Assalamualaikum...
Hari ni ibu haiqal nak tayang donut...hu..hu.buat petang semalam untuk minum petang ayah Haiqal...nama je minum petang tapi makannya maghrib...nak buat cam ne ayah haiqal balik lewat, tunggu jelah...=)
Kali ni aku buat donut versi kentang. Sebenarnya aku dapat idea ni dari mak aku. Umi Haiqal ni setiap kali buat donut mesti letak kentang rebus..katanya donut akan lebih lembut dan gebu even dah sejuk sekalipun...
Oleh kerana ibu Haiqal ni tersangatlah 'rajinnya' aku tak salin pun resepinya dari mak aku, konon dah teror sangatlah...bila nak buat, masa tulah kelam kabut nak ingat-ingat balik..ermmm..last -last aku main agak-agak je bahannya...ape yang aku ingat tu la yang aku masukkan...tawakal jelah...harap-harap hasilnya tak mengecewakan nanti...=)
Nak tau hasilnya macam mana???tengok gambar bawah ni...
adunan dah "kembang semangkuk" dah boleh digoreng ni..... ada versi donut inti dan donut biasa.... |
dah siap...
Alhamdulillah, isinya lembut dan gebu...=) |
Aku buat sikit je adunannya, dapatlah 8 ketul...cukupla untuk keluargaku yang kecil ni...Alhamdulillah, my hubby dan anak teruna ku suka...sekali hadap terus licin...=)
Agak-agak ada tak yang nak try donut kentang versi ibu haiqal ni ye...ermm..aku masukkan jelah, sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan bila nak buat donut lagi..tak lah meraban cari resepi...he..he..
DONUT KENTANG
Bahan-bahan :
- 1 biji kentang rebus - di buang kulitnya dan biarkan sejuk
- 1 cwn tepung berprotin tinggi *
- 2 sudu teh yis mauripan *
- 1/2 sudu teh garam *
- 1 sudu teh bread improver *
- 1 sudu makan susu pekat manis
- 2 sudu makan susu cair
- 1 sudu makan marjerin
- 1 biji telur
- gula icing @ gula kisar secukupnya
Cara-cara :
1. Masukkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) ke dalam satu mangkuk besar dan gaul rata. Ketepikan.
2. Masukkan kentang rebus, susu pekat, susu cair, marjerin, dan telur ke dalam blender. Blend sampai bahan-bahan sebati.
3. Tuang bahan-bahan yang di blend ke dalam mangkuk berisi tepung tadi. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh. Sekiranya doh agak lembik dan melekat pada tangan, masukkan sedikit tepung lagi. Uli doh sehingga lembut.
4. Simpan doh selama 1/2 jam, kemudian uli dan tumbuk-tumbuk doh sekali lagi.
5. Bentuk-bentukan doh menjadi donut dan perap donut selama 1/2 jam.
6. Bila donut dah naik kembang bolehlah di goreng. Setelah itu, tabur acing sugar dan boleh dihidangkan.
Selamat Mencuba!!!
0 comments:
Post a Comment