Thursday, May 23, 2013

TELEKUNG KANAK-KANAK STRAWBERRY COMEL ...SPECIAL PRICE !!!

Assalamualaikum semua...Moga hari ini lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya..Aminn..
Entri kali ni just nak inform Ibu Haiqal ada menjual Set Telekung Kanak-kanak Strawberry yang sangat comel dan menarik...Ada 5 warna yang pastinya membuatkan anak-anak teruja dan bersemangat nak bersolat.. Insya Allah...Meh tengok gambar kat bawah ni :

Saiz : Free Saiz

Hadapan ( muka ke bawah ) : 35" (85 cm )

Belakang (kepala ke bawah ) : 40" (100 cm)

Kain (pinggang ke bawah ) : 35" (85 cm )

Corak Telekung : Printed (cop)

Material Kain : Cotton + Polyster

1 Set Telekung + Beg Uncang Comel


HARGA : RM 42 ( termasuk pos - utk Semenanjung SHJ ) 

Sesiapa berminat, bolehlah Comment kat bawah entri ni @ PM FB Bay Zura ya..

Insya Allah, sy akan bagi Special Price .. =)

TQSM


- MERAH -

- BIRU -

- OREN -

- HIJAU -

- UNGU -




Wednesday, May 22, 2013

Donut Mudah Ibu Haiqal

Assalamualaikum semua...
Rindunya pada blog kesayangan aku ni. Dah lama tak update entri. Beberapa hari ni agak bz sikit. Banyak benda yang nak dibuat...akhirnya hari ni ku sempat-sempatkan juga mengupdate.  
Alhamdulillah, gigi hubby dah selamat dikeluarkan rabu pagi minggu lepas. Semuanya berjalan lancar. So far tengok hubby sihat cuma letih dan lesu badan. Buat masa ni hanya makan makanan yang lembut je macam bubur nasi. Tu pun tak boleh panas...risau berlaku pendarahan.
Harap-harap cepatlah sembuh, kesian suami makan duk telan je..tak da rasa apa...Bila en.suami susah nak makan ni,rasa tak bersemangat nak masak sedap-sedap. Ye la kan, kita makan sedap-sedap tapi dia cuma boleh tengok je. 
Sebenarnya, entri kali ni aku nak share resepi donut ala ibu Haiqal..he.he..mudah je, sesuai untuk orang yang malas nak menguli lama-lama macam ibu Haiqal ni. Donut ni aku buat Isnin minggu lepas untuk minum petang. hu..hu...baru sempat nak kongsi kan kat sini.. Alhamdulillah hasilnya gebu dan lembut walaupun dah sejuk.
Tapi adunan ni sesuai untuk family kecil macam kami. Dalam adunan tu dapat 9 biji donut je.

Donut dah kembang, tunggu nak digoreng..

Donut Mudah

RESEPI DONUT MUDAH ( 9 biji )
Bahan-Bahan :

  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis mauripan -  masukkan ke dlm 2 sudu besar air suam, tutup sebentar
  • 2 sudu kecil susu pekat manis *
  • 1 sudu besar minyak masak *
  • 1 sudu kecil garam halus *
  • 1 biji telor *
  • sedikit marjerin untuk menguli
  • Guala aising untuk ditabur pada donut


Cara-Cara :
1. Bahan-bahan yang bertanda ( * ) di satukan ke dalam mangkuk dan pukul dengan menggunakan garfu sehingga sebati.
2. Buatkan lubang di tengah-tengah tepung, tuangkan yis yang telah direndam tadi dan kacau menggunakan tangan.
3. Kemudian masukkan pula campuran bahan-bahan yang bertanda ( * ) tadi dan uli sehingga sebati. Sekiranya, adunan masih melekat tambah sedikit tepung tapi jgn terlalu byk pula..kan keras melatun donut tu nanti.. =)
4. Bentukkan adunan menjadi doh bulat dan sapukan sedikit marjerin dipermukaan doh. Biarkan doh mengembang lebih kurang 1 jam.
5. Bila doh dah mengembang, tumbuk-tumbuk sikit dan bentukkan menjadi donut. Kemudian bolehlah di goreng dan tabur dengan gula aising.
 Selamat Mencuba!!!
 
 
 
 

 
  

Wednesday, May 15, 2013

Gigi oh gigi...

