Wednesday, March 2, 2011

Ada apa pada "Tepung Goreng"...

Di sini aku ingin berkongsi makanan kegemaran anakku Haiqal. Banyak-banyak makanan,tepung gorenglah yang menjadi pilihan hati Haiqal. Bagi segelintir orang pastinya kurang pasti apa itu tepung goreng. Sebenarnya tepung goreng ni samalah juga seperti cucur tepung, cuma panggilannya sahaja yang berbeza. Sejak dari kecil lagi aku memang memanggil cucur ni tepung goreng...

Tepung goreng bawang dan ikan bilis kegemaran Haiqal

Kebiasaannya dalam seminggu boleh dikatakan tiga kali juga aku membuat tepung goreng sebagai sarapan pagi. Aku akan memvariasikannya mengikut apa yang ada di dapur. Kadang-kadang aku akan masukkan bawang besar dan ikan bilis, tak pun kentang dan daun sup, hirisan lobak, udang dan pelbagai lagi. Apa yang pasti ia bakal membangkitkan selera  Haiqal dan ayahnya.

Rasa seronok bila lihat Haiqal makan tepung goreng yang aku buat dengan penuh selera. Aku akan mengambil isinya sahaja untuk diberikan kepada Haiqal. Aku masih tak berani lagi membiarkan Haiqal memegang sendiri tepung goreng, bukan apa risau tercekik je nanti...Sebiji demi sebiji isi tepung goreng aku suapkan Haiqal, ikutkan dia memang tak boleh nak berhenti tapi aku akan pastikan Haiqal makan sekadarnya sahaja.

 Minat Haiqal pada tepung goreng ni mungkin pembawaan aku semasa mengandungkannya. Sewaktu aku mengandung dulu, aku paling suka tepung goreng. Kebetulan rakan sekerjaku rajin membawa tepung goreng ke sekolah, biasanya akula yang menghabiskannya. Ingat lagi, aku rasa nikmat sangat kalau dapat makan tepung goreng cecah sos masa tu. Sedangkan sebelumnya aku tak berapa minat sangat tepung goreng ni, lebih-lebih lagi kalau di campur bawang...Aku sanggup pilih keluarkan bawang dalam tepung goreng sebelum makan. Sekarang ni aku dah tak kisah, makan je...

Dek kerana Haiqal suka makan tepung goreng, setiap kali balik kampung pasti umi Haiqal akan membuatnya untuk Haiqal. Biasalah cucu kesayanganlah katakan..Si Haiqal ni pun pandai memilih, dia lebih gemarkan tepung goreng yang dicampur dengan bawang berbanding yang kosong. Mungkin lebih harum aromanya...Kecil-kecil dah pandai memilih anak ibu ni...

Nasib baiklah mudah dan tak ambil masa yang lama nak buat tepung goreng ni. Justeru, tiap-tiap pagi buat pun aku tak kisah asalkan anakku suka makan. Cuma kesian kat suami , makan sarapan yang sama setiap pagi...=)



Wassalam


"Ibu Sayang Haiqal"

5 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...

Terimakasih singgah di blog Kak Lin Yer...Sedap Tepung Goreng Tu....

Kasih Ibu said...

sama-sama k.lin...
mmg sedap, lebih2 lg dmkn pns2...

maya amir said...

oooo..ingatkan ape laa tepung goreng tu..heheh..ade yg panggil jemput2, ade yg panggil cekodok kan.. sedap dicicah sos:))

Kasih Ibu said...

ya maya...sedap sgt2...kdg2 sy buat cecah telur hncur msk kicap, b+++ sedap...

Kasih Ibu said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...