Pagi ni aku berdiri di hadapan cermin sambil memerhatikan susuk tubuhku yang ku rasakan semakin hari semakin mengembang. Dalam hati kecilku berbicara, "nampaknya Puan Bayzura dah semakin gemuk ni"...Ni yang membuatkan diriku lemah dan tak bersemangat dipagi hari ni...
Gambar semalam, gemuknya aku.. |
Pipi pun dah kembang semangkuk |
Aku mula menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengawal pemakanan ku, belasah je apa yang ada didepan mata.. Contohnya semalam, macam-macam aku makan. Semuanya berkalori tinggi pula tu. Mentang-mentanglah semalam birthday suami, aku yang ter "over" makan kek, aku rasa berkeping-keping juga. Tu belum dengan Apple big Donut lagi...oh tidak...
Aku memang dilahirkan dengan rangka tubuh yang besar walaupun ketinggianku hanya diparas ketiak suamiku sahaja. Itu yang membuatkan aku nampak bertambah gemuk dan bulat. Sejak melahirkan si Haiqal ni berat badanku susah sangat nak turun. Aku bukan tak berusaha tapi hasilnya tak seperti yang ku mahu. . Hasilnya berat badanku semakin naik. sedih...sedih... =(
Nak kata setiap wanita selepas melahirkan akan gemuk tak juga. Aku lihat ramai juga kawan-kawanku yang "slim melim" walaupun dah beranak pinak. Ni yang membuatkan aku bertambah bingung ni. Aku ada terbaca juga dalam majalah yang mengatakan orang rendah ni tahap metabolismenya juga rendah. Ini menyebabkan kurangnya pembakaran lemak dalam badan. Aku ni tergolong dalam kumpulan ni la kot...
Sebenarnya impian aku tahun ni nak menurunkan berat badan ke tahap yang ideal. Lebih kurang 49 kg la...Jauhnya perjalanan nak ke tahap tu...Tapi usaha tetap diteruskan, walaupun hanya mampu maintain je..Chaiuk..Chaiuk...!!!
Apa kata suamiku???Biasalah suamiku jenis yang tak pernah merungut atau complain melihat kegemukkan ku. Dia selalu kata aku ni comel..mungkin bahasa kiasan agar aku tak berkecil hati...he..he... Aku pun tak kisah kalau dia kata aku ni gemuk, ku sedar siapalah diri ini...ceh..ceh.. nak touching pula aku ni...Padaku seorang isteri perlu jaga penampilan diri demi kebahagiaan rumah tangga. Biasalah setiap orangkan sukakan sesuatu yang cantik, justeru bila isteri cantik suami pun akan bertambah sayang...Tapi tak kurangnya juga ada suami yang tak kisah penampilan isteri namun kasih sayangnya tetap tak berbelah bahagi. Susah nak cari orang macam tu...
Kadang-kadang rasa putus asa juga tapi bila dikenang untuk kesihatan tubuh badanku juga aku bertekad untuk mencapai berat ideal. Bila melihat didada-dada akhbar dan majalah terdapat pelbagai iklan produk mengurusan badan, ikutkan hati teringin juga nak mencuba tapi rasa ngeri bila terbaca kesan-kesan penggunaan pil kurus. Biarlah aku kurus dengan cara semulajadi dan sihat walaupun memakan masa yang agak lama.
Mulai hari ni aku akan pastikan aku minum 2 liter air kosong setiap hari bagi membuang toksik dalam badan serta baik untuk kelembapan kulit. Selain tu, aku akan meneruskan dietku dengan tidak makan malam dan bersenam..boleh ke aku bersenam ni???mengemas rumah pun dikira bersenam jugakan??? he..he..Sebenarnya paling penting mengawal nafsu makan ku.. Ingat Bayzura "makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang"...
InsyaAllah, mudah-mudahan aku diberikn kekuatan untuk mencapai impianku ini...Aminnn....
Wassalam
2 comments:
salam perkenalan gak utk awak...Zura..tembam takpe janji maintain jer manisnyer...:-)
saya dah follow awak tau!
thanks yana...
hu..hu..tembamkan??manis sudah semestinya.. ha..ha...
Post a Comment