Assalamualaikum semua...
Hari ni bersiaran pepagi..hu..hu...En.suami hari ni keluar awal ke hospital. Dia ada operation gigi. 4 batang gigi nak kena cabut, 2 cabut biasa dan 2 batang lagi perlu operate. Hope everything goes smooth lah...Aminnn....
Yang tak bestnya, aku tak dapat teman dan tunggu..kalau aku sorang confirmlah aku teman..memikirkan si Haiqal, terpaksalah tunggu kat rumah je. Sekarang ni pun dia belum bangun lagi. Dia pula jenis yang tak boleh tunggu lama-lama, cepat bosan..kang lama sangat, dia meragam pula. Nak tak nak tunggu adik ipar datang tengah hari nanti baru sama-sama tengok en. hubby.
Aduh...suami yang nak operate, aku pula yang rasa debarannya...malam tadi rasa tak boleh nak tidur. Tengok en. suami, relak je..nyenyak je dia tidur. Kalau aku kat tempat dia, rasanya semingu sebelum operate dah rasa tak lalu nak makan, tak boleh nak tidur...hu..hu...
Mungkin orang kata just cabut gigi je tapi kali ni hubby aku akan di bius satu badan. Masa operate nanti dia tak sedar langsung, tu yang merisaukan aku..kesan-kesannya nanti..Sebelum ni adalah aku pujuk dia tak payahlah buat operate tu, biarkan je gigi tu reput sendiri..ermmm...dia tetap nak buat juga, coz gigi geraham last dia tumbuh senget dan berlubang. Tu yang bila sakit memang tak boleh nak tahan.
Oklah, nak buat keje rumah dulu...Have a nice day!!!Doakan my hubby ya...TQSM 
 
 

Friday, May 10, 2013

Kesian anak ibu...

Assalamualaikum semua...
Hari ni mood kureng sikit nak update blog. Kerisauan yang melampau sehinggakan nak buat apa pun malas. hu..hu...Petang ni,rasa tergerak hati nak buat entri tentang anak bujangku Haiqal. Dah lama tak buat story tentang dia dalam blog ni.
Sejak seminggu dua ni, aku perhatikan setiap kali dia put..put. ambil masa yang lama, kadang-kadang tu sampai setangah jam baru boleh. Oh ya lupa pula nak bagitau sekarang Haiqal dah tak pakai pampers lagi cuma waktu malam je nak tidur. Aku masih tak berani lagi, kalau terkencing...aduh paroh la nak mengangkat tilam menjemurnya... 
Sebelum ni, dia tak ada masalah pun kalau nak put..put..najisnya pun ok je. Sekarang ni asyik sembelit. Sampaikan naik kebas kakinya berdiri lama sangat. Dia pula tak tau kakinya kebas, menangislah kata "semut gigit kaki Haiqal"..kesian sungguh tengok dia...Dengan berpeluh-peluhnya lagi. Aduh seksa sungguh, tambahan pula tandas rumahn ni bukannya jenis yang duduk. 
Bila difikir-fikirkan nak kata kurang minum air, tak juga rasanya..coz dia ni aktif, asyik-asyik minum air masak je. Aku pun selalu juga bagi dia makan buah. Cuma dia ni susah makan sayur je. Mungkin tu salah satu sebabnya juga. Dia rela makan nasi putih dengan lauk macam tu je. Rasanya kebanyakkan budak pun cam tu juga kot..susah nak makan sayur..Pening kepala ni duk memikirkannnya...
Tapikan, dulu pun dia tak suka makan sayur tapi ok je, tak ada masalah pun bila nak put..put... kenapa sekarang macam tu pula ya??? suam aku pula kata mungkin susu yang dia minum ni dah tak sesuai untuk dia. Apa taknya sekarang dia minum Enfagrow 3, sepatutnya dah kena tukar Enfakid. Masalahnya kami dah try bagi enfakid tapi dia tak nak. Boleh pula dia kata susu tu busuk...memang langsung dia tak minum, dan lebih parah lagi dia terus tak nak menyusu..Tu yang kami bagi lagi susu lama.
sedapnya dia menyusu...
Bila timbul masalah ni, kami jadi risau pula...Kami ada cuba bagi dia minum Vitagen tapi still tak jalan juga. Tu sekali minum 2 botol...Dia ni put..put..bukannnya 3 atau 4 hari sekali tapi 2 hari sekali mesti put..put..tu pun still sembelit juga. Ermm...tak taulah nak buat apa lagi. Nampak gayanya kalau keadaan tak berubah juga, kena jumpa doktorlah,tak pun gi farmasi cari ubat...
Anak ibu..anak ibu...Love u so much!!!
 

