Showing posts with label Tempahan. Show all posts
Showing posts with label Tempahan. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Kembali mengapam

Assalamualaikum...Alhamdulillah, baru je habis mengapam sambil melayan kerenah si anak bujang sorang tu. Setelah sekian lama tak ambil tempahan apam,  terasa "capek" sekali...hu..hu.. Rasanya dah 4 bulan aku tak ambil tempahan apam. Baru hari ni tergerak hati nak testing ketahan badan..larat ke idak mengapam masa mengandung ni..tu pun ambil setakat 50 biji je. Lagipun rindu sangat nak mengapam...
Ternyata memerlukan ketabahan dan kecekalan hati sungguh nak mengapam ni. Aku memang tabik spring la kepada peniaga-peniaga apam yang still on biz walaupun time mengandung...aku???kena fikir banyak kali juga. Ni pun dah mula sakit-sakit, lenguh-lenguh pinggang dan kaki. 
Sbenarnya yang membatkan aku bertambah-tambah "poonat" ni bukan apa, melayan karenah si Haiqal. Tak taulah sejak aku mengandung ni dia buat perangai sungguh. Selalunya tak kisah pun kalau ibu dia buat apam, dia duk main sendiri. Tadi bukan main sibuk lagi dia mengacau..apa yang aku pegang semua dia nak ambil...bila larang dia menjerit mengamuk...menguji kesabaran sungguh...
Kata orang dia terasa kot nak ada adik, plus nak tarik perhatian aku. Tak taulah, pokok pangkalnya memang sangat-sangat menguji kesabaran akulah. Ishtifar banyak-banyak aku dalam hati...anak oh anak.
La ni dia tidur, bila tenung muka dia rasa kesian dan bersalah pula. Ada la juga aku marah-marah dia tadi. Entah apa yang dia rasa agaknya. Apepun ibu tetap sayangkan Haiqal. Mudah-mudahan Allah bagi aku kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan mendidik anak ibu ni. rasa sedih pula..huk..huk..
Oklah tak mo sedih-sedih...Alhamdulillah rasa puas sangat bila dah siap dan tengok hasilnya...rasa dah terbalas rindu nak mengapam. Malam ni dah boleh antar kat regular customer aku. Harap dia berpuas hatilah...bye.bye...
Apam Bee & Ladybird with Starwberry, Blueberry, Kiwi & Choc. filling

 

Friday, June 15, 2012

Apam Comel sebagai hadiah

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua...
Alahmdulillah, biz ibu Haiqal melangkah setapak lagi dengan penghasilan apam comel beserta wording. 
Customer boleh request design apam dan paling best HARGA TETAP SAMA (1 biji = RM0.40)
Harga untuk 1 box (25 pcs mix design & filling) = RM15 (exclude postage fee @ delivery cost) 
Filling: Strawberry, Blueberry, Kiwi, Coklat 
Di bawah ni antara koleksi Apam Wording yang di tempah oleh customer :

surprise someone!!!



special request : anchor design

set for "Happy Birthday"




Another set of "Happy Birthday"
box cover
Kepada yang berminat untuk menempah sila-silalah ke fanpages ZamZura's Small Kitchen atau fb Bay Zura
TQ so MUCH =) 

Thursday, March 22, 2012

Rezeki kami... =)

Assalamualikum...
Syukur Alhamdulillah sambutan untuk Apam Polkadot, Bee dan Ladybird menggalakkan. Setiap minggu ada tempahan dan kadang-kadang aku terpaksa tolak kalau kuota order dah mencukupi untuk satu minggu.
Kalau nak diikutkan memang berat hati, yelah sayangkan tolak order tambahan lagi dah kecewakan orang yang nak order tu. Tapi nak buat macam mana, aku ada anak dan suami yang perlukan perhatianku juga.
Sebenarnya, pada awalnya aku just suka-suka amik tempahan ni, mengisi masa lapang sambil tambah duit poket. Alhamdulillah tak sangka pula sambutan menggalakkan...ni la dikatakan rezeki aku sekeluarga...
Alahmdulilah suami aku banyak bagi galakkan dan dorongan especially masa aku down giler bila apam yang aku buat tak menjadi...rasa macam dah nak give up je tapi atas kata-kata semangat dan sokongan dia aku teruskan juga..Sekarang ni aku dah mula kuat untuk tempuhi pelbagai rintangan yang mendatang. Mudah-mudahan ya Allah...
Jom layan gambar-gambar tepahan apam...

