Showing posts with label Air tangan ibu Haiqal. Show all posts
Showing posts with label Air tangan ibu Haiqal. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Pancake mudah di pagi Jumaat

Assalamualaikum semua...waduh..waduh...kok tenggelam timbul ibu haiqal ni???ginilah bila dah ada "2 handbeg" ni, masa betul-betul terbatas. Bila si kecil tido, kelam kabut buat keje rumah..kadang-kadang belum beres keje dia dah bangun. Dah kena berhenti bagi dia susu...tapi yang bagusnya si Aqif ni, bila kenyang letak kat atas toto sonyap ja...sibuklah dia main kaki, struggle nak cabut stokin dia...
Si abang dah besar, so dah tak kisah ibu dia..lagi-lagi bila dah mengadap disney junior..memang dah tak hirau benda-benda lain. Nak makan, nak mandi kena paksa..aduhhh..macam-macam anak ibu ni...tapi cukup bulan depan ayahnya nak stop langgan cartoon channel, tahun depan Haiqal dah start sekolah. Risau asyik sangat dengan tv, belajar dan keje sekolah entah ke mana nanti...
Oklah kena cepat-cepat taip ni, risau kang si kecik bangun dah tergendala nak update blog ni. Anyway, pagi tadi aku dengan rajinnya buat pancake kesukaan si abang. Dah lama tak buat, so tengok barang-barang semuanya ada apa lagi godek-godek kejap dapatla dalam 6 keping pancake. Biasanya kami makan pancake ni dengan butter, kaya tak pun Nutella..sedap oooo, sehingga menjilat jari..he..he...Untuk si abang pula aku buat ala-ala dorayaki berinti Nutella..

cut it into small portion...dorayaki with nutella filling

Pancake

Sesiapa nak try buat, aku tepek resepinya kat bawah ni ya. Cubalah, bahan-bahannya tak banyak dan mudah penyediaannya. Kalau buat breakfast, kenyang sefamily tapi family kecik macam aku la. Kalau nak banyak, gandakan adunannya ya.

PANCAKE
Bahan-Bahan : (6 - 7 keping)

  • 2 cwn tepung gandum 
  • 2 sudu kecil baling soda
  • 2 sudu besar gula kisar *
  • 2 sudu besar minyak *
  • 1 biji telor *
  • 1 1/4 cwn susu segar *
  • sedikit essen vanilla *
Cara-cara :

  1. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( *  ) ke dalam mangkuk, kacau sehingga sebati dengan menggunakan wisk.
  2. Masukkan tepung dan baking soda, kacau sehingga sebati dan tak berketul-ketul. Tutup sebentar adunan dalam 2 - 3 minit.
  3. Panaskan kuali dengan menggunakan api sederhana, letak butter sikit (sekiranya bukan jenis non stick ) sendukkan adunan ke dalam kuali. Terbalikkan pancake sekiranya dah berbuih-buih @ berlubang-lubang permukaannya.
  4. Angkat pancake dan boleh dihidangkan bersama butter, sekaya @ jem.

Selamat Mencuba !!!


 
 

 
 

Friday, November 22, 2013

"Jom main masak-masak kawan-kawan "

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dah hari Jumaat...esok dan lusa e.suami cuti, harap-haraplah boleh gi jalan-jalan. Terasa bosan duk memerap kat rumah ni. Anak-anak pun bosan agaknya tapi tu pun kalau en.suami nak bawalah..hu.hu...
Semalam, level kerajinan aku agak tinggi. Tu yang ajak si abang main masak-masak. Haiqal???uihhh...dia pantang kalau ibu dia ajak masak, on the spot terus ajak ke dapur. Dia pula terlebih excited. Okla kan dari dia duk ralit tengok kartun sepanjang ari. Sekurang-kurangnya dapat spend time together gether dengan dia.
Kami buat simple resepi, mudah dan paling penting cepat siap. Apa lagi kalau bukan apam coklat, salah satu favorite abang Haiqal.Kali ni aku ambil resepi dari dapur Kak Nor Secubit Garam .Tengok resepinya mudah dan tak guna mixer bagai.
Aku just guna blender jer, masuk-masuk bahan than minta si abang blend sampai kembang. Minta dia masukkan tepung, aku yang kacau-kacau. Tu pun sibuk dia nak mengacau tapi aku tak bagi ...bahaya...silap-silap habis tumpah ke lantai dibuatnya. Bab yang haiqal paling suka bila dah siap adunan..mulalah ada suara-suara nak cuba rasa sedap ke tak...he..he...mulalah jari dia duk celup dalam mangkuk...anak..anak...

testing sedap ke tak?? nyumm..nyummm...

ohh...sedap la ibu..

susn..susun...sambil kira 1, 2, 3 ....

pembantu ibu yg begitu dedikasi


Best tau sesekali main masak-masak dengan anak-anak. Teruja tengok si Haiqal tunggu apam ni masak. Panas-panas pun dia nak ngap...habis 1 tray dia makan. Maklumlah apam coklat ni memang kesukaan dia.  Sape-sape pun boleh buat apam coklat ni, mudah jer. Aku da letak resepi kat bawah ni dan nak terus ke blog kak Nor pun boleh. Sila klik kat link kat perenggan ke 3 tu ya.

