Tuesday, July 5, 2011

Anakku sayang...

Assalamualaikum...Moga hari ni kita menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam...

Rasa dah lama sangat aku tak menulis tentang anakku Haiqal. Tak tahulah semakin malas pula aku nak mengupdate blog ni. Alahamdulillah anak ibu skrang dah genap setahun setengah. Sekejap sungguh masa berlalau, rasa baru semalam ibu melahirkan Haiqal..Haiqal pun sekarang bertambah bijak dan bertambah bulat..he..he...

Walaupun Haiqal bulat tapi Haiqal tetap aktif...Celik je mata, tak duduk diam..ada je yang dibuatnya. Sampaikan ibu sendiri pun letih menengoknya...Sebenarnya aku risau bila graf berat Haiqal menghampiri garisan obes..macam tak percaya je bila nurse kata macam tu baru-baru ni. Apa taknya, Haiqal susah nak makan lebih-lebih lagi makan nasi. Tambahan lagi Haiqal ni jenis budak yang aktif...hai pelik..pelik...mungkin juga susunya kot. Aku memang tak nafikan Haiqal memang kuat menyusu...sehari sampai 7 kali dia menyusu...

Bila diperhatikan ada betulnya juga, bila masa Haiqal tak nak menyusu terus je badannya susut. Ni nampaknya anak ibu bulat sebab susu ye...tak tahulah kalau anak ibu pun kuat makan juga...Ibu mana tak risau bila anaknya hampir-hampir obes...Nak diikutkan Haiqal lahir pun dah besar dalam 3.35 kg. Selepas tu beratnya semakin naik dan naik. Tapi apa pun aku rasa lega bila lihat Haiqal aktif ke sana ke mari. Harap-harap check up bulan depan beratnya stabil...

Aku amat bersyukur kerana Haiqal membesar dengan sihat dan keletahnya memberikan rasa kebahagiaan kepada aku dan suami. Paling aku suka bila melihat dia bermain bola..biasanya budak-budak tendang bola tapi si Haiqal ni dudukkan bola pula..tak tahulah dari mana dia melihatnya...


..dalam percubaan menstabilkan bola...

..ni pula percubaan yg ke berapa kali entah....


..dan akhirnya dapat duduk juga kat atas bola ni...=)
tengok tu siap duduk depan pintu lagi tunggu ayah balik...

Rasa nak tergelak pun ada bila melihat keletahnya..geram je rasa.nak cubit-cubit pipinya...he..he...

Sesungguhnya tiada harta yang lebih bernilai bagi ibu selain anak ibu Haiqal...Ibu sayang Haiqal.... 


 

3 comments:

qemaishak said...

alololo comel je duduk atas bola tu ye:)

Kasih Ibu said...

to qema:gitulah keletah haiqal ni, bukan ditendang bola tu tapi didudukkan pula....=)

zanafahmi/PB said...

Haiqal dah pandai main bola, boleh la ibu dia main masak2...hehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...