Monday, February 28, 2011

Marble cheese cake For Birthday Boy!!!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan aku kerajinan untuk update blog yang dah lama bersarang ni. Kebetulan pula ari ni birthday my love. Tu yang tiba-tiba bersemangat menulis ni..he..he...Happy Birthday sayang, saya doakan moga sayang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, gembira selalu dan bahagia disamping saya dan anak kita Haiqal...Amin...

Tak ada apa yang istimewa dapat aku sediakan bagi menyambut birthday suamiku hanya sekeping kad yang tak seberapa. Maklumlah aku hanya duduk di rumah, nak keluar beli present pun susah. Mungkin bagi segelintir berpendapat itu hanyalah alasan semata-mata...Padaku yang penting ikhlas walaupun ianya hanya sekeping kad kecil. Mujur suamiku jenis yang begitu memahami diriku dan dia amat menghargai pemberianku itu... thanks honey...

Selain kad, aku juga merajinkan diri untuk membuat kek birthday suamiku. kali ni aku nak buat kek yang tak pernah aku buat. Aku pun surf lah internet, sehinggalah aku terjumpa resepi Marble Cheese cake dari web http://www.myresipi.com/. Tengok dari gambar cantik berbelang-belang tapi tak taulah sedap ke tidak. Bukan apa takut indah gambar je. Namun dalam hati ni kuat menyatakan yang aku harus cuba, kalau tak mana nak tahu rasanya.Persoalan jadi atau tak,sedap atau tidak itu semua belakang kira...Ok Bayzura, you must do it!!!...

Aku pun mulakan operasi membuat kek malam tadi. Agak cerewet juga nak buat kek marble ni tapi dah alang-alang buat teruskan jugalah walaupun si Haiqal dah melalak-lalak nak masuk dapur... Si kecik tu memang pantang ibunya di dapur dia pun sibuk nak ikut juga. 

Setelah hampir 2 jam "berperang" di dapur, akhirnya siap juga kek aku. Ermmm...awatnya buruk sangat rupa kek marble aku ni??? Ni yang nak menangis ni, dah la first time buat untuk birthday suami. Kek memang naik cantik tapi belang-belangnya amat mengecewakan aku. Tak berapa nak berbelang-belang...hu..hu..Tak pelah, yang penting rasanya bukan rupanya..(biasalah sedapkan hati sendiri)...Aku pun teruskan dengan menghias kek yang tak berapa nak marble tu...

Beginilah rupanya Kek Cheese Marble yang aku buat tu...


Hiasan yang agak comot..=)

Beginilah rupa di dalamnya...

Jika dilihat dari rupa memang tak indah tapi rasanya memang sedap...sungguh memang sedap sangat. Aku bukan nak memuji diri sendiri tetapi suamiku pun amat sukakan kek ini. Kebetulan suamiku peminat keju, maka memang bertepatanlah pilihan aku dengan membuat kek ini sempena birthday dia. 


Haiqal pun nak tolong ayah potong kek juga ye...

Walaupun diawalnya rasa sedikit kecewa namun segala kekecewaan tersebut lenyap apabila hasil air tangan aku dihargai dan dipuji oleh suami tercinta. InsyaAllah jika ada masa terluang aku akan buat lagi kek marble cheese ni. Rasa tak puas hati selagi marblenya tak menjadi...
 
 Buat suami tersayang, Happy Birthday sayang...terima kasih kerana menghargai pemberian saya yang tak seberapa. I love you so much...


Wassalam


"Saya sayang Sayang" 




Thursday, February 24, 2011

1, 2, 3...tatih..tatih... =)

Entri aku sebelum ni aku mengeluh yang anak ku tak pandai berjalan lagi. Syukur Alhamdulillah, belum genap umur Haiqal setahun 2 bulan dia dah boleh berjalan. Walaupun jalannya masih tak stabil tapi sekurang-kurangnya dia sudah menunjukkan perkembangan. Rasa comel sangat bila dia berjalan, terkedek-kedek...so sweet dear...

Hati ibu mana tak gembira bila anaknya memasuki fasa baru dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi aku melihat perkembangan Haiqal dari dia hanya mampu berbaring, kemudian maju, seterusnya merangkak dan kini dia mampu berjalan. Tak sia-sia usaha aku dan suamiku mengajarnya bertatih selama ini.

Di awalnya kami agak geram juga, Haiqal ni jenis malas nak bertatih, selangkah dua je dah duduk. Kita dirikan pun dia tak nak. Apa kata orang ikut mood dia.. Pelbagai kaedah juga aku gunakan untuk mengajar dia berjalan. Antaranya:

1. Aku selalu memimpin tangannya bila nak berjalan ke suatu tempat contohnya nak ke dapur, ke bilik mandi dan bilik tidur. Ini secara tidak langsung dapat melatih   Haiqal untuk berjalan. 

2. Aku akan meletakkan barang kesayangannya di atas tempat yang dia boleh capai seperti rak mainannya. Biasanya aku meletakkan gajah busyuknyalah apa lagi. Hanya barang tu sahaja yang dapat merangsang dia untuk berdiri bagi mendapatkannya. Kalau barang lain, Haiqal  boo layanlah... 