Apam Coklat

APAM COKLAT 
Bahan-Bahan : 

  •  1cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1bj telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara :

  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
  4. Sedap dimakan panas2.


selamat mencuba

 

Thursday, November 14, 2013

Chocolate almond Crunchy Eggless

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, dapat juga update blog. Dari tadi buka laptop tapi tak sempat-sempat nak menaip. Kejap-kejap abang Haiqal panggil, nak itu nak ini... dah tu adik Aqif pula bangun, tukar pampers dia. Macam nilah kehidupan aku bila dah ada anak dua. Terkejar-kejar jadinya tapi seronok juga boleh lah menyelimkan badan...ha..ha...slim la sangat, lagi banyak guna tenaga lagi bertambahlah selera makan aku..mane nyalah nak kurus...huh...
Tak kisahlah kan, pokok pangkalnya sihat. Kalau tak sape nak jaga anak-anak bujang aku...silap-silap pengsan ayah dia nak handle. Anyway, pagi tadi lepas suami aku pergi kerja tiba-tiba Kak Mas jiran sebelah rumah panggil. Ingatkan kenapalah pagi-pagi dah panggil ..rupanya nak bagi laksa penang. Nila dikatakan rezeki di pagi hari. Aku memang peminat tegar laksa penang...Alhamdulillah...
Kami memang selalu bertukar-tukar makanan. Kebetulan, semalam aku ada bagi dia biskut. Mungkin nak pulang bekas dia bagi laksa tapi memang seronok berjiran dengan Kak Mas ni. Orangnya baik hati, peramah dan tak kisah dengan kita. Dah macam saudara sendiri jadinya.

Laksa yg sangat sedap...Air tangan Kak Mas
Ok, habis cerita bab laksa..Ni nak cerita bab cookies pula. Dah banyak kali juga aku buat cookies tapi tak sempat nak update dalam blog..ditambah lagi gambar pun tak snap. Buat cookies semalam sempat juga snap gambar, tu yang bersemangat nak share kat sini.
Cookies ni hasil olahan aku sendiri. sesekali nak jadi inventor pula..he..he...Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Tanya ayah Haiqal, dia kata sedap..syukur... Haiqal pun nampaknya suka makan..plus..plus...dia yang banyak tolong buat semalam. Tu yang bersungguh-sungguh dia makan.

tengokla tu bersungguh-sungguh mengodek...rajin anak ibu ni..

Seronok bila dapat habiskan masa dengan Haiqal buat cookies ni. Budak tengah membesar, macam-macam yang dia tanya dan explore. Dia nak pegang mixerlah, nak ayak tepunglah. aku apa lagi, bagi dia cuba semuanya...seronok bukan main lagi Haiqal bila ibu dia bg green light. he..he...dapat juga makan hasil air tangan haiqal walaupun dapur penuh dengan tepung...tak pelah, redha je...yang penting anak ibu happy...
Agak-agak ada tak yang nak try resepi cookies ni ye???malu pula nak tepek kat sini, maklumlah aku ni inventor yang tak bertauliah..hu..hu...aku letak jelah ye, sesiapa nak cuba, sila-sila kan lah..

CHOCOLATE ALMOND CRUNCHY

CHOCOLATE ALMOND CRUNCHY
Bahan-bahan : 

  • 1 1/4 cwn marjerin 

  • 1/2 cwn tpung gandum * 

  • 3/4 cwn tepung jagung * 

  • 1/4 cwn serbuk koko * 

  • 1 cwn gula icing 

  • 1/4 cwn nestum keluarga 

  • 1/4 cwn quaker oat 

  • 1/4 cwn kepingan badam -disangan dulu

Cara-cara : 
1- Ayak bersama bahan2 btanda * ke dalam mangkuk. 
2- Kemudian masukkn nestum, oat n kepingan badam ke dlm mangkuk bahan2 yg diayak td n ketepikan. 
3- dlm mangkuk lain mixer marjerin n gula icing sehingga kembang@berwarna putih. 
4- setelah kembang, masukkn bahan2 yg diayak td n gaul menggunakan senduk hingga sebati. 
5- Sudukan adunan diatas dulang pembakar n bakar pada suhu 160'C selma 15minit @ sehingga masak..
 Selamat mencuba!!! 




