Saturday, February 19, 2011

Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

Acap kali aku dengar orang sering menggunakan peribahasa tersebut bila adanya kesamaan antara anak dengan ibu atau bapanya. Tapi sungguh ke, perilaku ibu bapa akan memberikan impak yang besar dalam proses tumbesaran serta perilaku anak-anak? Mengikut pandangan peribadiku ada benarnya juga, lebih-lebih lagi perilaku si ibu sewaktu dia mengandung banyak mempengaruhi anak yang bakal dilahirkannya nanti.

Ini dapat dibuktikan melalui pengamatan aku terhadap anakku Haiqal. Ada juga perlakuan aku dan suamiku yang dia warisi, antaranya:

Pertama, Haiqal suka meletakkan sebelah kakinya ke tempat yang lebih tinggi bila dia baring atau duduk. Kebiasaannya dia akan meletakkan kaki sebelahnya di atas bantal. Itu tak pe lagi, kadang-kadang bila kt meja makan pun dia letakkan sebelah kakinya atas meja..geram sungguh aku, aku akan cepat-cepat turunkan kakinya. Aku tak nak Haiqal terbiasa nanti hingga terbawa-bawa sampai ke besarSebenrnya sewaktu aku mengandungkannya, bila baring je mesti aku nak letakkan sebelah kakiku di dinding. Perilaku tersebut memang kurang sopan dan tak manis bagi seorang wanita tapi bagiku ianya amat selesa sekali. Mungkin ini yang dikatakan pembawakkan budak...Bila Haiqal lahir tu yang ikut perangai macam tu..

Kedua, sewaktu mengandungkan Haiqal aku bekerja sebagai guru dan warden di salah sebuah sekolah di Mersing. Aku ni suka menjerit bila mengajar, kebetulan suaraku agak nyaring bertambah kuatlah suaraku. Kononnya biar anak muridku tak tidur tapi tekakku juga yang sakit.. he..he...Kesannya sekarang si Haiqal suka sangat menjerit-jerit, dah tu suaranya kuat dan nyaring. Bila dia menangis satu taman boleh dengar. Sehinggakan sewaktu di hospital Haiqal terkenal dikalangan jururawat baby yang kuat suaranya bila menangis. Sekarang ni berlawan suara aku dan Haiqal sehinggakan suamiku tegur..malunya....=( Ibu Haiqal dah macam tarzan la...

Ketiga, aku paling suka berjalan, lebih-lebih lagi kalau pergi shopping. Sanggup seharian duduk dalam shopping complex walaupun aku dah sarat mengandung waktu tu. Dasyatkan...Masa mengandung juga aku selalu travel, setiap hujung minggu aku akan balik kampung atau ke KL rumah suamiku. Begitulah rutin hujung minggu aku sewaktu berjauhan dengan suamiku. Bagi sesetengah orang pasti sesuatu yang memenatkan tapi padaku ia sesuatu yang menyeronokkan..Begitulah Haiqal sekarang pantang dibawa berjalan, duduk berjam-jam dalam kereta pun tak meragam. Lagilah kalau dia dah bersiap lama tapi lambat bawa dia keluar mengamuklah jawapannya. Sekiranya kami nak keluar, aku akan siapkan dia dulu kemudian barulah aku bersiap. Bukan apa, dia kalau dah nampak ibunya pakai tudung asyik nak mengikut je sampaikan nak siapkan dia pun susah..Haiqal..Haiqal...
Tak sabar sungguh anak ibu ni, siap nak drive lagi..tunggu ayah lambat sangat ye...

Keempat,  Haiqal ni suka sangat tengok tv dekat-dekat. Kalau boleh masuk dalam tv tu dia nak masuk...Bila ada cerita yang dia suka, mulalah dia berdiri betul-betul depan tv. Kali ni "kuah ayahnya yang tumpah ke atas nasi Haiqal.. =). Apa yang suamiku ceritakan padaku, dahulu dia pun suka tengok tv dekat-dekat. Tu yang sekarang "bermata empat". Ini yang membuatkan aku dan suami risau, kami tak nak Haiqal pun bercermin mata seperti ayahnya. Justeru, setiap kali Haiqal berdiri depan tv aku akan cepat-cepat menariknya dan bagi dia duduk.

Macam nilah Haiqal tengok tv

Buat masa ini rasanya ini sahaja perlakuan atau sifat-sifat yang Haiqal warisi dari ibu dan ayahnya. Di masa akan datang tak tahulah pula macam mana. Walau apa sekalipun, ibu sentiasa berdoa moga anak ibu menjadi manusia yang berguna, berakhlak mulia dan sentiasa menghormati orang tua.

Kepada ibu-ibu yang mengandung, jagalah tingkah laku anda kerana sedikit sebanyak anak yang dikandung pasti akan mengikut apa yang anda lakukan. Apa yang paling penting, banyakkan berdoa moga anak yang dilahirkan mempunyai akhlak peribadi yang mulia..Aminn...

Wassalam

"Ibu Sayang Haiqal"













0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...