 
 
 

Thursday, May 9, 2013

Belum masanya dah rasa berdebar-debar..huh!!!

Assalamualaikum semua..
Ya Allah, syukur padamu kerana diberikan peluang untuk bernafas di bumi mu ini. Alhamdulillah, pagi tadi check e-mail, terus jantung ni berdegup kencang...tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tu...berkecamuk, gembira ada, risau pun ada, tapi lebih pada takut la...
E mail tu dari SPA sebenarnya, aku dapat panggilan interview untuk jawatan PPT (n27) awal bulan 6 nanti. Dah lama aku tunggu peluang ni. Mungkin inilah dikatakan rezeki anak...
Kata orang peluang datang sekali, kalau tak grab takut menyesal di kemudian hari je. Tapi bila difikirkan dengan keadaan aku yang tengah sarat mengandung ni, mampu ke aku laluinya??? Lagipun dah lama aku tak berkerja...Aduhai, macam-macam persoalan lagilah kat dalam kepala aku ni. Oh...ibu Haiqal, kenapalah belum pape lagi dah rasa down sangat ni.... =(
Ok, think positive..think positive....banyak yang nak kena study ni. Dah start google juga tentang jawatan ni, baca pengalaman orang-orang yang pernah interview ni, fuh!!! boleh tahan soalan-soalannya...kalau tak study, menggagau juga nak menjawabnya...
Mujur tergerak hati nak check e mail pagi tadi. At least dapat tau awal, bolehlah prepare. Kalau nak tunggu surat panggilan temuduga, entah bila sampainya. Ada lebih kurang sebulan lagi nak prepare, so ibu Haiqal kuatkan semangat dan cuba kumpul maklumat sebanyak yang mungkin..chaiyuk!!! chaiyuk!!!
Mudah-mudahan,aku diberikan kesihatan dan kekuatan untuk melaluinya Ya Allah... 
 
 
 

Wednesday, May 8, 2013

070513 - Heavenly Carrot Cake For ZamZura's Relationship Anniversary

Assalamualaikum semua...
Semalam 070513 genaplah 8 tahun usia perkenalan antara aku dan suami. Rasa macam tak percaya pula, dah 8 tahun kami kenal. Dari dunia student, then masuk dunia pekerjaan pula, dan sehinggalah sekarang dah masuk dunia berkeluarga. Alhamdulillah, kami still bersama dalam apa jua keadaan, suka dan duka.
Dalam tempoh 8 tahun ini juga, pelbagai dugaan yang kami lalui untuk sampai ketahap sekarang. Lebih-lebih lagi masa tempoh pertunangan kami...Kalau diingat kembali hubungan kami masa tu ibarat retak menanti belah je. Syukur yang amat sangat jodoh kami masih kuat, akhirnya kami disatukan pada 140309 setelah 4 tahun kami berkawan.
Kalau ditanya macam mana kami boleh kenal???ermm...malu nak cerita, tapi apa yang aku boleh bagitau kami kenal waktu sama-sama belajar kat UiTM dulu. Gedikkan aku, time belajar sibuk bercintan-cintun...ha..ha...Dia banyak membantu aku waktu belajar dulu...kiranya dia ni my hero lah...kuang..kuang...
Sampai sekarang pun he still my hero, dialah yang terbaik, dialah paling terindah kurniaan yang Allah berikan dalam hidup aku. Dialah teman, dialah kekasih, dialah suami dan dialah juga ayah kepada anak-anakku.
Mudah-mudahan hubungan kami akan terus mekar mewangi, di redhai Allah dan berkekalan hingga ke syurga. Moga kami sentiasa diberikan ketabahan, kesabaran dan keimanan yang tinggi dalam usaha membina keluarga yang bahagia. Aminnn ya Allah... 
So, dengan bersemangatnya aku pun berperanglah kat dapur menyiapkan kek ualang tahun perhubungan kami ni. Just a simple cake tapi penuh bermakna. Maklumlah aku ni bukan reti sangat baking cake yang canggih-canggih ni..kalau boleh nak yang mudah, sedap dan cepat disediakan.
Google punya google terjumpalah resepi "Heavenly Carrot Cake" kat blog  Dapur Tanpa Sempadan milik blogger terkenal Mat Gebu. Kat situ macam-macam resepi masakan ada tau, best-best...
Resepi kek carrot ni memang simple dan mudah disediakan..tak ada guna mixer, just godek-godek guna senduk je. Hasilnya memang tak mengecewakan, sedap sangat, moist dan memang heaven lah bila makan..he..he...
Tapi tang decorate cake tu memang aku fail lah...memang terserlah kecomotannya. Aku just tepek cream atasnya, then buat bentuk lobak kat keliling dan tulislah perkataan yang bersesuaian. Yang kelakarnya tu, tulis pun senget..aduh...memang keras ketung sunguhlah tangan ibu Haiqal ni...
Kalau nak resepi asal kek carrot Mat Gebu bolehlah klik SINI ya..aku ni suka derhaka sikit, ada bahan yang aku tambah dan ganti ikut apa yang ada kat dapur aku. Seriously, sesiapa penggemar kek carrot tu cubalah resepi ni..memang tak rugi...sedap sangat!!! Nak tengok tak kek carrot comot???he..he..

