Tuesday, February 14, 2012

Serabutnya kepala...

Assalamualaikum semua...mood tak berapa nak ok...=( kepala ni rasa serabut sangat...tak tau nak mula dari mana..hu..hu...
Sebenarnya hati aku berbelah bagi bila fikir tentang keje...Semenjak aku bersalinkan Haiqal, aku dah tak bekerja. Sepenuh masa menjaga budak gendut tu...Rasanya dah tiba masanya aku start keje balik memandangkan Haiqal pun dah masuk 2 tahun. Tapi setiap kali aku nak apply keje, hati aku rasa serba salah, macam-macam yang aku fikirkan tentang Haiqal...
For surelah bila aku kerja si Haiqal akan di hantar ke baby sitter tapi ada ke yang sanggup jaga budak cam Haiqal ni??? boleh tahan ke orang yang jaga nanti dengan karenah Haiqal???Haiqal nak di tinggal ke dengan baby sitter bila aku pergi keje nanti??? macam mana dengan makan dan tidur dia??? 
Persoalan tu sentiasa menerjah kepala otak aku ni setiap kali aku nak apply keje...hu..hu...Aku bukan tak percaya orang lain jaga Haiqal tapi Haiqal ni agak cerewet terutama bila nak makan dan tidur. Budak ni kalau tak di paksa makan, dia takkan makan. Dah tu makan pula kena suap...bila nak tidur pula, kena dalam buai.. Kalau masuk buai terus tidur tak pe juga, ni kadang-kadang sampai 1 jam dibuai baru dia tidur...Rasa-rasa ada orang sanggup ke???
Ikutkan hati seorang ibu ni malas nak keje, nak jaga anak sepenuh masa...dapat tengok perkembangan anak di depan mata..Itukan sesuatu yang indah bagi seseorang yang bergelar ibu. Tu kalau ikutkan hati tapi bila difikirkan hutang belajar yang menggunung jadi gundah pula...
Ada juga bincang dengan suami, dia kata kalau tak nak keje kena cari alternatif lainlah tambah pendapatan. Tu yang pening memikirkannya, nak berniaga online ke???nak berniaga apa??? Kalau berniaga online, memang sepenuh masa kat rumah sambil-sambil tu boleh juga jaga budak kecitt tu...
Kalau nak berniaga memerlukan kesabaran dan ketahanan mental yang kuat. Mampu ke aku???pokok pangkalnya nak berniaga apa???hu..hu...tak taulah aku nak berniaga apa.... =( 
Selain tu, rasa bersalah yang amat sangat kat mak dan abah aku. Yela diorang dah berhabis duit sekolahkan aku, last-last aku tak keje pula. Sebagai ibu bapa mesti diorang kecewa...tapi Alhamdulillah selepas habis belajar sempat jugalah diorang merasa duit gaji aku...Dah menjadi impian seorang anak kalau boleh setiap bulan nak bagi duit kat ibu bapa...betul tak???kalau tak keje cam ne nak bagi, tak kan nak harapkan duit suami pula....waaaa.....
Hujung mingu ni ada walk in interview Am Bank...nak try ke tak ye??? rasanya kalau nak cuba tak salahkan...
Hanya padamu Ya Allah tempat aku bergantung harapan..Berilah aku kekuatan  untuk mengharunginya dan tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk hidupku dan  juga keluargaku ...Aminn....


2 comments:

qemaishak said...

Serba salah bila pk pasal anak kan kak..moga akak dapat buat keputusan yang terbaik nanti, insyaAllah.

Kasih Ibu said...

to qema:terima kasih qema...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...