3.  Aku dan suamiku juga ada membelikan Haiqal alat permainan untuk membantu dia berjalan iaitu "Walker to Wagon". Walaupun agak mahal tapi demi melihat anak tercinta berjalan kami beli juga. Biasalah si Haiqal ni, barang baru excited je lebih tapi masalahnya dia bukan nak berdiri tolak mainan tu..dia lebih teruja dengan mainan yang ada pada badan walker tersebut. Kami rasa kecewa juga tapi kami tak putus asa ajar Haiqal menolak walker dan sekarang dia mampu menolaknya tanpa bantuan kami. Syabas anakku...


Haiqal lebih excited dengan mainan yang ada pada walker

"Ni gambar dog" kata Haiqal =)


Tengok tu Haiqal dah pandai tolak walker

 4. Selain merangsang Haiqal dengan barang mainan, aku juga menggunakan kaedah mengurut betis kaki Haiqal. Aku akan mengurut betis kaki Haiqal selepas mandi dengan menggunakan minyak Yu Yi. Ini bertujuan untuk menguatkan kaki dan juga mengelakkan dimasukki angin. 

 Haiqal pun tidak kurangnya berusaha untuk berjalan. Yang paling tak boleh ku lupakan dia boleh menggunakan buaiannya sebagai alat untuk dia bertatih. Membazir je ibu dan ayah beli walker sayang, Haiqal boleh gunakan buaian.. =) Mungkin kaedah ni lebih efektif dan jimat bagi Haiqal.. Apa taknya 2 in 1, boleh dibuat tempat tidur dan juga alat membantu berjalan. Bijak sungguh anak ibu ni...

Sukanya dia dapat tolak buai...

Sesekali Haiqal akan melepaskan tangannya dr buaian

Haiqal boleh dikategorikan kanak-kanak yang lambat berjalan. Seharusnya diusia sepertinya dah boleh berjalan bahkan berlari. Namun, aku sedar setiap kanak-kanak berbeza. Ada tu yang cepat berjalan tapi lambat tumbuh gigi, tak kurangnya juga cepat bercakap tapi lambat berjalan dan sebaliknya. Justeru, aku selalu ingatkan diri agar jangan terlalu push Haiqal. Ibarat kata umi Haiqal, sampai masanya nanti berjalanlah dia...Aminn..mudah-mudahan...


Wassalam


"Ibu Sayang Haiqal" 


Monday, February 21, 2011

Apabila Keinginan mengatasi Kemalasan...

Alhamdulillah, bertemu kembali dengan hujung minggu. Terasa cepat sangat masa berlalu sekarang ni. Tup..tup..dah hujung minggu. Apa plan aku minggu ni ya??? Tekak ni terasa-rasa nak makan kek coklat. Sebenarnya beberapa hari lepas kawanku di FB ada post gambar kek coklat yang dia buat. Aku ni pantang sikit tengok kek coklat, mulalah teringin..Lagipun dah lama juga aku tak buat kek coklat ni.Tapi bahan-bahannya tak ada pula. Ni yang malas ni nak keluar..tapi tekak ni teringin sangat nak makan, dah macam orang mengidam pula aku ni..he...he... =).

Apabila keinginan membuak-buak, yang malas pun jadi rajin. Yalah kalau tak diri sendiri yang buat siapa pula yang nak buatkan..Nak tak nak kena buatlah juga kalau dah teringin nak makan.

Aku pun menghampiri suamiku dan berkata "Sayang, jom pergi kedai"
Suamiku pun bertanya,"nak beli apa sayang?"
 Aku dengan muka kesian pun menjawab, "ermm..nak beli serbuk coklat, nak buat kek coklat"
"ok, jom.. " kata suamiku.

Tersenyum lebar aku, ni yang buat bertambah sayang pada suamiku. Aku amat bernasib baik kerana dikurniakan seorang suami yang amat memahami dan sentiasa menyokong apa sahaja yang aku buat walaupun kadang-kadang apa yang aku buat tak menjadi...hu..hu... 

 Alhamdulillah kali ini usaha aku menjadi...dan untuk pertama kalinya, aku berjaya decorate kek walaupun tak secantik mana. Selama ni kalau buat kek tak pernahnya nak letak topping. Kali ni kek coklatku "berbaju".. Kebetulan kat rumah ada gula yang berbentuk love dan gula urai yang warna-warni, aku tabur jelah kat atasnya. Inilah hasilnya...


