Pening dan bingung bila memikirkan tentang anak kesayanganku Muhammad Afif Haiqal. Serba salah ibu dibuatnya sayang. Nak tukar atau setia pada yang sekarang...dilema..dilema...ermmm...tak kurang juga ramai kawan-kawanku yang berikan pendapat tapi keputusan masih belum ku ambil...macam mana ni??aku tak nak keadaan berterusan terjadi kepada anakku...
Si comel anak ibu |
Aku sukar membuat keputusan kerana aku tak tau punca sebenarnya yang menjadikan anakku sedemikian rupa. Pembaca mesti nak tau apa yang sebenar-benarnya berlaku pada Haiqal kan??? Sebenarnya anakku mengalami masalah susah nak "yak" atau bahasa orang dewasanya buang air besar. Kesian tengok dia setiap kali dia nak "yak" sampai menangis-nangis. Hati ibu mana yang tak tersentuh bila lihat anaknya dalam kesakitan. Luluh rasa hati ini...
Aku tak tau punca sebenar Haiqal susah nak "yak". Ada orang kata susunya tak sesuailah, bancuhan susu terlalu pekatlah, kurang minum air masaklah. Aku akui anakku memang susah nak minum air masak. Kadang-kadang sehari nak habis sebotol 2oz pun susah. Itupun kena paksa baru nak minum. Ayahnya da juga bagitau nak cuba campurkan dengan glugose, biar da rasa-rasa sikit. harap-harap naklah dia minum. Tapi yang peliknya si Haiqal ni kalau air barli nak pula. Laju pula dia minum. Anak ibu ni bertuah betulla kecil-kecil dah pandai memilih...
Betul ke jenis susu juga menjadi penyebab kanak-kanak sukar nak "yak"??? aku tak boleh menafikannya bulat-bulat kerana anak kawanku pernah mengalaminya juga. Bila ditukar susunya, alhamdulillah anaknya mudah lawas. Tapi masalhnya sekarang ni, brand susu pe yang sesuai dengan Haiqal? Haiqal dari usianya 2 bulan dah minum susu brand Enfa. Sebelum ni ok je tapi start dia setahun aku tukar Enfapro kepada Enfagrow A+ dia susah nak "yak". Kadang-kadang sampai 2 hari baru "yak". tak taulah apa yang tak kenanya dengan susu ni. Kat tin ada tertulis "ezy digest" formula. Wallhua'llam...
Untuk langkah yang pertama ni, aku akan cuba campurkan air masak dengan glugose dulu bagi menarik minat dia minum plain water. Kemudian aku akan lebih kerap bagi Haiqal makan buah-buahan.Mudah-mudahan berkesanlah.. Kalau tak berkesan juga terpaksalah aku tukar susu.
Sayang ibu, ibu takkan biarkan haiqal berterusan macam tu ya...Ibu akan cari cara yang terbaik walaupun terpaksa mencuba pelagai cara. Apa yang penting anak ibu sihat...
Wassalam
"Ibu Sayang Haiqal"
0 comments:
Post a Comment