Friday, June 3, 2011

Aduhai...kenapa???..mengapa...???

Salam Jumaat semua...Moga harini lebih baik dari semalam...Insya Allah...Mood ku hari agak down sikit, masih ada saki baki lagi rasa frust petang semalam. Kesannya aku malas nak buat apa pun dan paling kesian suamiku hanya bersarapan biskut je pagi ni...

Tak tahu lah selalunya bila hasil experiment aku tak menjadi, taklah rasa kecewa sangat..tapi kali ni terasa sangat kekecewaannya sangat. Mungkin aku beria-ia sangat nak buat dan aku buat pula dalam kuantiti yang banyak. Bila tak menjadi pembaziran telah berlaku dan aku paling tak suka membazir. Ye la, bukan murah bahan-bahannya kan...

Nak tahu apakah experiment yang aku jalankan petang semalam??? hu..hu..dengan rasa bangganya aku nak bagitau aku buat Red Velvet Whoopie Pie semalam..tapi nasib tak menyebelahi aku hanya tiga ketul je yang menjadi dan selebihnya masuk "cik tong"...nak tunjuk hasilnya pun malu tapi letak jelah...hu..hu..

Inilah Whoopie Pie yang buat aku frust..hu..hu...

2 biji filling peanut butter dan yang bawah tu filling cream cheese..

Comotnya lah air tangan Pn Bayzura ni...

Berbiji-biji jugalah yang tak menjadi..hangusla...tak berbentukla...Rupanya susah juga nak buat whoopie pie ni ye, banyak kesabran yang diperlukan. Mungkin bagi setengah orang ianya mudah tapi bagi diriku memang agak rumit dan perlukan ketelitian yang tinggi. 

Kebetulan mood Haiqal tak berapa nak ok semalam jadi bertambah huru haralah aku. Mula-mula boleh lagi aku bertahan..lama-lama jadi malas nak sudu satu-satu kat atas dulang pembakar. Akhirnya aku ambil keputusan masukkan semua adunan ke dalam cake pan dan tabur choc chip dan buah-buahan campuran di atasnya...settle semuanya...

Nilah orang kata dah jatuh ditimpa tangga pula....hu..hu...adunan yang di masukkan dalam cake pan pula hangus...mungkin oven terlalu panas kot...habis buang semuanya...tamatlah riwayat Red Velvet Whoopie Pie aku....

Sebagai pengajaran untuk diriku, kalau pertama kali nak mencuba sesuatu jangan buat adunan dalam kuantiti yang banyak..Kalau menjadi tak pe tapi kalau sebaliknya...membazir sungguh.....Kepada yang nak mencuba Red Velvet Whoopie Pie ni bolehla KLIK link ini joy of baking...


 



 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...