Wednesday, April 18, 2012

Brownies mudah untuk minum petang...

Asalamualaikum semua...
Entry sebelum ni ibu Haiqal buat Puff Daging Mudah, la ni buat Brownies Mudah pula...he..he..semuanya nak mudah je. Bukan apa bila senang di masak, pastinya cepat boleh dimakan..ye tak???
Ni juga merupakan salah satu list resepi yang teringin aku nak cuba buat. Kebetulan, petang semalam tak da buat apam, tu yang godek-godek buat brownies ni. Ingatkan ambil masa lama nak sediakannya rupanya lebih kurang 15 minit je dah boleh masuk oven...sungguh.. mudah sangat, semudah 1 2 3...he..he.. 1 :masuk..2 : gaul...3 : bakar ... =)  dah jadi brownies.
Resepi Brownies Mudah ni aku ambil dari dapur Hanamemories. Alhamdulillah, menjadi brownies yang aku buat. Rasanya sedap dan brownies ni agak chewy sikit. Rasa berbaloi buat, dahlah mudah, rasanya sedap pula...try la, tak rugi...
Jom tengok hasil brownies ibu Haiqal... =) maaf lah ye, rupa parasnya tak macam brownies kak Hana pula aku tengok...macam kek coklat pun ada...kena practise lagilah jawabnya ni...

..sebelum di bakar..tabur choc chips dan almond nips

ni lah hasilnya... =) tunggu sejuk...

dah siap dipotong ala-ala brownies...

..touch up sikit dengan icing sugar...

 BROWNIES MUDAH (Sumber : Hana )
 Bahan-bahan :
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang * ibu Haiqal guna 3/4 cwn gula kisar
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum * Ibu Haiqal guna self rising 
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara :
1.  Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm 
2.  Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
3.  Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
4.  Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Selamat mencuba !!!

7 comments:

mamashikin said...

mmg mudah la..nnti nak try buat weekend nih..hehee;=)

Kasih Ibu said...

to mamashikin :

betul tu, mudah sgt..dah tu sedap pula...xrugi buat... =)

mamashikin said...

kasih ibu- tak payah guna mixer ker?mmg campur mcm tu je eh?nti nak buat la..hehe..

Kasih Ibu said...

xpayah..masukkn semua bahan kacau bagi sebati..than masukkan dlm loyang, terus boleh bakar..

mummy_ayu said...

wah...nampak menarik plus simple..nak try la..ma acih share!

qemaishak said...

memang mudah & nampak sedap...tq kongsi resepi:)

mummy_ayu said...

dah try dah weekend lepas..and memang senang & sedap.....tq!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...