Thursday, April 19, 2012

Gelagat Haiqal bersarapan pagi...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, pagi ni bumi disimbahi hujan dan terasa sejuknya sampai ke tulang. Hujan-hujan ni apa yang best ye nak buat..ermmm..sudah pastinya tidurla kan..tapi orang tua kata tak elok, rezeki menjauh nanti...tu yang ibu Haiqal meng"update"blog ni, dari tidur kan....=)
Entri kali ni aku hanya ingin berkongsi cerita dan gambar-gambar gelagat anak bujang kesayanganku. Gambar-gambar ni aku ambik masa Haiqal breakfast. Pada mulanya aku malu nak letak gambar haiqal ni kat sini tapi bila difikirkan ni pasti akan jadi kenangan paling indah bila Haiqal besar nanti...aku pun dengan bangganya letaklah gambar "18sx" ni kat sini..he..he..

alamak terkena tanagn la pula ...jilat pun sodapp ni.. =)

letak banyak-banyak baru sedap..

sapu jangan tak sapu....bagi rata ye anak ibu...

tak habis-habis lagi menyapu ke sayang ibu ni???

..jom makan..nyumm..nyum...

ermm..beria-ia je sapu roti..ermm..last nya makan brownies ibu juga..

berselera makan brownies...roti tu ibu yang habiskan la jawabnya...
Dah taukan kenapa aku segan letak gambar budak montel ni kat sini..hu..hu..tengoklah tu tak menyempat nak pakai baju dah sibuk nak sarapan. Ajak masuk bilik air,  mandi dulu tak nak. Terus je duduk atas kerusi ambil roti dan nutella.
Beria-ia menyapu roti, last-last brownies ibu dia juga yang dia makan. Mungkin Haiqal tak berapa suka roti kismis gardenia yang ayah dia beli ni. ada rasa cinnamon sikit. Aku pun tak berapa suka, anak tekak ni tak leh nak terima pula.
Oklah setakat ini je untuk kali ni...bila-bila ada kelapangan aku update lagi tentang anak bujang sorangku ini. Permata ibu dan ayah... Love you so much sayang... 
 

Wednesday, April 18, 2012

Brownies mudah untuk minum petang...

Asalamualaikum semua...
Entry sebelum ni ibu Haiqal buat Puff Daging Mudah, la ni buat Brownies Mudah pula...he..he..semuanya nak mudah je. Bukan apa bila senang di masak, pastinya cepat boleh dimakan..ye tak???
Ni juga merupakan salah satu list resepi yang teringin aku nak cuba buat. Kebetulan, petang semalam tak da buat apam, tu yang godek-godek buat brownies ni. Ingatkan ambil masa lama nak sediakannya rupanya lebih kurang 15 minit je dah boleh masuk oven...sungguh.. mudah sangat, semudah 1 2 3...he..he.. 1 :masuk..2 : gaul...3 : bakar ... =)  dah jadi brownies.
Resepi Brownies Mudah ni aku ambil dari dapur Hanamemories. Alhamdulillah, menjadi brownies yang aku buat. Rasanya sedap dan brownies ni agak chewy sikit. Rasa berbaloi buat, dahlah mudah, rasanya sedap pula...try la, tak rugi...
Jom tengok hasil brownies ibu Haiqal... =) maaf lah ye, rupa parasnya tak macam brownies kak Hana pula aku tengok...macam kek coklat pun ada...kena practise lagilah jawabnya ni...

..sebelum di bakar..tabur choc chips dan almond nips

ni lah hasilnya... =) tunggu sejuk...

dah siap dipotong ala-ala brownies...

..touch up sikit dengan icing sugar...

 BROWNIES MUDAH (Sumber : Hana )
 Bahan-bahan :
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang * ibu Haiqal guna 3/4 cwn gula kisar
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum * Ibu Haiqal guna self rising 
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara :
1.  Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm 
2.  Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
3.  Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
4.  Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Selamat mencuba !!!

Monday, April 16, 2012

Puff Daging Mudah...

Assalamualaikum...
Akhirnya tercapai juga impian aku nak buat puff daging..he..he..jakunnya lah hai si ibu Haiqal ni, orang lain dah berjaman buat...aku ni baru terkedek-kedek nak buat...nak buat lagu mana, la ni baru sampai seru nak buat...hu..hu..
Ini pun aku sempat-sempatkan buat intinya pagi tadi. Petangnya bila dah selesai buat apam cepat-cepat aku buat puff. Actually kulit puff nya aku beli je kat Giant, nak buat sendiri tak reti..bukan apa takut jadi kulit popia pula nanti...=) maklumlah aku ni bukannya pakar bab pastry ni...
Bab inti pula, aku masak inti daging burger campur kentang dan lobak sikit..ala-ala inti karipap gitu...=) tak kisahlah yang penting mudah dan cepat di masak...
Alhamdulillah, rasa berbaloi-baloi terkejar-kejar kat dapur siapkan puff ni..My hubby dan anak bujangku suka makan. Suami aku puji sedap intinya...apa lagi kembang semangkuk lah aku..=) Nampak gayanya, lepas ni bolehla aku try letak inti yang lain pula...
Ermm...tak mau cerita banyak jom layan gambar puff daging ibu Haiqal...oppss...lupa pula nak bagitau, rupa paras puff ni memang buruk ye...maklumlah first time, tak reti nak menggayakan pastry puff...=)

Sebelum di masukkan ke dalam oven..
sapu kuning telur kat bahagian atasnya biar cantik..=)

..baru keluar dari oven...
looks yummy !!! can't wait.... =)

...now can eat...yeay!!! 

