Wednesday, May 11, 2011

Cerita disebalik Kek Cawan Comel...

Selamat pagi semua...Pagi ni aku masih diselubungi rasa sedih dan kecewa yang amat sangat. Huh!!! rasa tak bersemangat sungguh, namun aku cuba untuk melawan perasaan itu bagi menjalankan tanggungjawab harianku.

Semua ni gara-gara peristiwa yang berlaku petang semalam.. =( Dengan semangat yang berkobar-kobar aku ingin mencuba tray cupcake yang baru ku beli di Penang. Aku decide ingin buat Cupcake Vanilla, kegemaran suamiku. Aku pun mengadun bahan-bahannya dan rasa tak sabar sangat untuk melihat hasilnya. Maklumlah ni kali pertama buat cupcake. Excited lebih...he..he..

Aku pun masukkan adunan ke dalam tray yang telah diletak cawan kertas. Bagi mendapatkan kelainan aku pun letak pelbagai jenis filling mengikut warna adunan. Warna hijau fillingnya blueberry, pink pula fillingnya cream cheeae dan warna asal fillingnya coklat. Bukan setakat tu je, aku siap buat corak polka dot lagi. Dalam hati ni, mesti gempak bila dah masak nanti. ..Belum pape dah riak...=) ibu Haiqal..ibu Haiqal... =)

Bila dah siap isi dalam tray, aku pun dengan perasaan terujanya masukkanlah tray tersebut ke dalam oven. Masa nilah segala harapan dan semangat ku hancur lebur...Nak tau kenapa??? tray tak boleh masuk dalam oven. Maksudnya tray aku  lebih besar dari oven atau dengan kata lain oven aku kecil. Pelbagai cara aku buat bagi membolehkan tray masuk ke dalam oven tapi memang tak boleh nak masuk juga..hu..hu..Rasanya tray nilah paling kecil tapi tetap tak boleh masuk juga.

Aku pun dengan perasaan yang sangat kecewa mengambil tray kecil lamaku. Aku pun pindahkan adunan dari tray besar ke dalam tray kecil. Kan dah kena buat kerja dua kali...Itu tak pe lagi tapi bayangkan adunannya, haru biru bercampur dengan fillingnya. Ikutkan hati rasa nak buang je tapi rasa sayang pula. Aku teruskan jelah...Hasilnya terciptalah Kek Cawan Comel bervariasi ni...

Kek Cawan Comel

Macam-macam ada...=)

Alhamdulillah, walaupun adunannya huru hara tapi tetap menjadi dan suamiku puji sedap mungkin dan bercampur dengan cream cheese kot, jadinya rasa lemak-lemak gitu..Nasib baik tak buang, bolehlah dibuat juadah minum petang. Moral of the story, jangan putus asa dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...oh ye, adunan kek comel ni aku gunakan resepi Choc Chip Muffin cuma bezanya aku variasikan dengan pelbagai warna dan filling.
 
 

6 comments:

nOOrsha said...

salam...hehehe..kite pun pernah nak terkene cam tu gak..bile pegi bakery shop macam2 nak beli....tapi cepat2 pikir, muat x ngan oven, muat x ngan pengukus..kalo x sayang kan.. :)

Kasih Ibu said...

betul tu, dah la mahal..xleh nak guna pula.sedih..sedih...=(

Unknown said...

kiranya hari yg malang bertukar ceria la ye? biasalah tu, akak pun selalu terkena, silap percaturan..

Unknown said...

hihihih msa bca kisah disebalik tu mula2 ingat kan tray tu meletup dlm oven ke ape ke..hahaha suspen je..tray tk muat rupanya..ekeke

*rupa tk pnting jnji rsa sedap!

Kasih Ibu said...

to zanafahmi: gitulah ceritanya kak.lpas ni kena lebih2 berhati2, jgn main rembat je....


to mrs fiza: he..he..klu meletup,lglah frust menonggeng sy...=)

umie guelis said...

ni kira idea baru campur cream cheese umi suka..cheese..blh cuba..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...