Showing posts with label Kek Cawan. Show all posts
Showing posts with label Kek Cawan. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Hokkaido Cupcake with Custard Filling

Assalamualaikum...
Ibu Haiqal ni kejap ada kejap tak ada, dah macam biskut Chips more la pula...he..he...Apapun hari ni bukan nak bercerita tentang biskut tapi bercerita tentang kek cawan yang yummy!
Memandangkan macam susah bebeno je aku ni nak pergi Jepun, dapat merasa kek yang namanya ala-ala Jepun pun oklah kan... 
Dah lama aku mencari-cari resepi Hokkaido Cupcake ni...banyak juga resepi yang ada tapi kebanyakkannya dalam sukatan gram...aku mana ada penimbang..huk..huk... (memang nak kena beli juga...) Cari punya cari akhirnya jumpa juga resepi yang guna sukatan cawan...Gembira tak terkata...rasa nak melompat pun ada...(excited sungguh ibu Haiqal ni...hu..hu..)
Tak tunggu lama, petang tu juga aku ber experimen..Alahamdulillah setelah berhempas pulas hasilnya tidak mengecewakan...apa yang aku baca tentang kek ni ada pada kek yang aku buat ni...hu..hu...suka! suka!..
Tekstur kek ni macam kek span, ringan dan lembut..di makan dengan krim kastard pula...huh!!!bertambah-tambah la sedap...bukan aku sorang je kata sedap, suami dan jiran aku pun kata macam tu juga...Meh tengok hasik Hokkaido Cupcake Ibu Haiqal

Hokkaido Cupcake with Custard Filling

tanpa "bedak" still look yummy!!!

Resepi cupcake ni aku ambil dari blog Sasharahmat. Macam-macam resepi ada, jengok-jengoklah ke sana ya. TQ so much Shasha for sharing this lovely recipe....

P/S: Sorry tak dapat share resepi dalam blog ni, kesuntukkan masa nak menaip...he..he..

Monday, May 23, 2011

My 1st Red Velvet Cupcake..=)

Assalamualaikum...Hari ni rasa bersemangat nak meng'update blog yang hampir bersawang ni..he..he...Nak show off Red Velvet Cupcake..=) Walaupun ianya tak secantik dan semerah Red Velvet orang lain tapi aku gembira sangat akhirnya aku dapat buat juga cupcake ni.

Sebenarnya aku tak tahu bagaimana sebenarnya rasa Red Velvet cupcake ni tapi berdasarkan cupcake yang aku buat ni, rasanya unik walaupun dari segi luarannya macam kek coklat..(sebab aku letak pewarna merah sikit...tu yang macam kek coklat je warnanya)  dan bahannya ada campuran serbuk koko tapi rasanya tetap tak sama macam kek coklat..Mungkin juga sebab penggunaan buttermilk dan cuka kot...Yang pastinya makan banyak pun tak rasa muak.

Ditambah lagi dengan topping cream cheese, bertambah sedaplah bila dimakan. Memandangkan aku buat  sikit je frosting nya terpaksalah aku guna chocolate ganache sebagai tambahan tapi tetap yummy!!! Jom layan gambar yang aku snap ni...

Adunan Red Velvet sebelum masak..

Baru keluar dari oven...still hot!!!

Red Velvet Cupcake with Frosting cheese

..another version Red Velvet Cupcake with Chocolate Ganache...

Red Velvet Cupcake yang di "bogelkan"..he..he...

Rasa puas sangat bila melihat hasilnya dan bertambah puas bila dapat merasainya bersama keluarga aku di kampung..Cuma lain kali aku perlu tambahkan lebih banyak pewarna merah, maklumlah namanya pun Red Velvet kan...mestilah merah warnanya...

Kepada sesiapa yang belum mencubanya, sila-silalah mencubanya kerana anda pasti tidak akan menyesal...=) Di bawah ni aku sertakan resepi Red Velvet Cupcake yang aku ambil dari web My Resipi

 RED VELVET CUPCAKE
Bahan Kering:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate atau baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
Bahan Basah:

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka putih @ lemon - macam buat tairu)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu besar pewarna merah
Topping:

  • 125 gram cream cheese
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu besar perahan lemon *ibu Haiqal tak letak



 
Cara-cara:
1. Panaskan oven 180' C
2. Ayak bahan-bahan kering
3. Pukul semua bahan basah dengan mixer sehingga kembang dan sebati
4.  Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
5.  Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak
6.  Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah di masak tu sejuk
 
 Selamat mencuba!!!








 
 

Wednesday, May 11, 2011

Cerita disebalik Kek Cawan Comel...

Selamat pagi semua...Pagi ni aku masih diselubungi rasa sedih dan kecewa yang amat sangat. Huh!!! rasa tak bersemangat sungguh, namun aku cuba untuk melawan perasaan itu bagi menjalankan tanggungjawab harianku.

Semua ni gara-gara peristiwa yang berlaku petang semalam.. =( Dengan semangat yang berkobar-kobar aku ingin mencuba tray cupcake yang baru ku beli di Penang. Aku decide ingin buat Cupcake Vanilla, kegemaran suamiku. Aku pun mengadun bahan-bahannya dan rasa tak sabar sangat untuk melihat hasilnya. Maklumlah ni kali pertama buat cupcake. Excited lebih...he..he..

Aku pun masukkan adunan ke dalam tray yang telah diletak cawan kertas. Bagi mendapatkan kelainan aku pun letak pelbagai jenis filling mengikut warna adunan. Warna hijau fillingnya blueberry, pink pula fillingnya cream cheeae dan warna asal fillingnya coklat. Bukan setakat tu je, aku siap buat corak polka dot lagi. Dalam hati ni, mesti gempak bila dah masak nanti. ..Belum pape dah riak...=) ibu Haiqal..ibu Haiqal... =)

Bila dah siap isi dalam tray, aku pun dengan perasaan terujanya masukkanlah tray tersebut ke dalam oven. Masa nilah segala harapan dan semangat ku hancur lebur...Nak tau kenapa??? tray tak boleh masuk dalam oven. Maksudnya tray aku  lebih besar dari oven atau dengan kata lain oven aku kecil. Pelbagai cara aku buat bagi membolehkan tray masuk ke dalam oven tapi memang tak boleh nak masuk juga..hu..hu..Rasanya tray nilah paling kecil tapi tetap tak boleh masuk juga.

Aku pun dengan perasaan yang sangat kecewa mengambil tray kecil lamaku. Aku pun pindahkan adunan dari tray besar ke dalam tray kecil. Kan dah kena buat kerja dua kali...Itu tak pe lagi tapi bayangkan adunannya, haru biru bercampur dengan fillingnya. Ikutkan hati rasa nak buang je tapi rasa sayang pula. Aku teruskan jelah...Hasilnya terciptalah Kek Cawan Comel bervariasi ni...

Kek Cawan Comel

Macam-macam ada...=)

Alhamdulillah, walaupun adunannya huru hara tapi tetap menjadi dan suamiku puji sedap mungkin dan bercampur dengan cream cheese kot, jadinya rasa lemak-lemak gitu..Nasib baik tak buang, bolehlah dibuat juadah minum petang. Moral of the story, jangan putus asa dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...oh ye, adunan kek comel ni aku gunakan resepi Choc Chip Muffin cuma bezanya aku variasikan dengan pelbagai warna dan filling.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...