Friday, November 8, 2013

Status dah berubah ...

Assalamualaikum... Ya Allah dah lama sangat tak meng update blog..Blog ni dah terbiar mcm tu je...klu rumah lah, silap2 dah da "penghuni" lain yg tinggal...hu..hu..
Sebenarnya niat nak meng update tu ada tapi kemalasan yg melampau menyebabkan terbantut niat tu. Mudah-mudahan entri ni menjadi permulaan yg baik utk aku kembali ber blogging. 
Sekarang ni status aku totally berubah tapi i'm still Rafizam's wife ok cuma bukan ibu beranak satu tapi dah beranak dua... dan sukacitanya anak ke dua ku juga hero. So, dalam rumah ni nampaknya dah ada 3 herolah (termasuk ayah dia). Ibunya jelah tak ada geng lagi..hu..hu...
Adik Haiqal lahir 2 hari sebelum Hari Raya, 06 Ogos 2013. La ni, dah 3bulan. Oh ya lupa pula, nama adik Haiqal ni Muhammad Aqif Harith Bin Rafizam. Kami panggil si comel ni "Aqif". Dia pun sama macam abg dia juga, lahir ikut "tingkap"...tak kisahlahkan, yang penting selamat.
Bila dah ada anak dua ni, rasa masa tu macam tak cukup je. asyik terkejar-kejar bila nak buat sesuatu. Apa taknya, bila si aqif tidur masa tulah nak buat kerja rumah. Tu belum masuk melayan kerenah abg Haiqal lagi. Aduhh...pengsannnn sekejap...tu mula-mula dululah, sekarang ni Alhamdulillah dah boleh sesuaikan diri tapi masih kalut-kalut juga....
Nak kenal dengan adik Haiqal tak?, kat bawah ni ada gambar adik Aqif selepas di lahirkan... 

MUHAMMAD AQIF HARITH : 060813 : 12.12 PM : 3.6KG

haiii...comel tak saya???

Gambar terkini Aqif Insya Allah akan di upload next entri ya...byeee....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...