Sunday, November 10, 2013

Makaroni Bakar Puan Norly - 1st Trial

Assalamualaikum semua dan selamat berhujung minggu. Hari ni ada kerajinan sikit nak taip entri. Entri yang simple je, just nak share resepi makaroni bakar yang tersangatlah simple dan rasanya not so bad lah. Kena dengan tekak aku.
Sebelum tu nak cerita sikit tentang anak bujang kecik aku tu. Tak taulah malam tadi dalam pukul 2.30 pagi menangis terjerit-jerit. Asalnya dia tidur dalam buaian, ayahnya yang jaga..tiba-tiba terus menangis kesakitan. Check perut dia, tak kembung...buka pampers dan check badan dia takda pula kesan merah gigitan binatang ke apa. Bagi susu tak nak...kami betul-betul kalut sungguh malam tadi. Kami gilir-gilir dukung nak bagi dia diam. Baca surah macam-macam, kot..kot...ada gangguan yg pelik-pelik...susahnya la hai bila duduk jauh dengan orang tua ni...
Alhamdulillah, dalam pukul 4 pagi macam tu, si Aqif dah mula stop menangis..dah nak menyusu dan terus tertido. Sampai sekarang tak tau puncanya apa, mungkin juga semut masuk dalam telinga...Wallahualam...harap-harap malam ni tak terjadi lagi..
Berbalik pada cerita makaroni bakar ni, aku buat untuk lunch semalam. Saje mulut ni mengada-ngada nak makan ala-ala western gitu..maklumlah pagi tu dah makan nasi goreng air tangan en.suami, so lunch tak nak la makan nasi lagi. Tu yang terfikir nak try resepi makaroni bakar dari dapur mamawandiha... Makan satu potong je dah kenyang sangat...Alhamdulillah... 

Ready to bake

Taraaa...dah siap !

Rupa setelah dipotong
Kepada kawan-kawan yang nak mencuba makaroni ni bolehla klik link kat perenggan 4 tu ya. Tak pun kat bawah ni ibu AqifHaiqal da letak resepi tapi  dah ditokok tambah ikut anak tekak ibu AqifHaiqal...he..he...

MAKARONI BAKAR PUAN NORLY
Bahan A 

  • 100g ayam cincang  *ibu guna daging kisar Ramly 1 keping
  • ½ bawang besar (potong dadu) 
  • 2 bawang putih (cincang halus) 
  • 3 biji cili padi @3biji cili merah (dicincang halus) - MaDiHa guna 1 biji cili merah * ibu guna 1 biji cili merah 
  • 1 ½ sudu besar serbuk kari daging 
  • 1 cawan makaroni 
  • 100g cheese (mozarella@cheddar@mix cheese diparut) * ibu guna cheese parmesan
  • garam secukup raser... 
  • Bawang goreng (utk taburan) - MaDiHa tak letak pun. *ibu pun tak letak
  • Sedikit minyak utk menumis 


Bahan B (untuk kastad) 

  • 3 biji telur - MaDiHa guna gred A 
  • 3 sudu besar tepung gandum 
  • 1 cawan susu segar 


Cara2 menyediakannya 

1. Rebus makaroni hinga agak2 lembut. Angkat dah tos.  
2. Sambil2 tunggu makaroni masak. Panaskan sedikit minyak (jgn banyak sangat minyak)  
3. Tumis bawang besar dan putih... kemudian masukkan serbuk kari..sampai sampai naik minyak..tambahkan air dlm 2 sudu kalau kering.  
4. Masukkan ayam dan gaul sampai masak.. masukkan cili merah/cili padi dan tambah garam secukup rasa.  
5. Masukkan makaroni dan gaul2 bagi rata...  
6. Tuangkan campuran tadi ke dalam casserole kemudian taburkan cheese yg dah diparut atas permukaan rata2. 
Cara menyediakan Kastard :
1. Bancuh tepung gandum dengan susu hingga rata kemudian masukkan telur dan kacau rata.. 
2. Tapis adunan kastad tuh terus ker adunan makaroni dan daging tadi. 
3. Bakar dgn 180C dlm 30 minit bukak oven .. taburkan bawang goreng kalau tak letak pon tak per... tp kalau ader wangi sket... dan sambung bakar dlm 10 minit lagi
 
Selamat mencuba !!! 

Wednesday, May 22, 2013

Donut Mudah Ibu Haiqal

Assalamualaikum semua...
Rindunya pada blog kesayangan aku ni. Dah lama tak update entri. Beberapa hari ni agak bz sikit. Banyak benda yang nak dibuat...akhirnya hari ni ku sempat-sempatkan juga mengupdate.  
Alhamdulillah, gigi hubby dah selamat dikeluarkan rabu pagi minggu lepas. Semuanya berjalan lancar. So far tengok hubby sihat cuma letih dan lesu badan. Buat masa ni hanya makan makanan yang lembut je macam bubur nasi. Tu pun tak boleh panas...risau berlaku pendarahan.
Harap-harap cepatlah sembuh, kesian suami makan duk telan je..tak da rasa apa...Bila en.suami susah nak makan ni,rasa tak bersemangat nak masak sedap-sedap. Ye la kan, kita makan sedap-sedap tapi dia cuma boleh tengok je. 
Sebenarnya, entri kali ni aku nak share resepi donut ala ibu Haiqal..he.he..mudah je, sesuai untuk orang yang malas nak menguli lama-lama macam ibu Haiqal ni. Donut ni aku buat Isnin minggu lepas untuk minum petang. hu..hu...baru sempat nak kongsi kan kat sini.. Alhamdulillah hasilnya gebu dan lembut walaupun dah sejuk.
Tapi adunan ni sesuai untuk family kecil macam kami. Dalam adunan tu dapat 9 biji donut je.

