decorate kek seperti tu. Bila direnung kembali aku ni dah macam Mat Jenin pula..Apa taknya baru buat kek sebiji dah berangan nak buka bakery...he..he..

Dah lama juga aku berjinak-jinak dalam pembuatan kek ni tapi sekadar tolong-tolong mak masa hari raya je lah. Setiap kali menjelangnya Hari Raya mak ku pasti akan membuat kek tapi bukanlah kek yang berkrim macam kat kedai tu...hanya kek kukus buah, kek coklat dan kalau rajin buat kek lapis masam manis. Sekurang-kurangnya aku ada asas buat kek jugalah. Kebetulan mak aku ni jenis yang dia bagi resepi kat anak-anak dan kami adik-beradik akan membuatnya. Manakala dia hanya memerhatikan sahaja. Dia nak anak-anak daranya tahu membuat kek bukan tahu makan sahaja... =)

Sejak berkahwin dan duduk rumah sendiri ni, minat ku dalam bidang bakery ni semakin mendalam. Boleh dikatakan setiap hari aku akan surf internet tengok resepi-resepi kek. Kalau ada yang berkenan aku akan menyalin resepi dan memasang angan-angan mencubanya . Nasib baiklah suamiku menyokong minat ku ini. Dia belikan aku oven dan mixer, so bolehlah aku mencuba setiap resepi yang aku salin. 

Dalam hati ni dah lama aku pendamkan keinginanku ingin berguru dengan orang yang pakar dalam bidang bakery ni tapi ada je halangannya, tempat jauh la, yurannya mahal la...bagi sesetengah orang pasti akan berkata "nak seribu daya, tak nak seribu dalih" tapi aku perlu menimbang tara juga perkara-perkara ni. Yalah aku ni dah la tak bekerja hanya mengharapkan duit suami je. Apa pun yang aku nak buat perlu fikir sebaik-baiknya. Mungkin satu hari nanti aku berpeluang pergi ke kelas membuat kek..InsyaAllah....


Buat masa ni aku hanya mampu berguru dengan internet jelah. Apa-apa maklumat berkenanan kek aku akan surf dalam internet. Ini umpama pembelajaran secara teorilah...Praktikalnya je yang belum kesempatan...Sekarang ni pun aku tengah mencari-cari buku Kek Cawan Lyn Hassan. Merata kedai buku aku pergi tapi tak ada pula...=(...Nampak gayanya kena order online jelah ni..

 Wahai Bayzura bilalah agaknya cita-citamu akan tercapai? ermmm...aku kena berusaha ke arah itu walaupun terpaksa merangkak...Mudah-mudahan Allah lorongkan aku kearah impianku ini dan permudahkan segala urusanku...Amin Ya Rabbal 'alamin...



Wassalam 

Wednesday, March 2, 2011

Ada apa pada "Tepung Goreng"...

Di sini aku ingin berkongsi makanan kegemaran anakku Haiqal. Banyak-banyak makanan,tepung gorenglah yang menjadi pilihan hati Haiqal. Bagi segelintir orang pastinya kurang pasti apa itu tepung goreng. Sebenarnya tepung goreng ni samalah juga seperti cucur tepung, cuma panggilannya sahaja yang berbeza. Sejak dari kecil lagi aku memang memanggil cucur ni tepung goreng...

Tepung goreng bawang dan ikan bilis kegemaran Haiqal

Kebiasaannya dalam seminggu boleh dikatakan tiga kali juga aku membuat tepung goreng sebagai sarapan pagi. Aku akan memvariasikannya mengikut apa yang ada di dapur. Kadang-kadang aku akan masukkan bawang besar dan ikan bilis, tak pun kentang dan daun sup, hirisan lobak, udang dan pelbagai lagi. Apa yang pasti ia bakal membangkitkan selera  Haiqal dan ayahnya.

Rasa seronok bila lihat Haiqal makan tepung goreng yang aku buat dengan penuh selera. Aku akan mengambil isinya sahaja untuk diberikan kepada Haiqal. Aku masih tak berani lagi membiarkan Haiqal memegang sendiri tepung goreng, bukan apa risau tercekik je nanti...Sebiji demi sebiji isi tepung goreng aku suapkan Haiqal, ikutkan dia memang tak boleh nak berhenti tapi aku akan pastikan Haiqal makan sekadarnya sahaja.

 Minat Haiqal pada tepung goreng ni mungkin pembawaan aku semasa mengandungkannya. Sewaktu aku mengandung dulu, aku paling suka tepung goreng. Kebetulan rakan sekerjaku rajin membawa tepung goreng ke sekolah, biasanya akula yang menghabiskannya. Ingat lagi, aku rasa nikmat sangat kalau dapat makan tepung goreng cecah sos masa tu. Sedangkan sebelumnya aku tak berapa minat sangat tepung goreng ni, lebih-lebih lagi kalau di campur bawang...Aku sanggup pilih keluarkan bawang dalam tepung goreng sebelum makan. Sekarang ni aku dah tak kisah, makan je...

