Showing posts with label Kemenangan. Show all posts
Showing posts with label Kemenangan. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Rezeki Haiqal di Bulan Ramadhan...Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah...gembira tak terkata bila dapat tahu aku pemenang pertama " Yana Birthday Giveaway".. Sebenarnya result Ga ni keluar semalam tapi biasalah aku ni tak de mood pula nak buka blog semalam. Tu yang lambat tahu menang...he..he..

Apa pun terima kasih bebanyak kepada yana dan juga anaknya Adam Danish kerana telah mencabut nama ibu Haiqal...Dengan hadiah tersebut bolehlah aku beli baju Haiqal...tak pun belanja makan suami dan Haiqal berbuka puasa nanti pun best juga...

Dengan kemenagan GA kali ke dua ni, maka bertambah-tambah semangatlah aku nak join GA. Mana tahu ada rezeki lagi....tak cuba tak tahukan???

Buat Yana, terima kasih sekali lagi kerana menganjurkan GA ni dan mudah-mudahan rezeki Yana akan melimpah ruah selepas ni...Aminn... 
 


 

Monday, July 11, 2011

1st time menang GA...Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ibu Haiqal masih dalam mood happy hari ni...he..he...nak tahu sebab apa??? ala..tengok tajuk entry pun dah tahukan...=). Alhamdulillah buat pertama kalinya aku memenangi GA yang dianjurkan oleh Cute Mum sempena 1st Birthday puteri kesayangannya Dania Alisha.. 

Terima kasih banyak-banyak kepada Cute Mum di atas hadiah yang dikirimkan. Cute sangat....=) Nak tau apa hadiahnya??? jeng..jeng...

Key Chain yg tersangatlah comel...suker sgt!!!
Bila dah sekali menang ni, mulalah bersemangat waja aku join GA..he..he...Alhamdulillah berkat kesabaran dan tak putus asa akhirnya rezeki berpihak pada aku juga...Mudah-mudahan lepas ni ada rezeki lagi menang GA....

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...