Wednesday, March 30, 2011

Berselera Haiqal makan...

Sejak beberapa hari ni mood nak berblogging begitu merundum. Kemalasan telah melanda dalam diri ku. Oh tidak!!! Bayzura jangan malas-malas ya...=)

Seperti hari-hari biasa, aku akan duduk di depan peti sejuk sambil memikirkan apa yang nak ku masak untuk hari ni. Buka freezer ada ayam dan ikan. Susah-susah sangat masak sup ayam jelah, mudah dan menyelerakan.

Tambahan lagi suamiku dan anak bujang kami suka sangat makan sup ayam. Kalau biasa makan sepinggan, ada sup berpinggan-pinggan jadinya...=) Nak kata sedap, aku rasa aku masak sup ni paling sempoi. Apa taknya, aku main rebus je ayam dengan  bawang merah dan putih yang ditumbuk, sedikit halia  dan campak sup bunjut ke dalam periuk. Pastu masukkan kentang yang didadu. Bila dah masak tabur daun sup dan bawang goreng. Simple kan???

Suka tengok Haiqal berselera makan bubur dengan sup ayam tadi. Sejak dia demam susah sangat nak makan. Makan sesudu dua je dah tolak. Tak sia-sia aku masak sup hari ni, anak ibu makan banyak. Alhamdulillah habis satu mangkuk.

Bubur nasi bersama sup ayam

Nyum..nyum..berselera Haiqal makan...
 
Susah hatiku bila Haiqal tak nak makan tapi bila tengok dia makan berselera, gembira rasa hati ni tak terkata. Nampak gayanya ibu kena masak sup hari-hari untuk buah hati ibu ni. Tak pelah sayang, ibu sanggup yang penting anak ibu nak makan. Mengikut info yang ku baca sup ni bagus untuk memulihkan tenaga terutama selepas pulih dari demam. Memang bertepatan lah masakan ni untuk Haiqal. Mudah-mudahan anak ibu akan puluh sepenuhnya...cergas dan aktif...




"Ibu Sayang Haiqal"

2 comments:

chekna said...

ada gak dia nak makan, anak saya mmg susah sgt nak suruh dia makan.. masak macam2 pun xjalan.. masuknya 2/3 suap je.. sibuk nak main je.. harap minum susu je la..

Kasih Ibu said...

tulah,kdg2 penat duk memikir apa nak msk bg diorang mkn...
klu minum susu nak tak pe, ni haiqal buat 5oz pun susah nak habis...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...