Friday, March 4, 2011

Impian atau sekadar angan-angan kosong???

Persoalan tu sering menerjah dikepalaku...dan aku hanya mampu memberikan jawapan  sekadar menyedapkan hati sendiri. Banyaknya impian aku yang tak tercapai lagi...entah bila tahun akan tercapai, aku sendiri pun kurang pasti. Dalam banyak-banyak impian aku tu, yang betul-betul aku impikan adalah mempunyai bakery sendiri. 

Namun, aku masih ragu-ragu dengan impian ku yang satu ni. Aku selalu tertanya-tanya aku ada bakat ke nak jadi pembuat kek ni? yalah kebanyakkan insan yang terlibat dalam baking ni semuanya berjiwa seni dan kreatif tapi aku ni langsung tak kreatif, tangan keras...Buat kek pun banyak yang tak menjadi..Semua tu boleh belajar ke???atau semulajadi memang ada dalam diri???

Sebenarnya aku suka sangat tengok gambar-gambar berkaitan dengan kek, roti dan cupcake. Aku rasa kagum dengan setiap seni hiasan yang ada pada setiap kek dan mulalah aku memasang angan-angan satu hari nanti aku dapat decorate kek seperti tu. Bila direnung kembali aku ni dah macam Mat Jenin pula..Apa taknya baru buat kek sebiji dah berangan nak buka bakery...he..he..

Dah lama juga aku berjinak-jinak dalam pembuatan kek ni tapi sekadar tolong-tolong mak masa hari raya je lah. Setiap kali menjelangnya Hari Raya mak ku pasti akan membuat kek tapi bukanlah kek yang berkrim macam kat kedai tu...hanya kek kukus buah, kek coklat dan kalau rajin buat kek lapis masam manis. Sekurang-kurangnya aku ada asas buat kek jugalah. Kebetulan mak aku ni jenis yang dia bagi resepi kat anak-anak dan kami adik-beradik akan membuatnya. Manakala dia hanya memerhatikan sahaja. Dia nak anak-anak daranya tahu membuat kek bukan tahu makan sahaja... =)

Sejak berkahwin dan duduk rumah sendiri ni, minat ku dalam bidang bakery ni semakin mendalam. Boleh dikatakan setiap hari aku akan surf internet tengok resepi-resepi kek. Kalau ada yang berkenan aku akan menyalin resepi dan memasang angan-angan mencubanya . Nasib baiklah suamiku menyokong minat ku ini. Dia belikan aku oven dan mixer, so bolehlah aku mencuba setiap resepi yang aku salin. 

Dalam hati ni dah lama aku pendamkan keinginanku ingin berguru dengan orang yang pakar dalam bidang bakery ni tapi ada je halangannya, tempat jauh la, yurannya mahal la...bagi sesetengah orang pasti akan berkata "nak seribu daya, tak nak seribu dalih" tapi aku perlu menimbang tara juga perkara-perkara ni. Yalah aku ni dah la tak bekerja hanya mengharapkan duit suami je. Apa pun yang aku nak buat perlu fikir sebaik-baiknya. Mungkin satu hari nanti aku berpeluang pergi ke kelas membuat kek..InsyaAllah....


Buat masa ni aku hanya mampu berguru dengan internet jelah. Apa-apa maklumat berkenanan kek aku akan surf dalam internet. Ini umpama pembelajaran secara teorilah...Praktikalnya je yang belum kesempatan...Sekarang ni pun aku tengah mencari-cari buku Kek Cawan Lyn Hassan. Merata kedai buku aku pergi tapi tak ada pula...=(...Nampak gayanya kena order online jelah ni..

 Wahai Bayzura bilalah agaknya cita-citamu akan tercapai? ermmm...aku kena berusaha ke arah itu walaupun terpaksa merangkak...Mudah-mudahan Allah lorongkan aku kearah impianku ini dan permudahkan segala urusanku...Amin Ya Rabbal 'alamin...



Wassalam 

1 comments:

Nonie said...

InsyaAllah....moga impian Baizura akan tercapai hendaknya...seronok klu berjiran ngan Baizura ni..boleh ngendeng kuih kan...suka wat kek & roti lagi...nyam..nyam..bestnyer:-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...