Donut dah kembang, tunggu nak digoreng..

Donut Mudah

RESEPI DONUT MUDAH ( 9 biji )
Bahan-Bahan :

  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis mauripan -  masukkan ke dlm 2 sudu besar air suam, tutup sebentar
  • 2 sudu kecil susu pekat manis *
  • 1 sudu besar minyak masak *
  • 1 sudu kecil garam halus *
  • 1 biji telor *
  • sedikit marjerin untuk menguli
  • Guala aising untuk ditabur pada donut


Cara-Cara :
1. Bahan-bahan yang bertanda ( * ) di satukan ke dalam mangkuk dan pukul dengan menggunakan garfu sehingga sebati.
2. Buatkan lubang di tengah-tengah tepung, tuangkan yis yang telah direndam tadi dan kacau menggunakan tangan.
3. Kemudian masukkan pula campuran bahan-bahan yang bertanda ( * ) tadi dan uli sehingga sebati. Sekiranya, adunan masih melekat tambah sedikit tepung tapi jgn terlalu byk pula..kan keras melatun donut tu nanti.. =)
4. Bentukkan adunan menjadi doh bulat dan sapukan sedikit marjerin dipermukaan doh. Biarkan doh mengembang lebih kurang 1 jam.
5. Bila doh dah mengembang, tumbuk-tumbuk sikit dan bentukkan menjadi donut. Kemudian bolehlah di goreng dan tabur dengan gula aising.
 Selamat Mencuba!!!
 
 
 
 

 
  

Wednesday, May 8, 2013

070513 - Heavenly Carrot Cake For ZamZura's Relationship Anniversary

Assalamualaikum semua...
Semalam 070513 genaplah 8 tahun usia perkenalan antara aku dan suami. Rasa macam tak percaya pula, dah 8 tahun kami kenal. Dari dunia student, then masuk dunia pekerjaan pula, dan sehinggalah sekarang dah masuk dunia berkeluarga. Alhamdulillah, kami still bersama dalam apa jua keadaan, suka dan duka.
Dalam tempoh 8 tahun ini juga, pelbagai dugaan yang kami lalui untuk sampai ketahap sekarang. Lebih-lebih lagi masa tempoh pertunangan kami...Kalau diingat kembali hubungan kami masa tu ibarat retak menanti belah je. Syukur yang amat sangat jodoh kami masih kuat, akhirnya kami disatukan pada 140309 setelah 4 tahun kami berkawan.
Kalau ditanya macam mana kami boleh kenal???ermm...malu nak cerita, tapi apa yang aku boleh bagitau kami kenal waktu sama-sama belajar kat UiTM dulu. Gedikkan aku, time belajar sibuk bercintan-cintun...ha..ha...Dia banyak membantu aku waktu belajar dulu...kiranya dia ni my hero lah...kuang..kuang...
Sampai sekarang pun he still my hero, dialah yang terbaik, dialah paling terindah kurniaan yang Allah berikan dalam hidup aku. Dialah teman, dialah kekasih, dialah suami dan dialah juga ayah kepada anak-anakku.
Mudah-mudahan hubungan kami akan terus mekar mewangi, di redhai Allah dan berkekalan hingga ke syurga. Moga kami sentiasa diberikan ketabahan, kesabaran dan keimanan yang tinggi dalam usaha membina keluarga yang bahagia. Aminnn ya Allah... 
So, dengan bersemangatnya aku pun berperanglah kat dapur menyiapkan kek ualang tahun perhubungan kami ni. Just a simple cake tapi penuh bermakna. Maklumlah aku ni bukan reti sangat baking cake yang canggih-canggih ni..kalau boleh nak yang mudah, sedap dan cepat disediakan.
Google punya google terjumpalah resepi "Heavenly Carrot Cake" kat blog  Dapur Tanpa Sempadan milik blogger terkenal Mat Gebu. Kat situ macam-macam resepi masakan ada tau, best-best...
Resepi kek carrot ni memang simple dan mudah disediakan..tak ada guna mixer, just godek-godek guna senduk je. Hasilnya memang tak mengecewakan, sedap sangat, moist dan memang heaven lah bila makan..he..he...
Tapi tang decorate cake tu memang aku fail lah...memang terserlah kecomotannya. Aku just tepek cream atasnya, then buat bentuk lobak kat keliling dan tulislah perkataan yang bersesuaian. Yang kelakarnya tu, tulis pun senget..aduh...memang keras ketung sunguhlah tangan ibu Haiqal ni...
Kalau nak resepi asal kek carrot Mat Gebu bolehlah klik SINI ya..aku ni suka derhaka sikit, ada bahan yang aku tambah dan ganti ikut apa yang ada kat dapur aku. Seriously, sesiapa penggemar kek carrot tu cubalah resepi ni..memang tak rugi...sedap sangat!!! Nak tengok tak kek carrot comot???he..he..

senget bengetlah tulisannya... =)

biasalah..haiqal wakil ibu dan ayah potong kek..he..he..

rupa di dalamnya..meriah kaler asli carrot...