 
 
 

Friday, April 13, 2012

Donut Kentang Ibu Haiqal

Assalamualaikum...
Hari ni ibu haiqal nak tayang donut...hu..hu.buat petang semalam untuk minum petang  ayah Haiqal...nama je minum petang tapi makannya maghrib...nak buat cam ne ayah haiqal balik lewat, tunggu jelah...=)
Kali ni aku buat donut versi kentang. Sebenarnya aku dapat idea ni dari mak aku. Umi Haiqal ni setiap kali buat donut mesti letak kentang rebus..katanya donut akan lebih lembut dan gebu even dah sejuk sekalipun... 
Oleh kerana ibu Haiqal ni tersangatlah 'rajinnya' aku tak salin pun resepinya dari mak aku, konon dah teror sangatlah...bila nak buat, masa tulah kelam kabut nak ingat-ingat balik..ermmm..last -last aku main agak-agak je bahannya...ape yang aku ingat tu la yang aku masukkan...tawakal jelah...harap-harap hasilnya tak mengecewakan nanti...=) 
Nak tau hasilnya macam mana???tengok gambar bawah ni...

adunan dah "kembang semangkuk"
dah boleh digoreng ni.....
ada versi donut inti dan donut biasa....

dah siap...
Alhamdulillah, isinya lembut dan gebu...=)

Aku buat sikit je adunannya, dapatlah 8 ketul...cukupla untuk keluargaku yang kecil ni...Alhamdulillah, my hubby dan anak teruna ku suka...sekali hadap terus licin...=)
Agak-agak ada tak yang nak try donut kentang versi ibu haiqal ni ye...ermm..aku masukkan jelah, sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan bila nak buat donut lagi..tak lah meraban cari resepi...he..he..

DONUT KENTANG 
Bahan-bahan :

  • 1 biji kentang rebus - di buang kulitnya dan biarkan sejuk
  • 1 cwn tepung berprotin tinggi *
  •  2 sudu teh yis mauripan *
  • 1/2 sudu teh garam *
  • 1 sudu teh bread improver *
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan susu cair
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 biji telur
  • gula  icing @ gula kisar secukupnya 
Cara-cara :
1.  Masukkan bahan-bahan yang bertanda  ( * ) ke dalam satu mangkuk besar dan gaul rata. Ketepikan.
2. Masukkan kentang rebus, susu pekat, susu cair, marjerin, dan telur ke dalam blender. Blend sampai bahan-bahan sebati.
3. Tuang bahan-bahan yang di blend  ke dalam mangkuk berisi tepung tadi. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh. Sekiranya doh agak lembik dan melekat pada tangan, masukkan sedikit tepung lagi. Uli doh sehingga lembut.
4. Simpan doh selama 1/2 jam, kemudian  uli dan tumbuk-tumbuk doh sekali lagi. 
5. Bentuk-bentukan doh menjadi donut dan perap donut selama 1/2 jam.
6. Bila donut dah naik kembang bolehlah di goreng. Setelah itu, tabur acing sugar dan boleh dihidangkan.

Selamat Mencuba!!! 


Tuesday, April 10, 2012

Kepingin Puding Karamel... =)

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah, hari ni diberi kekuatan oleh Nya untuk meng update blog yg dah mula bersawang ni. 
Sebenarnya dah seminggu aku batuk, selesema dan sakit-sakit badan. La ni pun masih ada lagi saki baki batuk yang tak mau hilang-hilang. Macam-macam ubat dah aku telan...hu..hu..mungkin belum masanya nak hilang kot. Sabar jelah...
Dalam tak sihat tu, tekak ni saje je teringin nak makan Puding Karamel pula. Selalunya masa bulan puasa je aku teringin nak makan puding karamel ni...Mujurlah minggu lepas jiran aku dengan baik hatinya bagi resepi puding kat aku. TQ Kak Mas...
Malam tadi juga aku buat untuk memenuhi keinginan anak tekak ku ini. Rupa parasnya taklah seindah yang macam orang lain buat tu tapi rasanya tip top...he..he..masuk bakul angkat sendiri pula ibu Haiqal ni..maklumlah first time aku buat puding karamel ni...
Nampak gayanya bulan puasa tahun ni tak payahla aku sibuk-sibuk nak beli lagi. Buat sendiri lagi jimat dan dapat makan banyak-banyak..he..he.. 
Kepada penggemar puding karamel ni bolehla cuba resepi yang aku guna ni, simple, mudah dan InsyaAllah hasilnya tak mengecewakan..

Puding Karamel
sedia untuk di makan...rasa sejuk je tekak bila dapat makan puding ni....=)

PUDING KARAMEL 
Bahan-bahan A : (gula karamel)

  • 110gm(1/2 cwn ) gula kaster
  • 2 sudu makan air 

Bahan-bahan B : ( Puding)

  • 450ml (1 3/4 cwn) susu UHT @ susu segar * ibu Haiqal guna susu Dutch Lady Low Fat
  • 50ml (1/4 cwn) susu cair 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 60gm (1/4 cwn) gula kaster
  • 4 biji telur

Cara-cara :
Gula Karamel :
1. Masukkan gula kaster ke dalam periuk dan panaskan dengan menggunakan api yang kecil sehingga cair dan bertukar menjadi warna perang.
2. Masukkan air dan kacau rata dengan berhati-hati.
3. Kemudian dengan pantas tuangkan gula karamel ke dalam loyang. Biarkan gula mengeras.
Puding :
1. Campurkan semua bahan B dan kacau sehingga bancuhan sebati.
2. Tapiskan bancuhan ke dalam loyang yang mengandungi gula karamel tadi.
3. Letakkan loyang di atas dulang yang mengandungi air dan bakar dalam oven dengan kepanasan 180 'C - 25 hingga 30 minit. 
 
Selamat Mencuba!!! 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...