Kek Coklat bertopping ganache

Setelah dipotong..yummy... =)
 Seperti biasa aku akan meminta juri tetap untuk merasa..(siapa lagi kalau bukan  suami kesayanganku)... Kalau diri sendiri rasa sedap..he..he..Biasalah suamiku, dia makan je bukannya nak komen..nak tak nak terpaksalah aku bertanya..
"Macam mana sayang, sedap tak?"
"Sedapnya...", kata suamiku..
Aku terasa diriku kembang semangkuk, walaupun hakikatnya memang dah kembang =). Bukan senang suamiku nak makan banyak kek coklat ni. Dia sebenarnya tak berapa gemar kek yang berasaskan coklat. So, terasa bangga bila suamiku makan banyak kek coklatku ini.
Si Haiqal??? Budak ni bagi apa pun dia makan. Nampak gayanya si Haiqal ni macam ibunya, penggemar coklat yang tegar...aku ni pantang benda yang berasaskan coklat, i like!!! =)

Rasa berbaloi-baloi sangat aku korbankan kemalasanku...aku bukan sahaja dapat makan kek coklat malahan hilang segala penat lelah membuatnya bila air tangan mendapat pujian dari orang yang tersayang..Jom makan....=)

p/s: sebenarnya aku start menulis entry ni semalam tapi ari ni baru boleh post...

Wassalam.

"Ibu Sayang Haiqal"

Saturday, February 19, 2011

Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

Acap kali aku dengar orang sering menggunakan peribahasa tersebut bila adanya kesamaan antara anak dengan ibu atau bapanya. Tapi sungguh ke, perilaku ibu bapa akan memberikan impak yang besar dalam proses tumbesaran serta perilaku anak-anak? Mengikut pandangan peribadiku ada benarnya juga, lebih-lebih lagi perilaku si ibu sewaktu dia mengandung banyak mempengaruhi anak yang bakal dilahirkannya nanti.

Ini dapat dibuktikan melalui pengamatan aku terhadap anakku Haiqal. Ada juga perlakuan aku dan suamiku yang dia warisi, antaranya:

Pertama, Haiqal suka meletakkan sebelah kakinya ke tempat yang lebih tinggi bila dia baring atau duduk. Kebiasaannya dia akan meletakkan kaki sebelahnya di atas bantal. Itu tak pe lagi, kadang-kadang bila kt meja makan pun dia letakkan sebelah kakinya atas meja..geram sungguh aku, aku akan cepat-cepat turunkan kakinya. Aku tak nak Haiqal terbiasa nanti hingga terbawa-bawa sampai ke besarSebenrnya sewaktu aku mengandungkannya, bila baring je mesti aku nak letakkan sebelah kakiku di dinding. Perilaku tersebut memang kurang sopan dan tak manis bagi seorang wanita tapi bagiku ianya amat selesa sekali. Mungkin ini yang dikatakan pembawakkan budak...Bila Haiqal lahir tu yang ikut perangai macam tu..

Kedua, sewaktu mengandungkan Haiqal aku bekerja sebagai guru dan warden di salah sebuah sekolah di Mersing. Aku ni suka menjerit bila mengajar, kebetulan suaraku agak nyaring bertambah kuatlah suaraku. Kononnya biar anak muridku tak tidur tapi tekakku juga yang sakit.. he..he...Kesannya sekarang si Haiqal suka sangat menjerit-jerit, dah tu suaranya kuat dan nyaring. Bila dia menangis satu taman boleh dengar. Sehinggakan sewaktu di hospital Haiqal terkenal dikalangan jururawat baby yang kuat suaranya bila menangis. Sekarang ni berlawan suara aku dan Haiqal sehinggakan suamiku tegur..malunya....=( Ibu Haiqal dah macam tarzan la...

Ketiga, aku paling suka berjalan, lebih-lebih lagi kalau pergi shopping. Sanggup seharian duduk dalam shopping complex walaupun aku dah sarat mengandung waktu tu. Dasyatkan...Masa mengandung juga aku selalu travel, setiap hujung minggu aku akan balik kampung atau ke KL rumah suamiku. Begitulah rutin hujung minggu aku sewaktu berjauhan dengan suamiku. Bagi sesetengah orang pasti sesuatu yang memenatkan tapi padaku ia sesuatu yang menyeronokkan..Begitulah Haiqal sekarang pantang dibawa berjalan, duduk berjam-jam dalam kereta pun tak meragam. Lagilah kalau dia dah bersiap lama tapi lambat bawa dia keluar mengamuklah jawapannya. Sekiranya kami nak keluar, aku akan siapkan dia dulu kemudian barulah aku bersiap. Bukan apa, dia kalau dah nampak ibunya pakai tudung asyik nak mengikut je sampaikan nak siapkan dia pun susah..Haiqal..Haiqal...
Tak sabar sungguh anak ibu ni, siap nak drive lagi..tunggu ayah lambat sangat ye...

Keempat,  Haiqal ni suka sangat tengok tv dekat-dekat. Kalau boleh masuk dalam tv tu dia nak masuk...Bila ada cerita yang dia suka, mulalah dia berdiri betul-betul depan tv. Kali ni "kuah ayahnya yang tumpah ke atas nasi Haiqal.. =). Apa yang suamiku ceritakan padaku, dahulu dia pun suka tengok tv dekat-dekat. Tu yang sekarang "bermata empat". Ini yang membuatkan aku dan suami risau, kami tak nak Haiqal pun bercermin mata seperti ayahnya. Justeru, setiap kali Haiqal berdiri depan tv aku akan cepat-cepat menariknya dan bagi dia duduk.

