Saturday, February 11, 2012

Penangan Orkid.... =)

Assalamualaikum...bosannya hari ni, tak tau nak buat apa...si Haiqal tengah dibuai mimpi, ayahnya pula dah terbaring...alamatnya duduk kat rumah jelah gamaknya. Lagipun nak keluar panas-panas ni terasa malas pula....
Tu yang terpanggil nak corat-coret di sini cuma blogwalking je belum ada kerajinan lagi...he..he...maklumlah ibu si Haiqal ni kan "bz" giler...ha..ha...(bz la sangat...=) ) 
Sebenarnya sejak ada hobi baru ni, aku jadi malas nak ber blogging..tu yang bersawang sana sini blog Kasih Ibu ni...Apalah hobi baru ibu Haiqal tu ye, sampai terbiar blognya??? ni semua gara-gara penangan orkid la...=) alahai kesian orkid di persalahkan pula tapi tulah hakikat sebenarnya....
Timbulnya minat ni sebenarnya terdorong dari hobi mak aku...Boleh dikatakan banyak jenis juga yang umi Haiqal ada...yang aku geram tu, gemok-gemok pula pokoknya..bab bunganya jangan ceritalah bertangkai-tangkai....dah macam taman bunga rumah tu....
Memandangkan rumah aku ni satu pokok bunga pun tak ada, aku pun belilah pokok orkid kat pasar Parit Sulong. Sekali beli 3 pokok terus...yang bestnya beli dah da bunganya, tinggal nak jaga jer...sejak dari hari tulah setiap kali balik kampung mesti rembat 2, 3 pasu...
Begitulah rutin aku setiap kali balik kampung, duk mengusung pokok orkid jer. La ni dah tahu ada tempat yang dekat dan harganya  jauh lebih murah...kat mana lagi kalau tak kat Taman Orkid Taman Tasik Perdana. Dia punya taksubnya si Ibu Haiqal ni, ada tu sekali pergi rembat sampai 6 pokok sekaligus...Apa taknya sepokok RM5, dengan pokoknya yang gemok dan berbunga pula tu...suami aku cuma geleng kepala jer tengok gelagat aku...he..he...
Buat masa ni aku dah ada 20 pokok. Niat di hati memang nak tambah tapi masalah tempatnya pula tak ada. Biasalah orkid ni tak boleh letak sembarangan, kena tempat yang teduh....pendamkan dululah niat di hati ni...=(
Walaupun aku ni giler orkid tapi nama-nama orkid langsung aku tak tau...kelakarkan...hu..hu...yang aku tau tengok cantik jer bunganya, aku pun belilah...he..he..pokok orkid ni pula pelbagai bunganya, tu yang bertambah giler nak kumpul macam-macam jenis.
Pokok-pokok tu sekarang ada yang berbunga, dah keluar anak dan ada juga yang terus tak berbunga, tak taulah kenapa...hu..hu...tapi tak boleh kalahkan kegemukkan pokok-pokok mak aku...tak kisahlah yang penting pokok-pokok tu still hidup...hu..hu... 
Oklah, setakat ni je kot celoteh tentang orkid...jom layan koleksi orkid aku yang tak seberapa ni.... =)

ni antara koleksi pokok orkid Ibu Haiqal..
awal-awal tak de tempat lagi, letak kat tepi dinding jer...



ni spesis butterfly...bunganya besar dan cantik

 













si bintik merah...












p/s: entri ni aku buat petang tadi..ni baru dapat post...=)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...