Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Chocolate Brownie Muffins - opsss!!! EGGLESS???

Assalamualaikum semua..Lamanya tak update blog dan blogwalking rumah kawan-kawan...ermm..minggu ni agak sibuk sikit dan internet slow sesangat...Apapun Alhamdulillah hari ni sempat-sempatkan juga update blog dan jalan-jalan ziarah blog sahabat-sahabat ku...

Semalam petang sempat juga aku mengodek adunan brownies untuk diberikan kepada jiran aku. Sebenarnya untuk memulangkan pinggan mangkuk dia yang bertimbun kat rumah ni. Syukur sangat dapat jiran yang baik hati, kerap jugalah kami bertukar juadah. So,fikir punya fikir aku decide nak cuba resepi Chocolate Brownies Muffin kak Ummi

Dipendekkan cerita, duk khusyuk sangat mengadun ni sampai terlupa aku nak letak telur dalam adunan...Asal resepi kena letak 2 biji telur..entah kenapa aku ni boleh terlupa pula...Habis je mengandun aku pelik juga awatlah adunan brownies ni agak pekat dan kental je...macam adunan biskut pula gayanya....masa ni tak perasan lagi ada bahan yang tak dimasukkan....Apapun  jom tengok hasilnya....


Chocolate Brownies Muffin
rich of chocolate chips....yummy!!!

versi "bogel"..he..he...

versi kecittt...untuk Haiqal...=)

Walaupun terlupa letak telur hasilnya tetap memuaskan..rasanya??? mengikut piawaian lidah dan tekak aku memang sedap...terasa coklatnya sangat dan sedikit chewy..memang macam brownies betullah.he..he... cuma padaku ianya agak manis, lain kali kena kurangkan lagi kuantiti gula...Apa pun, suamiku kata sedap dan si kecitt tu pun suka makan...meh tengok keletah dia...

..comotnya anak ibu....sedapnya dia makan....nyummm..nyumm...

tengok tu siap meniarap lagi....ish..ish...
Kepada kak ummi terima kasih banyak-banyak kongsi resepi brownies ni..Teramatlah sedap...Kepada sesiapa yang teringin nak mencubanya bolehlah tengok resepinya di bawah ni atau cari di SINI

CHOCOLATE BROWNIE MUFFINS ( Sumber: kak ummi )

Ingredients:
  • 3/4 cup good quality baking cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder) (*kak ummi used Van Houten) * ibu Haiqal used Van Hounten
  • 1 tsp baking powder
  • 3/4 butter melted * ibu Haiqal guna minyak masak- butter dah habis
  • 1/2 cup boiling water
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 11/4 cups sugar -Ayu used 1 cup (*kak ummi too..hehe) * ibu Haiqal too
  • 2 eggs * ibu Haiqal terlupa..hu..hu..
  • 11/3 cups all purpose flour
  • 1/4 tsp salt
  • 1/2 cup mini chocolate chips(optional)
  • 1/2 cup walnuts(optional) (kak ummi skipped this) * ibu Haiqal replaced with almonds
Method:
1. Set oven to 350F (175C). line muffin tins with paper liners. 
2. In a medium bowl combine cocoa and baking powder, mix to combine. 
3. Add in boiling water, mix well with a wooden spoon to combine. 
4. Add in melted butter and vanilla, mix well. 
5. Add in the sugar, mix well with a wooden spoon. Stir in eggs with a wooden spoon, mix well until combined. 
6. Mix the flour with salt, add in the chocolate chips and walnuts(or 1 cup of both). 
7. Using an ice cream scoop fill each of the muffin tins almost to the top. 
8. Bake for 25-30 minutes or until muffins are done, don't over-bake (might take a little longer, depending on how full the muffin tins are with the batter) Cool drizzle glaze over or frost with buttercream frosting.
 

Selamat mencuba!!!













Wednesday, May 18, 2011

My Hero demam Dan Muffin

Assalamualaikum semua...Terasa letih badan ni, gara-gara tak cukup tidur melayan karenah anak bujangku yang demam. Masuk hari ni dah 3 hari anak ibu demam. Keadaannya dah beransur baik cuma yang tinggal batuknya je.

Walaupun hanya tinggal batuk sahaja tetapi inilah yang membuatkan bukan sahaja Haiqal tak cukup tidur malahan ibu dan ayahnya juga. Tak sampai hati bila tengok Haiqal tengah nyenyak tidur tiba-tiba batuk, apa lagi terus je dia menangis. Boleh dikatakan setiap 1jam dia akan terjaga dan menangis.. Kalaulah boleh batuk tu dipindahkan kat aku, aku rela dari melihat anak kesayanganku terseksa. Sebenarnya inilah pertama kali Haiqal batuk. Tu yang asyik menangis bila je batuk, mungkin dia tak pernah hadapinya lagi...Kesian anak ibu....

Mujurlah semalam cuti, bolehlah suamiku bantu apa yang patut. Kalau tak huru hara aku dibuatnya. Yang aku rungsingkan sekarang ni dia langsung tak nak menyusu dan makan. Kebiasaannya setiap kali dia nak menyusu dia akan ambil botol susu dan berikan padaku  . Ikutkan dia memang tak nak menyusu tapi aku tetap juga bagi dia minum susu walaupun  terpaksa menggunakan picagari. Biarlah dia menagis dari dia melepek tak berdaya..