Macam nilah Haiqal tengok tv

Buat masa ini rasanya ini sahaja perlakuan atau sifat-sifat yang Haiqal warisi dari ibu dan ayahnya. Di masa akan datang tak tahulah pula macam mana. Walau apa sekalipun, ibu sentiasa berdoa moga anak ibu menjadi manusia yang berguna, berakhlak mulia dan sentiasa menghormati orang tua.

Kepada ibu-ibu yang mengandung, jagalah tingkah laku anda kerana sedikit sebanyak anak yang dikandung pasti akan mengikut apa yang anda lakukan. Apa yang paling penting, banyakkan berdoa moga anak yang dilahirkan mempunyai akhlak peribadi yang mulia..Aminn...

Wassalam

"Ibu Sayang Haiqal"













Thursday, February 17, 2011

Selamat malam...Tidurlah Sayangku...

Bila terdengar alunan lagu Faizal Tahir, "Selamat Malam" rasa dibuai-buai mata ni untuk lena. Jam dah menunjukkan pukul 12 tgh malam tapi mata anakku masih segar lagi. Mata ibunya dah hampir terkatup. Mata ayahnya pula dah terus terkatup...Selalunya si ayah la yang menidurkannya tapi malam td mungkin suamiku letih sampai tertidur dia menunggu Haiqal tidur. 

Anakku memang susah nak tidur, tidur pun tak nyenyak asyik terjaga je. Seingat aku sejak Haiqal bayi lagi dia memang susah nak tidur, tidurnya pun sekejap-sekejap. Bila dimasukkan dalam buai, asyik kena hayun je. Berhenti je ayunan, bagunlah dia. Susah nak tengok dia tidur nyenyak, jarang-jarang sekali.

Kebiasaannya anakku tidur 2 kali pada waktu siang. Pukul 8pg dan 1 ptg. Tempoh masa tidur paling lama pun 2 jam. Dalam tempoh masa dia tidurlah aku buat kerja rumah, serve internet dan update blog. Jarang-jarang sekali aku tidur waktu tu, bukan ape rasa sayang pula..lebih baik digunakan untuk buat perkara-perkara yang sepatutnya aku lakukan seperti berFB ke..he..he.. Kalau si Haiqal celik, jangan bermimpilah dapat surf internet dengan tenang, dia akan sibuk jugalah nak menekan-nekan keyboard, cabut wayar pluglah, macam-macam lagilah. Lagipun aku memang akan peruntukkan masa sepenuhnya pada Haiqal bila dia celik. Biasalah budak aktif ni perlukan pengawasan sepenuhnya...

Tengok tu, sibuk dia nak main laptop
Walaupun Haiqal aktif pada waktu siang, malam tetap dia sukar nak tidur. Lebih-lebih lagi kalau aku lewat masukkan dia dalam buai contohnya dalam pukul 10..ermmm..alamatnya dia tidur pukul 12 lah jawapannya. Kebiasaannya aku atau suamiku akan mula tidurkan dia jam 8.30 atau 9malam kecuali jika ada hal tertentu sahaja kami lewat tidurkannya. Sebenarnya kami agak fobia jika lewat tidurkannya. Haiqal ni lain macam sikit, bila lewat je tidurkan dia mulalah buat perangai, tak nak masuk buailah, menangislah dan asyik nak dukung je. Mula-mula dulu ingatkan terkena "apa-apa", siap bagi penyapu kontot bawah buai dia lagi.. =). Bila dah tau gaya dia, mudah lah sikit nak handle.


Bila tengah malam pun dia terjaga juga, biasalah budak-budak nak menyusu. si ayah yang mithali akan bangun membuatnya. Manakala, si ibunya lena tak sedar apa..ha..ha.. =) bukannya lena tapi bila jeling suamiku dah bangun, aku pun buat-buat tidurlah... =) teruk sungguh aku ni..ish..ish..ibu Haiqal..ibu Haiqal...Kadang-kadang ada lah juga aku bangun, kalau suamiku tak sedar tapi kebanyakkannya ayah si Haiqal yang bangun. Itu yang membuatkan Haiqal lebih sayangkan ayahnya...padan muka aku =P

Masa ni di zoo, Haiqal meragam nak tidur dan
suamiku sedang cuba menidurkannya

Aku dan suamiku juga sentiasa mengamalkan membaca surah 3 kul dan ayat kursi dan seterusnya ditiupkan seluruh badan anak kesayangan kami. Mudah-mudahan Allah sentiasa melindunginya sepanjang anakku tidur. Rasa tenang bila tatap wajah Haiqal sedang tidur maklumlah budak masih suci bersih..rasa kepenatan semuanya hilang yang tinggal hanyalah kedamaian untuk menempuhi hari esok...

