Wednesday, June 8, 2011

Apam Gula Hangus - Haiqal suka sangat !!!

Assalamualaikum semua...Moga hari ini lebih baik dari semalam dan kita senantiasa dilimpahi rahmat oleh Nya...Aminn...Alhamdulillah, semalam berjaya juga aku berpuasa. Biasalah aku ni dah dekat-dekat nak puasa barulah sibuk nak mengganti...Korang dah ganti belum??? he..he..ganti jangan tak ganti....

Bila dah berpuasa ni, faham-faham jelah macam-macam yang teringin nak di makan oleh Puan Bayzura ni. Semalam sementara Haiqal tidur sesaja surf internet. Duk jenguk-jenguk blog masakan terjumpalah resepi Apam Gula Hangus. Mulalah rasa teringin. Kebetulah aku baru je beli pengukus. Bolehlah "cecuba" mengukus...Petang tu juga aku operasi buat apam gula hangus ni.

Aku buat setengah adunan je, cukuplan untuk kami 3 beranak makan. Alhamdulillah walaupun ada bahan yang aku tak masukkan apam tetap naik gebu dan paling penting rasanya sedap dengan manisnya yang sedang-sedang je. 

Adunan sebelum dan selepas masak...

Apam Gula Hangus

Comel gitu...he..he...

..beginilah rupa di dalamnya...lembut...
Seronok pula bila jadi, bertambah kemaruk la aku nak mengukus ni. Lepas ni apa pula la yang nak aku kukus...he..he... 
 
Bujang aku si Haiqal turun-turun je dari pengukus terus je dia nak. Aku pun tiup-tiup sikit bagi kat dia. Sedapnye tengok dia makan...dah habis sebiji dia datang ke dapur, ambil lagi sebiji...sampai 3 biji dia makan petang tu. Itu menunjukkan apam ni sedap...biasanya dia makan sikit je lepas tu terus tak nak...

sedapnya anak ibu mamam apam...
Justeru aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Zatushshamam kerana berkongsi resepi yang sedap dan mudah ni. Saya kongsikan resepinya di bawah ni:

APAM GULA HANGUS 

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. ) (sumber : Album @Suke-Suke Masak)

  •  2 biji telur 
  •  1 cawan gula pasir 
  •  1 cawan air 
  •  1/2 cawan minyak masak 
  •  2 sudu besar marjerin  * ibu haiqal tak letak
  •  2 sudu besar susu pekat 
  •  1 sudu teh soda bikarbonat.
  •  1 1/2 cawan tepung gandum. 


Cara-cara :
1.    Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2.    Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 
3.    Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 
4.    Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 
5.    Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. * ibu haiqal guna acuan muffin kecil - masak selama 15 minit
6.    Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik. 
7.    Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 
p/s : balut penutup pengukus dengan kain agar air tak menitik atas adunan.


Selamat mencuba !!!

11 comments:

zaidah said...

haiqal mintak skit bleh tak....sedap aje auntie tengok....hehehe

Kasih Ibu said...

to zaidah :bolehhh...ibu buat banyak ni....=)

soshylady said...

cute comel je air tangan ibu haiqal nih....nak try gak lah...bila ntah heheh

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

apam gula hangus, saya pun suka.
selalu buat utk anak.
saya suka la cara awak buat apam tu. nampak comel2 guna papercup cam tu...

CT Delima said...

As'salam Zura

bolat2..sangat gebu pasti sedapkan sebab tu Haiqal suka makan. kak ct tengok pun geram jer apam tu..hihihi

Tahniah sebab menjadi dan pandai buat apam.. hehehe. lepas ni buatlah muffin coklat tu pulak, memang sedap jangan buat banyak2 buat 1/2 adunan je macam kak ct :DD

Kasih Ibu said...

to soshylady : try jgn xtry kak...=)

Kasih Ibu said...

to naimatul hafizah :senang nk mkn, sekali masuk je fiza..he..he...haiqal pun senang nk mkn...

Kasih Ibu said...

to Ct Delima : terima kasih kak..he..he..tulah sy tgk muffin coklat akak pun geram...merekah cantik je...dah masuk list, tnggu cri masa yg sesuai nak buat...

qasehraihan said...

nampak sedap dn mengancam..hehe

Anonymous said...

nampak sedap tapi resepi semuanya sama .........

Abdul Razak Abdul Malik said...

Ingat nak buat utk moreh di masjid lepas ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...