Monday, June 6, 2011

Kek Carrot pertamaku...

Assalamualaikum...Moga kita sentasa di bawah lindungan dan hidayah Nya..aminn...Alhamdulillah, semalam dengan jayanya aku telah membuat kek lobak. Hilang terus segala kekecewaan aku membuat whoopie pie yang tak menjadi sebelum ini. Dah lama aku usha kek lobak ni..macam-macam jenis resepi kek lobak aku google dan akhirnya aku telah memilih resepi Kek Carrot dari Myresipi

Pada mulanya macam malas je nak mengodek-ngodek di petang hari tapi dek kerana tekak ni mengada-ngada nak makan kek. Suami pun ada kat rumah bolehlah aku buat kerja dengan tenang...So, anak ibu tak de can lah nak kacau ibu...he..he...

Berdebar-debar juga nak buat kek ni, maklumlah first time ni buat kek lobak....masih dihantui perasaan takut tak jadi. Kali ni aku ambil langkah berhati-hati, hanya buat separuh adunan je..hu..hu...Kalau tak jadi pun taklah rasa galat sangat....Pe kata jom tengok hasilnya....

Kek Carrot

Setelah di "make up" dengan icing sugar...

setelah di potong...ermmm....sedap....

Sepatutnya resepi ni kena letak topping cream cheese tapi apa kan daya stok cream cheese tak ade aku just ayak  icing sugar di atasnya..Bukan tu je, dalam resepi suruh letak cincangan walnut tapi aku tukar pada buah-buahan campuran...ha..ha..derhaka..derhaka...=) Nak buat lagu mana hanya stok tu je yang ada kat dapur...

Walaupun daku derhaka pada tuan empunya resepi tapi Alhamdulillah kek tetap rasa sedap dan lembut. Suami pun puji sedap...hu..hu..kembang kempisla hidung aku....Haiqal pun suka tau....Terima kasih bebanyak kepada tuan empunya resepi ni iaitu  newbie123..Apa lagi, meh la try kek Carrot ni...

KEK CARROT (sumber : Myresipi )
Bahan-bahan :
  • 2 1/2 cawan parutan lobak (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran *ibu haiqal guna minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis *ibu haiqal tak letak
  • 1 1/2 sudu teh sebuk buah pala *ibu haiqal tak letak
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan @walnut cincang *ibu haiqal letak dried mixfruit

Cara-cara :
1.  Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2.  Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3.  Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama- lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4.  Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati
5.  Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.


Selamat mencuba!!! 









10 comments:

Yaya Azura said...

belum lunch lg nie..lapar tengok kek ..buat separuh pun nampak besar je kek tu ..
yaya nak try buat jugak la ...hihi

Kasih Ibu said...

tula..buat separuh je yaya..tapi tak berapa nak tinggilah..cukuplah utk 3 beranak makan...

yaya try tau...

ratusiput said...

ade gak yg letak nenas kan..takble imagine camne rase kombinasi carrot...nenas...serbuk kayu manis tu sme...

Kasih Ibu said...

to Ratu siput :betul tu, da letak prune, pic kering..mcm2lah bleh letak ikut citarasa dan kretiviti masing2.tapi sy stok yg ada cume buah campuran...tu jelah yg dimasukkan..he..he..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

wah... menjadi ni. kalau kukus menjadi tak?

Kasih Ibu said...

to naimatul hafizah: Alhamdulilah menjadi...xpernah try lg dear yg dikukus...

CT Delima said...

As'salam Zura

Alhamdulillah..menjadi juga kek ya. boleh lah menjamu kak ct kalau tersesat kat kawasan rumah zura nanti..hihihi. Kak ct ni kalau bab2 kek kena pikir dua kali nak buat. anak2 macam dah kureng sikit nak makan. rasanya anak2 ni macam dah jemu kot. maklum lah sejak mula2 berblog kak ct buat mcma2 makannan dan rasanya anak2 dah kurang gemar dgn kek. Kalau nak buat sangat, kak ct akan kurangkan bahan2 dari 1/2 ke 3/4 saje.. hehehe.

Bab whoopie pie tu kak ct pun buat 1/2 adunan jer. Selalunya kalau first time buat mesti buat sikit dulu. Alhamdulillah menjadi dan kalau zura nak buat lagi, harus buat bulatan sebesar mana zura nak pada kertas minyak. dan boleh paip kan bentuk ngam2 jer. macam tulah kak ct buat. jangan putus asa, cuba lagi samapi berjaya okey :D

Kasih Ibu said...

to ct delima : i'allah kak tapi kena tunggu lama sikitlah..maklumlah pro lagi menge "kek" ni..he..he..

tulah rasa kecewa sgt x menjadi..tgk akak punya molek je jadinya...thnks kak utk tips whoopie pie. klu dah terubat kekecewaan akan sy cuba buat lagi...

pena rozie said...

Nampak sedap kene cuba ni. Rugi kalau tak cuba.

Kasih Ibu said...

to pena rozie: cuba jgn tak cuba..he..he...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...