Thursday, March 22, 2012

Rezeki kami... =)

Assalamualikum...
Syukur Alhamdulillah sambutan untuk Apam Polkadot, Bee dan Ladybird menggalakkan. Setiap minggu ada tempahan dan kadang-kadang aku terpaksa tolak kalau kuota order dah mencukupi untuk satu minggu.
Kalau nak diikutkan memang berat hati, yelah sayangkan tolak order tambahan lagi dah kecewakan orang yang nak order tu. Tapi nak buat macam mana, aku ada anak dan suami yang perlukan perhatianku juga.
Sebenarnya, pada awalnya aku just suka-suka amik tempahan ni, mengisi masa lapang sambil tambah duit poket. Alhamdulillah tak sangka pula sambutan menggalakkan...ni la dikatakan rezeki aku sekeluarga...
Alahmdulilah suami aku banyak bagi galakkan dan dorongan especially masa aku down giler bila apam yang aku buat tak menjadi...rasa macam dah nak give up je tapi atas kata-kata semangat dan sokongan dia aku teruskan juga..Sekarang ni aku dah mula kuat untuk tempuhi pelbagai rintangan yang mendatang. Mudah-mudahan ya Allah...
Jom layan gambar-gambar tepahan apam...

Order by Nurul Ashikin @ Putrajaya

Order by Yati @ Simpang Renggam

Order by Nurul Ashikin @ Melaka

Order by Siti Alizah @ Muar
Repeat order by Solehah @ UIA Gombak
Repeat Order by Farah @ Muar
Order by Rahimah @ Muar
Order by Zaifarina @ Muar
Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang kau kurniakan padaku Ya Allah. Mudah-mudahan rezeki ini tak akan putus dan aku diberikan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran. Selagi kita berusaha dan berikan yang terbaik Insya Allah ada rezeki untuk kita..
 

 
 

 
 

6 comments:

Yaya Azura said...

cantiknya..yaya belum pernah cuba buat design2 cantik tu.. cuma pernah buat dot2 je..

Kasih Ibu said...

to yaya azura: tryla yaya..meng"variasi"kan apam polkadot..he..he..

Mek Rose said...

comelnyee camne nak xnk kasi dia merekah ye?

Ruse Sulaiman said...

cantiknya.. mesti sedap sebab ramai yang order.. semoga terus success

Kasih Ibu said...

to ummi iman:Tq dear... =)

Princess Amni said...

zura...jam nak order cmni 100 bijik...pos kt umah ek...nak no fon...nanti jam msg alamat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...