Sesiapa nak mencubanya, aku letak resepinya kat bawah ni ya...tapi kalau nak yang original bolehlah tengok kat blog Mat Gebu.

HEAVENLY CARROT CAKE (Sumber : Mat Gebu)
Bahan-Bahan :

  • 1 cwn tepung gandum *
  • 1 camca teh baling powder *
  •  1/2 canca teh soda bicarbonate *
  • 1/2 camca teh garam halus *
  • 1 1/4 camca teh serbuk kayu manis * - ibu Haiqal tak letak
( * di ayak bersama )
  • 2 biji telor gred A
  • 3/4 cwn minyak jagung - ibu Haiqal guna minyak masak
  • 3/4 cwn gula perang - ibu Haiqal guna gula kastor
  • 1 1/4 cwn parutan lobak merah - perah sedikit airnya
  • 1/2 cwn nenas nenas dalam tin (tos dan cincang kasar ) - ibu Haiqal tak letak
  • 1/2 cwn kelapa kering
  • 1/2 cwn kacang walnut - Ibu Haiqal tak letak
Ibu Haiqal tambah :
  • 1/2 cwn campuran buah-buahan kering
  • 1/4 cwn choc chips
Bahan Cream Cheese :

  • 100 gram mentega
  • 125 gram cream cheese
  • 1 camca teh essen vanila
  • 11/2 sudu besar guala icing - ayak
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180' C. Griskan tin (7x7x3) dengan minyak dan alaskan dasar tin dengan kertas minyak.
2. Dalam satu bekas, masukkan telor, minyak, gula kacau dengan whisk sehingga rata & sebati (>< 5 minit ). Kemudian masukkan bahan-bahan diayak dan gaul sebati.
3. Masukkan nenas, kelapa kering, walnut, buah-buahan campuran, choc chips dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit @ 1 jam @ sehinga masak.
4. sejukkan kek sebelum di sapu cream cheese.
Cara-cara Cream Cheese :
1. putar cream chese dan mentega hingga sebati. Kemudian masukkan icing sugar dan vanilla, putar lagi hingga gebu dan halus. (gunakan kelajuan sederhana ) 

SELAMAT MENCUBA !!!
 


 


Tuesday, April 30, 2013

Kek Coklat Mudah Ibu Haiqal

Assalamualaikum semua.. 
Yeay!!! esok cuti!..Wah..wah..aku ni mengalahkan orang yang bekerja pula seronoknya..hu..hu...Tak pelahkan, seronok bagi pihak suami...sekurang-kurangnya boleh rehat, ada orang nak uruskan Haiqal. Kira cuti jugalah aku walaupun tak sepenuhnya.
So, esok nak buat ape ye??...tengah terfikir-fikir lagi ni. Tanya en. suami, biasalah jawapan dia "suka hati"...tapi nampak gayanya macam duduk kat rumah je, rehat-rehat dan bersenang lenang. Sekarang ni bila nak keluar je, kena tengok dulu tempatnya..kalau yang memerlukan berjalan kaki yang lama...jawapannya tak do maknanyalah aku nak pergi. Dah tak larat dah si Ibu Haiqal ni nak berjalan lama-lama...sakit kaki dibuatnya nanti...
Oh ya, semalam petang aku telah berjaya merajinkan diri mem "baking". Itu pun sebab mengidam nak makan kek. Kena layankan juga tekak ibu mengandung ni, kan nanti "ngences" adik Haiqal..he..he..
Orang mengidam ni bukan boleh tunggu-tunggu. Kalau boleh masa tu teringin, masa tu juga nak makan. Sebenarnya teringin nak makannya malam kemarin tapi nak buat dah malam..so nak tak nak tunggu keesokkan harinya lah. Mujur, malam tak termimpi-mimpi...
Rasanya ramai yang dah tau buat kek coklat ni, siap ada bermacam-macam versi lagi. Tapi kali ni aku nak buat kek coklat yang paling mudah, just guna blender je. Malas nak guna mixer bagai...hu..hu..alahai malas sunguh ibu Haiqal ni..ish..ish...
Alhamdulillah, walaupun guna blender kek still naik dan dapat pujian dari en.suami lagi. Bukan senang suami aku ni nak makan kek coklat banyak tau. Dia ni bukan pengemar coklat. Rasa kembang semangkukla aku...Kalau si Haiqal, ape-ape kek coklat pun dia suka..asalkan bercoklat....