senget bengetlah tulisannya... =)

biasalah..haiqal wakil ibu dan ayah potong kek..he..he..

rupa di dalamnya..meriah kaler asli carrot...

Sesiapa nak mencubanya, aku letak resepinya kat bawah ni ya...tapi kalau nak yang original bolehlah tengok kat blog Mat Gebu.

HEAVENLY CARROT CAKE (Sumber : Mat Gebu)
Bahan-Bahan :

  • 1 cwn tepung gandum *
  • 1 camca teh baling powder *
  •  1/2 canca teh soda bicarbonate *
  • 1/2 camca teh garam halus *
  • 1 1/4 camca teh serbuk kayu manis * - ibu Haiqal tak letak
( * di ayak bersama )
  • 2 biji telor gred A
  • 3/4 cwn minyak jagung - ibu Haiqal guna minyak masak
  • 3/4 cwn gula perang - ibu Haiqal guna gula kastor
  • 1 1/4 cwn parutan lobak merah - perah sedikit airnya
  • 1/2 cwn nenas nenas dalam tin (tos dan cincang kasar ) - ibu Haiqal tak letak
  • 1/2 cwn kelapa kering
  • 1/2 cwn kacang walnut - Ibu Haiqal tak letak
Ibu Haiqal tambah :
  • 1/2 cwn campuran buah-buahan kering
  • 1/4 cwn choc chips
Bahan Cream Cheese :

  • 100 gram mentega
  • 125 gram cream cheese
  • 1 camca teh essen vanila
  • 11/2 sudu besar guala icing - ayak
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180' C. Griskan tin (7x7x3) dengan minyak dan alaskan dasar tin dengan kertas minyak.
2. Dalam satu bekas, masukkan telor, minyak, gula kacau dengan whisk sehingga rata & sebati (>< 5 minit ). Kemudian masukkan bahan-bahan diayak dan gaul sebati.
3. Masukkan nenas, kelapa kering, walnut, buah-buahan campuran, choc chips dan gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit @ 1 jam @ sehinga masak.
4. sejukkan kek sebelum di sapu cream cheese.
Cara-cara Cream Cheese :
1. putar cream chese dan mentega hingga sebati. Kemudian masukkan icing sugar dan vanilla, putar lagi hingga gebu dan halus. (gunakan kelajuan sederhana ) 

SELAMAT MENCUBA !!!
 


 


Monday, May 6, 2013

Tertunggu-tunggu..lama bebenolah...

Assalamualaikum semua...
Aduhai bila la agaknya nak masak pelam epal ni. Rasa tak sabar nak makan yang betul-betul masak dan ranum. Mula-mula ada 3 biji tapi dah tinggal sebiji je..gara-gara tak sabar nak tunggu sampai masak. Ngap juga mentah-mentah..he..he..pelam epal ni yang bestnya walaupun mentah tapi tak masam cuma rangup jelah. 

