Siapa tu adik ndut???siapa lg kalau bukan si Haiqal anakku. Itulah gelaran yang diberikan oleh adik-adikku kepada Haiqal. Kalau tak silap Acik Bibilnya yang pertama memanggil Haiqal dengan nama tersebut. Ia sebenarnya singkatan bagi perkataan 'Gendut". Almaklumlah badan anakku agak "semangat", tu yang digelarkan gendut. Mungkin bagi ibu-ibu di luar sana akan berkecil hati jika anaknya dipanggil dengan gelaran tersebut, tapi padaku ia suatu panggilan manja dan unik. Tambahan lagi, panggilan tersebut juga merapatkan hubungan serta kemesraan antara Haiqal dan mak cik-mak ciknya.
Inilah Acik Bibil yang bertanggungjawab menggelarkan Haiqal "Adik Ndut"
Haiqal ni menjadi kesayangan ahli keluargaku, apa taknya cucu pertamalah katakan. Lagipun dalam keluargaku Haiqallah paling kecil. Itu yang bila balik kampung jadi rebutan, masing-masing sibuk nak mendukung. Seronoklah Haiqal...tak duduk bawah dia, sekejap-sekejap orang ni dukung, nanti orang lain dukung pula. Sampai ibunya pun tak sempat nak dukung...Haiqal...Haiqal...kecil-kecil dah glamer.. =)
Haiqal bersama Acik Ika, Umi dan Mak Ngahnya
Syukur Alhamdulillah aku mempunyai anak seperti Haiqal yang menjadi kesayangan setiap ahli keluargaku. Mungkin kerana kegendutannya itu membuatkan orang disekelilingnya geram melihatnya. Sehinggakan setiap kali aku dan suami pergi ke kedai makan atau ke shopping complex ada sahaja orang menegurnya. Kebetulan pula si Haiqal ni "mesra alam". Pantang orang tegur, bibirnya sentiasa mengukir senyuman..Itu yang membuatkan orang lagi bertambah geram.
Kadang-kadang risau juga, yelah Haiqal ni tak takut orang. Sesiapa je yang hulur tangan dia nak ikut, tak kiralah samada dia kenal atau tak. Terlebih "mesra alam" pun susah juga...yang penting aku dan suami akan sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Zaman dekarang ni macam-macam boleh berlaku, kanak-kanak berharga... Ngeri bila difikirkan...
Rasanya sampai disini sahaja untuk tatapan pembaca, jika ada kelapangan aku akan sambung lagi..InsyaAllah..
Wassalam..
"Ibu sayang Haiqal"
0 comments:
Post a Comment