Order by Nurul Ashikin @ Putrajaya

Order by Yati @ Simpang Renggam

Order by Nurul Ashikin @ Melaka

Order by Siti Alizah @ Muar
Repeat order by Solehah @ UIA Gombak
Repeat Order by Farah @ Muar
Order by Rahimah @ Muar
Order by Zaifarina @ Muar
Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang kau kurniakan padaku Ya Allah. Mudah-mudahan rezeki ini tak akan putus dan aku diberikan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran. Selagi kita berusaha dan berikan yang terbaik Insya Allah ada rezeki untuk kita..
 

 
 

 
 

Tuesday, March 6, 2012

Bee dan Ladybird berterbangan ke Kedah dan Muar....

Assalamualaikum...
Amboi tajuk sakan ibu Haiqal ni..he..he...Alhamdulillah, apam-apamku dah selamat sampai Muar dan Kedah siang tadi. Kondisi apamnya pun Alhamdulillah ok semuanya cuma tang kotak je kemik sikit kata customer aku..So,next time aku kena tulis kat bungkusan "Handle With Care"...dengan harapan posmen-posmen tak sesuka hati campak bungkusan aku...
Meh layan gambar pula...

ni untuk Customer kat Muar, 50 pcs mix apam and filling

Ni pula untuk customer kat Kedah
Dia minta buat 100pcs tapi buat 20pcs setiap satu bekas..
Also mix apam and filling


Mudah-mudahan rezeki dalam biz ni akan berterusan...Aminn...mdah-mudahan... 
 P/s :Tq to my dearest customer, next time order lagi ye..=)

Apam Polkadot +Bee + Lady bird untuk orang Genting

Assalamualaikum...
Terasa lama tak update blog...ermm...badan rasa letih, tu yang jadi malas nak buat apa pun..=(
Alhamdulillah jualan apam polkadot buat masa ni menggalakkan..Syukur ya Allah, kau kurniakan rezeki kepada keluargaku...Baru-baru ni dapat order "emergency"...kalau nak diikutkan seminggu ni jadual memang dah full, aku memang tak amik order lagi tapi tak sampai hati pula nak tolak order sorang customer ni.. beria-ia sungguh nak makan apam polkadot...dia kata mengidam sangat...dengar dia mengidam lagilah aku serba salah....
Malam Sabtu tu juga aku godek-godek kat dapur buat apam coz esok nak hantar kat dia. Dia pun sanggup turun dari Genting ke KL nak amik apam tu. Kami pun jumpalah kat KL Sabtu tu. Alhamdulillah, apam pun dah selamat sampai kat dia...
Feedback dari dia pun Alhamdulillah, amat berpuas hati dengan rasa, colour dan desigannya...Jom tengok apam yang aku buat khas untuk customer aku kali ni 

Apam Polkadot + Bee + Ladybird with Blueberry, Chocalate and kiwi Filling

Dah "cun"..he..he...
 

Wednesday, February 29, 2012

Apam Polkadot dah selamat sampai Mersing...

Assalamualaikum....entri di malam hari...he..he..
Alhamdulillah, apam polkadot ku dah sampai Mersing petang tadi. ni first time aku pos apam polkadot. Pada mulanya risau juga nak pos-pos makanan ni, yela risau sampai-sampai nanti apamnya rosak atau tak boleh dimakan ke...tak ke haru biru dibuatnya...
Petang tadi dapat sms dari customer a.k.a kawan aku kata apam dah selamat sampai dan masih wujud lagi bentuk apamnya..syukur Alhamdulillah....lega rasa hati...
Untuk tempahan kali ni, kawanku order 50 biji, corak campur-campur (polkadot + bee + ladybird) dan filling pula coklat, strawberry dan juga kiwi. 

Apam Polkadot + Bee + Ladybird

apam dah sedia untuk dibungkus...

Ok siap!!
Percubaan untuk pos apam telah berjaya..syukur..lepas ni bolehla ambil order yang jauh-jauh..tu pun kalau ada yanag nak order la..he..he...
Good Night!!! 

Monday, February 27, 2012

3rd order for apam Polkadot...Alhamdulillah...

