Showing posts with label Aqif. Show all posts
Showing posts with label Aqif. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Cinta Hati ibu tak sihat :(

Assalamualaikum semua. Akhirnya dapat juga update blog untuk hari ini. Tu pun setelah si kecil tidur..si abang???ermm...dia macam biasalah duk mengadap disney junior. Khusyuk tengok kartun walaupun dah ulang berapa kali cerita yang sama. Ibu dia memang tak berpeluang tengok chanel lain...
Hari ni anak-anak aku dilanda virus selesema. Si adik dah 3 hari selesema, manakala si abang pula baru start semalam. Kesian tengok si adik, tidur berbunyi-bunyi..hidung tersumbat. Abang pula sengau dah suaranya. 

kesian adik tido pun berbunyi-bunyi, tersumbat hidungnya
Semalam bawa adik pergi kinik check up dan ambil ubat tapi doktor pula kata kalau 2 tahun ke bawah diorang memang tak bagi ubat. Kalau betul-betul panas dan batuk baru diorang bagi ubat..Jadinya, semalam pergi klinik just jumpa doktor jelah, satu jenis ubat pun tak dapat. Nak tak nak guna vicks jelah sapu kat belakang badan dan hidung adik. Mujur dia tak kisah bila sapu vicks..kalau abang dia dulu memang pantang letak vicks meraung-raung menangis...sampai sekarang pun macam tu juga. Kalau selesema biar macam tu je.
Aku tengok si abang tu macam nak demam je, suara memang dah sengaulah. Badan pun aku pegang hangat je tapi bila check suhu 36.2, kira tak demamla kan. Oh ya cerita pasal check suhu ni, sekarang ni pantang kata badan dia panas cepat-cepatlah dia pergi cari termometer nak check suhu. bila dah berbunyi, sibuk tanya yang dia demam ke tak. kadang-kadang tu tak panas pun dia paksa ibu dia pegang dahi dan kata panas...seronok agaknya letak termometer tu kat bawah ketiak dia...hu..hu...anak..anak...layankan jelah.

muka happy je bila check suhu dia...

Kalau ikut orang-orang tua, budak-budak selesema ni parutkan kunyit hidup dan letak kat batang hidung. Setakat ni tak pernah cuba lagi, rasa tak sampai hati pula nak tengok hidung anak kuning..nak hilang makan hari jugalah kan? Kalau ikut petua umi AqifHaiqal pula basuh ubun-ubun kepala budak dengan air suam hangat-hangat. Aku dah try, Alhamdulillah nampaknya hingus adik dah kering.  kat abang Haiqal je belum buat lagi...mungkin mandi petang nanti.
Bila jadi ibu ni, rasa susah hati sangat kalau anak-anak sakit walaupun cuma selsema. Kalau boleh biarlah ibu yang tanggung sakit tu, anak-anak ibu sihat sentiasa. Mudah-mudahan cinta hati ibu cepat sihat seperti sediakala..Aminnn....
 
 

Friday, November 8, 2013

Status dah berubah ...

Assalamualaikum... Ya Allah dah lama sangat tak meng update blog..Blog ni dah terbiar mcm tu je...klu rumah lah, silap2 dah da "penghuni" lain yg tinggal...hu..hu..
Sebenarnya niat nak meng update tu ada tapi kemalasan yg melampau menyebabkan terbantut niat tu. Mudah-mudahan entri ni menjadi permulaan yg baik utk aku kembali ber blogging. 
Sekarang ni status aku totally berubah tapi i'm still Rafizam's wife ok cuma bukan ibu beranak satu tapi dah beranak dua... dan sukacitanya anak ke dua ku juga hero. So, dalam rumah ni nampaknya dah ada 3 herolah (termasuk ayah dia). Ibunya jelah tak ada geng lagi..hu..hu...
Adik Haiqal lahir 2 hari sebelum Hari Raya, 06 Ogos 2013. La ni, dah 3bulan. Oh ya lupa pula, nama adik Haiqal ni Muhammad Aqif Harith Bin Rafizam. Kami panggil si comel ni "Aqif". Dia pun sama macam abg dia juga, lahir ikut "tingkap"...tak kisahlahkan, yang penting selamat.
Bila dah ada anak dua ni, rasa masa tu macam tak cukup je. asyik terkejar-kejar bila nak buat sesuatu. Apa taknya, bila si aqif tidur masa tulah nak buat kerja rumah. Tu belum masuk melayan kerenah abg Haiqal lagi. Aduhh...pengsannnn sekejap...tu mula-mula dululah, sekarang ni Alhamdulillah dah boleh sesuaikan diri tapi masih kalut-kalut juga....
Nak kenal dengan adik Haiqal tak?, kat bawah ni ada gambar adik Aqif selepas di lahirkan... 

MUHAMMAD AQIF HARITH : 060813 : 12.12 PM : 3.6KG

haiii...comel tak saya???

Gambar terkini Aqif Insya Allah akan di upload next entri ya...byeee....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...