Monday, February 28, 2011

Marble cheese cake For Birthday Boy!!!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan aku kerajinan untuk update blog yang dah lama bersarang ni. Kebetulan pula ari ni birthday my love. Tu yang tiba-tiba bersemangat menulis ni..he..he...Happy Birthday sayang, saya doakan moga sayang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, gembira selalu dan bahagia disamping saya dan anak kita Haiqal...Amin...

Tak ada apa yang istimewa dapat aku sediakan bagi menyambut birthday suamiku hanya sekeping kad yang tak seberapa. Maklumlah aku hanya duduk di rumah, nak keluar beli present pun susah. Mungkin bagi segelintir berpendapat itu hanyalah alasan semata-mata...Padaku yang penting ikhlas walaupun ianya hanya sekeping kad kecil. Mujur suamiku jenis yang begitu memahami diriku dan dia amat menghargai pemberianku itu... thanks honey...

Selain kad, aku juga merajinkan diri untuk membuat kek birthday suamiku. kali ni aku nak buat kek yang tak pernah aku buat. Aku pun surf lah internet, sehinggalah aku terjumpa resepi Marble Cheese cake dari web http://www.myresipi.com/. Tengok dari gambar cantik berbelang-belang tapi tak taulah sedap ke tidak. Bukan apa takut indah gambar je. Namun dalam hati ni kuat menyatakan yang aku harus cuba, kalau tak mana nak tahu rasanya.Persoalan jadi atau tak,sedap atau tidak itu semua belakang kira...Ok Bayzura, you must do it!!!...

Aku pun mulakan operasi membuat kek malam tadi. Agak cerewet juga nak buat kek marble ni tapi dah alang-alang buat teruskan jugalah walaupun si Haiqal dah melalak-lalak nak masuk dapur... Si kecik tu memang pantang ibunya di dapur dia pun sibuk nak ikut juga. 

Setelah hampir 2 jam "berperang" di dapur, akhirnya siap juga kek aku. Ermmm...awatnya buruk sangat rupa kek marble aku ni??? Ni yang nak menangis ni, dah la first time buat untuk birthday suami. Kek memang naik cantik tapi belang-belangnya amat mengecewakan aku. Tak berapa nak berbelang-belang...hu..hu..Tak pelah, yang penting rasanya bukan rupanya..(biasalah sedapkan hati sendiri)...Aku pun teruskan dengan menghias kek yang tak berapa nak marble tu...

Beginilah rupanya Kek Cheese Marble yang aku buat tu...


Hiasan yang agak comot..=)

Beginilah rupa di dalamnya...

Jika dilihat dari rupa memang tak indah tapi rasanya memang sedap...sungguh memang sedap sangat. Aku bukan nak memuji diri sendiri tetapi suamiku pun amat sukakan kek ini. Kebetulan suamiku peminat keju, maka memang bertepatanlah pilihan aku dengan membuat kek ini sempena birthday dia. 


Haiqal pun nak tolong ayah potong kek juga ye...

Walaupun diawalnya rasa sedikit kecewa namun segala kekecewaan tersebut lenyap apabila hasil air tangan aku dihargai dan dipuji oleh suami tercinta. InsyaAllah jika ada masa terluang aku akan buat lagi kek marble cheese ni. Rasa tak puas hati selagi marblenya tak menjadi...
 
 Buat suami tersayang, Happy Birthday sayang...terima kasih kerana menghargai pemberian saya yang tak seberapa. I love you so much...


Wassalam


"Saya sayang Sayang" 




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...