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, order untuk 150 biji apam polkadot telah selamat dihantar kepada customer. Actually customer ni juga bekas student aku dulu. Sekarang ni dia belajar di UIA Gombak. Dia order untuk gathering katanya...
Feedback dari dia, Alhamdulillah... =) Oklah, kita layan gambar kat bawah ni..

Apam Polkadot 

Wednesday, February 22, 2012

Order Apam Polkadot ke 2 siap!!!

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah aku masih diberikan rezeki dalam biz apam polkadot. Semalam, tempahan apam Polkadot 50 biji dah di hantar pada customer, Cik Hanis Husni di Petaling Jaya. Syukur, semuanya berjalan lancar cuma tang mencari tempat tersesat sikit..he..he...
Untuk tempahan kali ni, Cik Hanis minta 10 biji filling kiwi, 20 biji filling Strawberry dan 20 biji untuk filling Blueberry. So, aku pun guna warna berbeza untuk membezakan setiap filling. Colour Biru untuk Blueberry, Pink untuk Strawberry dan hijau pula untuk kiwi..
Sebenarnya customer aku tu bekas pelajar masa aku mengajar kat Mersing dulu. Sekarang ni dia sambung belajar kat UIA. Alhamdulillah, feedback yg diberikan memberangsangkan....Mudah-mudahan ni permulaan yang baik untuk perniagaan aku dan suami...Aminn..
Hasilnya di bawah ni, Apam Polkadot with 3 filling... 
 
Apam Polkadot with 3 filling
Biru - Blueberry
Pink - Strawberry
Hijau - Kiwi

 

Monday, February 20, 2012

Tempahan pertama siap!!!

Assalamualaikum...Alhamdulillah tempahan pertama untuk apam polkadot dah selamat dihantar. Syukur aku dapat siapkannya dalam tempoh yg ditetapkan. Terima kasih tak terhingga kepada my hubby kerana sanggup hantar sampai ke Nilai. Luv u honey!!!
Feedback dari customer Alhamdulillah memuaskan cuma tang kaler jer terlebih pekat. So, lepas ni aku perlu kurangkan sikit kuatiti kaler, jangan sesedap rasa je bubuh dalam adunan..he..he..bagus juga costomer komen, boleh perbaiki apa yang patut...
Alhamdulillah, rabu ni ada tempahan lagi untuk 150 biji pula...rezeki Haiqal..syukur...Hopefully, tempahan kali ni aku dapat buat yang lebih baik...InsyaAllah... =) doa-doakanlah ye...


100 biji Apam Polkadot sedia untuk dihantar

Colourfull ... =) he..he..
 

Thursday, February 16, 2012

Alhamdulillah..tak kusangka....

Assalamualaikum...Alhamdulillah, syukur ke hadratmu Illahi.....=)
Ceritanya bermula semalam, seperti biasa kalau aku try resepi-resepi baru aku akan upload gambar kat dalam facebook. Kebetulan semalam aku ada buat apam polkadot untuk minum petang. Habis je upload, tak lama lepas tu ada orang komen tanya aku buat ke? aku pn jawab yelah dan aku saje-saje tanya samaada dia nak order ke??? tak sangka pula dia kata boleh juga...terkejut aku masa tu, yelah dari sesaja buat ada pula orang nak order...mungkin dah rezeki Haiqal...
Alangkah gembiranya hati ni, yelah bukan senang orang nak rasa air tangan kitakan. Syukur sangat, tambahan lagi sedikit sebanyak bolehlah isi masa lapang dan buat income. Aku memang suka bab-bab baking ni...
Dalam gembira-gembira ni, terselit juga rasa risau dan gementar...risau hasil air tangan aku nanti tak memuaskan. hu..hu...maklumlah first time jual apam polka dot ni...Apa pun, kata suamiku kita perlu yakin dengan diri dan paling penting keikhlasan...
Nak tengok hasil apam polkadot aku??? ada di bawah ni....... =)

Apam Polkadot with Strawberry and Kiwi Filling.
Mudah-mudahan selepas ni rezeki Haiqal akan bertambah. Aminn...kepada teman-teman blogger yang ingin merasa air tangan Ibu Haiqal ni bolehlah komen kat entri ni ye atau di facebook Bay zura. 
P/s: Kepada Raihan thanks a lot dear sudi merasa air tangan akak yang tak seberapa ni...hope you like it..
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...