Entri aku sebelum ni aku mengeluh yang anak ku tak pandai berjalan lagi. Syukur Alhamdulillah, belum genap umur Haiqal setahun 2 bulan dia dah boleh berjalan. Walaupun jalannya masih tak stabil tapi sekurang-kurangnya dia sudah menunjukkan perkembangan. Rasa comel sangat bila dia berjalan, terkedek-kedek...so sweet dear...
Hati ibu mana tak gembira bila anaknya memasuki fasa baru dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi aku melihat perkembangan Haiqal dari dia hanya mampu berbaring, kemudian maju, seterusnya merangkak dan kini dia mampu berjalan. Tak sia-sia usaha aku dan suamiku mengajarnya bertatih selama ini.
Di awalnya kami agak geram juga, Haiqal ni jenis malas nak bertatih, selangkah dua je dah duduk. Kita dirikan pun dia tak nak. Apa kata orang ikut mood dia.. Pelbagai kaedah juga aku gunakan untuk mengajar dia berjalan. Antaranya:
1. Aku selalu memimpin tangannya bila nak berjalan ke suatu tempat contohnya nak ke dapur, ke bilik mandi dan bilik tidur. Ini secara tidak langsung dapat melatih Haiqal untuk berjalan.
2. Aku akan meletakkan barang kesayangannya di atas tempat yang dia boleh capai seperti rak mainannya. Biasanya aku meletakkan gajah busyuknyalah apa lagi. Hanya barang tu sahaja yang dapat merangsang dia untuk berdiri bagi mendapatkannya. Kalau barang lain, Haiqal boo layanlah...
3. Aku dan suamiku juga ada membelikan Haiqal alat permainan untuk membantu dia berjalan iaitu "Walker to Wagon". Walaupun agak mahal tapi demi melihat anak tercinta berjalan kami beli juga. Biasalah si Haiqal ni, barang baru excited je lebih tapi masalahnya dia bukan nak berdiri tolak mainan tu..dia lebih teruja dengan mainan yang ada pada badan walker tersebut. Kami rasa kecewa juga tapi kami tak putus asa ajar Haiqal menolak walker dan sekarang dia mampu menolaknya tanpa bantuan kami. Syabas anakku...
Haiqal lebih excited dengan mainan yang ada pada walker |
"Ni gambar dog" kata Haiqal =) |
Tengok tu Haiqal dah pandai tolak walker |
4. Selain merangsang Haiqal dengan barang mainan, aku juga menggunakan kaedah mengurut betis kaki Haiqal. Aku akan mengurut betis kaki Haiqal selepas mandi dengan menggunakan minyak Yu Yi. Ini bertujuan untuk menguatkan kaki dan juga mengelakkan dimasukki angin.
Haiqal pun tidak kurangnya berusaha untuk berjalan. Yang paling tak boleh ku lupakan dia boleh menggunakan buaiannya sebagai alat untuk dia bertatih. Membazir je ibu dan ayah beli walker sayang, Haiqal boleh gunakan buaian.. =) Mungkin kaedah ni lebih efektif dan jimat bagi Haiqal.. Apa taknya 2 in 1, boleh dibuat tempat tidur dan juga alat membantu berjalan. Bijak sungguh anak ibu ni...
Sukanya dia dapat tolak buai... |
Sesekali Haiqal akan melepaskan tangannya dr buaian |
Haiqal boleh dikategorikan kanak-kanak yang lambat berjalan. Seharusnya diusia sepertinya dah boleh berjalan bahkan berlari. Namun, aku sedar setiap kanak-kanak berbeza. Ada tu yang cepat berjalan tapi lambat tumbuh gigi, tak kurangnya juga cepat bercakap tapi lambat berjalan dan sebaliknya. Justeru, aku selalu ingatkan diri agar jangan terlalu push Haiqal. Ibarat kata umi Haiqal, sampai masanya nanti berjalanlah dia...Aminn..mudah-mudahan...
Wassalam
"Ibu Sayang Haiqal"
2 comments:
salam perkenalan=)
ala2 comey nye haikal,br leh jln ek...brape bln dah?aira ni xduk diam dah,almaklumla dah bleh lesen kaki=)
a'ah, tapi masih x stabil lg..dah setahun 2bulan. bila dah nampak dia mula berjln ni rasa lega sikit. klu x risau sgt takut dia xpandai berjln.aira dah berapa bulan??bila dah dpt lesen kaki ni,kita yg tak terkejardiorang...he..he..
Post a Comment