Kek Coklat with simple ganache
Aku buat sikit je adunan keknya ,agak-agak cukup untuk kami sekeluarga. Kepada yang nak mencuba Kek Coklat Ibu Haiqal ni bolehlah tengok resepinya kat bawah ni ya...Kalau berkeluarga besar, better double kan bahan-bahannya...

Kek Coklat Ibu Haiqal

BAHAN-BAHAN KEK:

  • 1 cwn tepung gandum *
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  •  1 sudu teh baking powder *
  • 2 biji telor
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu teh ovellate
  • sedikit garam
BAHAN-BAHAN GANACHE :

  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu teh butter 
CARA-CARA :

  1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) dan ayak, ketepikan.
  2. Masukkn telor, gula pasir, susu, ovellate, garam dan minyak masak ke dalam blender. Blend bahan-bahan sehingga hancur dan sebati.
  3. Keluarkan bahan-bahan yang di blend tadi ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi berselang-seli dengan air suam. Gaul sebati dan tidak berketul-ketul.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dengan butter.
  5. Bakar pada suhu 160'C selama 30 minit @ sehingga masak.
CARA-CARA MEMBUAT GANACHE:

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan masak secara double boil.
  2. Setelah sejuk bolehlah dituang atas kek tadi. 




SELAMAT MENCUBA!!! 

Monday, April 1, 2013

Kembali mengapam

Assalamualaikum...Alhamdulillah, baru je habis mengapam sambil melayan kerenah si anak bujang sorang tu. Setelah sekian lama tak ambil tempahan apam,  terasa "capek" sekali...hu..hu.. Rasanya dah 4 bulan aku tak ambil tempahan apam. Baru hari ni tergerak hati nak testing ketahan badan..larat ke idak mengapam masa mengandung ni..tu pun ambil setakat 50 biji je. Lagipun rindu sangat nak mengapam...
Ternyata memerlukan ketabahan dan kecekalan hati sungguh nak mengapam ni. Aku memang tabik spring la kepada peniaga-peniaga apam yang still on biz walaupun time mengandung...aku???kena fikir banyak kali juga. Ni pun dah mula sakit-sakit, lenguh-lenguh pinggang dan kaki. 
Sbenarnya yang membatkan aku bertambah-tambah "poonat" ni bukan apa, melayan karenah si Haiqal. Tak taulah sejak aku mengandung ni dia buat perangai sungguh. Selalunya tak kisah pun kalau ibu dia buat apam, dia duk main sendiri. Tadi bukan main sibuk lagi dia mengacau..apa yang aku pegang semua dia nak ambil...bila larang dia menjerit mengamuk...menguji kesabaran sungguh...
Kata orang dia terasa kot nak ada adik, plus nak tarik perhatian aku. Tak taulah, pokok pangkalnya memang sangat-sangat menguji kesabaran akulah. Ishtifar banyak-banyak aku dalam hati...anak oh anak.
La ni dia tidur, bila tenung muka dia rasa kesian dan bersalah pula. Ada la juga aku marah-marah dia tadi. Entah apa yang dia rasa agaknya. Apepun ibu tetap sayangkan Haiqal. Mudah-mudahan Allah bagi aku kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan mendidik anak ibu ni. rasa sedih pula..huk..huk..
Oklah tak mo sedih-sedih...Alhamdulillah rasa puas sangat bila dah siap dan tengok hasilnya...rasa dah terbalas rindu nak mengapam. Malam ni dah boleh antar kat regular customer aku. Harap dia berpuas hatilah...bye.bye...
Apam Bee & Ladybird with Starwberry, Blueberry, Kiwi & Choc. filling

 

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari lagi kita berpuasa...Cepat sungguh masa berlalu. Rasa baru semalam 1 Ramadhan...Mudah-mudahan ibadah puasa kita sempurna di sisiNya.
Persiapan raya tahun ni aku biasa-biasa je, maklumlah dah jadi mak orang ni excited beraya tu macam kureng sikitla. Lebih pada si anak bujang aku. Si Haiqal pundah pandai tengok iklan raya kat TV je, dia sibuk sebut "raya" "raya"..entah dia faham ke takape tu raya...he..he... 
Insya Allah malam ni aku bertolak ke Johor. Tahun ni turn beraya kat kampung halamanku. Raya ke 3 baru gerak baik Penang. Aku bersyukur sangat dapat suami yang sangat memahami dan paling penting adil...hu..hu...Setiap tahun merasa beraya kat dua-dua kampung cuma membezakan raya pertama jelah...Rasa tak sabar pula, baju dan barang-barang dah siap packing tinggal tunggu suami aku balik keje than zoooommmm balik kampung...
Oh ya, bercerita tentang kuih raya pula...ehem..ehem..tahun ni pecah rekod..Ibu Haiqal buat kuih lebih banyak dari tahun sebelum ni..he..he..Tahun lepas buat 1 jenis je, tahun ni Alhamdulillah dapat 3 jenis.tu pun yang simple...ha..ha...gaya macam buat berjenis-jenis je..Nak tau kuih ape??? Ce tengok kat bawah ni...