Comelkan Haiqal tidur

Aksi tidur Haiqal masa dalam hari



 Wassalam


"Ibu Syang Haiqal" 

Wednesday, February 16, 2011

Aku dan duniaku...

dTiada yang lebih membahagiakan bagi seseorang yang bergelar ibu selain melihat buah hatinya membesar didepan mata. Aku bersyukur kerana berpeluang melihat permata hatiku membesar didepan mataku. Walaupun diawalnya aku berasa canggung dengan gelaran seorang suri rumah sepenuh masa tapi berkat kesabaran dan naluri seorang ibu kini aku lebih selesa dengan gelaran tersebut. Disamping sokongan dan dorongan dari insan tersayang membuatkan aku lebih tabah menjalani kehidupan sebagai seorang suri rumah.

Permata hatiku
Aku mula menukar profesion sebagai suri rumah sepenuh masa ni setelah aku melahirkan Haiqal. Sungguh berat hati ini melepaskan apa yang kuimpikan selama ini namun bila difikirkan tentang anak dan suami aku relakan juga. Lagi pun aku dah berjanji dengan suamiku yang aku akan mengikutnya setelah melahirkan anak kami. Janji tetap janji dan aku harus mengotakannya. 

Sebenarnya, selama setahun aku duduk berjauhan dengan suami even aku tengah mengandung. Rasanya sudah tiba masanya aku mengikut suami dan menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Syukur alhamdulillah, dah setahun aku mengikut suamiku dan menjadi teman setia disisinya.

Banyak yang aku pelajari selama setahun menjadi suri rumah, yang paling aku banggakan aku kini sudah pandai memasak walaupun tak secekap orang-orang lain. Sejujurnya, aku sebelum ini memang tak tahu memasak dan jarang memasak. aku memang tak berminat langsung untuk memasak. Sehinggalah aku duduk bersama suami, aku tiada pilihan selain memasak untuk suami dan diriku. Bila diimbau kembali pertama kali aku memasak rasa nak tergelak pun ada. Apa taknya semua yang aku masak agak masin, Tapi yang aku respect kat suamiku dia tetap makan walaupun masin dan tak da komen pun. Yang paling tak tahannya aku akan berdebar-debar bila berada di dapur, jadi kalut dibuatnya... =)

Alhamdulillah, berbeza benar aku dahulu berbanding sekarang. Tahap kesabaranku pun dah bertambah. Bukan nak kata dahulu aku ni panas baran orangnya cuma aku ni kalau nakkan sesuatu aku tak boleh nak tunggu dan bila apa yang aku inginkan tak dapat mulalah muncung je mulutnya. Mengada-ngada je lebih... haha... Melayan karenah Haiqal membuatkan aku lebih banyak bersabar walaupun kadang-kadang terbabas jugalah. =) Nasib baiklah suamiku tak banyak karenah, kalau tak bertambah-tambahlah tinggi tahap kesabaran aku... =)

Bila dah seronok duk rumah ni mulalah malas nak cari kerja. Alasannya bukan pe tak sanggup nak berjauhan dengan buah hatiku si Haiqal. Ikutkan hati ni memang malas nak keje tapi bila teringatkan kata-kata mak ku membuatkan aku berfikir kembali. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata mak ku di telingaku  "kak, ko dah penat belajar tinggi-tinggi takkan nak duduk rumah je, kerjalah sekurang-kurangnya boleh pegang duit sendiri". Ada benarnya juga kata-kata makku itu, yalah 5 tahun aku belajar tak kan nak duk rumah je.ermmm.. tapi bila dikenangkan Haiqal mulalah serba salah dibuatnya. Tak taulah macam mana, suamiku pula tak kisah aku nak kerja boleh tak kerja pun tak pa...Terpulang pada diriku. Tulah kata-kata suamiku bila aku minta pendapatnya...

Buat masa ni biarlah aku duduk dirumah menjaga Haiqal dan melayan segala macam karenahnya. Aku rasa tenang bila disampingnya, melihat setiap gerak-gerinya membuatkan aku terhibur. Kalau ada rezeki, aku akan bekerja semula..Aku berserah padamu ya Allah..Sesungguhnya apa yang  ditentukan oleh Mu adalah yang terbaik untuk aku dan keluargaku.

Wassalam.


"Ibu Sayang Haiqal" 


Monday, February 14, 2011

Pisang..Oh.. Pisang

Entah mimpi ape semalam tiba-tiba teringin nak makan kek pisang. Kebetulan pula ada pisang kat rumah. Itu pun pisang tanduk yang ku bawa dari kampung minggu lepas. Aku tengok pisangnya pun dah masak ranum. Nak di goreng dah terlalu masak pula, lembik sangat nanti.Aku pun ambil keputusan buat kek pisang jelah. 
Kebiasaannya orang buat kek pisang guna pisang emas, pisang asam dan pisang awak tapi aku guna pisang tanduk...agak-agaknya menjadi tak ye??? ah..buat jelah yang penting pisang, mana tau lebih sedap nanti...Aku pun terus menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan seterusnya memulakan operasi membuat kek pisang tandukku itu.

