Assalamualaikum...wah..pecah rekod Ibu Haiqal ni, setiap hari update blog..he..he..biasalah tengah ada mood. cecuba kalau mood ke lauttt...ermm...selamatlah blog ni bersawangla jawabnya... =)
Aku nak tanya, siapa suka makan Mamee???cepat-cepat angkat kaki..he..he..aiiikkkk...Haiqal pun angkat kaki??? hu..hu...ibu dah tau dah anak ibu memang suka makan mamee..tengah kemaruklah katakan....
Pasti ibu-ibu kat luar akan kata tak elok makan mamee. Maklumlah tu kan makanan ringan...aku setuju sangat tapi dek kerana salah aku mengada-ngada minta ayah Haiqal beli. Bila budak kecitt tu nampak, dia mintaklah terpaksalah aku bagi juga kat dia. Ingatkan dia tak suka, mameekan keras...rupa-rupanya krap krup dia makan..tengok-tengok dah habis satu peket...=)
Tak lama lepas tu dia amik satu lagi..ish..budak ni dah over nampaknya..cepat-cepat aku sorokkan mamee yang lain. Budak ni kalau makanan yang tak sepatutnya dia makan, laju je dia makan...tapi bila bagi nasi, langsung dia boo layan..geram aku tengok budak endut ni...
Aku dan suami kalau boleh cuba elakkan Haiqal makan makanan ringan..tapi kadang-kadang terbabas juga...he..he..bila di bawanya ke kedai macam-macam dia nak ambik...ais krimlah, coklat dan tak boleh tinggal gula-gula lolipop...=)
Tu kalau bawa dia pergi sekali tapi kalau ayahnya je pergi sorang, alamatnya roti, tak pun biskut Chip More, kismis dengan air kotak jelah...=)
Patern Haiqal ni pula kalau selalu sangat makan, dia akan jemu. Mula-mula je dia kemaruk lebih..lepas tu selamatlah dibiar cam tu je...Mamee pun cam tu jugalah, tengah kemaruk ni kalau boleh nak habiskan semua...he..he..
Jomlah layan gambar budak endut endut ni....=)
|
tengoklah tu... |
|
wah...kaki naik atas kerusi nampak.... |
|
ish..ada lagi tak ni??? |
|
nyumm...nyumm...sedapnya... |
Ibu Sayang Haiqal...
0 comments:
Post a Comment