Walaupun demam, keletahnya tetap mencuit hati aku dan suami. Bila panasnya agak kurang dan badannya agak ringan, pasti ada je yang nak dibuatnya.  Tapi bila badannya dah mula panas balik, merengek jelah dia. 

Masa demam nilah sibuk nak memanjat...

Dalam kesibukan menjaga Haiqal yang demam, sempat jugalah aku curi-curi masa mengodek adunan muffin, bolehlah juga dibuat juadah untuk minum petang. Aku buat Blueberry dan Strawberry Muffin je. Buat yang mudah-mudah, cepat masak dan cepat jugalah boleh ngap..he..he..

Ada Strawberry dan Blueberry Muffin..

Muffin with Strawberry Filling

Buat anak ibu yang amat ibu kasihi, cepat sembuh ye dan jangan banyak meragam. Walau apa pun terjadi, ibu tetap disisi Haiqal. Sayang anak ibu...



"Ibu Sayang Haiqal" 


Friday, March 11, 2011

Aku sangat rajin !!!

Memandangkan malam ni aku nak balik kampung, aku pun bercita-citalah nak bawa balik sesuatu untuk family aku dikampung. Apa ye???otak aku pun ligat berfikir...sikit lagi...Yes!!! dapat dah, aku nak buat muffin lah. Lagi pun bulan lepas bawa balik muffin tapi abah tak sempat nak makan dah habis. Anak sapa lah ni rajin sungguh!!! =)

Aku pun meminta jasa baik suamiku untuk menghantar aku ke kedai membeli serbuk koko. Dari satu kedai ke satu kedai aku pergi bayang serbuk koko pun tak nampak.Ish..geram sungguh!! ni yang membuatkan aku muncung sebatu ni...bila melihat aku masam mencuka, suamiku pun berusaha mencari kedai yang ada di Hulu langat ni. Aku dah redha, kalau kedai yang kami pergi ni tak ada juga nampaknya terpaksalah aku batalkan niatku ini...

Alhamdulillah, sekali aku masuk ada 3 kotak serbuk koko di atas rak. Apa lagi senyum sampai ke telingalah aku. he..he..Bila masuk ke dalam kereta je, suamiku pun berkata, "muka ada senyum"..sajelah tu nak sindir aku... =)

Kali ni aku nak berkongsi resepi Chips and Nuts Muffin. Resepi ni aku dapat dari internet. Caranya agak mudah, tanpa menggunakan mixer hanya kacau dengan senduk pun boleh. 

Chips and Nuts Muffin
 Bahan-bahan:

  • 11/4 cawan tepung naik sendiri *
  • 1/4 cawan serbuk koko *
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu full cream
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1sudu teh essen vanilla 
  • 1/2 sudu teh nescafe
  • secubit garam
  • sedikit choc chips dan badam cincang

Cara-cara: 

  1.  Bahan-bahan yang bertanda (*) di ayak
  2. Pukul telur dengan garfu sehingga berbuih.
  3. Kemudian masukkan gula + susu +minyak + essen vanilla + nescafe + garam dan kacau hingga sebati
  4. Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati tak berketul-ketul
  5. Setelah itu, isikan adunan ke dalam paper cup. (isi 3/4 cawan)
  6. Taburkan choc chip dan badam cincang di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 160 'C - 12 minit @bergantung pada oven masing-masing

Selamat Mencuba!!!

P/S: Kepada sesiapa yang teringin nak makan tapi malas nak buat @ untuk majlis-majlis kenduri kendara  bolehlah menempah dari saya. Sebarang pertanyaan sila tulis di ruangan comment. Terima Kasih...

Monday, March 7, 2011

Projek hujung minggu... =)

Semalam petang tiba-tiba pula aku terlebih rajin nak buat muffin. Bangun-bangun tidur terus buka buku himpunan resepi ku. Yes!!! dah dapat resepi choc chips muffin...Si ayah dan anak bujangnya sedang nyenyak diulit mimpi, ni lah masa yang sesuai untuk aku "berperang" di dapur...

Sebenarnya aku ambil resepi ni dari myresipi cuma aku olah sikit-sikit ikut citarasa aku. Padaku nilah resepi muffin paling mudah, gaul dan bakar je..tak de nak guna mixer. So, sesiapa yang tak da mixer tapi teringin nak buat muffin bolehlah cuba resepi ni...

Choc Chips Muffin

 CHOC CHIPS MUFFIN (29 biji papercup kecil)
 Bahan-bahan :
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 2/3 cwn gula kastor
  • 2/3 cwn susu segar
  • 1/2 cwn myk masak
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 biji telur
  • sedikit choc chips 
Cara-cara : 
  1. Pukul telur dgn garfu hingga berbuih
  2. Kemudian, masukkan gula +susu+myk+essen vanilla dan gaul sehingga sebati
  3. Kemudian masukkan tepung, gaul hingga sebati
  4. Masukkan choc chip, gaul rata
  5. Isikan ke dlm papercup (isi 3/4 je, jgn penuh nanti mengembang)
  6. Bakar 180 'c- 15-20 minit 
Selamat mencuba!!!


Wassalam 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...