Setelah bertungkus-lumus, akhirnya siap juga kek pisang ku. Lihat dari luaran, naik cantik di tambah lagi dengan taburan choc chips di atasnya nampak begitu menyelerakan. Bagaimana pula rasanya ya??? Aku tanpa menunggu kek tersebut sejuk terus membelahnya..Dalamnya, cantik..nampak urat-urat pisangnya. Lembut dan gebu..Jom rasa... Wow!!! boleh tahan juga..sedap...rasanya tak adil kalau aku sendiri yang rasa dan membuat pujian umpama "masuk bakul angkat sendiri pula" =)

Aku pun dengan pantas mengambil pinggan dan mengatur hirisan kek pisang dengan cermat dan kemas. Aku pun membawa kek tersebut kepada suamiku dengan perasaan berbunga dihati mengharapkan suamiku akan memberikan komen yang memberangsangkan.

Hirisan demi hirisan suamiku makan tapi dia tak de kata sepatah pe pun. Dalam hatiku, sedap ke tak ni??? Melihat dari cara suamiku makan macam sedap tapi tak puas hatilah kena tanya ni. Aku pun terus bertanya kepada suamiku.. "sedap tak sayang"..Suamiku pun jawab "erm..sedapla... Alhamdulillah, tak sia-sia aku buat dan palingku gembira, ni merupakan kek pisang pertama yang ku buat.

Nilah Kek Pisang Tanduk yang aku buat
 Kepada sesiapa yang ingin mencuba resepi kek pisang ni, aku telah sediakan resepinya dibawah

KEK PISANG  
Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
 1/2 cwn gula pasir
1 cwn pisang yang telah dilenyek (lenyek dulu baru di sukat)
 2/3 cwn @ 175 ml minyak masak
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam 
Cara-cara: 

  1.  Masukkan pisang lenyek + soda bikarbonat + telur + gula pasir + garam + minyak masak ke dalam blender dan kisar hingga halus.
  2. Keluarkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang diblend tadi dan kacau dengan senduk hingga sebati.
  4. Masukkan kedalam loyang yang telah digris dan tabur choc chips di atasnya.(boleh juga guna badam cincang)
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit.
SELAMAT MENCUBA...

Resepi ni paling mudah hanya guna blender je, tak perlu guna mixer. So, just try it!!! =) Oh, lupa pula..si Haiqal pun suka makan kek pisang ni.


Wassalam.


"Ibu Sayang Haiqal" 




Sunday, February 13, 2011

Dalam dilema...

Pening dan bingung bila memikirkan tentang anak kesayanganku Muhammad Afif Haiqal. Serba salah ibu dibuatnya sayang. Nak tukar atau setia pada yang sekarang...dilema..dilema...ermmm...tak kurang juga ramai kawan-kawanku yang berikan pendapat tapi keputusan masih belum ku ambil...macam mana ni??aku tak nak keadaan berterusan terjadi kepada anakku...

Si comel anak ibu

Aku sukar membuat keputusan kerana aku tak tau punca sebenarnya yang menjadikan anakku sedemikian rupa. Pembaca mesti nak tau apa yang sebenar-benarnya berlaku pada Haiqal kan??? Sebenarnya anakku mengalami masalah susah nak "yak" atau bahasa orang dewasanya buang air besar. Kesian tengok dia setiap kali dia nak "yak" sampai menangis-nangis. Hati ibu mana yang tak tersentuh bila lihat anaknya dalam kesakitan. Luluh rasa hati ini...

Aku tak tau punca sebenar Haiqal susah nak "yak". Ada orang kata susunya tak sesuailah, bancuhan susu terlalu pekatlah, kurang minum air masaklah. Aku akui anakku memang susah nak minum air masak. Kadang-kadang sehari nak habis sebotol 2oz pun susah. Itupun kena paksa baru nak minum. Ayahnya da juga bagitau nak cuba campurkan dengan glugose, biar da rasa-rasa sikit. harap-harap naklah dia minum. Tapi yang peliknya si Haiqal ni kalau air barli nak pula. Laju pula dia minum. Anak ibu ni bertuah betulla kecil-kecil dah pandai memilih...

Betul ke jenis susu juga menjadi penyebab kanak-kanak sukar nak "yak"??? aku tak boleh menafikannya bulat-bulat kerana anak kawanku pernah mengalaminya juga. Bila ditukar susunya, alhamdulillah anaknya mudah lawas. Tapi masalhnya sekarang ni, brand susu pe yang sesuai dengan Haiqal? Haiqal dari usianya 2 bulan dah minum susu brand Enfa. Sebelum ni ok je tapi start dia setahun aku tukar Enfapro kepada Enfagrow A+ dia susah nak "yak". Kadang-kadang sampai 2 hari baru "yak". tak taulah apa yang tak kenanya dengan susu ni. Kat tin ada tertulis "ezy digest" formula. Wallhua'llam...

Untuk langkah yang pertama ni, aku akan cuba campurkan air masak dengan glugose dulu bagi menarik minat dia minum plain water. Kemudian aku akan lebih kerap bagi Haiqal makan buah-buahan.Mudah-mudahan berkesanlah.. Kalau tak berkesan juga terpaksalah aku tukar susu.