Pelam epal 
Alhamdulillah, time aku mengandung ni berbuahlah pula pokok pelam depan rumah aku ni. Kalau tak jenuh suami aku nak mencari pelam ni. Usha-usha kat pasar memang tak ada orang jual. Pokok depan rumah tu pun kepunyaan jiran aku. Pokok ni berbunga punyalah lebat tapi yang menjadinya cuma beberapa biji je, tak sampai 10 biji pun. Mungkin rezeki anak aku, dapatlah 3 biji jiran sebelah bagi.
Kata jiran aku lagi, sejak aku duduk sini pokok pelam ni baru berbuah. Mungkin dah masanya dia nak berbuah. Cuma kesian kat orang yang sebelum ni tinggal kat rumah nilah, duk tunggu pokok ni berbuah..bila dia dah keluar baru pokok ni nak berbuah.
Aku suka betul pelam epal ni, sedap sangat bila cecah dengan kicap letak gula dan cili potong...perghh..berbiji-biji boleh habis. RasanyaTapi time mengandung ni memang tak elok makan masam-masamkan...tu yang duk tunggu sampai masak pelam ni..yang 2 biji lagi dah selamat masuk perut, kira halallah ye..hu..hu...lagi pun pelam ni tak masam..(nak sedapkan hati...)
Rasanya ramai yang suka makan pelam epal nikan? rata-rata kat rumah taman mesti tanam pokok pelam ni. Dah la pokoknya rendang, sedap pula buahnya. Aku pun tak terkecuali juga, siap pasang niat lagi kalau dah ada rumah sendiri nanti, benda first yang aku nak tanam pokok pelam epal ni. 2, 3 pokok pun tak apa. Penggemar tegar lah katakan..Puas hati kalau dapat makan hasil tanaman sendiri. Betul tak?
Erm..oklah...bye..bye..  

Sunday, May 5, 2013

Tin..Tin...Ada barang untuk awak!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 
Hari ni semua orang sedang berpusu-pusu ke tempat mengundi. Kalau boleh nak cepat-cepat mengundi dan balikkan..Bestnya kalau aku pun merasai suasana tu tapi apa kan daya..hu..hu..aku tak berpeluang...sedih..sedih...
Untuk tahun ni aku bagi peluang en.suami mengundi kat kampung halaman dia. Malam tadi dia gerak balik kampung dengan bas je. So,sekarang ni tinggallah kami berdua kat rumah ni. Mujur si Haiqal tak buat perangai cari ayah dia..mungkin dia dah biasa waktu siang ayah dia tak ada. Dia ingat ayah dia pergi keje jelah.
Cuma petang ni jelah, time ayah dia balik keje..biasanya kalau ayah dia balik lambat dia sibuk tanya ayah dia mana. Rasa-rasanya ayah dia sampai pun mungkin lewat malam. Harap-harap dia fahamlah.
Sebenarnya nak cerita ni,barang-barang yang aku tunggu selama ni dah sampai..sampai pun dah lewat petang Jumaat lepas. Memang tak expect langsung posmen antar petang tu, yela biasanya kalau pos laju sampai kat taman nipaling lewat pun pukul 3 lebih. 
Mula-mula aku ingat en.suami yang balik, siap tin..tin..lagi...pelik juga, biasanya suami aku kalau balik dia akan terus masuk, tak dalah nak bunyikan hon bagai... Si Haiqal pula dah sibuk nak buka pintu. Sekali aku tengok, la en.posmen rupanya.
Bila tengok barang yang dia bawa, seronok tak terkata...nak tau apa dia, tengok kat bawah ni 

Ibu dia seronok, si Haiqal lagilah tersangat-sangat seronok..kui..kui...rasa berbaloi-baloi kumpul keranjang timah susu si Haiqal. Masuk yang ni, dah 4 kali aku redeem hadiah  dari Enfa Mama A+ Club. Tapi kali ni yang paling besar dan menepati minat Haiqal. Haiqal kan suka main dengan huruf-huruf dan abjad-abjad.
Dalam kotak ni ada huruf-huruf ABC, 123, simbol-simbol magnet, flash card, kapur, marker pen, eraser...macam-macam aktiviti Haiqal boleh buat. 

tengah kemaruk main..he..he..

lukis...bulat...sisi empat...
So, beberapa hari ni dia tengah kemaruk main benda alah nilah. Bagun tidor je terus je cari. Yang paling kelakar tu, boleh pula dia kata ni "pebook" Haiqal. Kalau ayah dia sibuk mengadap FB, dia pun sibuk bawa benda tu letak atas meja sebelah ayah dia. Konon-konon dia pun tengah ber FB lah...he.he..
Oklah, nak sidai kain baju dulu. Mesin dah berbunyi tu. Ta..ta.. 
 


