Sekejapnya masa berlalu, dah hari jumaat. Hari ni jugalah dah masuk hari ke 5 anak aku sakit. Alhamdulillah, hari ni Haiqal dah beransur sihat. Badannya pun dah tak berapa panas.Harap-harap anak ibu terus sihat ye. Ibu rindu nak bermain dengan Haiqal.
Keletah Hiaqal membuatkan ibu rasa bahagia |
Susahnya hati seorang ibu bila melihat anaknya tak sihat. Kalau boleh biarlah aku yang sakit, tak sanggup rasanya melihat Haiqal menangis menahan kesakitan. Padaku kali ni paling teruk Haiqal demam dan paling lama nak kebah. Sebelum ni ada juga demam tapi sehari dua dah kebah. Kata orang tua biasalah budak nak membesar memang macam tu. Mungkin juga kot...Wallhualam...
Boleh dikatakan aku dan suami tak tidur malam menjaga Haiqal. Bukan apa risau badannya bertambah panas, lain pula jadinya nanti. Kami tak nak apa-apa berlaku ke atas Haiqal, biarlah kami korbankan masa tidur kami asalkan permata hati kami sihat dan selamat.
Pelbagai alternatif juga aku dan suami lakukan untuk menurunkan kepanasan badan Haiqal. Dari yang rawatan moden hinggalah yang tradisional. Rawatan moden biasalah makan ubat demam tapi yang mushkilnya setiap kali Haiqal makan ubat demam pasti sakit perut. Perutnya akan kembung dan baiknya bila dia dah berak nanti. Adakah itu normal bagi menurunkan panas badannya???
Tak sampai hati aku tengok Haiqal menangis menjerit-jerit manahan sakit perut. Ikutkan hati malas nak bagi ubat tapi badannya pula panas. Nak tahu,sampai dua kali aku dan suami bawa Haiqal jumpa doktor. Rasa tak puas hati pula panasnya tak kurang-kurang. Nasib baiklah Haiqal senang makan ubat, tak perlu aku paksa-paksa.
Selain makan ubat yang doktor bagi, aku juga ada mencuba kaedah tradisional yang biasanya umi Haiqal lakukan bila anak-anaknya demam. Antaranya:
1. Tuam kepala Haiqal dengan air asam jawa.
- Caranya dengan merendam tuala kecil ke dalam air tersebut, kemudian perah dan terus di letakkan ke dahi Haiqal. Kaedah ni aku perolehi dari umi Haiqal, katanya asam jawa dipercayai boleh menurunkan panas badan.
2. Minumkan Haiqal air kelapa
- Seeloknya biarlah air kelapa asli yang tidak di tambah gula. Kemudian ambil garam kasar sebiji ( umi haiqal kata "garam jantan") masukkan ke dalam air kelapa tersebut. Baca selawat 3 kali dan beri minum pada anak.
- Di percayai air kelapa dapat mengeluarkan penyakit contohnya kalau anak nak kena demam campak, selepas minum air kelapa merah-merah badan akan keluar semua. Selain itu, air kelapa juga dapat menyejukkan badan.
3. Mandikan Haiqal dengan air beras
- Ambil bilasaan air beras yang ke 3, agak-agak penuh satu periuk. Kemudian masak air tersebut bersama "sawanan"(adik- beradik kunyit juga tapi tak tau nama lainnya). Kalau ada serai wangi lagi bagus, masukkan sekali dan rebus sampai mendidih. Jangan lupa baca selawat 3 kali.
- Apabila sudah didih, tuang air beras tersebut ke dalam besen mandian. Campur dengan air paip sehinggalah suam. Gunakan air tersebut buat bilasan selepas mandi.
- Dikatakan air beras ni dapat menyegarkan badan yang lesu, disamping baunya yang harum.
Aku bersyukur sangat mempunyai suami yang amat-amat memahamidan bertimbang rasa. Suamiku sanggup berjaga malam sama- sama menjaga Haiqal walaupun dia bekerja disiang hari. Walaupun diawalnya aku rasa kekok dan tertekan menghadapi karenah Haiqal demam tapi dengan adanya suami disisi aku mampu menempuhi dugaan ini dengan hati yang terbuka. Terima kasih sayangku...
Mudah-mudahan dengan dugaan yang diberikan kepadaku ini membuatkan aku lebih tabah dan matang dalam membesarkan Haiqal. Sesungguhnya, begitu besar pengorbanan seorang ibu dalam memastikan anak-anaknya membesar dan sihat sempurna.
Buat anak ibu Muhammad Afif Haiqal cepat sembuh ye, ibu dan ayah rindu dengan kelincahan Haiqal. Rasa tak sabar nak melihat Haiqal aktif seperti sebelum ni.
"Ibu Sayang Haiqal"
4 comments:
moga Haiqal cpt sembuh yer..mmg semua ibu bapa x senang duduk bila tgk anak sakit kan..
thanks yana...
betul tu, lebih2 lagi jauh dgn org tua. serba tak kena dibuatnya...
moga haiqal cepat sembuh.klau saya lak.. klu anak panas, tuam kan dengan tuala basah ke satu badan especially kepala, bawah ketiak dan bawah leher. buka baju. tidak dimandikan sebab kalau time demam, boleh aje mandikan tetapi suhu badan akan naik dengan lebih tinnggi. minum air kelapa pulak memang ibu membuang penyakit kan.tapi pesanan orang tua2 minum air kelapa tapi jangan makan ubat klinik nanti mendatangkan mudarat. kalau kembung tu mungkin dia alah ubat kot.nanti kena tanya doktor..risau gak dengar.tapi yang pasti kalau anak2 akak demam, kalau lepas makan ubat memang banyak kencing, tapi tak de kembung perut...tapi cara akak kalau anak2 demam memang tak putus tuam air asam jawa ke seleuruh badan.2 hari biasanya dah kebah.alhamdulilah.. moga haiqal cepat sembuh n cepat gelak ketawa ngan ibunya tu..hehe
thanks akak for the tips..alhamdulillah, skrg haiqal dah bergelak ketawa..rupa2nya dia nak tumbuh gigi.sekali tumbuh 4 batang gigi geraham...mana taknya demam teruk...
Post a Comment