Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni diberikan kerajinan untuk meng'update' blog kesayanganku ini. Sebelum tu, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada seluruh wanita yang bergelar ibu, emak, mama, umi, mummy dan apa jua panggilan untuk insan yang banyak berkorban dalam hidup kita di dunia ini. Kepada emak ku yang tercinta, moga mak sentiasa di rahmati oleh Nya dan sayang mak sangat-sangat...
Terasa letih lagi badan ni, maklumlah malam tadi baru sampai rumah tapi rasa seronok sangat dapat spend masa dengan family kat kampung. Walaupun baru je balik kampung tapi hati ni tetap rindu kat family...aku memang macam tu dari zaman bujang, paling lama tak balik kampung pun sebulan. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik..hu..hu..
Kebetulan nak balik kampung, pagi Jumaat tu aku merajinkan diri buat Kek Lapis Cheese Pesona untuk family aku kat kampung. Lagipun mudah je, tak payah nak guna oven, just chill je kat peti sejuk. Bila dah keras, boleh di potong dan di makan.
Resepi ni aku ambil di SINI. Thanks to Ryo, berkongsi resepi yang sangat lazat dan mudah ni. My family love it very much...suami dan Haiqal??? sudah pastinya pun suka dengan rasa lemak-lemak manisnya tu..Aku pula, lagi-lagilah suka, he..he...ditambah pula orang-orang yang makan kek tu kata sedap....Kepada yang belum mencubanya, sila cubalah ye, tak rugi pun...
Jom tengok hasil air tangan Ibu Haiqal ni, maaflah ye hasilnya agak comot... =)
Kek Lapis Cheese Pesona... memang mempesonakan bila memakannya...he..he... |
potong kecil-kecil untuk buah hati ibu... |
KEK LAPIS CHEESE PERSONA (Sumber : Ryo )
Bahan2: (Saiz 9x9) *ibu haiqal guna loyang 7x3x3 (buat 1/2 adunan )
A:
B:
- 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) * ibu haiqal guna biskut marrie coklat jenama Hup Seng
- 500 ml susu segar,dipanaskan * guna 250 ml
- 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) * 270 g Tartura cream cheese
- 10 ml susu segar * 5 ml susu Dutch Lady Low Fat
- 1/2 cawan gula halus * 1/4 cawan gula halus
- * ibu haiqal tambah 1 sudu besar susu pekat manis
Selamat Mencuba!!!
Caranya :
- Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
- Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
- Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
- Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
- Panaskan susu segar,padamkan api.
- Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
- Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
- Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
- Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
- Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
- Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
4 comments:
malam ni akak jenguk blog sana sini..byk pasal kek.mmg buat rasa teringin .
to inazamri : betul tu kak, sy pun teringin nak buat kek coklat..dah lama bebenor xbuat...
alahai nampak cam sedappp sgtttt
to mamasyaza :mmg sedap kek ni...cubalah buat, mudah je...
Post a Comment