Sayang ibu, ibu takkan biarkan haiqal berterusan macam tu ya...Ibu akan cari cara yang terbaik walaupun terpaksa mencuba pelagai cara. Apa yang penting anak ibu sihat... 


Wassalam


"Ibu Sayang Haiqal"

Saturday, February 12, 2011

Haiqal dan Si Gajah

Bila baca tajuk macam pelik jekan tapi itulah kenyataannya. Sejak Haiqal berumur 2 bulan lagi dia dah mempunyai gajah sebagai teman karibnya. Walau kemana jua anakku pergi gajah tersebut pasti akan menemaninya. Gajah yang ku maksudkan di sini ialah anak patung yang berbentuk gajah.

Inilah Gajah kesayangan Haiqal

Ceritanya bermula apabila aku dan suami berhenti di sebuah butik Anakku di Bakri Muar. Pada awalnya aku hanya ingin melihat-lihat barang je sehinggalah terjumpa patung ni. Terdapat pelbagai jenis binatang seperti singa tapi hati ni berkenan sangat dengan bentuk gajah. Tanpa berfikir panjang aku pun terus mengambil dan  membayarnya dengan harapan anakku akan suka. Sampai sahaja di kereta, aku pun beri pada Haiqal. Pada awalnya Haiqal tak menunjukkan reaksi suka pun pada gajah tersebut. Ibunya je beria-ia sangat. Dalam hati kecil rasa kecewa sangat, tapi sedapkan hati sendiri mungkin anakku masih kecil dan tak pandai bermain lagi.

Dari hari ke hari, Haiqal semakin rapat dan sayang pada gajah tersebut sehinggalah nak tidur pun wajib ada gajah. kalau tak, alamatnya susahlah dia nak tidur. Gajah ni ibarat bantal "busyuk" dialah. Buat pengetahuan semua, gajah ni merupakan permainan  pertama aku belikan untuk anakku dan yang pertama juga toy yang Haiqal dapat.

Bila nak tido puting dan gajah mesti ada
Apa yang membuatkan Gajah ni berharga sangat pada Haiqal adalah label "Anakku" yang ada pada Gajah tersebut. Nak tau pe yang Haiqal buat pada label tersebut??? he..he..dia pergi hisap dan hembus-hembus label tu. Cuba bayangkan dari dia bayi sampai sekarang dia hisap label tu, bagaimanalah agaknya rupa label tu sekarang...confirm-confirmlah bertukar warna dari putih kepada coklat. Tu belum cerita baunya pula..faham-faham jelah ye. Tapi tengok dia cium label tu masa nak tidur macam best je..Anak ibu ni pelik-pelik jelah.. =)

Tengok tu, Haiqal tengah hisap label

Label pun dah bertukar warna coklat

Ke mana sahaja Haiqal pergi, gajah ni mesti dibawa. Masih lagiku ingat sewaktu kami pergi membeli barang dapur di Carefour. Pada kebiasaannya, aku akan simpan gajah dalam handbeg aku. Entah macam mana nak dijadikan cerita suamiku beri gajah pada Haiqal. Duk asyik sangat shopping, kami lupa tentang gajah. Sehinggalah waktu kami nak balik, aku baru teringat akan gajah. sekali tengok dalam handbeg.."Alamak mana pula gajah ni..." Apa lagi suamiku pun masuk semula ke dalam Carefour, first round cari tak jumpa...Nasib baiklah suamiku tak berputus asa, second round barulah jumpa..Alhamdulillah.. Itupun jumpa kat atas tong sampah cleaner. Kalau lambat sikit je, selamatlah gajah Haiqal bersemadi dalam tempat pembuangan sampah...Uuuhhh..aku dan suamiku menarik nafas lega...kalau tak... "dimana kan ku cari ganti.. serupa denganmu..."  =)

Begitulah betapa pentingnya gajah dalam kehidupan Haiqal. Kalau tak da, huru hara dibuatnya...tak taulah bila dah sekolah nanti, jangan sampai dibawa ke sekolah sudah... 

Walau apa sekalipun, aku berasa bangga kerana akhirnya Haiqal begitu menghargai pemberianku. Terima Kasih sayangku...
Wassalam..

"Ibu Sayang Haiqal" 

Friday, February 11, 2011

oh..adik ndut...

Siapa tu adik ndut???siapa lg kalau bukan si Haiqal anakku. Itulah gelaran yang diberikan oleh adik-adikku kepada Haiqal. Kalau tak silap Acik Bibilnya yang pertama memanggil Haiqal dengan nama tersebut. Ia sebenarnya singkatan bagi perkataan 'Gendut". Almaklumlah badan anakku agak "semangat", tu yang digelarkan gendut. Mungkin bagi ibu-ibu di luar sana akan berkecil hati jika anaknya dipanggil dengan gelaran tersebut, tapi padaku ia suatu panggilan manja dan unik. Tambahan lagi, panggilan tersebut juga merapatkan hubungan serta kemesraan antara Haiqal dan mak cik-mak ciknya.