Biskut peberet Haiqal - Choc Melting Moments

Ni peberet Ibu Haiqal - Cornflake madu

yang ni pula peberet ayah Haiqal - Biskut peanut Butter
Tu jelah biskut yang termampu aku buat. Yang lain kuih tunjuk je..hu..hu...
Oklah, dah petang ni...nak prepare untuk berbuka pula. 
Dikesempatan ni, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Kasih Ibu . Mudah-mudahan Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi memberi 1001 kegembiraan dan kebahagian kepada kalian semua..Selamat Hari Raya!!!

Thursday, July 5, 2012

Hokkaido Cupcake with Custard Filling

Assalamualaikum...
Ibu Haiqal ni kejap ada kejap tak ada, dah macam biskut Chips more la pula...he..he...Apapun hari ni bukan nak bercerita tentang biskut tapi bercerita tentang kek cawan yang yummy!
Memandangkan macam susah bebeno je aku ni nak pergi Jepun, dapat merasa kek yang namanya ala-ala Jepun pun oklah kan... 
Dah lama aku mencari-cari resepi Hokkaido Cupcake ni...banyak juga resepi yang ada tapi kebanyakkannya dalam sukatan gram...aku mana ada penimbang..huk..huk... (memang nak kena beli juga...) Cari punya cari akhirnya jumpa juga resepi yang guna sukatan cawan...Gembira tak terkata...rasa nak melompat pun ada...(excited sungguh ibu Haiqal ni...hu..hu..)
Tak tunggu lama, petang tu juga aku ber experimen..Alahamdulillah setelah berhempas pulas hasilnya tidak mengecewakan...apa yang aku baca tentang kek ni ada pada kek yang aku buat ni...hu..hu...suka! suka!..
Tekstur kek ni macam kek span, ringan dan lembut..di makan dengan krim kastard pula...huh!!!bertambah-tambah la sedap...bukan aku sorang je kata sedap, suami dan jiran aku pun kata macam tu juga...Meh tengok hasik Hokkaido Cupcake Ibu Haiqal

Hokkaido Cupcake with Custard Filling

tanpa "bedak" still look yummy!!!

Resepi cupcake ni aku ambil dari blog Sasharahmat. Macam-macam resepi ada, jengok-jengoklah ke sana ya. TQ so much Shasha for sharing this lovely recipe....

P/S: Sorry tak dapat share resepi dalam blog ni, kesuntukkan masa nak menaip...he..he..

Friday, June 29, 2012

Chocolate Bottom Banana Square

Assalamualaikum...
Wah..wah...ibu Haiqal lama bebeno lah menyepi ye???hu..hu...mood ber blogging nun ke laut sana..entahla, semakin lama makin malas pula nak update blog...
Apapun hari ni gagahkan juga nak update cerita tentang kek yang aku buat baru-baru ni. Saje melayan anak tekak tetiba nak makan kek pisang pula, mentang-mentangla puasa...ha..ha..=)
Walaupun namanya boleh tahanlah  panjang tapi mudah je nak membuatnya. Resepi CBBS ni aku ambil dari Dapur Kak Madiha. Resepi yang sangat mudah, sedap dan paling penting keknya moist. Padaku gabungan coklat dan pisang memang "mabeles" la...he..he..
Resepi asal dalam bahasa "omputih" tapi aku dah terjemahkan dalam bahasa kita..Harap-harap dapat membantulah ya...Sesiapa nak original resepinya bolehla klik SINI.

Chocolate Bottom Banana Square

2 in 1 rasa coklat dan pisang
CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE (Sumber : Dari Dapur MadihaA )
Bahan-bahan :

  • 1/2 cwn butter
  • 1 cwn gula
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cwn pisang lenyek
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 cwn choc chip * ibu Haiqal tak letak
  • Almond nibs secukupnya - ditabur di atas kek

 Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan. Kemudian masukkan telur, vanilla, pisang dan pukul hingga sebati.
2. Dalam mangkuk lain, masukkn tepung, soda, baking powder dan garam. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian, masukkan serbuk koko dan adun sebati.
5. Griskan loyang terlebih dahulu.Masukkan adunan campuran koko dan ratakan. Kemudian ambil adunan pisang pula dan ratakan di atas permukaan adunan campuran koko tadi.
6. Taburkan choc chip dan badam cincang di atasnya. Bakar pada suhu 170' C - 30 minit @ sehingga masak. 
 
Selamat mencuba!! 
 
 
 

Wednesday, June 20, 2012

Kek Batik + Puff Darurat = Yummy!!!

