Thursday, July 7, 2011

Conteng-conteng bersama Haiqal...=)

Assalamualaikum...Alhamdulillah, hari ni aku beransur pulih setelah 3 hari dilanda selesema dan batuk.

Hari ni aku ingin berkongsi cerita perkembangan anak bujangku Haiqal. Sejak umur Haiqal menginjak setahun lebih, aku perhatikan dia dah mula belajar menulis. Pantang nampak pen mesti cari kertas atau buku. Tak kisahlah buku tu bertulisan atau tak, pasti diambilnya...dan mulalah sesi conteng-contengnya...=)

Kadang-kadang tu tak cukup dengan buku dicontengnya, sampai dinding rumah pun jadi mangsanya.. Nak marah masih kecil lagi, redhakan jelah...Tapi seronok juga bila tengok dia khusyuk menulis, dalam hati ni terdetik dah besar anak aku..

..alahai khusyuknya anak ibu...tulis apalah tu...


..sambil menulis sambil membaca...he..he...

Seingat aku mula-mula contengannya lebih berbentuk garis-garis berulang-ulang tapi sekarang ni dah mula berbentuk bulatan. Dia dah mula boleh mengawal pen ditangannya. Yang aku paling terkejut, aku dan suami tak de pula mengajar si Haiqal ni cara pegang pen dengan betul tapi dia  mampu lakukannya sendiri. Mungkin dia belajar dari pemerhatian. Ibu bangga dengan Haiqal.....

..nila hasil contengan Haiqal...

..sambil menulis sambil tengok tv...

Sebenarnya masa dia menulis nilah boleh tengok dia duduk diam, kalau tak ke sana ke mari jelah dia. Sekarang ni dah tahu macam tu, aku bagi dia pen dan buku, duk menyiarap dan menulislah dia nanti tapi bila dah jemu mulalah dia bergerak lagi...=) anak ibu..anak ibu.....

Rasa gembira sangat bila melihat sendiri didepan mata perkembangan Haiqal. Ibu sentiasa berdoa Haiqal akan jadi anak soleh, bijak dan berguna satu hari nanti...Aminn....

Ibu Sayang Haiqal. 




 
 

1 comments:

YAYA AZURA said...

haikal lukis ape tu ye? cat ke? hihi^
cara yg bagus utk anak duk diam .. bg pen dan kertas .. betul nie..setuju setuju ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...