Friday, May 3, 2013

Petua Rasulullah Mendidik Anak

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, hari ni kita masih diberikan peluang untuk bernafas dan menambah amalan kita. Mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan diterima dan menjadi sebahagian hamba-hambaNya yang bertaqwa. Aminn...
Pagi ni aku ada terbaca Info Petua Rasulullah Mendidik Anak yang di share oleh kawan aku di FB. Pada aku ni satu info yang menarik dan bagus dalam mendidik anak-anak. 
Pada aku tugas mendidik anak satu tugas yang cukup mencabar, lebih-lebih lagi  di zaman yang serba canggih ni. Diharap dengan perkongsian info ni dapat memberi panduan serba sedikit kepada para ibu bapa diluar sana dalam mendidik anak-anak..Jom baca :

Anak Ibu

Petua Rasulullah Untuk Mendidik Anak


Rasulullah s.a.w. telah menggariskan 4 tahap mendidik anak iaitu:

1. Tahap Pertama:Anak yang baharu lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan diberi tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Thursday, May 2, 2013

Persediaan Awal :cuci..cuci...

Assalamualaikum semua...
Hari ni lambat sikit bersiaran...huhu...baru siap memasak, tu pun just masak ikan singgang dan ayam goreng untuk Haiqal. Pagi-pagi tadi lepas en.suami pergi keje, cepat-cepat aku selongkar segala baju baby Haiqal. Kalau dah sampai mood rajin ni tak boleh nak tangguh-tangguh, kena buat terus..Kalau tidak, entah bila nak buat.
Lagi 2 minggu kandunganku masuk 7 bulan. So, kena prepare apa yang patut. Kita tak taukan nasib tetiba bersalin awal ke ,tapi harap-harap cukup sampai 9 bulan lah baru keluar ye anak ibu.
Tu yang hari ni duk sibuk selongkar baju baby Haiqal, stoking, lampin dan kain bedung nak di cuci semuanya. Bolehlah adik Haiqal guna nanti. Sayang kalau tak di guna balik, masih elok-elok lagi. Yela, babykan cepat membesar, pakai pun sekejap je dah simpan. Semuanya masih elok tapi cuma ada kesan kuning-kuning kat baju, mungkin dah lama tersimpan. 
Aku pun rendam dulu dengan sabun dan vanish nak bagi hilang kesan kuning tu. Harap-harap hilanglah..ni tinggal nak memberus je, mungkin petang sikit kot. Tang nak menyental ni bercinta sikit, dah rasa penatnya dulu..hu..hu..

ada 1 besen dan 1 baldi nak di basuh...hu.hu...
Ni pun sikit je yang ada kat rumah ni, ada sebahagian lagi kat kampung. Itu entah bila aku nak kerjakan pula. Biasalah first time nak ada anak, excited terlebih..beli baju baby, sarung tangan dan kaki tak hengat banyaknya. Haiqal pakai pun sekejap je dah tak muat.
Kali ni aku banyak beringat bila shopping barang baby. Set dalam kepala baju Haiqal dah ada banyak, beli ape yang patut jer. Tapi aku still beli jugalah beberapa helai baju baby, kesian pula kat adik Haiqal asyik pakai baju abang dia jer. Kebanyakannya aku beli yang newborn jelah.
Mostly baju baby Haiqal warnanya biru dan putih. Kalau adik dia lelaki oklah kan tapi kalau gegirl...erm...pun boleh jugalah pakai cuma designnya tak delah nak berompol-rompol atau berbunga-bunga...he.he..
Rasa tak sabar pula nak gi scan, entah baby gegirl or boboy. Kebanyakkan orang yang aku jumpa kata mungkin baby girl kot. Aku rasa pun cam tu juga tapi kuasa Allah kan, mungkin juga boy yang keluar nanti. Apa pun, aku cuma harap anak yang  bakal aku lahirkan nanti sempurna, sihat tubuh badan dan akal fikirannya. Aminnn...
Oklah, dah masanya nak bagi haiqal makan tengah hari.Budak manja tu kalau tak di suap tak makan. Nak harapkan dia makan sendiri, alamatnya berapa butir nasi jelah masuk dalam perut. Yang lain-lainnya di buat main je. Bye..bye... 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...