Assalamualaikum...
Dah lama tak update, agak bz sikit ditambah MALAS...hu..hu..Hari ni nak show off juadahminum petang semalam. Mimpi apa entah Ibu Haiqal siap buat 2 jenis menu lagi..he..he...mood tengah rajin kot..
Sebenarnya plan just nak buat kek batik je. Tiba-tiba teringin nak makan pula semalam tapi stock biskut marie tak ada, yang ada biskut weetameal Jacobs. Pe lagi bantai guna biskut tu jelah. Rasanya lagi berkhasiat kot. Apa-apa jelah ibu Haiqal ni...tapi hasilnya Alhamdulillah sedap...

Kek Batik Weetameal


kek batik versi Ibu Haiqal...

Itu al kisah Kek Batik, sebelah petangnya pula tekak ni teringin pula makan puff. Belek-belek stock kat dapur nak buat inti tak ada pula tapi nak juga makan puff. Tengok kat peti ais ada sosej, letak sosej kat atas puf jelah nampaknya. Lepas tu letak la sos cili dan mayo thousand island.Ni ala-ala puff darurat la tapi hasilnya wallah...sedap....

Puff darurat...

bestnya dapat makan panas-panas...


KEK BATIK WEETAMEAL
Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan butter @ marjerin *
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1/2 cawan milo  *
  • 1 sudu besar serbuk koko *
  • 1 sudu besar susu segar *
  • biskut weetameal secukupnya

Cara-cara :
1. Masukkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) ke dalam periuk dan masak dengan api kecil. Kacau sebati dan jangan sampai berkerak.
2. Setelah sebati dan pekat, matikan api.
3. Letakkan plastik dalam loyang @ bekas plastik, susunkan biskut di dalamnya dan tuangkan  adunan milo tadi sehingga melitupi biskut. Kemudian susunkan biskut lagi di atasnya dan tuang adunan milo. Buat sehingga habis.
4. Kemudian, bolehlah disimpan di dalam peti ais. Dah keras, bolehla dipotong dan dihidang.

Selamat Mencuba!!!
 
 
 


 
 

Friday, June 15, 2012

Apam Comel sebagai hadiah

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua...
Alahmdulillah, biz ibu Haiqal melangkah setapak lagi dengan penghasilan apam comel beserta wording. 
Customer boleh request design apam dan paling best HARGA TETAP SAMA (1 biji = RM0.40)
Harga untuk 1 box (25 pcs mix design & filling) = RM15 (exclude postage fee @ delivery cost) 
Filling: Strawberry, Blueberry, Kiwi, Coklat 
Di bawah ni antara koleksi Apam Wording yang di tempah oleh customer :

surprise someone!!!



special request : anchor design

set for "Happy Birthday"




Another set of "Happy Birthday"
box cover
Kepada yang berminat untuk menempah sila-silalah ke fanpages ZamZura's Small Kitchen atau fb Bay Zura
TQ so MUCH =) 

Tuesday, May 22, 2012

Roti Sosej Bersalut Tepung

Assalamualaikum...
Hari ni 1 Rejab memang digalakkan berpuasa tapi sedih sangat aku tak dapat puasa...hu..hu...bukan sebab "bendera merah" tapi gara-gara tak bangun sahur. Sesetengah orang tak bersahur pun tak apa tapi tak bagi aku...Kalau aku teruskan berpuasa juga, silap-silap duk hospitallah aku... 
Dari sekolah lagi aku ada gastrik yang agak teruk jugalah..dah banyak kali juga masuk hospital. Aku memang tak berani berpuasa kalau tak bersahur...dapat minum susu dan oat pun cukuplah...terasa sayang sangat tak berpuasa hari ni...
Bila tak berpuasa, secara automatiknya perlulah buat sarapan ye tak?? kalau berpuasa pun tetap kena buat sarapan juga, yelah untuk suami dan anak bujangku...
So, pagi tadi aku buat sosej gulung..sedap dan mudah...=) Sebenarnya dah banyak kali aku buat untuk sarapan cuma tak berkesempatan nak snap picture dan kongsi resepi kat blog ni.

Roti sosej bersalut tepung yang rangup...

rupa didalamnya...nyum..nyum...

lagi sedap dimakan bersama sos dan mayo...

 ROTI SOSEJ BERSALUT TEPUNG
Bahan-Bahan :

  • 4 keping roti Gardenia yang biasa tu...
  • 4 biji sosej
Bahan bancuhan tepung :

  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 80 ml air 
  • 1 sudu besar minyak masak 
  • sedikit bahan perasa
Cara-Cara :
1. Ambil sekeping roti dan lenyek-lenyekkan dengan mengunakan belakang sudu sampai jadi nipis. Buat sampai habis.
2.  Letakkan sebiji sosej atas roti yang telah dilenyek tadi, gulung sampai ke hujung. Buat sampai habis.
3. Potong dua setiap sebatang sosej yang telah digulung dengan roti tadi.
4. Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk. Gaul sebati.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau rata. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sebati dan tidak berketul-ketul.
6. Celupkan roti berisi sosej ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga keperangan. 
 7. Sedap dimakan bersama sos dan juga mayonis... =)
 Selamat Mencuba!!!
 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...