Inilah Acik Bibil yang bertanggungjawab menggelarkan Haiqal "Adik Ndut"

Haiqal ni menjadi kesayangan ahli keluargaku, apa taknya cucu pertamalah katakan. Lagipun dalam keluargaku Haiqallah paling kecil. Itu yang bila balik kampung jadi rebutan, masing-masing sibuk nak mendukung. Seronoklah Haiqal...tak duduk bawah dia, sekejap-sekejap orang ni dukung, nanti orang lain dukung pula. Sampai ibunya pun tak sempat nak dukung...Haiqal...Haiqal...kecil-kecil dah glamer.. =)
 Haiqal bersama Acik Ika, Umi dan Mak Ngahnya

Syukur Alhamdulillah aku mempunyai anak seperti Haiqal yang menjadi kesayangan setiap ahli keluargaku. Mungkin kerana kegendutannya itu membuatkan orang disekelilingnya geram melihatnya. Sehinggakan setiap kali aku dan suami pergi ke kedai makan atau ke shopping complex ada sahaja orang menegurnya. Kebetulan pula si Haiqal ni "mesra alam". Pantang orang tegur, bibirnya sentiasa mengukir senyuman..Itu yang membuatkan orang lagi bertambah geram.


Kadang-kadang risau juga, yelah Haiqal ni tak takut orang. Sesiapa je yang hulur tangan dia nak ikut, tak kiralah samada dia kenal atau tak. Terlebih "mesra alam" pun susah juga...yang penting aku dan suami akan sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Zaman dekarang ni macam-macam boleh berlaku, kanak-kanak berharga... Ngeri bila difikirkan...


Rasanya sampai disini sahaja untuk tatapan pembaca, jika ada kelapangan aku akan sambung lagi..InsyaAllah..


Wassalam..


"Ibu sayang Haiqal" 






Thursday, February 10, 2011

Disini bermulanya...

Sejuk je rasa hati ni bila menatap wajah anakku yg comel..sygnya ibu pada Haiqal tak tergambar dengan kata-kata. itulah perasaanku tatkala aku melihat wajah putera ku buat pertama kalinya... Haiqal telah selamat dilahirkan pada tanggal 26hb Dec 2009 tepat jam 1 pg. syukur Alhamdulillah setelah hampir 12jam aku bertarung nyawa akhirnya aku selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat comel secara pembedahan.

MUHAMMAD AFIF HAIQAL BIN RAFIZAM

Allah saja yang tahu betapa sakitnya melahirkan anak, di saat kesakitan itulah baru ku sedar begitu besar pengorbanan seorang ibu. patutllah syurga itu dibawah telapak kaki ibu...Namun semua kesakitan itu lenyap bila jururawat meletakkan anakku diatas dadaku.. perasaan sebak,sedih dan gembira bercampur baur...aku panjat syukur padamu ya Allah di atas kurniaan mu ini dan aku berjanji akan menjaga dan mendidik amanahmu ini sebaik mungkin. Bermula detik itulah,aku sudah bergelar seorang ibu dan bakal menggalas tanggungjawab yg besar bersama suamiku dalam mendidik anakku ini.

Comelnya anak ibu ni..

Masa terus berlalu dengan pantas, sedar tak sedar kini anakku sudah setahun sebulan. Permata ibu ni dah semakin bijak dan manja terutama dengan ayahnya.walaupun kadang-kadang terdetik juga rasa cemburu tapi aku buang jauh-jauh perasaan itu. padaku mungkin lumrah anak lelaki lebih manja dengan ayahnya berbanding ibunya..(saje nak sedapkan hati sendiri..he..he..)

Ibu rasa tak sabar nak melihat Haiqal berjalan. bila melihat kanak-kanak sebaya dengan dia dah pandai berjalan, dalam hati bilalah anak aku ni nak berjalan. mungkin Haiqal mengikut aku yang dulunya juga lambat berjalan,kata mak ku. manakan tumpah kuah kalu tak ke nasi.. =). so, bayzura sabar ye...tingkatkan usaha lagi ajar Haiqal bertatih..sehari setapak lama-lama bertapak-tapak lah...nanti tak terkejar ibu dibuatnya.
Anak ibu dah bangun, ni tandanya yang ibu perlu berhenti mengarang. sekejap ye sayang ibu habiskan sikit je lagi..


Wassalam..


"ibu sayang Haiqal"



Wednesday, February 9, 2011

Akhirnya...

Alhamdulillah,akhirnya aku ada blog jg...dah lama aku impikan sebuah blog tp asyik tak berjaya je...entah mimpi apa ari ni tiba-tiba terdetik dalam hati ni untuk cuba2...dan nilah hasilnyer blog Kasih Ibu Haiqal. Almaklumlah,budak baru belajar,blognya tak seindah dan secanggih mcm blog-blog org lain. Namun, akan ku perbaiki dr semasa ke semasa. kepada rakan-rakan ku sekelian sudi-sudikanlah menunjuk ajar kepadaku yg buta IT ni.

Moga dengan terciptanya blog ni dapatku menambah ramai lg kenalan dan berkongsi ilmu terutama ilmu mendidik anak-anak.

Wassalam.."Ibu sayang Haiqal"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...