Friday, May 4, 2012

tak larat nak menampung lagi...

Assalamualaikum semua...
Dah lama blog Kasih Ibu ni tak di update..hu..hu..mood tuan tanahnya ke laut daaa...Alhamdulillah hari ni tiba-tiba je terajin pula nak update.. 
Aduhai pening kepala aku memikirkan macam mana nak ajar si bujang teruna ku tidur kat bawah. Umurnya dah 2 tahun lebih tapi still tidur kat buai. Kalau buainya masih boleh menampung dia tak pelah juga. Ni dah jejak lantai kalau dia duk dalam buaian tu.
Spring buai dah guna yang lima pun masih "cannot gi"..agak-agak ada ke yang jual sampai 10 spring ye??? kesian kat dia je, badannya dah mencecah kat lantai..ibunya nak buai pun dah tak boleh...anak ibu..anak ibu...

ni first time Haiqal tido dalam buai...

tengoklah tu tidur pun siap pegang "ageng nge sha" (bendera malaysia) semangat patriotik sungguh la anak ibu ni...
yang ni pula tidur dengan bola kesayangan dia...
tapi gajah tetap kena ada..kalau tak, tak leh tidur la jawabnya...
Aku  pernah cuba tak masukkan dia dalam buai bila sampai masa tidur dia..siap bentangkan toto dan bantal lagi..Ingatkan dia nak baring, tapi hampeh..asyik nak main je..susu dah berbotol-botol tapi tidurnya tak juga.. Last-last aku masukkan dalam buai juga..tak samapai 5 minit dah tidur... 
Tak taulah nak buat macam mana lagi..yang aku peliknya bila kat dalam kereta boleh pula dia tidur. Lagi-lagi kalau dah penat sangat, masuk kereta terus terlentuk kat pangkuan aku...
Mungkin belum masanya lagi dia nak tidur kat bawah kot...tak bagi terus tidur kat buai susah pula, alamatnya seharianlah dia tak tidur jawabnya. Selagi spring buai larat nak menampung budak endut endut ni, selagi tulah haiqal tidur dalam buaian ye. Sayang anak ibu...
 
 

1 comments:

~~zana@pb~~ said...

Itu ok lg.....lama2 nnti dia berubah juga. Cuba sediakan katil khas kesukaan dia, yg ada mainan bg dia leka.
Anak bujang akk lg besar mslh dia, dah 10 thn x boleh tdo sendiri, pening kepala ibu ni, menyelit je.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...