Thursday, March 29, 2012

Jom mengukiss... =)

Assalamualaikum...
Alahai rajin la pula si ibu Haiqal mengukiss ni..he..he...rajin bersebab la tu...memang pun bersebab, sebabnya nak pulangkan pinggan mangkuk jiran. Aku tak tau nak bagi apa sebagai balasan, tu yang terfikir nak buat cookies.
Dua hari lepas, jiran aku ada bagi macam-macam makanan, ada nasi lemak, bihun sup la, mi kari lagi..oh ye mi goreng pun ada..aku rasa dah macam bulan puasa pula, penuh satu meja dengan makanan..Alhamdulillah...rezeki kami...=)
So, banyak la pinggan mangkuknya, aku nak masak macam-macam bagi kat dia tak terlarat la...Apa yang termampu buatla cookies yang simple mimple ni tapi sedap dan rangup tau...Ni second time dah aku buat cookis ni... 
Nama cookies ni "Chocolate Melting Moments Cookies". Dasyatkan namanya begitulah juga dasyatnya kesedapan cookies ni... =) Resepi cookies ni aku amik kat SINI. Aku just tambah choc chip dan badam cincang kat atasnya..Terima kasih pada tuan empunya resepi ni Kak Fida kerana sudi kongsi resepi yang best ni..=)

..still hot..letak kat rak biar sejuk...ikutkan hati nak terus ngappp je...he..he..

dah sejuk...dah boleh ngapp ni...

oppps..belum lagi ...bagi reben dulu...baru cun!!!

Dapat 1 balang...anyone???
Si Haiqal punyalah suka cookies ni...siap je masak terus nak makan...maklumlah ala ala peberet cookies chip more dia. 2keping je dah tak nak dah..kekenyangan...Aku pula buat saiz "anak gajah" kata suami aku, sekali makan terus kenyang da..he..he..
Alhamdulillah, jiran aku pun kata sedap..siap minta resepi lagi..Anak-anak dia suka makan katanya...Buat yang belum mencuba lagi, sila-silalah cuba ye..tak rugi... =)

2 comments:

Unknown said...

Lepas ni cookies ni pindah kt rmh akk plak.....hehe...sedap ye? Nnti akk cuba..

inazamri said...

cantiknye rupa paras cookies tu,Akak ni tingin nak buat sampai skrg tak terbuat lg hihi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...