Dek kerana Haiqal suka makan tepung goreng, setiap kali balik kampung pasti umi Haiqal akan membuatnya untuk Haiqal. Biasalah cucu kesayanganlah katakan..Si Haiqal ni pun pandai memilih, dia lebih gemarkan tepung goreng yang dicampur dengan bawang berbanding yang kosong. Mungkin lebih harum aromanya...Kecil-kecil dah pandai memilih anak ibu ni...

Nasib baiklah mudah dan tak ambil masa yang lama nak buat tepung goreng ni. Justeru, tiap-tiap pagi buat pun aku tak kisah asalkan anakku suka makan. Cuma kesian kat suami , makan sarapan yang sama setiap pagi...=)



Wassalam


"Ibu Sayang Haiqal"

Tuesday, March 1, 2011

Gemukkah aku???

Pagi ni aku berdiri di hadapan cermin sambil memerhatikan susuk tubuhku yang ku rasakan semakin hari semakin mengembang. Dalam hati kecilku berbicara, "nampaknya Puan Bayzura dah semakin gemuk ni"...Ni yang membuatkan diriku lemah dan tak bersemangat dipagi hari ni...

Gambar semalam, gemuknya aku..

Pipi pun dah kembang semangkuk


Aku mula menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengawal pemakanan ku, belasah je apa yang ada didepan mata.. Contohnya semalam, macam-macam aku makan. Semuanya berkalori tinggi pula tu. Mentang-mentanglah semalam birthday suami, aku yang ter "over" makan kek, aku rasa berkeping-keping juga. Tu belum dengan Apple big Donut lagi...oh tidak...


Aku memang dilahirkan dengan rangka tubuh yang besar walaupun ketinggianku hanya diparas ketiak suamiku sahaja. Itu yang membuatkan aku nampak bertambah gemuk dan bulat. Sejak melahirkan si Haiqal ni berat badanku susah sangat nak turun. Aku bukan tak berusaha tapi hasilnya tak seperti yang ku mahu. . Hasilnya berat badanku semakin naik. sedih...sedih... =(


Nak kata setiap wanita selepas melahirkan akan gemuk tak juga. Aku lihat ramai juga kawan-kawanku yang "slim melim" walaupun dah beranak pinak. Ni yang membuatkan aku bertambah bingung ni. Aku ada terbaca juga dalam majalah yang mengatakan orang rendah ni tahap metabolismenya juga rendah. Ini menyebabkan kurangnya pembakaran lemak dalam badan. Aku ni tergolong dalam kumpulan ni la kot...


Sebenarnya impian aku tahun ni nak menurunkan berat badan ke tahap yang ideal. Lebih kurang 49 kg la...Jauhnya perjalanan nak ke tahap tu...Tapi usaha tetap diteruskan, walaupun hanya mampu maintain je..Chaiuk..Chaiuk...!!!


Apa kata suamiku???Biasalah suamiku jenis yang tak pernah merungut atau complain melihat kegemukkan ku. Dia selalu kata aku ni comel..mungkin bahasa kiasan agar aku tak berkecil hati...he..he... Aku pun tak kisah kalau dia kata aku ni gemuk, ku sedar siapalah diri ini...ceh..ceh.. nak touching pula aku ni...Padaku seorang isteri perlu jaga penampilan diri demi kebahagiaan rumah tangga. Biasalah setiap orangkan sukakan sesuatu yang cantik, justeru bila isteri cantik suami pun akan bertambah sayang...Tapi tak kurangnya juga ada suami yang tak kisah penampilan isteri namun kasih sayangnya tetap tak berbelah bahagi. Susah nak cari orang macam tu...


Kadang-kadang rasa putus asa juga tapi bila dikenang untuk kesihatan tubuh badanku juga aku bertekad untuk mencapai berat ideal. Bila melihat didada-dada akhbar dan majalah terdapat pelbagai iklan produk mengurusan badan, ikutkan hati teringin juga nak mencuba tapi rasa ngeri bila terbaca kesan-kesan penggunaan pil kurus. Biarlah aku kurus dengan cara semulajadi dan sihat walaupun memakan masa yang agak lama.


Mulai hari ni aku akan pastikan aku minum 2 liter air kosong setiap hari bagi membuang toksik dalam badan serta baik untuk kelembapan kulit. Selain tu, aku akan meneruskan dietku dengan tidak makan malam dan bersenam..boleh ke aku bersenam ni???mengemas rumah pun dikira bersenam jugakan??? he..he..Sebenarnya paling penting mengawal nafsu makan ku.. Ingat Bayzura "makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang"... 


InsyaAllah, mudah-mudahan aku diberikn kekuatan untuk mencapai impianku ini...Aminnn....




Wassalam 
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...