Thursday, June 7, 2012

Syoknya menabung di Bank Rakyat.. =)

Assalamualaikum...
Alahai lamanya tak meng update blog kesayanganku ni. Nak kata bz sesangat si Ibu Haiqal ni tak juga, tapi dek kerana tahap kemalasan yang melampau nak menaip entri..hu..hu..tu yang bersawang sana-sini. Hari ni je tetiba terajin pula...kuang...kuang...
Alhamdulillah, start tahun ni Haiqal dah ada simpanan sendiri. Walaupun tak banyak tapi berkat menabung adalah juga. Tak sia-sia mengajar dia menabung dari kecil, sekarang ni pantang nampak duit syiling ayah dia mesti dia cari tabung dia. Ditambah lagi sedara-mara bagi masa balik kampung, lumayan jugalah. murah rezeki Haiqal... 
Banyak-banyak akaun simpanan kat Malaysia ni, aku paling tertarik dengan Akaun Nuri Bank Rakyat. Nak tau kenapa? he..he..sebabnya setiap kali masukkan duit dalam akaun akan dapat hadiah barang-barang Nuri...kan syok tu... =) Hadiah yang kita dapat tu bergantung pada jumlah duit yang kita masukkan, lagi banyak jumlahnya, lagi besarlah hadiahnya...contohnya kalau masukkan RM750 dapat beg galas...(tu aim aku sekarang ni..he.he..)
Buat masa ni Haiqal dah dapat tabung, pazel Upin Ipin, pencil colour dan pencil case. Banyak lagi koleksi barang Nuri yang Haiqal belum ada. Kena berusaha lebih menabung Ibu Haiqal ni...Bukan main gembira lagi Haiqal bila dapat hadiah setiap kali keluar dari Bank Rakyat...setiap kali lalu depan Bank Rakyat je dia tunjuk..hu..hu...dia ingat suka-suka masuk bank, boleh dapat hadiah agaknya...Haiqal..Haiqal..

Koleksi barang Nuri Haiqal...
Pada pendapat aku, bagus juga marketing strategy Bank Rakyat ni....dengan menawarkan hadiah, dapat memberi semangat kat budak-budak menyimpan untuk mendapatkan hadiah Nuri yang diorang impikan. Actually bukan kanak-kanak je yang teruja, mak budak macam aku ni pun bersemangat nak meyimpan..ha..ha...

3 comments:

mamalieyna said...

hehehe..samalah..setiap kali suami g simpan duit anak kt bank rakyat, balik terus tanya dpt hadiah apa...^_^

Kasih Ibu said...

seronok kan...bersemangat nak simpan duit anak... =)

Mawar Yusni said...

Boleh tanya, tahu tak dividen utk setiap tahun bagi kelab nuri ni ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...